Daun rimbun rumput semalu,
warnanya lembut hijau pekat,
amalkan bersyukur biar selalu,
nikmat ilahi penuh berkat,
burung ciak burung kenari,
singgah sebentar di atas huma,
sifat tamak pasti ingkari,
rezeki melimpah dikongsi bersama,
pantas berlari sang cita,
sang kura-kura menunggu lama,
mulut lancang berkata dusta,
kelak nanti balasan menjelma,
berjalan jauh ke hilir sana,
menjerat ikan memang selalu,
menghina itu sifat durjana,
sebelum berkata berfikir dahulu,
burung terkukur dalam lamunan,
berkicau merdu begitu lantang,
biar berpadah kerana kebahagian,
dilanda serabut kerana hutang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro