BAB 1
"Wei budak bodoh! Kau memang sial, setan! Aku dah cakap jangan sesekali lapor pada Cikgu Rizwan!" tengking Umar Syahwi dengan lantang.
Si 'Dia' hanya menunduk lemah. Rasa sakit pada tubuh ditahankan sahaja.
Melawan? Gila! Itu semua hanya akan memberikan tiga kali ganda kesakitan pada dirinya.
"Oii! Bodoh! Aku bercakap dengan kaulah. Pekak ke apa?" Umar Syahwi menunjal kepala si 'Dia' menggunakan jari.
Oleh kerana terlalu geram, kali ini dia menarik tudung sekolah milik si 'Dia' dengan kuat.
Tudung tadi dicampak kasar ke atas tanah. Terserlah rambut panjang ekal itu. Sedaya upaya si 'Dia' cuba menutup aurat dari melihat oleh sekumpulan kejam itu.
Si 'Dia' cuba mencapai tudung di atas tanah itu namun terbatas bila pinggangnya ditendang kuat oleh Umar Syahwi. Lengannya pula cengkam supaya berdiri.
"ARGH! Lepaskan aku, Umar!" teriak Hannah Marissa.
Ya, nama tidak seindah orangnya.
"Sakit? Hati aku lagi sakit Anna! Sebab kau, Cikgu Rizwan rotan belakang aku sebanyak 10 kali!" tubuh Hannah Marissa ditolak kuat oleh dia dan menendang pada perut bagi melepaskan amarahnya.
"Memang patut kau kena rotan pun! Kau yang selalu buli aku dekat sekolah kan!" Hannah Marissa mempertahankan diri.
"Kau memang celaka! Kau memang patut mati! Menyusahkan aku sahaja!" kata Umar Syahwi dengan terus memukul Hannah Marissa.
"Korang tunggu apa lagi? Pukulah cepat" arah Umar Syahwi kepada the geng.
Mereka mengangguk sekilas dan join sekali segmen membuli.
Hannah Marissa hanya mampu meraung kesakitan dan meminta pertolongan di dalam hati sahaja. Setiap kali waktu balik, mesti ada sahaja Umar Syahwi and the geng pukul dia. Entah apa kesalahan dilakukan pun tidak tahu.
Dari jauh 'lelaki' itu sudah berdecit geram. Dia mengepal penumbuk dan menghentak kaki. Dia adalah...
Engku Haider Faiq.
"Tch! Tak guna punya budak. Kau tu budak lagi lah, bodoh. Nak pukul, heh? Kau tunggu nasib kau budak mentah" gumam Haider Faiq.
"Aku nak kau selamat budak perempuan tu, sekarang. Bawa dia datang sini" arah Haider Faiq kepada orang suruhan dia.
Dia mengangguk sekilas dan keluar dari kereta sebelum mendekati mereka.
Semakin hampir dengan mereka semua itu, sepucuk pistol terselit dibelakangnya dikeluarkan.
BANG!
Satu das tembakan dilepaskan ke udara. Semua di situ terkedu dan mengigil halus.
"Pergi atau aku bunuh korang semua" ujarnya dengan tenang.
Lantas mereka semua berlari meninggalkan tempat itu. Hannah Marissa cuba untuk bangun namun tidak boleh apabila terasa pinggangnya sangat sakit akibat perbuatan Umar Syahwi and the geng.
Dia mengangkat Hannah Marissa dan menuju ke arah kereta Alphard mewah itu.
Pintu automatik terbuka disaat Haider Faiq menekan 'On' Tubuh Hannah Marissa diletakkan dalam kereta dengan penuh berhati-hati.
Nanti tak pasal-pasal kena tembak oleh Engku Haider Faiq ini pula.
"Encik siapa? Tolong, jangan apa-apakan saya. Saya bukan anak orang kay-"
"Aku tak akan buat apa-apa pun pada kau. Aku just nak hantar kau balik je, Anna" cantas Haider Faiq dengan laju. Perkataan 'Anna' ditekan.
Yes! Sama seperti apa difikir olehnya itu. Kejutan.
"Macam mana Encik boleh tahu nama saya? Encik tak kenal alamat rumah saya. Biarkan saya pulang sendiri" tolak Hannah Marissa dengan lembut.
"Semua itu tak kesah. Aku terlebih kenal kau. Cuma kau saja yang lupa aku" kata Haider Faiq dengan senyum tipis. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta.
Hannah Marissa terkebil-kebil memandang Haider Faiq sedang menoleh ke tepi itu.
Terlebih kenal?
Apa maksud itu? Adakah sebelum ini pernah kenal?
"Jalan sekarang" arah Haider Faiq.
Kereta laju membelah jalan raya.
•••
Kereta mewah itu berhenti tepat di hadapan perkarangan rumah milik Hannah Marissa. Pintu kereta dibuka dan melihat gadis comel itu cuba untuk keluar turun walaupun agak payah. Haider Faiq mengukirkan senyuman kecil.
"Anna" halang Haider Faiq. Lengan Hannah Marissa dipegang lalu melepaskan tatkala Hannah Marissa mengigil halus.
Mungkin trauma barangkali?
"Sorry. Aku just nak cakap, mulai hari esok kau akan pergi dan balik sekolah dengan aku" ujar Haider Faiq.
Hannah Marissa mendengar itu pantas menggelengkan kepala.
"Maaf. Saya tak kenal Encik langsung. Lagi pula, mesti Ibu dan Ayah saya tak izinkan saya pulang bersama Encik" tolak Hannah Marissa dengan lembut.
"Saya ucapkan terima kasih pada Encik berdua atas pertolongan tadi" Hannah Marissa mahu turun namun terhenti mendengar kata Haider Faiq.
"Sekali kau ingkar arahan aku, tengok apa yang bakal terjadi dalam hidup kau. Kau bagi tahu pada Mak Ayah kau, aku Haider's diamond nak kau pulang bersama aku setiap hari. Aku sure dia orang akan izinkan. Perkenalkan aku Engku Haider Faiq, Buttermilk" ujar Haider Faiq berbaur amaran.
Dahi Hannah Marissa berkerut tatkala nama itu menerjah masuk ke dalam kepalanya.
Wait, Buttermilk? Kenapa rasa macam pernah mendengarnya.
"Kau nak aku bentangkan karpet merah baru kau nak turun?" perli Haider Faiq.
Lamunan Hannah Marissa terhenti dan menggelengkan kepala. Dia menurun perlahan dan masuk ke dalam kawasan rumahnya.
Haider Faiq mengukirkan senyuman nipis.
"Nampaknya kau tak pernah berubah, Buttermilk. Aku lagi suka bila kau macam ini. Kalau kau tahu segalanya, aku pasti kau akan benci aku seumur hidup" gumam Haider Faiq sendiri.
•••
Malam itu, Hannah Marissa menurun tangga dan menuju ke arah ruang tamu. Hati sudah berdegup laju tatkala Encik Farhad memandang ke arahnya.
Dia melabuhkan punggung ke atas sofa bersebelahan Puan Khaisah. Dia berfikir sejenak dan mahu atau tidak, terpaksa juga memberitahu pasal lelaki tengahari tadi.
"Err... Mak Ayah. Anna nak bagi tahu sesuatu, boleh?" Hannah Marissa memulakan bicara.
"Apa kamu nak bagi tahu ni, Anna? Penting ke?" soal Puan Khaisah.
"Tengahari tadi, Anna balik dengan seorang lelaki. Dia cakap, dia Anna balik dan pergi sekolah dengan dia" kata Hannah Marissa.
"Siapa lelaki baik hati sangat tu?" tanya Encik Farhad pula. Bukan apa, anaknya terlalu polos. Senang sahaja mahu perangkap. Cukuplah peristiwa itu terjadi.
"Dia cakap suruh bagi tahu pada Mak dan Ayah, dia adalah Haider's Diamond" kata Hannah Marissa beriak bersahaja.
Encik Farhad dan Puan Khaisah saling berpandangan. Mereka memandang anaknya semula.
"Ayah izinkan" balas Encik Farhad dengan nada perlahan.
Hannah Marissa tidak faham mengapa Mak Ayahnya begitu senang mengizinkan dia pulang dengan lelaki. Tidak sebelum ini, selalu marah bila bercakap pasal lelaki.
"Okey" balas Hannah Marissa.
"Pergi tidur. Nanti Anna kena bangun awal. Ingat pesan Mak, jaga diri Anna baik-baik" arah Puan Khaisah terselit pesan.
"Okey, Mak. Anna pergi tidur dulu" pamit Hannah Marissa. Dia menyalami kedua tangan Mak dan Ayahnya sebelum beredar pergi.
Okay tak chapter ni?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro