BAB 4
PRANG!
DUM!
BANG!
Bunyi bising di dalam bilik mengejutkan Ziyyad Anaqi dan Zayne Yusoff. Mereka saling berpandangan dan berlari masuk ke dalam Rumah Haider Faiq. Yasmin yang baru sahaja menutup pintu kereta itu turut terkejut dan membuntuti mereka berdua.
Ziyyad Anaqi memulas tombol pintu dan mengetuk beberapa kali.
Kunci?
"Haider! Buka pintu! Kau buat apa?" tangannya masih lagi mengetuk pintu bilik itu.
"Kau ingat dia bukalah pintu kalau buat macam itu? Tepi, aku nak pecahkan pintu ni" ujar Zayne Yusoff.
Ziyyad Anaqi menjeling sekilas apabila diperli oleh Zayne Yusoff. Dia memberikan laluan kepada Zayne Yusoff.
Zayne Yusoff mengundur ke belakang beberapa tapak sebelum berlari ke arah pintu itu.
DUM!
Pintu tadi terbuka luas. Ziyyad Anaqi dan Yasmin meluru masuk dan semua mata terbuntang luas tatkala melihat Haider Faiq ingin mengelar pergelangan tangannya itu.
"Haider!" lantas Zayne Yusoff merampas pisau dari pegangan Haider Faiq dan menolak ke tepi dengan kasar.
BUK!
"Kau gila ke setan!"
BUK!
"Tak sayang nyawa? Gila!"
Ziyyad Anaqi menghalangi Zayne Yusoff dari menumbuk Haider Faiq.
Boleh mati agaknya si Haider Faiq itu nanti.
"Lepaslah!" marah Zayne Yusoff dan menarik lengannya kembali. Baju dibetulkan sedikit.
Haider Faiq diam dan mengalirkan air mata.
Nasib mereka sempat datang. Kalau tidak, sudah tentu dia menjadi arwah.
Yasmin pula melihat sekeliling bilik itu. Tidak ubah seperti tong sampah. Penuh terabur dengan kaca dan juga gambar dia bersama Hannah Marissa.
Satu keluhan dilepaskan.
Berat ujian hidup sahabatnya itu.
Ziyyad Anaqi duduk bertinggung di depan Haider Faiq dengan memegang bahu lelaki itu.
"Kenapa kau macam ini?" tanya Ziyyad Yusoff dengan lembut.
Bukan apa, kalau nak tahu jawapan mesti gunakan nada lembut.
"Ak-u... Ta-k... Ta-hu..." balas Haider Faiq sambil menggelengkan kepala.
"Tak tahu? Dah amenesia ke? Kau tahu, tadi kau hampir nak bunuh diri. Hidup jangan jadi bodoh boleh tak?" sampuk Zayne Yusoff.
PAP!
Yasmin dan Ziyyad Anaqi memandang tajam ke arah dia.
"Mulut tu boleh jaga sikit tak? Jangan nak jadi bangang sangat boleh tak? Simpan untuk cucu kau nanti sudahlah" kata Yasmin separuh berbisik itu.
Zayne Yusoff menjeling dan buat-buat tak tahu.
"Haider... Aku tahu apa kau fikirkan itu. Pasal Anna. Right?" teka Yasmin.
Kalau Haider Faiq menjadi begitu sudah tentu kerana gadis bernama Hannah Marissa.
Haider Faiq mengangguk perlahan.
Zayne Yusoff memandang Yasmin untuk perjelasan. Dia tak pekak lagi dengar nama Hannah Marissa?
Baru sahaja dia ingin membuka mulut, Yasmin sudah menikam anak matanya. Terus diam dibuatnya.
"Kenapa dengan Anna? Kau buat apa pada dia?" soal Ziyyad Anaqi. Nada suara juga digunakan agak tegas.
Takut juga kalau Haider Faiq berbuat sesuatu pada Hannah Marissa. Cukuplah peristiwa itu sahaja.
"Aku cuma peluk dia sahaja. Aku nak lepaskan rindu aku pada dia. Aku tak sangka waktu itu dia dah sedar. Sumpah! Aku tak buat apa pun masa tu pada dia. Aku tak boleh terima bila dia cakap, dia dah benci aku sekarang" balas Haider Faiq sambil meraup wajah dengan kesal.
Kesal kerana buat gadis itu membenci dirinya.
Yasmin mendengar itu menepuk dahi. Apa yang bodoh sangat sahabatnya itu?
"Yas, kau cakap dia hampir pulih. Macam mana kalau dia dah ingat kita semua?" ujar Haider Faiq.
"Aku rasa, lebih baik kau rapatkan diri kau dengan Anna. Kalau dia dah pulih, sekurang-kurangnya dia tak takut sangat pada kau" Yasmin memberi cadangan.
Haider Faiq diam dan memikir seketika.
"Tapi... Dia dah benci aku, Yas. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi" ujar Haider Faiq.
"Kau pergi pujuk Anna and guna kelembutan. Bukan kekasaran" kata Yasmin. Ayat terakhir ditekan sedikit.
"Kau kena ingat Haider. Anna tu perlukan kasih sayang. Kau guna cara Yasmin bagi tu untuk tebus kesalahan kau" sambung Ziyyad Anaqi.
Haider Faiq diam lagi.
•••
"Eh, kenapa Anna? Dia orang kan dah la..."
"Kau tahu kan apa berlaku antara dia orang kan? Sekarang, Haider cuba untuk tebus balik kesalahan dia pada Anna. Cuma, Anna yang tak ingat langsung tentang Haider. Dah jelas?" pintas Yasmin dengan mengangkat sebelah kening ke atas.
"Maksud kau, Anna belum pulih lagi lah?" tanya Zayne Yusoff mahu kepastian.
"Hm" balas Yasmin.
"Tapi... Anna boleh terima balik ke, Haider? Selepas apa berlaku?" tanya Zayne Yusoff lagi.
"Aku tak pasti yang itu. Kalau aku di tempat Anna pun, memang tak lah aku nak maafkan jantan seperti Haider tu" jawab Yasmin. Dia membuka pintu kereta dan memboloskan diri ke dalam.
"Eh kau nak pergi mana?" halang Zayne Yusoff.
"Nak shopping" balas Yasmin.
"Aku nak ikut, boleh?" kata Zayne Yusoff.
"Bolehlah. Tapi kau kena belanja" kata Yasmin pula.
"Alright. No problem!"
•••
Qaliff Amzar dan Laila Hanis menekan Loceng Rumah Hannah Marissa beberapa kali. Daun pintu dibuka oleh Puan Khaisah.
"Assalammulaikum, Makcik. Anna ada tak?" ujar Laila Hanis selepas menyalami tangan Puan Khaisah.
Qalif Amzar pula memberikan senyuman manis.
"Walaaikumussalam. Ada. Makcik panggilkan Anna. Kamu berdua masuk lah dahulu" pelawa Puan Khaisah.
"Tak apa, Makcik. Kami duduk dekat sana sahaja" kata Laila Hanis.
"Kalau macam itu baiklah. Makcik panggilkan Anna sekejap" pamit Puan Khaisah.
Mereka berdua berjalan menuju Gazebo.
Beberapa minit berlalu, Hannah Marissa mendekati mereka berdua.
"Korang" tegur Hannah Marissa dan melabuhkan punggung di tempat kosong bersebelahan Laila Hanis.
"Anna. Kau okey tak? Sakit lagi ke? Risau aku pada kau" soal Laila Hanis sambil periksa tubuh Hannah Marissa.
Hannah Marissa tertawa kecil melihat gelagat sahabatnya itu. Matanya memandang Qalif Amzar di sebelah. Cepat-cepat lelaki itu alihkan mata ke arah lain.
Tapi dia pelik juga kerana semenjak bersekolahan di situ, Qalif Amzar selalu perhatikan dirinya. Bila ditanya hanya mendiamkan diri sahaja.
"Aku okey je. Tak perlu risaukan tentang aku" balas Hannah Marissa.
"Betul ke kau okey? Atau semalam Umar pukul kau kuat sangat. Sampai tak datang sekolah hari ini?" sampuk Qalif Amzar.
"Betul Qalif. Aku tak apa-apa. Aku nak berehat hari ini. Esok pergi sekolah" kata Hannah Marissa.
Dia terdiam sebentar. Tak akan mahu memberitahu pasal lelaki tidak dikenali olehnya itu. Tapi tidak salah kalau bertanya. Mana tahu sahabatnya itu kenal.
"Aku nak tanya something pada korang boleh?" tanya Hannah Marissa.
"Apa? Tanya sahajalah" kata Laila Hanis.
"Semalam selepas aku kena pukul dengan Umar, ada lelaki ni datang tolong. Dia cakap, aku kenal dia. Dia beritahu yang dia terlebih kenal aku" ujar Hannah Marissa
"Kau tahu apa nama dia?" celah Qalif Amzar.
Hannah Marissa mengangguk perlahan.
"Siapa?" tanya Qalif Amzar lagi.
"Engku Haider Faiq" balas Hannah Marissa dengan tenang.
Mereka saling berpandangan dan masing-masing menelan air liur.
"Dia tak buat apa-apa kan pada kau?" tanya Laila Hanis.
"Tak ada..." balas Hannah Marissa dengan perlahan. Mengingat kejadian pagi tadi membuat dirinya membenci lelaki itu sebanyak sedikit.
"Korang kenal ke?"
"Tak!"
Mereka berdua membalas serentak. Hannah Marissa mengerutkan dahi. Mesti ada sesuatu ni?
'Siapa kau sebenarnya, Haider?' desis hati Hannah Marissa.
"Tak apalah. Kita orang balik dulu. Jaga diri kau baik-baik. Esok jangan lupa datang sekolah tau" kata Laila Hanis dan melambai tangan ke arah dia. Mereka bergesa-gesa meninggalkan kawasan rumah.
Hannah Marissa diam dan mula masuk ke dalam rumahnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro