ANNA 12
"Trisha... bangun sayang....", ucap puan selina dengan lembut. trisha membuka matanya. kelihatan puan selina sudah berdiri di depan matanya. begitu juga dengan anna. mereka sudah pun siap berpakaian kemas. puan selina sudah memakai baju pejabatnya. manakala anna pula siap berpakaian gaun serba hitamnya. memang begitulah cara dia berpakaian. dia asyik memakai pakaian serba hitam. macamlah dalam dunia ni tidak ada pakaian warna lain yang hendak di pakai. trisha terdiam seketika. dia teringat akan perancangannya yang ingin menyiasat latar belakang anna pada pagi itu. "oh.... er.... saya tak rasa sihatlah ma... kepala saya terasa sakit. saya rasa macam nak demam aje ni...", trisha pura pura tidak sihat pula. "eh... kenapa awak tak rasa sihat pula?.... semalam awak baik baik saja...", puan selina memegang dahi anak perempuannya itu. "ya betul... saya tak sihatlah ma... uhukk!... uhukkk!....", balas trisha sambil berpura pura batuk kecil. dia lihat anna mencebikkan bibirnya. tentu dia merasa jealous apabila dia melihat trisha bermanja sekejap dengan mamanya. "kalau awak rasa tak sihat biar mama hantarkan awak ke klinik...", puan selina bersuara dengan penuh prihatin. "eh... tak payahlah mama bawa saya ke klinik... saya akan kembali sihat jika saya berehat saja kat rumah ni...", kata trisha dengan pantas. "ya ke?", soal puan selina lagi. "ya.... saya makan ubat panadol nanti... sudah tentu sakit kepala ni akan hilang...", balas Trisha dengan bersungguh sungguh. belum pun sempat puan selina bersuara tangannya di tarik oleh anna. "biarkan dia, ma... kita sudah lambat dah ni...", kata anna sambil menarik tangan wanita itu. mahu tidak mahu puan selina meninggalkan trisha di situ. "awak jangan lupa makan ubat panadol nanti, ya...", sempat lagi puan selina berpesan pada anak perempuannya itu. "ya... saya akan makan ubat tu nanti...", balas trisha dengan pantas sekali. tidak lama kemudian dia terdengar bunyi enjin kereta mamanya bergema di dalam garaj kereta. trisha memasang telinganya lagi. kedengaran bunyi enjin kereta mamanya berderum keluar dari kawasan rumah mereka. setelah dia pasti mamanya dan adik angkatnya itu sudah pergi dari situ barulah dia bangun dari atas katilnya.
dia melangkah menuju ke bilik tidur anna. perlahan lahan dia memusing tombol pintu bilik anna tapi pintu itu terkunci rapat. trisha menggetapkan giginya. geram betul dia apabila dia mendapat tahu yang pintu itu terkunci rapat. dia berfikir seketika. "kalau tak salah mama ada simpan kunci pendua pintu ni dalam bilik tidurnya. okay, lets get it...", cepat cepat trisha melangkah pergi dari situ. tidak lama kemudian dia muncul di situ dengan kunci pendua bilik tidur anna. dia memasukkan kunci pendua itu ke dalam tombol pintu tersebut. "klik....", kedengaran bunyi tombol itu berjaya di bukanya. perlahan lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur anna. keadaan di dalam bilik tidur anna agak gelap sedikit sebab semua jendela di situ di tutupi dengan kain curtain yang tebal. perlahan lahan trisha membuka semua kain curtain yang menutupi jendela bilik tidur tersebut. keadaan di dalam bilik tidur itu tidak lagi terlalu gelap. dia dapat melihat semuanya dengan jelas sekarang. perlahan lahan dia membuka pintu almari pakaian milik anna. alangkah terkejutnya dia bila dia lihat semua pakaian anna berwarna hitam. tak ada satu pun pakaiannya yang berwarna warni. gaun hitam, seluar tracksuit hitam, baju tshirt hitam, skirt hitam, stokin hitam, seluar leggingnya hitam, seluar dalamnya pun hitam. malah kasutnya pun hitam. pendek kata semuanya serba hitam.
"walaweh!.... anna ni blackmania kah, apa?....", trisha bersuara sambil menyelak kain baju anna yang berwarna serba hitam itu. tiba tiba dia terlihat ada sebuah buku tebal yang ada simbol bintang terbalik di atas muka depan buku tersebut. dia cuba membuka buku itu tapi ianya mempunyai kunci keselamatan sehingga menyebabkan trisha tidak dapat membuka buku tersebut. dia berusaha hendak membuka buku itu tapi dia gagal berbuat demikian sebab dia tidak ada kunci untuk membuka kunci keselamatan yang ada di tepi buku itu. jadi dia meletakkan kembali buku tersebut di tempatnya. dia lihat ada dua patung kecil di situ. patung seperti patung jerami yang jarang di dapati di mana mana kedai permainan. ianya di perbuat daripada jerami yang di ikat dengan kemas sehingga ianya membentuk seperti patung orang orangan. selain daripada itu ada sekotak mancis beserta lilin berwarna merah dan juga 1 set jarum peniti kecil yang di letakkan di dalam kotak hitam. cepat cepat trisha menarik keluar mobile phonenya dari dalam poket seluarnya. dia ingin mengambil gambar semua pakaian hitam milik anna beserta buku tebal yang ada simbol bintang terbalik itu dan juga dua buah patung jerami tersebut. dia ingin menunjukkannya pada mona. biar mona tahu yang si anna tu ialah seorang ahli sihir yang sebenarnya. ketika dia sedang berdiri di situ dia terpandang akan sesuatu. ada sekeping fail di bawah kain baju milik anna. perlahan lahan dia mengambil fail tersebut.
dia membuka fail itu. kelihatan sijil lahir milik anna judas tergeletak di dalam fail tersebut. dia mula meneliti maklumat yang tertera di dalam sijil lahir anna judas.
"nama: anna judas, tarikh lahir: 06/06/06, tempat lahir: rumah sendiri, nama ayah: judas karot, umur 36 tahun. nama ibu: rahab sapih, umur: 26 tahun. alamat: perumahan ringkasa, lot 66, jalan terjah, 66000 bandaraya ridara...", trisha membaca butiran yang tertera di atas sijil lahir yang di pegangnya saat itu. dia mengambil mobile phonenya lalu dia mengambil gambar sijil lahir tersebut. kemudian dia memeriksa isi fail itu semula. ada beberapa helai suratkhabar yang di gunting dan di letakkan dalam fail itu. dia mengambil salah satu kepingan suratkhabar tersebut lalu membacanya, "Berita tergempar (06/06/06), seorang bayi perempuan yang baru lahir di jumpai terbaring di sebelah ibunya dan juga ayahnya yang sudah mati secara mendadak di sebuah rumah di perumahan ringkasa. menurut sumber terdekat, ibu bayi tersebut mati setelah dia melahirkan bayi itu. manakala ayahnya pula mati secara mendadak setelah dia memegang bayi tersebut. dia di katakan mengalami serangan jantung.... keadaan bayi itu stabil dan dia di tempatkan di rumah anak yatim bandar ridara... eh!... jangan jangan bayi yang kematian ibu bapa ni ialah anna judas. buktinya tarikh yang tertera kat suratkhabar ni hampir sama dengan tarikh lahir anna....", berkerut dahi trisha ketika dia membaca keratan suratkhabar yang kelihatan lusuh itu. dia kembali meneliti keratan suratkhabar yang lain pula. "Berita terkini (06/06/10) seorang budak perempuan berusia 5 tahun di temui di dalam sebuah rumah sepasang suami isteri yang meninggal dunia setelah rumah mereka di landa kebakaran pagi ini. budak perempuan itu kini di tempatkan di rumah anak yatim bandar seri jerajak setelah di dapati tidak ada siapa pun yang ingin menjaganya..... wait the second.... anna pernah di ambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang mati dalam kebakaran?.... biar betul.... eh!... ada gambar anna lah dalam suratkhabar ni.... oh my God!!!....", Trisha terkejut bukan kepalang sebaik saja dia melihat gambar anna terpampang jelas di dalam keratan suratkhabar tersebut. wajah anna kelihatan muram dalam gambar itu. dia tidak menyangka yang anna mempunyai kisah silam yang teruk macam itu....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro