Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPILOG

1 April 2018.

1.30 petang.

Loceng berbunyi menandakan waktu pulang bagi Tingkatan 3.

"Baiklah kelas kita dah tamat..Jangan lupa petang ni , kelas tambahan..."pesan Cikgu Suraya.

"Reen jom kita makan dekat kedai depan sana..Aku dah lama tak makan bihun sup..." ajak Syasya

"Ha okey juga..Kita ajak Rafiqah sekali..." cadang Aireen.

"Tak payahlah..."halang Syasya.Bukannya dia sengaja ingin menghalang Aireen mendekati Rafiqah namun dia tak mahu , Aireen terus disakiti. Aireen itu gadis yang baik , semua orang dia percaya. Sedangkan Rafiqah dalam diam sebenarnya bencikan Aireen.

"Ishh..Kau ni tak baiklah..Dia kan kawan kita juga..."tegas Aireen berdegil.

"Reen ! Tak payahlah..Lepas apa yang dia buat dekat kau..Kau masih percayakan dia ? Dia curi kertas exam kau..Dia buat fitnah tentang kau dan Harris..Dia putar-belitkan cerita pada cikgu Suraya..Ish , aku tak fahamlah dengan kau ni..Kau dah tahu perangai dia yang sebenar , kau tetap nak berkawan dengan dia ?"panjang lebar Syasya membebel.

"Setiap orang buat salah Sya..Aku tak berdendam pun dengan dia..."balas Aireen. Syasya hanya mendengus kasar.Aireen ni degil betul.Mudah sangat percaya cakap orang.

"Okey , aku minta maaf Sya..."sambung Aireen lagi apabila menyedari sikap Syasya yang protes dengannya.

"Dah jom kita pergi makan..."Syasya menarik tangan Aireen untuk keluar dari kelas.

Tanpa mereka sedar , Rafiqah mendengar setiap perbualan mereka. Harris dan Alif hanya memandang Rafiqah dari jauh. Mereka ragu-ragu untuk mendekati Rafiqah setelah semua temberangnya diketahui.

3.30 petang

Semua pelajar 3 Al-Falsafah memasuki kelas. Aireen dan Syasya melabuhkan punggung di kerusi masing-masing.

"Bangun ! Assalamualaikum cikgu !" lantang Sufian selaku ketua kelas bersuara.

"Waalaikummussalam..."semua mengalihkan anak mata ke arah Rafiqah.

"Fiqah ! Bangunlah ! Cikgu Suraya dah masuk !"bisik rakan sekelasnya , namun tiada sahutan.

"Takpe..Biar cikgu kejutkan..."kata cikgu Suraya.Mereka hanya menganguk pasrah.

"Rafiqah..Rafiqah..."cikgu Suraya menepuk-nepuk badan Rafiqah untuk bangun namun hampa tiada respon. Cikgu Suraya mula panik , dia mengangkat wajah Rafiqah dan cuba menyedarkan anak muridnya namun masih sama.Tiada respon.

"Ya Allah..Sufian tolong panggilkan bahagian keselamatan kesini..."arah cikgu Suraya.Sufian bergegas menuju ke bilik rawatan.

4.30 petang.

Doktor mengesahkan bahawa Nurul Rafiqah tidak dapat diselamatkan. Doktor menjelaskan bahawa punca kematian Rafiqah kerana stress dan kekurangan banyak darah.Doktor juga memberitahu bahawa arwah mencuba untuk membunuh diri dengan menggores tangannya menggunakan pisau.

"Cikgu Suraya macam mana dapat tak call ahli keluarga Rafiqah ?"soal cikgu Saiful selaku guru disiplin.

"Dapat..Tapi ahli keluarga minta kita kebumikan dahulu arwah..Mereka akan sampai esok..."balas cikgu Suraya lembut.

"Esok ? Kenapa lambat sangat ? Takkan family dia taknak tengok arwah untuk kali terakhir ?"dia memandang cikgu Suraya aneh.

"Mereka sekarang berada di Jepun..Ambil masa untuk sampai ke sini..Mak arwah taknak lambat-lambatkan pengebumian Rafiqah..."jelas cikgu Suraya.

"Takpelah..Kalau family dia cakap macamtu..Kita uruskan sahaja pengebumian arwah..."tutur cikgu Saiful.

6.30 petang

"Korang jangan lupa datang birthday party aku tauu !"pesan Syasya senang.

"Ishh kau ni , tak habis-habis birthday party.. Of course lah aku ingat..." kata Hani dan Aireen.

"InsyaAllah..."balas Harris dan Alif.

8.30 malam.

Uhuk ! Uhuk !

"Mama..Mama okey tak ni ? Pia tengok batuk mama ni makin teruk jee..."soalnya risau.

"Mama okey jee..Jangan risau..Pia cakap harini ada birthday party dekat rumah Syasya kan ? Pergilah..Jangan risau mama okey..."tutur ibunya menenangkan.

"Pia risau lah nak tinggal mama sorang-sorang..Papa pun belum balik lagi..." masakan tidak risau.Sudahlah dia anak tunggal.

"Takpe Pia..Pergilah..Lagipun Pia dah janji kan ?"kata Puan Hawani lemah. Hani hanya mengangguk sebagai balasan.

Belum sempat sampai dirumah Syasya , Hani membuat keputusan untuk patah balik ke rumahnya.Hatinya dari tadi , mengatakan bahawa ada suatu perkara buruk menimpa ibunya.

Satu nombor didailnya.

"Assalamualaikum Sya..."tutur Hani di corong telefon.

"Waalaikummussalam..Hani bila kau nak sampai ? Semua orang dah sampai..Kau jangan cakap kau tak dapat datang..."balas Syasya seolah tahu sahaja apa yang ingin diutarakan oleh gadis itu.

"Sya..Mak aku tengah sakit..Aku risau..Mak aku sorang-sorang dekat rumah..."belum sempat Hani menghabiskan ayatnya , Syasya menyampuk.

"Aku tak kira ! Kau kena datang juga ! Kalau kau tak datang , kita putus sahabat ! Kau dah janji dengan aku ! Kau tak boleh mungkiri !"getus Syasya geram lalu panggilan terputus.

Hani melepaskan keluhan kasar.

"Apalah yang susah sangat nak faham ?" kakinya digagahkan juga untuk ke rumah Syasya.

"Maafkan Pia mama..."kata suara hatinya.

9.30 malam.

Kereta diparking elok di garaj kereta.

"Assalamualaikum !"lantang Razlan memberi salam , namun tiada sahutan.

Salam diberi buat kali kedua , namun tetap sama tiada sahutan. Razlan memasuki rumahnya menggunakan kunci spare.

"Wani ? Abang dah balik..."dia merebahkan badan pada sofa. Aneh tiada respon dari isterinya. Razlan membuat keputusan untuk memeriksa isterinya didalam bilik.

"Ya Allah Wani !"dia bergegas menuju ke arah isterinya. Hawani pengsan di atas lantai.Razlan segera mendukung isterinya untuk dibawa ke hospital.

9.45 malam

"Ya Allah kau selamatkanlah isteriku..."doa Razlan didalam hati. Dia memecut keluar dari perkarangan rumahnya.

Dengan perasaan yang gusar dan cemas , Razlan meneruskan perjalanannya ke hospital.

Ting ! Ting ! (ringtone call)

Razlan menggapai telefonnya di seat belakang , namun begnya jatuh kebawah.

Tiba-tiba ,

Pinnnnn !

Kereta milik Razlan dan sebuah lori terbabas di curam.

10.00 malam

"Sya..Aku balik dulu eh..Maaf takleh nak stay kat rumah kau lama-lama..Aku risau mama aku dekat rumah..."pinta Hani lalu pamit pulang.

Tiba sahaja dirumah , dia melihat pintu hadapan rumahnya tidak berkunci.

"Tak berkunci ? Ayah dah balik ke ?" monolognya sendirian. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Sunyi sepi.

Tiba-tiba , dia terdengar seseorang memanggilnya mendayu.

"Hani !"jerit seorang lelaki di luar rumah. Hani berpaling memandang figura lelaki dihadapannya.

"Ya , saya kenapa ?"soalnya aneh.Dilihat dari raut wajah lelaki itu seakan-akan ingin menyampaikan suatu berita sedih.

"Apa plat kereta ayah kamu ?"soalan dibalas soalan.

"MCV4760"balasnya.

"Mak dengan ayah kamu kemalangan di jalan utama..."jelas lelaki itu gugup.

"Ya Allah..."Hani menekup mulut tanda tidak percaya.Dia tersungkur jatuh di lantai.

11.30 malam

"Adik ni anak kepada Tuan Razlan dan Puan Hawani ke ?"soal seorang doktor kepadanya.

"Ya saya doktor..."lemah Hani membalas.

"Adik..Doktor minta maaf..Tapi , mak dengan ayah adik tak dapat diselamatkan..." jelas doktor berkulit sawo matang itu.

"Doktor..Tolonglah..Saya dah takde siapa-siapa doktor..Doktor tolong selamatkan mak dengan ayah saya..."desak Hani tak dapat menerima kenyataan.

"Maafkan kami..."hanya itu yang mampu dia ungkapkan.

Hani mengepal jari-jemarinya. Sedih. Satu perasaan benci terbit didalam hatinya.

"Ni semua salah kau Syasya !"getus Hani geram lalu air mata jatuh membasahi pipinya.

Keesokan harinya ,

Suasana bising didalam kelas 3 Al-Falsafah kembali diam sebaik sahaja cikgu Suraya masuk.

"Harini saya ada dua berita sedih yang nak disampaikan..."kata cikgu Suraya serius.

"Pertama sekali , ucapkan takziah pada Hani Safiyya..Mak dengan ayah dia baru sahaja menghembuskan nafas terakhir semalam..."dia terhenti disitu.

"Kedua..Kawan sekelas kamu , Nurul Rafiqah telahpun kembali ke rahmatullah.. Pihak hospital tak dapat selamatkan dia..." sayu cikgu Suraya bersuara.

Semua pelajar 3 AF turut terkesan dengan pemergian Rafiqah dan ibu-bapa Hani.

Tanah perkuburan Kampung Kemboja.

Kereta diparking elok berhadapan tanah perkuburan.Mereka melangkah masuk ke tanah perkuburan.

Batu nisan dipandangnya sayu.Ibu dan adiknya tak henti-henti menangis.

"Fiqah..Maafkan abang sebab tinggal kau sorang-sorang dekat sini..Abang janji abang akan balas segala perbuatan mereka..." monolognya didalam hati. Walaupun mereka berpisah jauh , namun setiap hari Rafi menelefon dan bertanyakan khabar adiknya.Segala rahsia adiknya dia ketahui , termasuklah tentang Aireen , Hani , Syasya , Harris dan Alif. Dia gembira saat mengetahui adiknya mempunyai kawan disini.Namun sejak dua menjak ini , Rafiqah selalu menceritakan bahawa rakan-rakannya memulaunya , membulinya dan langsung tidak menegurnya.

Rafi melepaskan keluhan berat. Terdetik perasaan dendam didalam hatinya.

Hihi , so inilah sejarah 1 April 2018.. So camne this chapter ? Hihi , kita tinggal satu bab lagi 😔 Don't forget vote and share ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro