Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 3

Pintu bilik dibuka dari dalam. Pantas Haider Faiq mendapatkan Yasmin sebaik sahaja pintu ditutup. Yasmin menjeling sekilas pada Haider Faiq tengah gelisah itu.

"Yas, macam mana dengan Anna?" soal Haider Faiq dengan panik.

"Anna okey. Kenapa kau masih lagi ganggu dia, Haider? Kau tak kesian kan dia ke apa?" soal Yasmin pula. Dia mula berpeluk tubuh dan memandang Haider Faiq dengan tajam.

"Kau tak perlu masuk campur. Sekarang kau pergi balik. Bayaran kau, aku dah letak atas meja ruang tamu" balas Haider Faiq.

"Okey fine. Apa nak jadi lepas ni  aku tak nak tanggungjawab. Kau kena ingat, dia tu budak lagi. Dan... aku rasa dia hampir pulih" ujar Yasmin dan berlalu pergi.

Haider Faiq tergamam mendengar ayat terakhir Yasmin.

Hampir pulih?

"Aku tak akan lepaskan kau buat kali kedua, Anna" gumam Haider Faiq sebelum memulas tombol pintu dan memboloskan diri ke dalam.

Dia baringkan tubuh ke atas katil bersebelahan Hannah Marissa. Wajah tenang itu ditatap penuh minat.

"Maafkan aku, Buttermilk. Aku tak sengaja nak sakiti kau tadi. Aku janji, aku tak akan buat kau macam itu lagi" ujar Haider Faiq dengan memeluk Hannah Marissa.

Kelopak mata Hannah Marissa dibuka dengan perlahan dan terbuntang matanya tatkala Haider Faiq sesuka hati memeluknya.

"Haider!" jerit Hannah Marissa lalu menolak dada bidang Haider Faiq ke tepi. Kain selimut ditarik menutup dirinya.

"Maafkan aku, Anna. Sumpah! Aku tak buat apa-apa pun pada kau" kata Haider Faiq sambil mengangkat kedua belah tangan ke atas.

"Tipu! Hantar saya balik sekarang!" jerit Hannah Marissa dengan kuat.

"Tapi Anna, perca..."

"Cukup Haider! Hantar saya balik!" pintas Hannah Marissa dengan menjerit seperti orang gila.

"Okey fine! Aku hantar kau balik" Haider Faiq menyerah kalah.

•••

Kereta berhenti di hadapan rumah Hannah Marissa. Haider Faiq menarik lengan Hannah Marissa dari menurun kereta.

"Please Anna. Aku tak buat apa-apa pada kau. Aku cuma peluk kau je" jelas Haider Faiq.

"Lepaslah! Saya tak pernah kenal awak, Haider. Jadi jangan pernah anggap seperti awak terlebih kenal saya" ujar Hannah Marissa.

"Kau sakit Anna! Sebab itu kau tak kenal aku. Nanti kau akan faham juga maksud aku" kata Haider Faiq.

"Tidak. Walaupun saya kenal awak, saya tetap akan pilih jalan untuk tidak kenal awak. Kerana mengenali awak, adalah satu kesilapan besar!" balas Hannah Marissa dan terus berlari masuk ke dalam rumahnya.

Haider Faiq meraup wajah berkali-kali.

Kesal!

Kecewa!

Musnah!

Hancur!

•••

Pintu rumah dibuka kasar dan menghempaskan dengan kuat. Encik Farhad dan Puan Khaisah terkejut dengan kehadiran anak mereka secara mengejut itu. Hannah Marissa berlari mendapatkan kedua Mak Ayahnya itu.

"Mak Ayah!" Hannah Marissa melepaskan tangisan di situ.

"Anna, kenapa ni?" soal Puan Khaisah dengan cemas.

Hannah Marissa mengelengkan kepala sambil menangis teresak.

"An-na... Tak nak balik dengan lelaki itu lagi. Tolong Anna Ayah Mak" tutur Hannah Marissa.

"Apa Haider dah buat pada kamu, Anna? Dia sakitkan kamu ke?" tanya Encik Farhad pula.

Tubuh kecil Hannah Marissa dimasukkan ke dalam dakapannya.

"Ayah... Tolong jujur pada, Anna. Ayah tahu apa hubungan Anna dengan Haider? Kenapa dia cakap, Anna kenal dia?" tanya Hannah Marissa tanpa menjawab pertanyaan Encik Farhad.

Puan Khaisah terus diam bila Encik Farhad memandang ke arahnya. Hujung baju ditarik seolah-olah memberitahu sesuatu.

"Ayah tak tahu" jawab Encik Farhad dengan rasa bersalah.

"Ayah tipu kan? Mak?" mata Hannah Marissa memandang wajah Puan Khaisah. Berharap agar menjawab pertanyaan dia.

"Mak tak tahu" balas Puan Khaisah seperti Encik Farhad.

Hannah Marissa mengeluh.

Dia mengesat air mata tadi dan menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembuskan dengan perlahan. Dia berdiri semula dan memandang kedua wajah Encik Farhad dan Puan Khaisah.

"Tak apa. Anna faham. Mungkin betul cakap, Haider. Anna terlebih kenal dia" ujar Hannah Marissa. Tanpa berkata apa-apa lagi terus dia menaik tangga.

•••

Umar Syahwi mengerlingkan sekilas pada jam tangan dan matanya melilau memandang sekelling.

"Tak akan budak lembab tu tak datang sekolah kut? Sakit sangat ke apa aku buat semalam?" tanya Umar Syahwi sendiri.

"Umar..." tegur seseorang.

Lantas dia memusing ke belakang dan tersenyum manis kepada figura di depannya itu.

"Laila... Kenapa cari I? Rindu ek?" ujar Umar Syahwi.

Laila Hanis tertawa sinis dan memandang Umar Syahwi dari atas hingga bawah.

"Aku cari kau? Jangan harap! Baik kau mengaku sekarang. Mana Anna?" tanya Laila Hanis tegas.

"Mana aku tahu! Kenapa kau tanya aku pasal budak lembab tu?" jawab Umar Syahwi. Mereka saling berbalas pandangan tajam.

"Sebab kau yang selalu buli dia, bodoh!" jerit Laila Hanis dengan kuat.

"Kau!" tangan Umar Syahwi baru sahaja ingin menampar Laila Hanis namun dihalang seseorang.

"Umar!" mata Qalif Amzar tajam merenung Umar Syahwi.

"Lepaslah!" kata Umar Syahwi dan terus meninggalkan mereka berdua.

Laila Hanis menarik nafas lega.

"Kau kenapa tinggikan suara pada dia?" soal Qalif Amzar.

"Dah memang patut aku tinggikan suara pada dia pun. Sebab dia selalu buli Anna!" balas Laila Hanis.

Sebaik sahaja mendengar nama Hannah Marissa, terus berubah suram wajah Qalif Amzar.

"Anna tak datang sekolah ke?" tanya Qalif Amzar.

"Hm" jawab Laila Hanis.

"Aku suka pada dia, Laila" luah Qalif Amzar.

Ya, sudah lama dia suka pada Hannah Marissa namun semua itu mustahil terjadi kalau mahu bersama dengan gadis itu.

Because the devil always controls it...

"Kau tahu apa akibatnya, kalau cuba rampas Anna dari dia kan?" Laila Hanis menggelengkan kepala.

"Aku tahu. Tapi hati aku ini siapa yang nak jaga?" soal Qalif Amzar.

"Dah, Qalif. Kita masuk dalam kelas sekarang. Waktu belajar dah nak start ni" kata Laila Hanis dan berjalan terlebih dahulu.

Qaliff Amzar senyum tipis dan membuntuti Laila Hanis dari belakang.

•••

KLAK!

"Ziyyad, aku nak bagi tahu sesuatu pada kau" ujar Yasmin terus melulu masuk ke dalam office Ziyyad Anaqi.

"Pasal Anna?" teka Ziyyad Anaqi.

"So kau dah tahu? Kenapa kau tak halang si Haider tu. Dia tu boleh membunuh Anna tahu tak?" ujar Yasmin dengan geram.

"Aku tak akan halang Haider selagi dia tak buat luar jangkaan kita" balas Ziyyad Anaqi.

"Kau nak Anna jadi mayat dulu ke apa? Tadi aku pergi ke rumah  Haider sebab Anna pengsan" kata Yasmin.

Ziyyad Anaqi mengerut dahi dan memandang wajah serius milik Yasmin.

"Pengsan? But why Haider bawa ke rumah dia?" soal Ziyyad Anaqi.

"Anna dah semakin pulih. Aku takut waktu itu akan kembali macam dulu lagi" balas Yasmin.

"Aku tahu apa terjadi bila Anna ingat semuanya nanti. Termasuk tentang kita" ujar Ziyyad Anaqi sambil memicit kepalanya.

Pening. Itu dirasai olehnya.

"Aku harap Anna akan baik-baik sahaja selepas ini" kata Yasmin.

Ziyyad Anaqi mengangguk setuju. Harap begitulah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro