Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

09

Eunji yang sudah selesai mandi itu membuka pintu biliknya. Niatnya ingin ke dapur untuk mencari makanan. Ya lah, rehat tadi dia makan sedikit sahaja sebelum kejadian itu berlaku.

"Kwon Eunhyuk!"

Dadanya dipegang bila mendengar suara jeritan ibunya itu dan diikuti dengan bunyi pintu rumah dihempas kuat.

"Awak memang tak guna! Penipu!"

Eunji mengintai sedikit dan melihat Puan Kwon yang memukul-mukul dada Tuan Kwon dengan beg tangannya.

"Jihee, saya dah cakap yang dia tu pekerja saya je," Tuan Kwon bersuara dalam keadaan dirinya masih dipukul itu.

"Pekerja apa macam tu? Duduk berduaan dalam pejabat awak! Sentuh awak macam tu! Pekerja apa tu?"

"Saya rasa tak sihat. Dia cuma tolong picitkan saya-"

"Picitkan? Yaa, awak ni kenapa? Suka sangat ke orang luar sentuh awak macam tu? Hah?" soal Puan Kwon lagi.

"Ni, ni apa? Kesan lipstick kan? Awak nak menipu apa lagi?" kolar baju Tuan Kwon ditarik.

Eunji menekup mulutnya tidak percaya. Walaupun kurang jelas, tapi dia masih dapat melihat dari jauh kesan merah jambu di baju bapanya itu.

"Jihee yaa, saya-,"

"Sampai hati awak Eunhyuk. Saya ni tak cukup ke? Eunbi dengan Eunji ni tak cukup ke untuk awak? Kenapa sampai macam ni? Awak boleh bayangkan tak perasaan Eunbi kalau dia tahu yang Appa dia ada hubungan dengan budak sebaya dia?" Puan Kwon sudah menangis.

Tuan Kwon meraup wajahnya.

"Jihee yaa, mianhei. Tapi saya rasa kita memang patut berpis-"

"Appa, andwae!" Eunji dengan laju menuruni tangga.

"Eunji? Kamu kat rumah?" soal Puan Kwon.

Eunji mengangguk dengan matanya yang berair.

"Appa, Omma jebal. Janganlah berpisah," rayu Eunji.

Dia kemudian duduk melutut di lantai dengan kedua tangannya disatukan.

"Jebal, Eunji tak nak keluarga kita berpecah," air mata Eunji sudah mengalir.

Bunyi pintu dibuka menyebabkan mereka semua memandan ke sana.

"Kenapa ni?" soal Eunbi, anak sulung pasangan Kwon.

"Unnie, Appa dengan Omma nak berpisah. Tolonglah pujuk mereka Unnie,"

"Appa? Omma? Betul ke ni?" soal Eunbi.

"Eunbi yaa, Appa dengan Omma-,"

"Jebal! Janganlah berpisah!" suara Eunji makin kuat kedengaran.

"Eunji," Eunbi terus memeluk tubuh adiknya.

Dan petang itu, rumah keluarga Kwon dipenuhi dengan tangisan Eunbi dan Eunji.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro