Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AKHIR

Kereta diparking elok berhadapan sebuah bangunan lama.Insepktor Hisham iaitu sepupu kepada Harris memberitahu bahawa Harris , Alif , Aireen , Syasya , Hani dan Rafi berada disini.Harris sempat menghantar pesanan mesej kepadanya untuk datang kesini , jika dia tak pulang setelah 12 jam.

"Makngah jangan risau..Biar Hisham, kawan Hisham dan ustaz Adam masuk dahulu..."katanya menenangkan ibu saudaranya begitu juga dengan mereka yang lain.

Mereka melangkah masuk dengan lafaz bismillah.

"Arghhh !"jerit seseorang dari tingkat atas. Mereka bergegas menuju ke tingkat atas.

Mereka melihat disebalik dinding.

"Aku takkan lepaskan kau Aireen ! Huh ! Kau yang paling rapat dengan Rafiqah ! Tapi..Kau jugalah yang dah musnahkan hidup dia !"Rafi mencerlung memandang Aireen.

"Rafi..Ingat Allah..Kau takkan dapat apa-apa buat semua ni..Kau dah cederakan kawan-kawan kau Fi..Mereka ada disaat kau susah dan senang..Fi , sedarlah Fi..Kau dah cederakan Alif dengan Harris..."kata Aireen lemah.

"Susah dan senang ? Hahahah ! Ehh ! Mereka ni cuma tempat untuk aku hilangkan bosan je lah ! Mereka tak pernah ada saat aku susah..Aku taknak bunuh kau Reen sebab Rafiqah cakap dia sayang sangat dekat kau..Tapi kau , selalu rampas apa yang dia nak !"Rafi terhenti disitu. Dadanya turun naik menahan amarah.

Hani memandang sekelilingnya pelik. Dia dapat rasakan ada seseorang yang sedang menruqyah bangunan ini.

"Ergh ! Tak guna !"Hani terkumat-kamit membaca jampi. Angin kencang mula memasuki segenap bangunan itu.

Rafi memandang Hani aneh begitu juga dengan Aireen dan Syasya.

"Hani kenapa ni ?"soal Rafi pelik.

"Ada orang ruqyah tempat ni..Kau cari sekarang ! Dia pasti ada dekat sini !"arah Hani lalu menyambung baca jampi.

Rafi mengorak langkah ke hujung tangga sambil memegang pisau yang berlumuran darah.

Hisham dan rakannya yang lain tidak dapat bergerak.Kaku di posisi yang sama. Ustaz Adam memandang Hisham dan rakannya yang kini sudah disihir oleh Hani.

"Allahulailahaillahuwalhayyulqayyum..." ustaz Adam keluar dari dinding lalu berjalan ke arah Hani.

"Tak guna !"Hani menghentak tangannya pada lantai.Jampinya dikuatkan.

"Allahuakbar ! Allah..hu..ak..bar.." kerongkong ustaz Adam bagaikan disekat oleh sesuatu , menyukarkannya untuk meneruskan bacaan.

"Hahahaha !"Hani bagaikan dirasuk syaitan. Ngilaian menghantui dirinya.

"Aireen ! Syasya ! Tolong bacakan 3 qul..." arah ustaz Adam tersekat-sekat.

"Auzubillahiminassyaitanirrajim..."Aireen dan Syasya memulakan dengan bacaan surah An-Nas.

"Kau diam ! Kau diam perempuan ! Aku cakap diam ! "jerkah Hani kepanasan.

Aireen dan Syasya hanya menghiraukan Hani dan meneruskan bacaan mereka.

Rafi menuju ke arah Aireen dan Syasya. Pisau diletakkan pada tengkuk Syasya.

"Aku suruh kau diam Aireen ! Syasya ! Diam ! Kalau tak aku bunuh kau !"jerkah Rafi bagaikan cacing kepanasan.

"Abang ! Jangan bunuh mereka abang ! Ibu merayu dekat abang ! Jangan buat macamtu..Berdosa nak..."pujuk Puan Rabiah teresak-esak.Dia membuat keputusan untuk naik ke tingkat atas setelah berminit-minit menanti diluar.

"Tak ! Ibu..Kalini abang takkan lepaskan mereka ! Diaorang dah bunuh Rafiqah bu..." balas Rafi bagaikan dirasuk syaitan.

Ustaz Adam bangun dari rebah.Dengan izin Allah , dia dapat melaungkan azan di segenap bangunan itu.

Hani menjerit-jerit kerana kepanasan. Bagaikan orang yang sudah tidak waras.
Hani tersungkur pengsan di atas lantai.

Rafi mengkehel leher Syasya menggunakan pisau. Mujur sahaja sempat dihalang oleh Hisham dan rakannya sebaik sahaja ustaz Adam melaungkan azan. Luka ditengkuk Syasya tidaklah terlalu dalam. Hanya sempat digores sedikit oleh Rafi.

Hisham menggari lengan Rafi bagi mengelakkan lelaki itu melakukan apa-apa yang merbahaya.Rakan-rakan Hisham yang lain pula melepaskan ikatan di tangan dan kaki Aireen serta yang lain.

💕💕💕💕💕

Polis dan ambulans tiba setelah mendapat panggilan daripada Hisham. Mujur sahajalah tiada seorangpun yang maut. Harris , Aireen dan Syasya mendapatkan rawatan di wad biasa , manakala Alif dimasukkan ke wad ICU.

Harris mengalami kecederaan di bahagian perut , manakala Syasya mengalami kecederaan di bahagian leher. Aireen pula mengalami kecederaan biasa di bahagian kepala dan lengan. Alif mengalami kecederaan yang teruk di bahagian perut akibat ditikam dua kali , dan kecederaan di kepala akibat terhantuk di simen.

Bangunan itu kini menjadi tempat larangan. Hani dimasukkan ke hospital psikiatris dan Rafi berada dalam tahanan lokap.

Setelah seminggu siasatan dijalankan , pihak mahkamah memutuskan bahawa Hani dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun atas tuduhan menculik dan berkomplot manakala Rafi selama 6 tahun atas tuduhan menculik , ugutan dan cubaan membunuh. Tiara pula dikenakan hukuman penjara selama 4 tahun atas tuduhan berkomplot dan cubaan membunuh.

"Aireen..Makcik minta maaf sangat-sangat.. Makcik tak sangka sanggup Rafi buat kamu semua macamni..Makcik mohon maaf bagi pihak Rafi..."kata Puan Rabiah memohon maaf.

"Saya dah lama maafkan Rafi makcik..Saya tak berdendam sikit pun dengan Rafi.. Saya tahu semua yang berlaku ni pasti ada hikmah..."lemah Aireen membalas.

"Terimakasih nak..Makcik harap Rafi akan sedar dan bertaubat atas segala perbuatan dia..."Puan Rabiah memeluk erat Aireen. Dia juga sudah meminta maaf pada Syasya , Harris dan Alif bagi pihak anaknya.

"Ibu..Aireen mana ? Dia okey tak ?"soal Alif lemah.Hanya dia yang berada di wad ICU. Sudah lama dia tak melihat wajah rakan-rakannya.

"Aireen ada dekat wad biasa..Kenapa ? Along nak jumpa Aireen ke ?"soal ibunya. Alif mengangguk sebagai balasan.

Tok Tok Tok

Pintu bilik diketuk.

Puan Ilyana membuka pintu bilik. Terpapar wajah Aireen , Harris dan Syasya. Semuanya menaiki kerusi roda yang ditolak oleh ibu masing-masing.

"Assalamualaikum..."kata Aireen sebaik sahaja sampai di bilik Alif. Salamnya disambut mesra oleh Haji Sulaiman dan Alif. Semua yang berada disitu meninggalkan mereka berempat disitu.

"Kau macam mana Lif ? Dah okey sikit ?" soal Harris risau.

"Alhamdulillah , luka aku dah semakin okey..Lepas operate haritu aku dah boleh berjalan sikit-sikit..."balas Alif menenangkan.

"Kau ada dengar cerita tentang Rafi dan Hani ?"Syasya pula bersuara setelah sekian lama berdiam diri. Mereka membalas dengan gelengan.

"Mak aku cakap , Rafi dikenakan hukuman penjara 6 tahun..Tiara pula 4 tahun..Dan Hani 3 tahun..Hani dikatakan ada masalah mental..Dia selalu berulang-alik dari hospital ke penjara..Aku tak sampai hati nak tengok Hani macamtu..."sayu Syasya menceritakan.

"Aku masih tak percaya kenapa Rafi sanggup buat kita macamni...Tapi , aku tak pernah lupa segala kebaikan yang dia pernah buat pada aku..."kata Alif . Walau sejahat manapun Rafi padanya , dia tak akan pernah lupa segala jasa baik yang lelaki itu pernah buat.

"Kita doakan semoga mereka dapat hidayah dari Allah..Dan semoga mereka sempat bertaubat..."suara Aireen pula. Mereka mengaminkan doa daripada Aireen itu.

💕💕💕💕💕

5 bulan kemudian ,

"Ishh mane Alif dengan Aireen ni..Aku yang kerja sebagai MUA pun tak lambat macamni..."bebel Syasya.Sudah setengah jam dia dan Harris menunggu Alif dan Aireen.

"Sorry Sya , Ris..Kitaorang lambat..."tutur Aireen meminta maaf.

"Hmm..Takpe..Korang kan pengantin baru , mesti nak manja-manja dalam kereta..."sinis Syasya seraya tersenyum manis.

"Ehh kesitu pula kau..Takde maknanya.. Jomlah kita pergi..."ajak Aireen.

Mereka tiba di penjara Kuala Krai.

"2478 , kamu ada pelawat..."kata seorang polis kepada Rafi.

Rafi melabuhkan punggung di atas kerusi.
Dia memandang figura dihadapannya. Mereka menguntum senyuman manis.

"Aku..Aku..Minta maaf..Alif..Harris..Syasya.. Aireen..Aku minta maaf..."kesal Rafi.

"Kitaorang dah lama maafkan kau Fi..." balas Alif dan Harris.

"Terimakasih..Aku menyesal atas apa yang aku buat..Sekali lagi aku minta maaf..."

Selesai berjumpa Rafi , mereka membuat keputusan untuk ke hospital psikiatris.

"Cik..Jom ikut saya..."sapa seorang pekerja di hospital itu.

"Ini dia bilik Hani Safiyya..."ucap seorang jururawat disitu lalu beransur pergi.

"Assalamualaikum..."Aireen mengambil langkah terlebih dahulu. Dia mendekati gadis itu berhati-hati.

"Waalaikummussalam..."Hani mengalihkan anak mata ke arah suara.

"Ai..Aireen ?"soal Hani sedikit ragu. Aireen membalas dengan anggukan. Tanpa berfikir panjang , Hani memeluk Aireen erat.

"Reen..Aku..Banyak dosa dengan kau..Aku menyesal..Aku takut..Setiap hari aku diganggu..Aku takut Aireen..Aku dah dapat balasan atas apa yang aku buat pada kau.. Maafkan aku Aireen..."tutur Hani meminta maaf seraya air mata tak henti-henti jatuh membasahi pipi.

"Aku dah lama maafkan kau..Kau kena kuatkan semangat..Sentiasa ingat Allah..Kau kena sembuh okey..."pesan Aireen sebelum pelukan dilepaskan.

"Syasya..Alif..Aku minta maaf..Aku menyesal atas segalanya..."dia memeluk erat Syasya.

"Kami dah lama maafkan kau Hani..."balas Syasya lalu pelukan dilepaskan.

Hani menuju ke arah Harris pula.

"Harris..Aku minta maaf..Selama 5 bulan aku duduk dekat sini..Aku belajar erti redha dengan semua yang berlaku..Maafkan aku sebab tak pernah anggap dan terima kau ssbagai abang aku..Maafkan aku..." kata Hani tersedu-sedan.

"Aku tak pernah benci kau dik..Walau macam mana sekali pun , kita tetap adik- beradik..Aku yang sepatutnya minta maaf sebab biarkan kau lalui semua ni seorang diri dik..."balas Harris bersalah.

"Kau keluar dari sini ! Aku taknak tengok muka kau ! Keluar ! Keluar lah setan !" jerit Hani ketakutan. Harris memandangnya aneh.Gadis itu seolah-olah sedang bercakap dengan suatu makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

"Arghh ! Kau jangan ganggu aku ! Aku bukan tuan kau ! Hahahaha ! Arghhh !" Hani meronta-ronta bagaikan dirasuk syaitan. Mereka hanya memandang gadis itu sayu.

TAMAT.

Pengajaran :

Daripada kisah Hani , kita dapati bahawa sesungguhnya perasaan dengki dan benci itu suatu perkara yang perlu kita elakkan.

Baginda Nabi Muhammad SAW diriwayatkan bersabda:
"Kedengkian memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar." (Riwayat Abu Daud)

Serta janganlah kita mensyirikkan Allah ,

Firman Allah yang bermaksud: "Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka".-
(Surah al-Ma'idah, ayat 72)

Dari kisah Rafi pula , sebagai umat Islam kita perlulah saling memaafkan dan tidak berdendam ,

Dalam satu firman yang bermaksud: "Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barang siapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya daripada Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim." (Surah asy-Syura, ayat 40)

Daripada kisah Hani dan Rafi pula , kita perlulah sentiasa bersangka baik dan redha dengan qada dan qadr Allah S.W.T.

Firman Allah SWT:

إِنَّا كُلَّ شَىْءٍ خَلَقْنَـٰهُ بِقَدَرٍ

Maksudnya: Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu itu dengan takdir. (Surah al-Qamar: 49)

Wallahulalam. Terimakasih sudi membaca ❤️ Semoga semua dapat ambil pengajaran daripada novel ini ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro