Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2

Hannah Marissa menutup daun pintu dan menguncikan. Dia mengatur langkah mendekati katil. Dengan perlahan dia baringkan tubuh ke atas tilam empuk itu.

Sesekali dia berdesis sakit bila bahagian pinggang belum pulih. Kalau begini setiap hari, boleh meninggal kerana asyik dipukul oleh kumpulan kejam tu.

Patung beruang saiz sedarhana itu diambil lalu memeluk dengan erat. Fikirannya melayang pada kata-kata lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Haider Faiq.

"Siapa kau sebenarnya? Mengapa aku rasa sesuatu tak kena bila bersama dengan dia?" soal Hannah Marissa sendiri.

Hati Hannah Marissa sudah diserbu oleh rasa pelik dan keliru. Mak Ayahnya pula terus mengizinkan dia pulang bersama Haider Faiq bila memberitahu Haider's Diamond.

Adakah lelaki itu mempunyai sisi yang jahat?

Perkenalkan aku Engku Haider Faiq, Buttermilk.

Perkataan itu terngiang-ngiang di kepalanya.

"Kenapa aku pernah dengar nama panggilan itu? Siapa dia sebenarnya?" soal Hannah Marissa sendiri.

"ARGHHH... Sa-kit" Hannah Marissa memegang kepala bila terasa sakit.

Tanpa berkata apa-apa lagi, terus dia menutup mata sebelum tutup lampu disebelah. Rasa sakit semakin berkurangan dan dengan secara perlahan dia terbuai dalam lena.

Tidurlah jikalau itu mampu membuat kau rasa tenang...

•••

Jari jemari mula mengetuk di atas meja. Mata helangnya tajam menikam anak mata figura di depan itu. Bagaikan menunggu tiba masanya sahaja mahu membunuh si 'Mangsa'
Namun disebalik renungan tajam, ia seolah-olah memberikan amaran.

"What is your problem?" tanya Haider Faiq tegas. Sesekali dia menjeling memandang manusia di depannya ini. Tidak habis memberi renungan tajam.

"Kau tak perlu nak buat seolah-olah kau tak buat apa pun masalah, Haider..." balas Ziyyad Anaqi tegas.

"So? Apa kena mengena dia dengan kau?" soal Haider Faiq.

"Sekarang, aku nak kau jauhkan diri kau dari Anna. Kau hanya membawa kesakitan ke dalam kehidupan dia sahaja" ujar Ziyyad Anaqi.

Haider Faiq berdecit geram. Tidak semena-menanya rahang Ziyyad Anaqi ditumbuk tanpa berfikir dahulu.

"Kau siapa nak arah aku macam itu? huh! Kau diam atau aku bunuh kau sekarang!" herdik Haider Faiq bersama dengusan kasar.

Ziyyad Anaqi tertawa sinis sambil mengesat darah mengalir pada hujung bibirnya itu.

"Kau kena ingat, Haider. Kalau bukan sebab kau, Anna tak akan jadi macam tu! Kau penyebab segalanya. Kau tu sakit, sakit sebab hampir bunuh orang!" jerit Ziyyad Anaqi dengan membangkit peristiwa lama.

"Kau tak tahu apa-apa, diamlah bodoh! Apa aku buat sekarang, untuk tebus semua kesalahan aku pada Anna. Aku mampu untuk raihkan kemaafan dari dia!" Haider Faiq menendang kerusi di depan sehingga patah dua.

"Kalau itu kau nak, aku tak akan kacau. Ingat, tiba masanya Anna akan benci kau tiga kali ganda" bisik Ziyyad Anaqi di tepi telinga Haider Faiq. Bahu lelaki itu ditepuk beberapa kali sebelum beredar pergi.

"Aku tahu apa aku buat. Anna... kau sendiri pun dah lupa aku. Tak apa, nanti kau ingat balik aku siapa" ujar Haider Faiq keseorangan.

•••

Encik Farhad mengitip dicelah langsir itu menelan air liur dengan kesat. Terlihat Haider Faiq sedang melambai tangan bersama senyuman sinis. Lantas langsir tadi ditutup kasar.

"Abang... Pergilah cakap dekat Haider tu. Jangan apa-apakan anak kita" ujar Puan Khaisah.

"Abang nak pergi ni. Awak naik atas panggil Anna" arah Encik Farhad.

Puan Khaisah mengangguk sekilas dan berlalu pergi.

Encik Farhad menarik nafas terlebih dahulu sebelum membuka daun pintu.

Dengan langkah perlahan dia mendekati ke arah kereta mewah itu.

"Eng-ku..." sapa Encik Farhad dengan nada gagap.

Haider Faiq hanya memandang sinis kepada Encik Farhad. Dari atas hingga bawah ditilik olehnya.

"Farhad... Lama aku tak jumpa dengan kau. Sihat?" tanya Haider Faiq.

"Si-hat" balas sepatah Encik Farhad. Kepala ditunduk ke bawah.

"Aku tak nak tengok kau macam ni di depan, Anna. Aku tak nak Anna syak bukan-bukan. Kalau kau nak selamat, ikut cakap aku" ujar Haider Faiq tegas.

"Baiklah. Tapi Engku kena janji, Engku tak akan apa-apakan Anna" kata Encik Farhad.

"Aku tahu apa aku buat. Oh ya, panggil aku 'Haider' Not 'Engku'" balas Haider Faiq bersahaja.

"Ayah. Anna pergi dulu" pinta Hannah Marissa lalu melayami tangan Encik Farhad.

"Jaga diri Anna baik-baik" pesan Encik Farhad. Dahi Hannah Marissa dikucup sekilas.

Mereka saling membalas lambaian. Kereta sudah menjauh pergi, Encik Farhad menghembuskan nafas lemah.

"Maafkan Ayah, Anna" ujar Encik Farhad dengan linangan air mata.

•••

Di dalam perjalanan mereka hanya mendiamkan diri sahaja. Hannah Marissa melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta. Bukan apa, tidak selesa apabila ditenung sebegitu.

Haider Faiq tidak melepaskan peluang untuk menatap wajah cantik Hannah Marissa itu. Pandangan jatuh pada lengan gadis itu. Banyak kesan lebam. Sedikit sebanyak hatinya mula timbul rasa marah.

Tangan Hannah Marissa diraih lembut. Haider Faiq mengeratkan lagi bila gadis itu sedaya upaya mahu melepaskan pegangan tersebut.

"Apa ini, Encik? Lepaslah. Sakit" ujar Hannah Marissa.

"Aku dah cakap, panggil aku Haider. Bukan Encik" kata Haider Faiq menguatkan lagi pegangan itu.

Nampaknya boleh patah dibuatnya.

"Sa-kit... Lepaskan saya, Haider. Saya merayu pada awak" ujar Hannah Marissa separuh rayu.

Haider Faiq melepaskan pegangan itu bila Hannah Marissa seperti mahu menangis. Dia pejamkan mata sebentar.

"Anna. Kau betul-betul tak ingat aku or kau saja buat-buat lupa?" soal Haider Faiq.

Hannah Marissa mengerut dahi dan menggelengkan perlahan.

"Betul. Buat apa saya nak tipu awak? Kalau saya tipu awak, sudah tentu saya mengelak dari awak, Haider" balas Hannah Marissa.

"Tolong jelaskan pada saya, macam mana awak boleh tahu nama saya dan kenapa awak cakap saya tak ingat awak? Atau kita pernah kenal sebelum ini?" ujar Hannah Marissa.

"Bukan sekarang kau tahu. Dan aku berharap, agar kau macam ini buat selamanya" balas Haider Faiq dan memaling wajah ke tepi.

"But why? Susah sangat ke awak nak jawab soalan saya? Kita kenal ke sebelum ini?" desak Hannah Marissa lagi.

Tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki itu, dia menggoncangkan lengan Haider Faiq dengan kuat.

"Cepatlah beritahu!" desak Hannah Marissa.

Haider Faiq berdecit geram bila perangai Hannah Marissa seperti itu. Seolah-olah memaksanya menggunakan kekasaran.

Kedua rahang Hannah Marissa dicengkam kuat dan menolak ke pintu kereta dengan kuat.

"Kau jangan nak cabar aku, Hannah Marissa! Jangan sampai aku buat kali kedua pada kau!" jerkah Haider Faiq.

"Sa-kit..." kata Hannah Marissa bersama air mata berjujuran menurun.

Haider Faiq melepaskan kasar dagu Hannah Marissa.

Hannah Marissa diam dan terkedu seketika.

Kau memang nak kena kan, bodoh! Dasar perempuan jalang! Sini kau!

"Argh! Sakit" kepala semakin berdenyut-denyut tatkala suara itu tiba-tiba masuk ke dalam kepalanya.

Haider Faiq disebelah itu menjadi panik.

"Anna! Kau okey tak?" tanya Haider Faiq dan menahan tubuh Hannah Marissa mahu ke depan itu.

"Sakit..." kata terakhir Hannah Marissa sebelum menutup mata.

"Anna! Kau bawa ke rumah aku terus, cepat!" arah Haider Faiq kepada orang suruhannya itu.

"Anna, jangan buat aku risau macam ni. Aku tak sanggup kehilangan kau buat kali kedua" ujar Haider Faiq sambil mengusap kepala Hannah Marissa yang masih berlapikkan tudung itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro