CHAPTER 1
1996,
Di luar rumah banglo tiga tingkat yang gah berdiri di tengah belantara, hujan turun dengan lebat pada malam itu. Guruh berdentum turun dari langit, menyuluh terang segenap alam.
Penghuni banglo mewah itu dalam kekusutan. Si isteri mundar mandir, menanti di luar bilik si anak. Dia menggigit kuku ibu jari. Wajahnya memaparkan kerisauan. Sesekali suara jeritan si anaknya dari dalam bilik itu membuatkan jantungnya seakan mahu meletup. Setiap kali itu juga lah dia agak menjerit dan mengetuk pintu yang terkunci rapat itu.
"Soorim! Soorim kena kuat sayang,"matanya yang bengkak melelehkan air jernih ke pipi.
"Omma! Omma! Tolong Soorim! Appa nak bunuh Soorim! Tolongg!"Dia menekup telinga pada jeritan si anak. Itu pesanan Father Peter kepadanya supaya jiwanya yang lemah tidak mudah diperdayakan syaitan. Suara si anak yang kesakitan bergema di dalam fikirannya pula, membuatkan hatinya meruntun dengan segunung rasa kasihan.
"Selamatkan anak kau Soo Jung. Dia dalam bahaya! Suami kau dan Father Peter tengah seksa budak tu,"Soo Jung kalah dengan bisikan itu yang memaksa dirinya supaya bertindak. Dia nekad menghempap daun pintu sepenuh tenaga dengan tubuhnya. Beberapa kali dia mencuba, daun pintu berjaya dibuka.
Di dalam, dia melihat anaknya Soorim terbaring lemah di atas katil. Muka Soorim penuh lebam dan luka, menghilangkan kecomelan si anak yang baru berumur 6 tahun itu. "Omma!"panggil Soorim. Mata Soorim bergenang memandang tepat ke arah ommanya seperti meminta pertolongan.
Kedua dua tangan dan kaki Soorim dirantai pada empat bucu katil. Father Peter terkumat kamit membacakan doa sambil menekan salib ke dada kecil Soorim yang menampakkan sangkar rusuk. Soorim menjerit dengan suara yang garau—tidak seperti suara halus Soorim yang selalu Soo Jung dengar. Soorim meronta ronta mahu melepaskan diri. Katil yang menampung tubuh Soorim bergegar dan terangkat sedikit kerana kekuatan luar biasa Soorim. Si ayah memegang erat kaki Soorim.
"Omma...tolong Soorim! Tolong Soorim. Soorim sakit,"wajah Soorim merayu pada penglihatan Soo Jung. Wajah sebenar anaknya yang comel tetapi pucat tak bermaya. Pantas Soo Jung menolak suaminya menjauhi Soorim. Dia mengarahkan Father Peter memberhentikan bacaan doa kerana itu yang menyakitkan Soorim.
"Changi, lepaskan Soorim! Ni bukan anak kita! Lepaskan dia. Jangan mudah terpedaya,"Si suami cuba memisahkan Soo Jung dan Soorim. Soo Jung menghunuskan pisau di hadapan suaminya dan Father Peter supaya menjauh dari Soorim. Soorim ketawa panjang. Dia merentap rantai dengan kuat sehingga terputus.
"Aku takan tinggalkan tubuh budak ni. Dia dah janji untuk bersama selama lamanya dengan aku. Aku takan lepaskan dia,"kata syaitan yang merasuk Soorim. Father Peter menyambung bacaan doa sambil memegang erat salib di tangannya. Soo Jung ditarik oleh suaminya supaya berlindung di belakang Father Peter.
Tubuh Soorim terapung mencecah siling seperti kehilangan daya graviti. Mata Soorim tiada mata putih, hitan sepenuhnya. Urat urat biru menimbul dari leher ke pipi. Mulutnya ternganga luas menitis cecair hitam yang busuk. Doa yang dibaca oleh Father Peter tidak memberikan apa apa pun kesan pada Soorim. Bahkan syaitan di dalam tubuh Soorim makin berkuasa.
"Budak ni milik aku!!!"jeritan Soorim memecahkan semua kaca yang ada di dalam bilik itu. Soorim menghalakan tangannya ke arah Father Peter. "Kau takan dapat halang aku orang tua,"kuasa ghaib mencengkam leher Father Peter sehingga menutup salur pernafasannya.
"Hha...puskan anak pat..tung tu,"ujar Father Peter tercungap cungap.
Saat Soorim mengangkatkan tangannya, serentak tubuh Father Peter terangkat ke atas menuju ke arah kipas siling. Bilah kipas yang ligat berputar secara tiba tiba membelah kepala Father Peter menjadi cebisan halus. Darah tersembur ke segenap ruang bilik. Sisa sisa halus otak Father Peter yang hancur bertaburan di atas lantai. Tubuh Father Peter tanpa kepala terbaring di dalam lopak darah.
Sekarang Soorim tajam memandang Soo Jung dan suaminya.
"Changi, cepat lari sekarang,"Sehun merampas pisau dari tangan Soo Jung. Dia tak boleh berlengah. Soorim gagal untuk dikawal. Dia risau isterinya itu akan turut terkorban seperti Father Peter.
"Aniya!"bantah Soo Jung masih merangkul lengan Sehun. Sehun memeluk tubuh isterinya itu. Mungkin itu pelukan yang terakhir.
"Lari selamatkan diri sekarang. Oppa akan cuba selamatkan anak kita. Sayang lari sekarang tinggalkan rumah ni secepat mungkin,"Sehun meleraikan tangan Soo Jung. Dia ambil salib milik Father Peter yang tercelup darah. Dia serahkan kepala Soo Jung lalu dia terus menolak Soo Jung keluar dari bilik itu. Dia tutup daun pintu dan menahan dengan tubuhnya. Soo Jung cuba menolak pintu dari luar.
"Soo Jung takan tinggalkan oppa!"
"Lari sekarang!!!!"jerit Sehun. Soo Jung tiada pilihan lain. Terpaksa akur mengheretkan kaki turun ke tingkat bawah.
Soorim tersenyum merapat ke telinga. "Aku dah ambil roh anak kau. Kau takde peluang nak selamatkan anak kau lagi. Sia sia! Kau cuma manusia yang LEMAH,"kata Soorim menghampiri Sehun. Sehun melibaskan bilah pisau ke tubuh Soorim. Soorim mengelak dengan lincah. Pisau sekadar menikam ruang angin.
"Cukup! Aku akan hapuskan kau dan isteri kau,"
Tubuh Sehun kaku tidak boleh digerakkan. Tangannya yang memegang pisau terketar ketar dikawal oleh kuasa ghaib Soorim. Sehun sedaya upaya menahan tangannya.
Zuppp!
Sehun gagal. Tangannya yang menggenggam pisau menikam kepalanya sendiri. Gerakan tangan Soorim menolak tubuh Sehun ke pintu sehingga pintu pecah berkecai dan Sehun menghempap ke dinding di luar bilik.
"Omma, Soorim datang ni,"
* * * *
Soo Jung berlari ke ruang tamu. Dia mendengar jeritan Sehun dari tingkat atas. Dia melurut dada cuba mengawal dirinya. Dia mahu berpatah balik ke tingkat atas tapi dia tak yakin adakah Sehun berjaya menghentikan. Dia tidak terus keluar, dia masih teragak agak. Dia takan tinggalkan anak dan suaminya. Dia memikirkan satu ikhtiar yang boleh dilakukan untuk menghentikan Soorim. Dia teringat pada pesanan Father Peter tadi supaya dia perlu menghapuskan anak patung puaka itu.
Dia terus ke stor untuk mengambil anak patung yang disimpan di sana. Ketika dia membuka pintu stor, angin yang kuat menerpa ke arahnya. Angin yang entah datang dari mana kerana ruang itu tiada tingkap. Kelihatan anak patung itu berada di dalam stor. Angin semakin kuat menolak tubuh Soo Jung seperti menghalang Soo Jung masuk ke dalam stor. Soo Jung menahan tubuhnya dengan berpaut kuat pada bingkai pintu. Dia gagahkan dirinya untuk melawan. Salib yang dibawa diangkat ke hadapan sehabis boleh. Mulutnya turut membacakan doa doa yang diajar Father Peter. Sedikit demi sedikit kakinya mampu menapak melawan tiupan angin itu sehinggalah dia berjaya mendapatkan anak patung itu.
"Soo Jung....mana nak lari. HAHAHAGHAHA,"
Dia dengar sayup sayup bunyi hilai tawa dari luar stor. Soo Jung terus berlari keluar menuju masuk ke ruang dapur yang tidak jauh dari stor. Ruang dapur terasa bergegar. Perkakas seperti pinggan, periuk, pisau melayang dan memukul tubuhnya. Soo Jung menyorok di bawah meja untuk berlindung. "Aku akan hapuskan kau tak kira apa yang jadi pun,"nekad Soo Jung memandang anak patung itu dengan kemarahan.
"Omma....mana omma nak lari. Soorim nak jumpa omma,"suara halus Soorim. Tak, dia takan terpedaya lagi.
Soo Jung merangkap keluar dari bawah meja. Dia menoleh dan melihat Soorim sudah berdiri di muka pintu dapur. Soorim semakin mendekatinya.
"Omma, keluarlah!"
Soo Jung bangun. Dia hidupkan api dapur gas lalu dia letakkan anak patung itu ke atas nyalaan api. Dia besarkan lagi api. Api membakar sedikit demi sedikit anak patung buruk itu.
"Omma panas! Panas! Panas! Omma tolong,"Soorim tiba tiba rebah. Api turut muncul di kaki Soorim dan marak membakar separuh tubuh Soorim.
"Sakitttt! Omma sakit! Panas!"jerit Soorim. Kulitnya melecur, menampakkan isi merah. Soo Jung tak sampai hati melihat keadaan Soor lantas mematikan api yang sudah membakar separuh anak patung itu. Dia mendapatkan Soorim dan memeluk anaknya. Soorim senyum lebar kerana berjaya memperdayakan Soo Jung lagi.
"Dah terlambat Soo Jung. Kau takan dapat anak kau balik. Aku dah bawa roh dia jauh dari kau,"
"Mianhae! Mianhae! Omma sayang Soorim. Omma terpaksa lepaskan Soorim!"Soo Jung tusuk belakang tubuh Soorim dengan hujung salib yang runcing. Bertubi tubi sebanyak 10 kali sehingga tembus ke perut. Dia tersenyum gembira kerana Soorim tidak perlu lagi menanggung seksa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro