30
Ting!
Satu notification masuk.
Syasya teragak-agak untuk membuka mesej itu namun dipaksa dirinya memberanikan diri.
'Hi Syasya..Dah lama aku tak chat kau..Mesti kau ingat aku dah lepaskan kau kan ?'
'Kau nak apa hah ? Cukuplah ! Aku dah penat dengan semua ni ! Siapa kau ? Kenapa kau ganggu aku dan kawan-kawan aku ?!'
'Aku cuma nak kawan-kawan kau , termasuk kau mati macam mana orang yang paling aku sayang mati !'
'Apa yang kitaorang dah buat dekat kau hah ?'
'Semua ni takkan berlaku kalau bukan berpunca dari kau ! Kau dah sebabkan kawan-kawan kau dalam bahaya Syasya.. Hahahaha ! Kau nak tahu siapa next target aku ?'
'Apa salah aku pada kau ! Tolonglah ! Jangan apa-apakan kawan-kawan aku ! Kalau betul semua ni berpunca dari aku , kau bunuhlah aku..Jangan ganggu lagi kawan-kawan aku..'
'Aku takkan bunuh kau ! Aku taknak kotorkan tangan aku !'
Syasya berhenti berbalas mesej dengannya.Tangannya menggigil ketakutan.Apa salah aku ? Apa yang aku dah buat ?
Tiba-tiba sekeping gambar terpapar di telefonnya.
'Kau mesti sayang sangat dekat dia kan ? Muhd Rafi Ikram..'
'Apa yang kau nak buat pada dia hah ? Kau jangan berani sentuh dia ! Kalau apa-apa jadi pada Rafi , aku takkan teragak-agak untuk buka mulut pada polis !'
'Aku tak pernah takut dengan kau ! Buatlah !Bye Muhd Rafi Ikram..Hahahahha !'
Syasya menghela nafas kasar. Tak guna , aku perlu selamatkan Rafi.
Dengan cepat-cepat , Syasya bergegas keluar dari biliknya.Dia menyarung sandal lalu mendail nombor Rafi.
"Angkatlah Rafi.."langkahnya semakin laju menuju ke rumah lelaki itu. Panggilan Rafi diangkat.
"Rafi kau kat mana ?"soal Syasya risau. Masakan tak risau , dapat ugutan mengejut begitu.
"Aku ada dekat kedai buku..Kenapa ?" aneh dengan soalan Syasya.Buku dihadapannya dibelek buat sekian kali.
"Kedai buku ? Kat mana ? Send location sekarang.."langkahnya semakin dilajukan. Perasaan takut dan khuatir semakin bertambah dalam dirinya.
"Kedai buku tepi kedai bubble tea..Kau tahu kan kat mana ?"dia berhenti membelek buku dirak.Semakin pelik dengan sikap Syasya.
"Syasya kau okey tak ? Kenapa ni ?"soal Rafi risau dan pelik dengan tingkah Syasya.
"Nanti aku cerita dekat kau..Kau tunggu aku kat sana.."panggilan diputuskan.
💕💕💕💕💕
Keluhan lega dilepaskan.Dia tercungap- cungap mencari nafas.Bangku disebelah Rafi diduduknya.
"Wehh kau okey tak ? Kenapa ni ?"soal Rafi cemas.Pelik melihat kesungguhan Syasya datang kesini dengan berjalan kaki.
"Aku ada sesuatu nak kena beritahu kau.." ucap Syasya tercungap-cungap melepaskan lelah.
"Beritahu apa ?"dia memandang Syasya inginkan jawapan.
Syasya mengeluarkan telefon bimbitnya. Mesej tadi ditunjukkan pada Rafi. Rafi membaca setiap mesej yang tertera.
"Aku suspek seterusnya yang dia nak bunuh ?"ada sedikit getaran pada suaranya. Syasya mengangguk sebagai balasan.
"Apa kata kita buat je report polis..Biarlah polis yang selesaikan..Ni mesej ugutan.. Kau boleh tunjuk pada polis sebagai bukti.." cadang Rafi gugup.Bukan sahaja dia bimbang akan keselamatan dirinya , namum keselamatan rakan-rakannya juga dalam bahaya.
"Tak..Aku rasa better tak payah lagi..Kita beritahu semua orang dulu..Kau tahu kan , bila kita buat police report..Semua orang sekeliling kita akan kena sama..Nanti kes ni akan jadi makin panjang.."suara Syasya pula mengutarakan pendapatnya.
"Habistu kau nak aku mati dulu.. Kawan-kawan kau mati dulu..Baru kau nak buat report polis.."geram juga dengan kedegilan Syasya.Ini berkaitan nyawa , tak boleh dibuat main-main.
"Takdelah sampai macamtu..Kalau betul aku nak kau mati dah lama dah..Takdenya aku datang beritahu kau semua ni.."degus Syasya dengan nada ejekan.
Rafi membalas dengan jelingan. Sikit-sikit sentap.Perempuan , perempuan.
"Ha nilah kau..Cakap sikit sentap..Cakap sikit sentap.."bebel Rafi seraya menggeleng kepala.
"Sukahatilah..Yang penting , aku dah beritahu perkara sebenar dekat kau.. Kau kan dah besar..Pandai-pandailah jaga diri.. Buat sementara waktu ni , jangan kerap keluar rumah.."pesan Syasya seraya bangun meninggalkan Rafi disitu.
Rafi menggeleng pasrah.Haih , itulah sifat Syasya.Kalau dia kata A , maka A lah..
Sorry guys sis dah lama menghilang😭 Sis sakit , doakan semoga kesihatan sis semakin baik✨InsyaAllah❤️Don't forget to vote and share ! ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro