16
"Betul ni boleh naik bas?" Puan Huang memandang anaknya.
"Omma. Saya dah besarlah," ujar Renjun.
Ibunya itu mengajaknya makan di luar. Dan selepas selesai, tiba-tiba pula dia perlu ke pejabat kerana ada urusan penting. Jadi, dia terpaksa pulang menaiki bas.
"Lupa pula Omma anak manja Omma ni dah besar," kepala Renjun diusap.
"Omma pergilah cepat. Jumpa kat rumah nanti," pipi ibunya dicium.
Selepas itu dia keluar dari kereta dan memerhatikan sahaja kereta itu melucur pergi di atas jalan raya.
Renjun kemudiannya mengambil jalan untuk ke perhentian bas. Baru beberapa tapak dari situ, dia melihat Eunji yang baru turun dari bas.
Dan entah kenapa, dia membuat kerja gila dengan mengekori gadis itu. Eunji langsung tidak perasan kerana kedua telinganya disumbat dengan earphone.
"Dia ni nak pergi mana?" soalnya pelik.
Ya lah, Eunji tiba-tiba sahaja masuk ke kawasan bangunan-bangunan lama. Kedai di situ kebanyakannya nampak sudah berusia walaupun masih ramai pelanggan.
"Kwon Book Store? Keluarga dia ada kedai buku?"
Renjun melangkah masuk juga ke dalam kedai buku yang agak suram itu. Dia melilau mencari kelibat Eunji tadi. Sehinggalah matanya terpandang sesuatu.
Mulutnya ditekup tidak percaya. Dari cermin sebuah pejabat kecil di bahagian belakang kedai, dia melihat seorang lelaki yang sedang berciuman dengan seorang perempuan yang nampak jauh lebih muda darinya.
"Takkanlah,"
"Appa!" Renjun segera menyorok di sebalik rak buku.
Dilihatnya Eunji sudah masuk ke dalam pejabat itu. Pasangan yang berciuman tadi segera menjauh. Dia nampak Eunji seperti sedang menjerit marah.
Selepas itu, gadis itu keluar dari pejabat kecil itu.
"Eunji!" lelaki tadi menahan lengan Eunji.
"Eunji benci Appa! Kenapa Appa buat Omma macam tu?" soal Eunji.
"Eunji. Appa minta maaf sebab dah kecewakan Eunji. Tapi Appa rasa Appa dah patut beritahu kamu,"
Eunji memandang wajah bapanya dengan penuh marah.
"Appa dengan Omma dah bercerai. Kami minta maaf sebab tak jujur dengan kamu dan Unnie kamu. Ini yang terbaik,"
"Terbaik? Terbaik untuk Appa dengan perempuan tu je kan! Eunji benci Appa! Eunji tak nak tengok muka Appa lagi!" Eunji menolak bahu lelaki itu sebelum dia berlari keluar.
Renjun masih lagi berdiri di situ. Dia seakan tidak percaya melihat Kwon Eunji saat itu. Gadis yang selalu ceria dan mengganggunya itu, boleh semarah itu.
"Dik, kamu-,"
Renjun tersedar dirinya sudah ditangkap oleh Tuan Kwon.
"An-annyeonghaseyo," dia menundukkan badannya.
"Kawan Eunji?" soal Tuan Kwon.
Renjun hanya mengangguk.
"Boleh tolong tengokkan dia? Ahjushi rasa dia tengah marah sangat pada Ahjushi,"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro