Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

42

"Arghhhhhh!!"

Jeritan dari tingkat atas mengejutkan mereka.

"Aireen !"pantas mereka menuju ke tingkat atas. Mata mereka meliar-liar mencari Aireen.

"Aireen kau kat mana ?"risau Syasya bersuara.

"Ya Allah..Aireen..Kau kat mana ?"kini Hani pula bersuara.

"Erghh!! Tak guna ! Dia mesti nak gunakan Aireen sebagai umpan..."protes Alif.

"Apa kita nak buat sekarang ?"soal Harris pula.

"Kita cuba cari Aireen dulu..Kalau masih tak jumpa kita berpecah..."cadang Rafi. Mereka hanya mengangguk sebagai balasan.

"Aireen !"

"Aireen !"

"Aireen ! Kau kat mana ?"

Namun , tiada sahutan.

Tiba-tiba ,

Ting !

'Kalau kau nak selamatkan Aireen.. Mengaku dahulu segala dosa yang telah kau buat !' Harris membaca mesej yang dihantar.

"Dosa apa ? Apa yang kita dah buat ?" Syasya buntu tak mengerti apa yang cuba ingin disampaikan.

"Harris balas mesej tu..Kau taip , apa salah kami ?"arah Rafi.Harris hanya mengangguk faham.

Ting !

Harris membuka voice note yang dihantar.

"Hahaha ! Korang semua memang dasar tak tahu malu ! Dah buat dosa , tapi masih lagi berlagak suci ! Masih ingat tarikh 1 April 2018 ? Tarikh yang mengubah hidup korang"

"1 April 2018 ?"

Tiba-tiba ,

"Arghh ! Tolong aku ! Tolong Aku ! Korang tolong aku !"jerit Aireen dari suatu arah.

"Aireen ! Kau kat mana ?"mereka kehulu- kehilir mencari rakannya.

"Hahaha ! Hai korang... Rindu aku tak ?" suara seorang gadis disebalik dinding.

"Tiara ?"mereka terkejut melihat figura gadis itu disitu.

"Hai Alif..Kau tak rindu aku ke ? Aku rindu kau..Hmm..Sejak aku pindah sekolah kau dah lupakan aku.."senyuman sinis diukirnya.

"Kau buat apa ni Tiara ?"tegas Alif bersuara.

"Aku tak buat apa..Aku cuma nak korang mengaku apa yang korang dah buat..." balasnya sinis.

"Apa yang kau mengarut ni Tiara ?"Hani pula bersuara.

"Huh !"dia mencerlung memandang Hani.

Tiba-tiba ,

Angin kencang memasuki segenap bangunan itu.

"Kalau kau taknak Aireen mati..."belum sempat dia menghabiskan ayatnya , satu almari lama jatuh dihadapan mereka.

Mereka mengurut dada kerana terkejut.

"Tak guna !"getus Tiara geram kerana lima sahabat itu melarikan diri.

❤️❤️❤️❤️❤️

KEDEBUSH !

Mereka berpelukan ketakutan . Bilik usang menjadi pilihan mereka untuk dimasuki.

"Hahahaha ! Kau keluar sekarang ! Alif ! Haris ! Syasya ! Rafi ! Hani ! Kau keluar sebelum aku bunuh kawan kau ! Hahahah!"
ngilaian gadis itu menambahkan lagi ketakutan mereka.

"Korang ! Tolong aku !" rintih Aireen

Alif menghentak tangannya pada dinding. Dia cuba memikirkan cara untuk menyelamatkan Aireen .

"Aku ada idea" bisik Alif lalu menceritakan plan nya dari A to the Z

"Okey , korang tunggu kat sini" bisiknya lalu mengatur langkah keluar dari bilik usang itu.

"Woi pompuan ! Aku tahu kau cuma nak aku kan ?!" sinisnya

"Wowowow..Alif...Alif..Kalau lah dulu kau pandang aku..Semua ni takkan terjadi !" bentaknya lalu membaling pisau ditangannya pada dinding

"Kau lepaskan Aireen..Dia tak bersalah.. Kau cuma nak aku..So kau ambillah aku.." kata Alif memberi umpan

"Kau fikir aku nak percayakan kau ?!" bentaknya lalu ngilaian menghantui dirinya

"Pernah ke aku tipu kau ? Kau tak perlu bahayakan diri kau untuk buat semua ni.." kata Alif cuba mencurahkan air pada api

"Aku...aku...terpaksa..." dia menangis teresak-esak

"Lepaskan Aireen please.."kata Alif lagi lalu cuba mendekati gadis itu dengan berhati- hati

Gadis itu menjauhkan pisau dari tengkuk Aireen lalu perlahan-lahan melepaskan gadis itu dari dakapannya.

Alif memimpin Aireen lalu membantunya berjalan. "Kau okey tak ?"soalnya risau

Aireen mengangguk lemah.

Gadis itu melihat momen 'sweet' Aireen dan Alif tadi terus membaling pisau ditangannya mengena pada perut Alif.

"Alif !" jerit Hani , Rafi , Syasya dan Haris.

Aireen terkejut melihat Alif terdorong jatuh ke lantai. Tanpa dia sedar , air matanya bercucuran jatuh.

"A..Alif..."ada getaran dalam suaranya

Hani , Rafi , Syasya dan Haris bergegas keluar dari bilik usang menuju ke arah Alif.

Gadis yang baru sahaja membunuh Alif tadi kaku tidak bergerak.Tak mungkin dia yang membunuh kawannya sendiri. Dia menangis teresak-esak menidakkan kenyataan bahawa dia yang membunuh Alif.

Tiara berlari meninggalkan mereka disitu. Rafi berlari mengejarnya dari belakang.

"Tiara tunggu !"jerit Rafi namun tiada balasan dari gadis itu.

"Aku dah bunuh Alif ! Apa yang aku dah buat ni ?"monolognya sendirian. Dia menghentikan langkah dihujung bangunan.

"Tiara ! Kau nak buat apa ? Kau jangan buat kerja gila !"tegas Rafi bersuara.

"A..aku..Aku takut..Aku tak sengaja buat macamtu..Aku tak sengaja..."terketar-ketar gadis itu bersuara.

"Ya..Aku tahu Tiara..Kau kena ingat , kita buat semua ni demi Rafiqah..Mereka patut dapat balasan..Kau tak boleh putus asa macamni..."tutur Rafi menenangkan rakannya.

💕💕💕💕💕

Hatinya dari tadi mengatakan bahawa ada sesuatu perkara buruk yang berlaku pada anaknya.

"Ya Allah..Kenapa hati aku tak sedap ni.. Kau lindungilah anakku , Aireen Ya Allah.." doa Puan Mariani.

"Kak Ani kenapa ni ?"soal ustaz Adam risau.
Dari pandangan raut wajah wanita itu , seolah-olah sedang merisaukan sesuatu.

"Takde apa ustaz..Saya cuma risaukan Aireen..."balasnya.

"Aireen kenapa ?"dahinya berkerut memandang wanita itu.

"Entahlah ustaz..Hati saya ni dari tadi lagi rasa tak tenang..Rasa macam ada sesuatu perkara buruk sedang menimpa Aireen..." tutur Puan Mariani dengan nada resah.

"Astaghfiruallahalazim..Akak..Tak baik cakap macamtu..Kata-kata seorang ibu itu doa..InsyaAllah..Aireen tak apa-apa..Akak doakan yang baik-baik..."pesan ustaz Adam. Puan Mariani mengangguk faham.

💕💕💕💕💕

Hani dan Syasya berpelukan ketakutan. Harris pula buntu memikirkan cara untuk menyelamatkan Aireen.

"Rafi mana ?"soal Aireen terketar-ketar.

"Rafi kejar Tiara..."balas Harris sambil tangannya ligat menaip mesej untuk seseorang.

"Sekarang ni , kita menyorok dulu dekat mana-mana bilik..Kita kena selamatkan Alif..."cadang Hani.

Alif memikul lengannya pada bahu Harris. Mereka menuju ke bilik usang itu.

"Sekarang ni aku rasa kita kena berpecah.. Aku dan Harris akan cari Rafi..Syasya dan Aireen tunggu kat sini..."kata Hani memberi cadangan.

"Okey..Aku setuju..."tutur Aireen lemah. Dia sudah buntu.

Harris dan Hani mengorak langkah keluar dari bilik itu.Mata mereka meliar-liar mencari Rafi. Harris dan Hani membuat keputusan untuk berpecah setelah berminit-minit mencari Rafi namun batang hidung pun tak nampak.

"Fi ! Kau kat mana ?"soal Harris lemah.Dia sudah penat.Hampir setengah jam dia hanya kehulu-kehilir mencari rakannya.

Harris melepaskan keluhan berat.

Tiba-tiba ,

Pakk !

Satu hentakan mengena tepat pada kepala Harris.

💕💕💕💕💕

"Reen..."panggil Syasya dengan nada berbisik.

"Apadia ?"soal Aireen aneh.

"Aku nak pergi toilet laaa..."bisiknya pada Aireen.

"Time ni laaa kau nak pergi toilet..Sabarlah kejap Sya..."balas Aireen menenangkan Syasya.

"Reen..Please..."rayu Syasya. Dari tadi lagi dia menahan hajatnya untuk ke tandas namun ditahan. Tapi sekarang , dah tak boleh tahan...

"Mana ada tandas kat sini Sya..."Aireen menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ada..Aku nampak tadi..Dekat depan sana... Jomlah..."gesa Syasya.Aireen terpaksa mengalah.

Mereka bergegas menuju ke tandas.Aireen hanya menunggu diluar bilik.

Tiba-tiba ,

Pakk !

Aireen tersungkur jatuh ke lantai.

Syasya keluar dari tandas.

"Ya Allah Aireen..Kau kenapa ni ?"soalnya cemas.

Belum sempat Syasya melakukan apa-apa. Satu pukulan mengena tepat pada kepalanya. Dia juga tersungkur jatuh di atas lantai.

Hihi..Sikit lagi dah nak habes daaa.. Dah boleh agak kan siapa punya angkara ni ? Don't forget to vote and share ! ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro