18
Renjun mengeringkan rambutnya dengan tuala. Sambil itu dia mencapai telefon bimbitnya dan duduk di pinggir katil. Dahinya dikerutkan bila melihat ada pesanan dari nombor yang tak dikenalinya.
Unknown Number
Gomawo Renjun.
Sebab pujuk saya, tenangkan saya
dan teman saya balik.
Dia tersenyum. Sudah tahu siapa pengirimnya.
You
Mana kau dapat nombor
aku?
Unknown Number
Ishh!!! Bukan nak jawab
apa yang saya cakap!
Sibuk tanya soalan tak penting.
You
Apa pula tak penting.
Pentinglah untuk aku
tahu. Ni kira kau ceroboh
privasi aku tahu tak?
Unknown Number
Hish, annoyinglah awak ni.
Fine, saya cakap.
Saya dah lama ada nombor
awak. Saya ambil dari phone
Yeji. Cuma tak berani nak
mesej je sebelum ni.
Renjun ketawa perlahan. Sebelum membalasnya, dia sempat menyimpan nombor itu terlebih dahulu.
You
Eh, kau lah annoying.
Apa aku pula?
Annoying
Ya lah, saya yang annoying.
Sorry, mesti awak annoyed kan
dengan saya?
Okay bye.
Renjun mengerutkan dahinya.
"Aik, sejak bila terlebih sensitif ni? Selalu aku cakap dia annoying dia okay je,"
You
Bye si annoying.
Esok jangan datang lambat pula.
Annoying
Sorry sikit.
Dah sebulan lebih rekod kehadiran
saya cantik. Saya takkan lambat.
Nanti awak akan annoyed sebab
tengok muka saya.
You
Menyampah.
Masuk bakul angkat sendiri.
Annoying
Dah, saya malas nak layan
awak.
Bye!!!!!
Renjun akhirnya menutup ruangan perbualan mereka. Baru sahaja dia ingin menyimpan telefon bimbitnya, satu panggilan masuk.
"Hello, Minju ah. Ada apa?" soalnya.
"Ada apa? Yaa, awak ke mana tadi? Tahu tak saya tunggu awak sejam? Kata nak bincang pasal gossip tu dan uruskan semuanya?"
Renjun menjauhkan alat itu dari telinganya bila mendengar jeritan Minju.
"Matilah aku,"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro