Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Budi Oh Budi

burung merak pandai menari,
terbang melayang di atas padi,
keikhlasan luhur selalu memberi,
di mana sahaja gemar berbudi,

wajah jelita puteri berempat,
guntur bersahut bukan sebarang,
menabur budi serata tempat,
menjadi ingatan semua orang,

harimau mengaum menunggu juadah,
mulut bernganga seperti gerudi,
menghulur pertolongan bukanlah mudah,
walaupun kecil tetap dianggap budi,

petang hari ikan dijala,
dimasak dengan santan pekat,
orang berbudi menjadi idola,
menabur jasa mendapat berkat,

buah manggis daunnya layu,
seperti bunga menjadi padi,
ucapan terima kasih tak dirayu,
asalkan ikhlas menabur budi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro