Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3. Tragedi

AKU PUTUSKAN UNTUK bawa Eli ke rumah umi. Kelat wajah Aina apabila aku menyatakan aku mahu tumpangkan Eli dalam beberapa hari.

Aku faham, bukanlah Aina tidak menyenangi kakak iparnya namun rasa fobia dan takut masih bersisa. Lain pula dengan umi yang nampak beriya menyambut Eli. Belas ihsan ketara jelas di wajah.

"Maaf Along." Aina menyalami tangan aku. Mungkin mengerti bahwa aku cukup terasa dgn riak wajahnya tadi. Umi menepuk belakang bahu aku.

"Pergilah selesaikan apa yang perlu. Umi jaga baik-baik isteri Along. InshaAllah."

Adehh... sebak pulak rasa. Aku peluk umi kuat-kuat. Rasanya, kali terakhir aku peluk umi waktu aku berkahwin dulu.

Umi..





BUNYI SALAKAN ANJING mengganggu fokus. Eli memoleh ke belakang. Anjing liar itu sedari tadi mengekori dan menyalak kepadanya tapi tidak pula merapat. Pagar kecil di bahagian belakang rumah dibuka pantas. Takut anjing itu menerpa. Matanya meliar mencari apa-apa benda yg boleh dijadikan senjata. Sebiji batu dikutip dan dibaling sekuat hati pada anjing itu namun anjing itu hanya mengelak kemudian menyalak semula dengan lebih kuat. Eli memandang anjing itu. Perlahan-lahan riak wajah ketakutannya hilang. Matanya mencerlung tajam.


BUNTU. Tak tahu nak cari Alin di mana lagi. Takkan Alin tak nak jumpa Eli lagi. Bukan ke dialah orang yang setia melawat Eli di hospital waktu Eli tak sedarkan diri dulu. Atau... mungkin bila dia dah tahu Eli dah sihat, dia kembali menjauhkan diri? Ahh.. pening! Mana nak cari? Aku ingat-ingat lupa tempat kerjanya dulu. Nak upah orang carikan rasanya tak berbaloi. Mahal sangat. Aku yakin, Tuhan akan bantu kalau aku benar-benar usaha dan selebihnya aku tawakal saja.

Bunyi deringan telefon bimbit mengganggu rehat. Nama 'Adik Getik' terpampang di skrin. Berdebar pula jantung apabila memikirkan asbab Aina menelefon aku petang larut begini.

Suara tergagap Aina di hujung talian mengencangkan nadi walaupun dia tak nyatakan mengapa dia meminta aku ke rumah umi secepat yang mungkin. Sepantas kilat aku mencapai kunci kereta dan meninggalkan perkarangan rumah dengan doa yang tidak putus. Sempat aku kerling rumah kosong di sebelah. Berderau darah apabila teringatkan peristiwa di laman belakang tempohari.

Perjalanan yang mengambil masa 45 minit menjadi 30 minit. Aku tiba di saat azan Maghrib berkumandang. Berdesup bawa kereta kalah pelesit. Aina menerpa dan menarik aku ke dalam. Pucat lesi mukanya. Aku terkejut melihat umi yang terbaring di atas karpet dengan sebiji bantal melapik kepalanya. Wajah umi nampak lemah.

"Pergi tengok Eli dulu. Umi okey ," ujar umi sambil menolak tangan aku yang menyentuh dahinya. Aku pandang Aina. Tak mengerti. Aina menggenggam kuat lengan baju aku sambil mentalakan pandangannya ke arah dapur. Aku lihat pintu dapur yg terbuka.

"Kaklong kat luar." Aina memberitahu.

"Senja-senja macam ni?" Bulat mata aku. Aina mengangguk laju.

"Along jangan terkejut tau..."

Aku telan air liur. Berat-berat aku melangkah mendekati dapur. Semakin lama, semakin jelas ada kesan percikan merah di lantai dan rumput.

Saat wajah Eli menyapa penglihatan, aku terpempam. Tak pernah aku merasa setakut ini dalam hidup. Eli tersandar di dinding dengan sehelai kain batik yg menutup sebahagian tubuhnya yg berlumuran darah. Mungkin umi yang letakkan. Tidak jauh darinya, sebilah parang terletak di sisi bangkai yg hancur. Aku tahu, itu seekor anjing. Anjing yang sudah tiada rupa anjing. Kepalanya terpisah dari badan bahkan ada sebahagian anggota yg sudah hancur kesan tetakan berulang kali.

Wajah Eli kosong. Memandang ke langit sebelum memandang aku. Lama... sebelum tersenyum lemah dan terkulai rebah ke lantai.

SYUKUR TAK TERHINGGA punyai umi yang sangat memahami. Aku disuruh menumpukan perhatian pada Eli. Hal petang tadi sudah ada orang lain yang tolong selesaikan. Eli juga ada mama yang membantu. 

Malam itu aku berehat di rumah mama. Wajah Eli yang lena aku tatap lama. Pandangan aku melorot pada jarum yang tertusuk di belakang telapak tangannya. Kata Jae, badan Eli lemah dan perlu masukkan air. Jae datang tadi bersama isterinya yang juga seorang doktor. Aku lega ada mereka. Aku taknak Eli berada di hospital. Biarlah dia dirawat di rumah sahaja. 

Aku meraup wajah. Dalam diuji, aku takut tak terlihat nikmat-nikmat ini yang Tuhan beri seiring dengan ujian. Bilamasa Tuhan tinggalkan aku? Dalam teruji pun masih ada jalan-jalan keluar yang diberi dan tangan-tangan yang menghulur bantuan tanpa berkira.

Nikmat Tuhan mana lagi aku dustakan? 

Jae sarankan agar aku mengatur sesi terapi. Membuatkan terdetik di hati, sudah gilakah isteri aku? Lama aku pandang wajah sayu Eli. Walaupun di dalam tidurnya, wajahnya tetap kelihatan pilu.

Aku ketap bibir. Merasa bersalah dan berdosa. Banyak sebenarnya benda yang aku buat di belakang Eli sebelum kemalangan ini berlaku. Kadangkala aku tewas dengan hasutan syaitan dan bisikan nafsu. Kadangkala aku bosan dengan perkahwinan yang sunyi ini. 

Aku lupa, akulah pemimpin dalam rumahtangga ini. Akulah yang akan mencorakkannya. Bukannya berpaling saat aku merasa bosan. Bahkan lari bila teruji. Kalau inilah cara Tuhan nak balasi aku, nak sedarkan aku, ya aku terima. Kerana aku benar-benar sedar sekarang siapa Eli di dalam hidup aku. 

Sentuhan mama di bahu mengejutkan aku. Segera aku tepis air mata yang entah bila keluar. Sesedap rasa je nak keluar. Segan aku depan mak mertua. Namun mama hanya tersenyum hambar. Mungkin memahami gelodak jiwa menantunya ini. Aku dan Eli sama-sama sudah kehilangan ayah. Jadi kadangkala aku merasakan tiada tempat utk aku bercerita. 

"Ma, Radhi bawa Eli bercuti ya?" 

Mama mengangguk perlahan.

ANGIN MENDERU MASUK celahan tingkap chalet kami yang menghadap pantai. Bunyinya menderu-deru berlagu-lagu. Seram pulak mendengarnya. Tapi terselit bahagia bila tengok muka teruja Eli yg sedang menyusun beg di atas meja kopi. Seronoklah tu orang bawa dia pergi bulan madu.

Dalam diam aku bersyukur, dalam diuji, aku nampak banyak hikmahnya. Hampir 4 tahun perkahwinan, hanya tahun pertama aku banyak meluangkan masa bercuti dengan Eli. Tak pernah langsung terfikir nak mengambil sedikit masa untuk menukar suasana, mengembalikan rasa-rasa pertama kali bercinta dulu. Sesekali berbual perkara-perkara yg tidak penting, berkongsi gelak ketawa, berkongsi suasana, berkongsi cawan dan earphone

"Ok tak?" Aku bertanya.

Eli memandang aku dengan senyuman yang paling lebar dia boleh senyum. Peristiwa dia membunuh anjing itu bagaikan tidak pernah berlaku. Dia tak menyebutnya dan aku pun tak nak ingat lagi. Aku harap ianya hanya salah satu proses penyembuhan untuk Eli kembali seperti biasa. 

"Gila tak okey."

Dia ketawa kecil sambil berguling di atas katil. Senget benget tudung dibuatnya. Aku mendekat dan menarik kedua pipinya dengan kuat. Geram. Bahagia dengar gelak tawanya. 

Telefon bimbit bergetar di atas meja aku capai. Panggilan daripada Jae. 

"Macamana? Kau taknak ubah lokasi ke?" soal Jae selepas berbasa basi di awal perbualan.

Aku pandang Eli yg beralih ke beranda menikmati angin pantai. Aku duduk di atas katil. Jae menasihati aku agar mengelak membawa Eli ke tempat-tempat seperti laut atau hutan. Katanya, di situ lebih terdedah pada gangguan 'benda-benda' yang kita tak nampak. Tapi, itulah. Rasa nak sekeh je kepala Jae ni. Dia bagi nasihat tu lepas aku dah siap booking semuanya. 

"Tak apa. Setakat ni okey." Aku sendiri tak pasti dengan jawapan sendiri. 

"Kalau kau takde bajet, meh aku belanja. Aku tempahkan bilik kat Penang. Jalan pusing bandar Penang best sikit. Meriah." 

"Eh, tak payah! Aku okey sajalah! Lagipun, aku rasa mana-mana tempat pun sama. Rumah aku yang perumahan dalam bandar tu pun jadi macam-macam."

Terharu pulak aku dengan Jae ni. Kami kenal dari zaman sekolah menengah lagi. Tapi waktu tu asyik bergaduh je. Yelah, aku budak nerd. Jae nakal yang amat tp siapa sangka sekarang Jae dah smart, doktor lagi! 

"Hmm... aku betul-betul harap hal korang ni settle cepat-cepat. Sorry aku tak banyak tolong." 

Jae... kau buat aku sebaklah dgn ayat sempoi kau! 

CUACA REDUP HARI INI. Lega rasanya. Aku tak tahan bahang pantai tapi sebab teringatkan yang Eli pernah ajak aku pergi ke pantai satu masa dulu, memutuskan aku untuk datang ke sini. 

Ada gerai kecil di tepi pohon merimbun yang menjual berbagai makanan ringan. Kecur pulak air liur tengok buah potong. Eli memilih buah nenas, aku memilih jambu batu dan mangga lemak manis. Kerusi plastik menjadi tempat duduk sambil menikmati angin pantai bertiup kencang membawa bau masin air laut. Tenangnya! 

Tiba-tiba, Eli menukar tempat duduknya. Dari duduk berhadapan dengan aku, kini dia duduk rapat di sebelah kanan. Aku pandang wajah kelatnya.   

"Kenapa?" 

"Tak selesalah. Ada orang pandang je kita dari tadi," jawabnya. Wajahnya mula menampakkan mood pantai dia mula menghilang. 

"Mana?"

"Belakang awak." 

Pantas aku menoleh. Meliar mata aku bergerak namun tiada sesiapa melainkan kawasan rumput kasar yg berpasir. Sedikit rasa cuak bertamu. Aku pandang Eli. 

"Tak ada pun." 

Eli menjeling sedikit ke arah belakang aku. Jelas kelihatan dia tidak selesa. 

"Ada. Dia masih kat situ," adu Eli.

Aku berpaling lagi. Sumpah! Tiada langsung bayang orang di belakang aku. Jam tangan aku lihat.

6.30 petang.

Patutlah! Dah senja.

Segera aku genggam tangan Eli dan memaksa dia bangun mengikut langkah aku. Aku tak pasti samada aku rasa cuak atau geram. Atau.. keliru? Atau.. arghh! Boleh gila aku macam ni! 

Malam itu aku cuba menenangkan diri di lobi chalet. Eli aku biarkan di dalam bilik. Aku rasa tertekan sebenarnya. Sampai di tahap ini, aku tak nampak jalan keluar dari permasalahan sekarang. Aku raup wajah yg terasa kusut.

Jam sudah menginjak waktu 10 malam. Sudah 2 jam rupanya aku di sini. Selipar aku sarungkan dan mula menapak keluar dari lobi menuju chalet yang dikelilingi taman hijau merimbun. Sapaan penyambut tetamu aku tak mampu nak balas. Kepala terasa sarat. 

Langkah aku di atas laluan berbatu ditemani cahaya lampu neon yang meriah. Bulan tidak kelihatan dek awan tebal. Bunyi ombak menghempas pantai tidak lagi mampu meringankan rasa beban di dada.

Langkah terhenti. Dari jauh, aku melihat bayang seakan manusia di hadapan pintu chalet.

Aku mengecilkan mata. Cuba memastikan ketepatan sangkaan ku di dalam kegelapan itu. Spontan kaki aku melangkah laju ke hadapan. 
Sampai di hadapan chalet, aku pandang kiri kanan. Tiada sesiapa. Nafas laju mengikut rentak jantung. Aku salah nampak atau.. aku nampak sesuatu yg salah..

Tangan kanan memegang tengkuk yang terasa tegang. Nafas aku tarik dalam-dalam. Cuba menggapai ketenangan. Cuba melupakan apa yg aku nampak tadi. Pintu chalet aku hampiri bersama kunci di tangan. Kunci dipulas dan pintu terbuka. 

"SELAMAT HARI LAHIR KE 34!"

Terkujat aku di muka pintu. Terkebil-kebil. Wajah teruja Eli bersama 3 biji kek cawan di tangan aku pandang lama.

Eli.. buat suprise birthday ke kat aku?

Eli ketawa lepas, menarik semula fikiran yang terawang-awang sebentar tadi. Dia meletakkan kek cawan bersama lilin kecil di atas meja cermin. Pintu bilik chalet ditutup dan lengan aku ditarik ke dalam. Bahu aku ditolak, memaksa aku duduk di birai katil. Kemudian Eli berlari ke almari dan mengeluarkan kotak hadiah berbalut kemas. 

"Nah, hadiah! Maaf sangat sebab tak ada majlis hebat-hebat. Susah nak sorok-sorok buat surprise tanpa awak tahu. Dan minta maaf banyak susahkan awak. Terima kasih sudi hidup dengan saya, terima kasih terima saya, terima kasih jagakan saya. Semoga hari lahir awak ini menjadi kenangan buat awak." 

Mimik muka Eli yang berubah-ubah aku tenung dalam-dalam. Dalam kesibukan dan hal yang mendatang, rupanya aku terlupa hari lahir sendiri. Terharu sungguh rasanya walaupun sambutannya tak seberapa. Lupa terus ketegangan aku sebelum masuk ke bilik chalet ini tadi. Aku tarik Eli ke dalam dakapan. Seeratnya aku memeluk isteri yg aku baru belajar mengenalinya. Eli membalas pelukan dengan erat. 

Mata aku melorot pada kek cawan yang terletak di meja cermin sebelum terpandangkan kalendar di sisinya. 6 April? Bukan ke hari lahir aku 28 Ogos? Jauhnya beza.

Dan.. aku baru berumur 28 tahun. Apa kejadahnya 34 tahun? Jantung mula berdegup kencang lagi. Apa lagi ni... 

"Bukalah hadiah ni cepat." Eli teruja sambil melepaskan pelukannya.

Mulut aku bagai digam kuat. Dalam rasa cuak dan keliru, aku koyakkan balutan bercorak abstrak itu. Perlahan-lahan, isi dalamnya mula kelihatan. Aku tergamam. 

"Pisau lipat?"

Sarung cantik pisau itu tak mampu menenangkan aku. 

"Kan awak suka kumpul pisau?" ujar Eli, tulus.. ikhlas.

Aku memejam mata dengan erat.

HARI TERAKHIR PERCUTIAN, aku cuba melupakan peristiwa malam tadi. Aku menuju ke kawasan bandar. Tak ada mood nak bermain pasir. Ramai juga pelancong di sini walaupun bukan musim cuti. 

Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk, Eli ceria mencuci mata membuatkan lama kelamaan aku merasa lapang dada. Makin seronok dia bila aku belanja dia beli barangan wanita di kedai berhawa dingin ini. Jurujual di tepi kaunter tu mulalah potpetpotpet promosi keistimewaan kad keahlian mereka. Macamlah lepas ni aku akan beli belah di kedai tu saja. Tapi aku tengok Eli sudah angkat-angkat kening memandang aku, akhirnya aku angguk saja. 

"Puan, sila isikan borang ni ya." 

Aku geleng kepala tengok Eli mencapai borang tu sambil tersengih pada aku.

Layankan sajalah.. bila lagi nak hiburkan hatinya. 

Borang bertukar tangan bersama kad pengenalan Eli. Wanita berkot biru itu mengambilnya dan membawa ke meja komputer di belakang kaunter. Sementara menunggu kad keahlian diproses, Eli menarik lengan baju aku sambil menunjuk ke luar pintu kaca. Terlihat motor menjual aiskrim di seberang jalan. 

"Kejap lagi kita ke sana ya? Tunggu kad siap." Aku membalas.

Eli muram. Matanya tak lepas dari memandang ke luar. Aishh... muka kesian dia memang tak boleh blah! Not RM5 aku keluarkan dan beri padanya. 

"Pergilah beli dulu. Tunggu abang kat sana. Nanti abang bawa kad sekali," ujar aku. Lebar senyumannya. Senyuman yang membunga-bungakan taman dalam hati ni. Chewwaahh! 

Eli berlari-lari anak melintasi jalan. Aku hanya mampu menggeleng. Wanita kaunter tadi memanggil aku, mengalihkan fokus aku dari terus memandang Eli. Kaunter aku hampiri. 

"Isteri encik di mana ya?" soalnya. 

"Dia pergi beli aiskrim. Kenapa? Ada apa-apa yg saya boleh bantu?" aku menyoal kembali. Borang tadi ditolak ke hadapan aku berserta kad pengenalan Eli. 

"Kami galakkan kepada pemegang kad untuk mengisi borang menggunakan nama sebenar di dalam kad pengenalan." 

Berkerut dahi aku. Aku pandang nama penuh Eli di kad pengenalan.

Nur Elyana binti Zahar.

Aku pandang pula nama yg tertera di atas borang.

Nafas dan detakan jantung aku seakan terhenti. Kaki menjadi lembik. Spontan aku jatuh terduduk dengan peluh yang merenik di dahi. Kakitangan di situ mula panik dan menerpa ke arah aku. Dalam kekecohan, aku pandang melalui pintu kaca, wajah Eli yang sedang menunggu giliran mendapatkan aiskrimnya. Tangan aku menekan dada, kuat.



April 2017

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro