ANNA 9
sebaik saja loceng elektrik berbunyi nyaring trisha pantas melangkah keluar dari dalam bilik kelasnya. "hey... trish... tunggu saya...", kedengaran suara rakannya mona memanggil namanya dari belakang. trisha menoleh ke belakang. kelihatan mona berlari anak menuju ke arahnya. "kenapa awak jalan laju sangat?.... kalau ye pun nak balik cepat, awak tunggulah saya dulu...", mona bersuara dengan suara yang termengah mengah. "sorrylah mona... saya nak elakkan diri dari bertembung dengan si anna tu sebab itulah saya jalan laju sikit...", tutur trisha dengan wajah yang serius. dia kembali melangkah dengan pantas di celah celah kesibukan dan keriuhan murid murid yang lain. mona terpaksa melangkah pantas di sebelah rakannya itu."eh... sampai bila awak nak elakkan diri daripada bertembung dengan adik awak tu?", soal mona dengan dahi yang berkerut. "sampai bila bila....", balas Trisha dengan wajah yang selamba. belum pun sempat mona bersuara tiba tiba, "hey... you two!... wait for me...", jerit suatu suara. trisha dan mona terus menoleh ke belakang. kelihatan anna berlari anak menghampiri mereka di situ. "oh.... great... here comes the little witch...", Trisha bersuara dalam nada suara yang jengkel sekali. "hey...... stop called her witch.... dia adik kau lorh....", mona bersuara separuh berbisik. "whatever!...", kata trisha seraya memutarkan bola matanya. mona menyambut kehadiran anna di situ dengan senyuman lebar terukir di bibirnya. manakala trisha pula berwajah tegang. dia melangkah laju meninggalkan mona dan anna di belakang. "eh... trish... kenapa awak jalan laju sangat?", soal mona dari belakang tapi trisha tidak menjawap soalannya. malah dia terus saja melangkah meninggalkan kawasan sekolah yang semakin lengang itu. dia berjalan menuju ke arah kereta mamanya yang sudah lama menunggu di luar kawasan sekolah itu. "mana adik awak si anna tu?...", soal puan selina ingin tahu. "dia ada di belakang...", jawap trisha seraya membuka pintu kereta mamanya. tanpa menghiraukan pandangan mata mamanya dia terus saja masuk ke dalam kereta tersebut. "eh... kenapa awak tinggalkan adik awak di belakang pula? kenapa awak tidak tunggu adik awak tu?", soal puan selina ingin tahu tapi trisha tidak menjawap soalan mamanya itu. malah dia buat tak tahu saja.
"trisha... kenapa awak diam?...", soal puan selina cukup bengang dengan sikap anak perempuannya itu. "kenapa mama asyik bertanya tentang budak tu?....", soal Trisha cukup jengkel sekali. "eh... dia adik awak sekarang... awak harus menjalankan tanggungjawab awak sebagai seorang kakak untuk menjaga dan memperhatikan adik awak tu...", belum pun sempat puan selina menghabiskan perkataannya trisha terus memotong perkataan mamanya. "correction mum.... shes not my sister....", potong trisha dengan wajah yang serius. "hey... dia dah jadi adik awak sekarang... awak harus terima hakikat itu....", puan selina bersuara dengan pantas. "but i dont really like her because i think she's a wi.....", belum pun sempat trisha menghabiskan perkataannya kelihatan anna membuka pintu kereta lalu melangkah masuk ke dalamnya. "good afternoon mama... apa yang korang bualkan tadi?", soal anna sebaik saja dia duduk di dalam kereta itu. "oh... nothing...", balas puan selina dengan pantas sekali. "habis tu... kenapa wajah korang nampak tegang saja ni?....", soal anna ingin tahu. "oh... tak ada apa apalah.... so, macamana dengan hari pertama awak di sekolah baru awak tu?.... semuanya baik baik saja, kan?", soal puan selina cuba mengalihkan topik perbualan. dia memasang enjin kereta lalu mula memandu kereta tersebut. "not so bad...", balas anna dengan ringkas. "oh... baguslah kalau macam tu... lepas ni mama nak hantar korang balik ke rumah.... makanan tengahari sudah mama sediakan untuk korang. bila korang sampai kat rumah nanti korang makan sama sama, ya... mama nak balik ke pejabat semula. mama ada banyak kerja yang belum di siapkan....", kata puan selina sambil memandu keretanya.
"baiklah mama....", balas anna dengan lembut. "trisha, awak jaga adik awak di rumah baik baik, ya...", kata puan selina pada Trisha yang sedang duduk di tempat duduk belakang tapi perkataannya tidak di balas. trisha hanya duduk diam di tempat duduknya. tidak lama kemudian mereka pun sampai di rumah banglo dua tingkat itu. trisha melangkah keluar dari dalam kereta. begitu juga dengan anna. "ingat... korang mesti makan makanan yang terhidang di dapur tu sama sama nanti, ya...", sekali lagi puan selina memperingatkan dua orang anak perempuannya itu. "baiklah mama....", balas anna. trisha langsung tidak bersuara saat itu. dia terus saja melangkah menuju ke pintu rumah banglo tersebut. pintu rumah itu di buka dengan menggunakan anak kunci di tangan. trisha melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan anna yang sedang mengekorinya dari belakang. dia melangkah menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas. setibanya dia di bilik tidurnya trisha terus masuk ke dalam bilik tidurnya lalu di kuncinya bilik tidur tersebut dari dalam. dia menghempaskan tubuhnya di atas katil sambil berfikir panjang. ketika dia sedang memikirkan sesuatu tiba tiba saja daun pintu bilik tidurnya di ketuk orang dari luar. "tok.... tok.... tok....", ketukan perlahan bergema di daun pintu bilik tidurnya. trisha tahu itu pasti anna yang mengetuk daun pintu bilik tidurnya tapi dia langsung tidak mahu membuka pintu tersebut. malah dia hanya duduk di atas katilnya sambil merenung ke arah daun pintu bilik tidurnya. "kak... tolong buka pintu ni.... tok... tok... tok....", kedengaran suara anna di sebalik daun pintu bilik tidurnya beserta dengan ketukan yang perlahan lahan. "awak nak apa, hah?", soal trisha sedikit jengkel. "saya nak ajak kakak makan dengan saya....", kata anna di sebalik pintu bilik tidurnya itu. "tak nak...", balas trisha dengan ringkas sekali. "tapi kak, mama ada menyuruh kita makan bersama sama tadi...", bidas anna di sebalik pintu bilik tidur trisha. "ya.... saya tahu semua tu tapi saya tak rasa lapar lorh.... kalau awak nak makan awak pergilah makan sendiri.... jangan ajak saya lagi....", kata trisha.
"tapi kak saya tak suka makan seorang seorang... tolonglah temankan saya makan kat dapur tu...", anna bersuara lagi tapi kali ini dalam nada suara yang separuh memujuk. "maaflah.... saya tidak ada selera hendak makan... kau pergilah makan....", balas Trisha dengan nada suara yang tegas. namun perkataannya tidak di endahkan. malah anna terus mengetuk daun pintu tanpa henti. mula mula ketukannya tidak berapa kuat tapi lama kelamaan ketukan di pintu semakin kuat dan kuat. "dammm!.... dammmm!..... dammmm!....", berdentam dentum bunyi pintu bilik tidurnya di ketuk dari luar. "jangan ketuk pintu tu lagi... just go away!!!....", bentak trisha cukup marah. namun bentakannya tidak di endahkan. malah ketukan di pintu bilik tidurnya semakin kuat pula. yang lebih menghairankan lagi apabila dia dengar bunyi ketukan itu di sertai dengan bunyi geseran seperti ada sesuatu yang tajam di geserkan di atas permukaan daun pintu. ianya tak ubah seperti bunyi cakar seekor harimau pula. trisha merasa takut sekali apatah lagi bila dia melihat pintu bilik tidurnya bergegar bagaikan di pukul oleh raksasa pula. trisha tahu pasti anna betul betul merasa marah saat itu. buktinya pintu bilik tidurnya saja bergegar bagaikan hendak pecah di buatnya. dia yakin anna menggunakan ilmu sihirnya di saat dia marah. dalam diam Trisha merasa semakin takut. dia hanya duduk diam di atas katilnya dengan tubuh yang menggeletar.
AUTHOR NOTE: Kapus kapus saja line tenet ni. macam orang yang sakit asma lah pula. adiiihhh... ingat nak publish pagi tadi sekali tengok line tenet langsung tak ada. baru ni ada line tenet. itu pun susah susah nak update. hm...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro