20
Seisi kelas 5 Brave 1 riuh dan bising dengan rumor tentang Aireen dan Syasya. Semua mata memandang Syasya . Rafi naik angin apabila rakan sekelasnya mula mengata tanpa usul periksa.
"Ehh boleh diam tak ! Korang ni kan memang dah takde kerja lain ke hah !" jerkah Rafi setelah sekian lama berdiam diri.
"Yang kau nak bela sangat si Syasya tu pahal ? Ehh kau sendiri kan nampak apadia buat kat Aireen.."suara Armani , rakan sekelasnya.
"Sebab dia kawan aku lah aku backup ! Korang tak tahu perkara sebenar baik diam ! Jangan suka sebar fitnah macam tu je !"tengking Rafi yang sudah hilang sabar.
"Benda dah terang lagi bersuluh lah Rafi !" suara Syafiq pula selaku ketua kelas.
"Sudah ! Korang ni sebab seorang gadis pun nak gaduh ! Tak kisahlah dia salah ke tak , itu urusan dia dengan tuhan ! Kita takde hak nak nilai dan hukum dia ! Jangan berlagak macam kita ni takde dosa ! Semua orang tak sempurna ! Cukuplah duk mengata Syasya ! Tak takut ke tambah dosa !" suara Alif panjang lebar. Dia tidak sanggup lagi melihat rakan-rakannya dikutuk dan bergaduh.
Semua berdiam diri dan kembali duduk di meja masing-masing. Mungkin terasa dengan tazkirah pedas Alif. Tiada seorang pun yang berani membantah Alif , ketua pengawas siapa je tak takut.
Aireen yang baru sahaja tiba di kelasnya tercengang melihat semua rakan sekelasnya.
"Kenapa semua diam je ?"bisik Aireen pada Hani sebaik sahaja tiba di mejanya. Hani hanya menjungkit bahu sebagai balasan. Dia tidak mahu menceritakan hal sebenar, tak mahu Aireen dan Syasya berterusan bergaduh.
♡♡♡♡♡
Suasana hening buat seketika. Alif membuka bicara memecahkan kesunyian ,
"Korang..Aku ada sesuatu nak beritahu.." semua mata memandangnya.
"Apadia ?"soal Haris pelik
"Semalam aku dapat mesej pelik.."jujur Alif menceritakan.
"Mesej apa?"soal Rafi pula.Haris , Aireen dan Hani memandangnya inginkan jawapan.
"Ayah aku cakap itu jampi..Seolah-olah kita menyeru sesuatu..Syasya pun pernah kena macamtu.."jelas Alif jujur.
"Maksud kau ? Aku tak faham lah ?" soal Aireen tidak mengerti
"Aku rasa , dia memang sengaja sasarkan aku dan Syasya sebab kitaorang yang tolong Aireen berubat haritu..Firasat ayah aku tak pernah salah..Ayah aku pun cakap benda yang sama.."jelas Alif panjang lebar.
"Ouh maksudnya , benda ni semua berlaku sebab nak pisahkan kita ? Macamtu ?"teka Rafi teragak-agak.
"Mungkin..Aku rasa sekarang yang paling banyak menderita adalah Syasya..Dia tak henti-henti dapat mesej ugutan , dan mesej pelik sejak haritu..Aku tak faham kenapa dia gunakan Syasya ?"Alif mengeluh resah mengenangkan kejadian yang menimpa mereka.
"Maybe , dia nak gunakan yang lemah dulu.. Mula-mula Aireen , then Syasya lepastu kau.. Then mungkin , Rafi , Haris and aku.." suara Hani mengutarakan pendapat
"Aku rasa Syasya ada semua jawapan untuk tu..Mana dia pergi ?"mata Haris meliar-liar mencari Syasya.
"Sir Sunan nak jumpa Syasya kat bilik kaunseling.."balas Rafi selamba.
"Kenapa ?"soalnya lagi.Rafi hanya menjungkit bahu sebagai balasan.
♡♡♡♡♡
Air kopi dimeja dihirup seketika.Otaknya ligat memikirkan perkara yang menimpa pelajarnya.
"Kamu masih dapat mesej ugutan , dan mesej pelik - pelik ?"suara cikgu Sunan setelah kian lama berdiam diri.
Syasya mengangguk lemah.Baginya tiada guna berahsia dengan cikgu itu kerana hanya Cikgu Sunan yang percaya padanya.
"Parents kamu tahu ke soal ni ?"soal cikgu Sunan serius. Syasya menggeleng sebagai jawapan.
"Mesej apa yg buat kamu sampai ketakutan ?"soalnya lagi.
Keluhan kasar dilepaskan.
"Dia gunakan family utk takutkan saya.. Saya tak tahu apa salah saya..Dia nak cederakan Aireen , Alif , Haris , Rafi dan Hani..Saya taknak mereka cedera disebabkan oleh saya.."tangisan menguasai dirinya.
Cikgu Sunan mengangguk faham.Dia membiarkan sahaja gadis itu menangis , dia tahu bukan mudah untuk pelajarnya hadap semua ini seorang diri.
vote and share ♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro