AE. XIV
+ vote dan comment anda saya hargai. terima kasih nah gambar juhee
------
juhee dalam perjalanan hendak menghantar skrip lukisannya pada minggu kedua dia bekerja dengan Manhwa Studio.
sementara menunggu Manager-nim Yohan sampai, juhee menunggu bossnya itu di depan bilik yohan.
" herm.. hai awak, " tegur seorang wanita cantik, duduk sebelah juhee.
" ya hai. " jawab juhee ringkas, dan cuba senyum.
" saya lim seoyoon. awak? " tangan dihulurkan tanda ingin bersalaman.
" kang juhee. " juhee menyambut tangan wanita cantik itu.
" nice to meet you. " kata seoyoon, senyumannya manis sekali.
" nice to mee- eh, awak penulis webtoon popular sekarang tu kan? tak sangkanya saya dapat jumpa awak di sini. " juhee terkejut, dia baru ingat yang gadis duduk sebelah dia ini adalah penulis webtoon terkenal.
seoyoon sekadar mengangguk tanda setuju. " kita jadi kawan, mahu. juhee? " tawarnya.
juhee mengangguk laju. akhirnya, dia berkawan juga. setelah lama tak bergaul- selama ini dia dengan hangyul sahaja.
ops, lupa ada seungwoo. si dewa yang menolong juhee. tak sangka mereka naik level menjadi kawan.
------
" HANGYUL! "
"LEE HANGYUL! "
" LEE GYUL GYUL! "
" MANA AWAK SIMPAN TONGKAT KECIL SAYA! "
hangyul bersembunyi di bawah meja bilik pejabat dia. juhee dah naik berang sebab hari tu dia kirimkan tongkatnya untuk hangyul simpan ke pejabat juhee.
tapi malang, hangyul lupa dia simpan di mana.
" oh, kau dekat situ ya! " juhee tunduk, dia nampak hangyul bawah meja. " keluar. "
hangyul pun akur. kalau dia berdegil, ada yang tak dibayar gajinya. nanti tak dapat bawa jungsoo shopping.
" saya terlupa mana saya simpan tongkat tu. " hangyul dah dengan pout eyesnya. nasib juhee kesiankan dia.
" sudah, tolong saya cari. kalau tak mau, gaji kena potong ! "
------
juhee pov
berjalan sendiri menelusuri lorong sebelah kedai makan Himawari. mencari di mana itu tongkat kesayangan aku. sebenarnya, tongkat itu sebagai alat keselamatan.
macam dulu, ada satu jembalang hantu dengan leher panjang kacau aku. sampailah aku jumpa tongkat kecil itu di sebelah tong sampah, aku ugut hantu leher panjang itu dan takutkannya.
sampailah sekarang, tongkat itu adalah kawan aku. selamatkan aku dari hantu-hantu yang menakutkan.
" cari apa? "
tegur satu suara lelaki, bila aku tercari-cari tiadalah pulak. kiri kanan. tiada.
" atas sini. "
aku toleh atas, ada seorang lelaki duduk dekat hujung rooftop apartment sebelah kedai makan Himawari ini.
itu, si dewa malaun seungwoo.
------
" awak buat apa di sini? "
" sepatutnya, saya yang tanya awak buat apa di sini. " aku sekadar roll eyes. orang tak panggil, dia pula datang.
" cari tongkat? " aku abaikan soalannya, terus mencari di kawasan sekitar. manalah tahu si hangyul gyul gyul itu tinggalkan dekat jalan.
" saya tau awak tak boleh hidup tanpa tongkat tu. "
" yalah, kan awak penakut. "
aku naik berang dengan perkataannya. " hei, sembarangan jah cakap! "
" awak sudah tak perlu tu tongkat lagi. saya kan ada. "
sekali lagi, aku roll eyes. dasar malaun, perangai betul-betul malaun. acah macam lelaki hindustan dalam filem bollywood.
" saya tak panggil pun awak, kenapa datang? "
" sebab saya tahu, awak perlu saya. "
" tapi saya tak penggil. "
" awak perlu saya. "
" saya tak cakap pun. "
" saya boleh baca kata hati awak. "
checkmate. aku lupa yang dewa malaun ni boleh baca kata hati manusia.
" yalah. saya sebenarnya, nak minta tolong awak cari tongkat tu. cukup! " nada suara dinaikkan, mata terpejam malu dengan diri sendiri yang ketahuan.
dalam sekelip mata, aku buka mata sahaja. seungwoo dah ada depan mata aku, dekat sekali.
dia menyapu lembut kepala aku. " mari, " seraya tersenyum. jelas nampak wajahnya, walau hanya diterangi cahaya lampu jalan dan lampu dari dalam kedai.
muka dah naik merah, berani sekali lelaki ini sentuh aku tanpa izin. lesen pun takda haish.
" tongkat tu dekat bilik pejabat awak. terselit dekat almari. "
ada guna jugak pelihara dewa malaun ni rupanya.
end pov
------
juhee duduk bersendiri di hadapan rumah pacik jungho dan macik saerom. dia menunggu kedua keluarganya itu untuk keluar. namun, tiada sahutan.
" baliklah! kamu malang! jangan dekat rumah kami! " jerit macik saerom
" saya cuma nak ikut upacara tu, " juhee merayu. dia hanya nak turut serta dalam upacara hari peringatan pemergian neneknya yang ke-10.
" balik! " menjerit kuat macik saerom dari dalam rumah.
"baliklah juhee. " sahut pacik jungho pula.
juhee pun akur. dia dengar kata pacik junghonya. sebenarnya, pacik jungho itu baik tetapi, dipengaruhi oleh isterinya yang jahat.
dia berjalan kaki keluar lorong rumah sewa pacik jungho. sedih, kecewa, rasa terpuruk, tersisih. ada keluarga tapi macam tak ada keluarga saja.
dia duduk di bangku kayu bawah pokok, berteduh. salji yang turun membuatkan suasana makin sejuk. hari dah nak malam.
skrin handphone dihidupkan, angka jam 4:28 minit petang ditunjukkan. biarlah, dia bersendiri mengenangkan nasib.
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro