PART 5
"COLOUR rice ni apa?"
Andi yang sedang menolak troli memandang adiknya. Dia berfikir sejenak. "Hah, beras berwarna!" balasnya selamba.
"Hah? Kau biar betul?" soal Andri. Pelik. Ada ke beras berwarna? Seumur hidupnya, belum pernah dia jumpa. Di France pun tiada.
"Betullah. Kalau bukan beras berwarna, apalagi? Colour bermaksud warna. Rice bermaksud beras. So? Apa yang salahnya?" soal Andi sedikit bengap.
Andri diam. Betullah tu apa yang dikatakan abangnya. "Kat mana nak cari?" soalnya lagi.
"Kat mana lagi, kat tempat beraslah. Ikut aku." Troli yang sudah separuh penuh itu ditolak menuju ke bahagian barangan kering. "Hah, cuba kau cari colour rice tu," arahnya kepada Andri.
Andri mengangguk laju. Dia bergerak ke bahagian yang meletakkan pelbagai jenis beras. Satu persatu dilihatnya. "Mana ada beras berwarna. Yang ada pun beras perang je," ujarnya. Hampir semua jenis beras dilihatnya. Dan kesemuanya hanya berwarna putih.
"Hah, tulah agaknya. Dia tak kata warna apa. Jadi mungkin warna perang," ujar Andi pula.
Andri mengerutkan keningnya. Nak buat apa dengan beras perang? "Habistu macam mana?" soalnya.
"Ambil jelah. Cepat. Kita ada sejam lagi. Lambat, habislah kena bebel."
Andri mengangguk laju. "Okay. Beras perang." Tangannya terus mengangkat beras perang dengan berat lima kilogram itu. Dan terus diletakkan di dalam troli.
"Okay. Colour rice, done!" ujar Andi. Perkataan colour rice dipotong dengan pen.
"Apalagi?" soal Andri.
"Cheese," balas Andi ringkas.
"Cheese? Cheese apa? Mozzarella? Cheddar?" soal Andri lagi.
Andi menjongket bahunya. "Dia tulis cheese je."
Andri menghela nafas berat. "Bini kau ni, menyusahkan orang betul. Tulislah elok-elok sikit," bebelnya.
"Hmm. Nak buat macam mana, bini aku memang macam tu. Agak tak bijak!" Selamba sahaja Andi mengutuk isterinya.
"Jadi, nak ambil apa? Cheese apa?" soal Andri.
"Kita ambil semua jenis cheese. Senang cerita," balas Andi. Keningnya dijongket.
"Good. Bagus cadangan kau. Biar aku ambil." Sejurus itu Andri melangkah ke bahagian yang meletakkan pelbagai jenis cheese. Dan tangannya terus mencapai semua jenis cheese yang berada pada rak berhawa dingin itu. Cheddar, mozzarella, cream cheese, emmental, gouda, edam dan parmesan. Kesemua cheese itu dibawa ke arah abangnya sebelum dicampak ke dalam troli.
"Banyaknya..." gumam Andi.
"Semua jenis keju aku ambil. Easy right?"
"Fine. Dah, tak ada apa lagi. Kita bayar, lepastu kita cari barang lain pulak," ujar Andi.
Andri mengangguk. Mereka berdua terus melangkah ke arah kaunter pembayaran. Usai membuat bayaran, troli yang sarat dengan barangan itu ditolak menuju ke pintu keluar pasaraya itu.
"Apalagi kena cari lepas ni?" soal Andri. Wajah abangnya dikerling.
"Balang kuih."
"Kat mana?" soal Andri lagi.
Andi berfikir sejenak. "Mr Diy jelah. Aku malas nak pergi jauh-jauh," balasnya.
Andri mengangguk kecil. Haihlah. Demi sebuah Lambo, mereka terpaksa menjadi bibik. Mafia jadi bibik. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?
****
"TAK balik lagi ke?"
Nasya yang sedang menyuap Elsa makan menoleh ke arah suara tersebut. "Entah. Belumlah kot," ujarnya.
Clark mengangguk kecil. Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan di atasnya. "Sya, I laparlah," adunya bersama wajah comel.
Nasya memandang Clark sekilas. "Ada bubur je. Bubur Elsa. Nak?"
"Hmm bolehlah." Clark akur. Dia bingkas bangun dan terus menuju ke dapur. "Kat mana?" soalnya. Kepala menjengul sedikit.
"Kat dalam periuk atas dapur tu," balas Nasya. Dia masih lagi sibuk menyuap Elsa makan. Elfian pula sudah diletakkan di dalam buaian automatiknya.
"Sya, I makan depan you tak apa kan?" soal Clark. Di tangannya terdapat sebuah mangkuk sederhana.
"Makan jelah. Saya tak kisah pun," balas Nasya lembut.
"Hehe. Sorry," ucap Clark sambil tersengih. Dia terus sahaja menyuap bubur ayam yang sudah suam-suam kuku itu ke dalam mulutnya.
Nasya tersenyum tipis.
Pin pin!
Bunyi hon yang datangnya daripada luar rumah mengejutkan mereka yang berada di dapur itu. Nasya berpandangan dengan Clark.
"Yeah, mereka dah balik. I tak rasa diorang dapat apa yang you suruh belikan tu," ujar Clark mendatar.
Nasya hanya diam. Dia pun merasakan hal yang sama seperti Clark.
"Sya! We're back!" Suara seseorang kuat kedengaran. Dan tidak lama kemudian, Andri muncul bersama beberapa beg plastik di kiri dan kanan tangannya. Beg-beg plastik itu diletakkan di atas meja makan. "Nah, segala barang yang you list ada kat dalam ni," ujar Andri. Kerusi di sebelah Elsa ditarik.
"Semua?" soal Nasya sepatah.
"Ya. Semua," balas Andri.
Nasya memandang adik iparnya itu. Nak percaya ke tak nak? Ragu-ragu pun ada.
"Woi! Tak malu ke makan depan orang puasa?" soal Andri. Mata merenung tajam ke arah Clark. Enak sahaja lelaki itu menjamu bubur di dalam mangkuknya itu.
"Sya tak kisah pun. Kau pulak yang sibuk. Jeles ke?"
"Memanglah! Aku lapar ni!" ujar Andri selamba.
"Andri..."
Bebola mata Andri terus bergerak memandang kakak iparnya. Dia tersengih tidak bersalah. "Hehe. I gurau je."
Nasya mendengus kecil. Dia bingkas bangun bersama mangkuk makanan Elsa yang sudah kosong. Dapur dituju.
"Nak?" soal Clark sebaik kelibat Nasya menghilang.
Andri hanya merenung mangkuk berisi bubur itu. "Demi Lambo, nyah kau syaitan!" Kepala Clark diluku kasar.
"Woi! Sakitlah!" Clark mengusap kepalanya yang diluku oleh Andri tadi.
"Korang dah kenapa?" Nasya yang baru keluar dari dapur menegur. Pelik-pelik.
"Sya, Andri luku kepala I," adu Clark.
"Saya tak masuk campur," ujar Nasya mendatar. Dia terus mengambil beg-beg plastik yang diletakkan oleh Andri di atas meja makan itu tadi.
"Wooo..." Andri mengejek. Lidahnya dijelir ke arah Clark.
Clark menarik muncung. Sampai hati. Dia bingkas bangun dan terus meninggalkan meja makan itu.
"Andi mana?" soal Nasya. Wajah Andri dipandang.
"Andi..."
"I'm coming!" Suara seseorang kuat menjerit.
Nasya menolehkan kepalanya. Andi muncul bersama Elfian di dalam dukungannya.
"Duduk sini," arah Nasya. Menunjuk ke arah kerusi yang diduduki oleh Clark tadi.
Andi akur. Dia terus duduk di kerusi yang ditunjuk oleh isterinya.
Nasya memandang wajah suami dan adik iparnya bersilih ganti. Sebelum pandangannya berakhir pada beg-beg plastik di hadapannya. "Saya check barang-barang ni. Silap satu, korang kena denda. Faham?"
"Fine." Andi dan Andri menjawab serentak. Mahu membantah? Wanita bernama Nasya pasti akan menang. Queen of the year!
Nasya tersenyum tipis. Beg plastik pertama dibuka. Terdapat beberapa biji balang kaca di dalamnya. "Beli kat mana?" soalnya. Balang kaca tersebut dibeleknya. Cantik!
"Mr. Diy," balas Andi ringkas.
Nasya mengangguk. Beg berisi balang kaca tersebut ditolak ke tepi. Beg plastik kedua dicapai. Isi di dalamnya dilihat. Ada tepung, gula, marjerin, telur, cornflakes, kacang badam dan kacang hazel.
"Puas hati?" soal Andi.
Nasya memandang suaminya. Kepala diangguk kecil. Beg plastik ketiga pula dicapai. Isi di dalamnya dilihat. Berkerut dahinya apabila melihat sekampit beras perang berada di dalamnya. "Apa ni?" soalnya. Wajah Andi dan Andri dipandang bergilir.
"Beras perang," balas Andri.
"Nak buat apa dengan beras perang?" soal Nasya lagi.
"It's colour rice right?"
Nasya terus melopong mendengar kata-kata suaminya. Beras perang di atas meja itu dipandang. Kemudian beralih pula ke wajah suaminya. "Colour rice?" soalnya.
"Ya. Colour rice. Betulkan?" soal Andi dengan muka penuh yakin.
Nasya menepuk dahinya. Ya Allah, dugaan apakah ini...
"Kenapa? Salah ke?" soal Andri pula.
Nasya mengetap giginya. "Kalau saya kata korang ni bengap, marah tak?" soalnya mendatar.
Andi dan Andri berbalas pandangan. "Err..."
"Sya, buat apa dengan brown rice tu?" Clark yang baru keluar dari dapur menyoal.
Nasya memandang Clark. "They said, this is colour rice," ujarnya.
Seperti Nasya, Clark turut melopong. Brown rice is colour rice? Are you kidding?
"Hahaha! Apa bengong sangat korang ni? Brown rice dengan colour rice pun tak kenal ke?" soal Clark bersama gelakan pontianaknya.
Andi dan Andri memandang lelaki itu dengan muka tidak puas hati.
"Diamlah!" hambur Andi.
"Hahaha! Bodoh! Bodoh tahap langit ketujuh!" ejek Clark lagi.
"Eh, kau ni nak makan peluru pistol tak? Kau kenal ke colour rice tu apa?" bentak Andri pula.
Clark terus berhenti ketawa. Dia menghampiri Andri. Bahu lelaki itu dipautnya. "Baby, brown rice ni untuk orang diabetes. Colour rice tu manik-manik warna-warni yang selalu orang tabur kat kek atau donat atau kuih tu. Ada faham baby?"
Andi dan Andri masing-masing tercengang. Jadi, salahlah ya?
"Err Sya..."
Nasya memandang suami dan adik iparnya dengan pandangan tajam. "Cuci bilik air," ujarnya ringkas.
Andi terus tercengang. Really? Manakala Andri pula sudah merebahkan kepalanya di atas meja. Dugaan apakah ini...
Beras perang tersebut diletak di atas lantai. Nasya beralih pula pada beg plastik keempat. Simpulan pada beg plastik dibuka dan...
"Banyaknya cheese."
"You tak cakap nak cheese apa, jadi kami ambil semua jenis cheese. Pandai kan?" ujar Andri.
Nasya tersengih. Kepalanya mengangguk kecil. "Pandai sangat. Buka nanti makan cheese jelah ya," ujarnya. Beg-beg plastik yang berada di atas meja diangkat dan dibawa ke dapur. Beberapa minit kemudian, Nasya keluar semula. "Tunggu apa lagi? Pergilah cuci tandas." Arahan dikeluarkan.
"Sekarang?" soal Andi.
"Dah tu takkan tahun depan? Cepat! Tak cuci, jangan harap ada makanan untuk buka," ujar Nasya. Tangan elok bercekak di pinggang. Ala-ala ibu tiri Cinderella.
Andi mengeluh kecil. Begitu juga dengan Andri. Namun keduanya akur. Arahan daripada queen, siapa je berani bantah?
"Nah, pegang El." Andi terus menghulurkan Elfian kepada Nasya.
Nasya menyambut. Elfian didukungnya. "Saya bagi masa dua jam. Kalau tak siap, korang berdua buka luar," ujarnya tegas.
"Baik queen." Andi dan Andri menjawab serentak. Mereka berdua terus melangkah keluar dari ruang makan itu.
"Fuh, kejam juga you ni kan," ujar Clark sebaik kelibat dua lelaki itu hilang daripada pandangannya.
"Hahaha! Saja," ujar Nasya.
"Tak dosa ke you buat macam tu dekat husband you?" soal Clark lagi.
"Hehe nanti malam saya minta maaf semula," balas Nasya.
Clark menggeleng kepala. Mohonlah dia tidak mendapat isteri seperti Nasya. Naya hidupnya dibuli.
"Hah, awak tak ada buat apa kan?"
Clark memandang Nasya dengan dahi berkerut. "You jangan..."
"Ya. Tolong jagakan Elsa dengan El. I nak prepare barang untuk masak nanti. Okay?"
"Sya, I mana pandai."
Elfian terus diberikan kepada Clark. "Jaga dia dengan Elsa. Okay? Daaa..." Sejurus itu Nasya melangkah masuk ke dapur.
Clark mengeluh kecil. Dia tiada masalah jika disuruh menjaga Elsa. Tetapi bukan Elfian. Dia tidak pandai menguruskan bayi. Sekali lagi Clark mengeluh. Bayi lelaki di dalam dukungannya itu dipandang. "Apa? Uncle tahu uncle hensem. Jangan pandang lama-lama. Uncle tak sehodoh daddy awak tu," ujarnya.
Mata Elfian terkebil-kebil memandang Clark.
"Uncle cakap...nan baby?" Elsa yang sejak tadi memerhati mengajukan soalan.
"Eh taklah. Uncle cakap dengan meja," balas Clark.
Elsa mengangguk kecil. "Meja oleh cakap?" soal gadis itu lagi.
Clark terpinga-pinga. Ya Tuhan, apakah ini semua? Aku gila!
****
DAUN pintu biliknya yang tertutup rapat itu ditolak perlahan. Nasya melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu dirapatkan kembali. Matanya terus memandang ke arah katil. Tersungging senyuman pada ulas bibirnya melihat sekujur tubuh yang terbaring di atas tilam itu. Kakinya terus melangkah ke arah katil. Punggung dilabuhkan di birai katil. Wajah suaminya yang sedang lena itu ditatap. Alahai suami...
Rambut Andi yang serabut itu dirapikan dengan jarinya. Kasihan. Dibuli isteri sendiri. Selepas sahaja Isyak, suaminya terus terbongkang di atas katil.
"Sya?"
Nasya tersentak apabila suara serak itu menyapa gegendang telinganya. "Ya, awak dah bangun?" soalnya lembut.
Andi tidak menjawab. Tubuhnya yang berada dalam keadaan meniarap itu ditelentangkan. Kepalanya diangkat dan diletakkan di atas peha isterinya.
Nasya tersenyum. "Manja sangat kenapa?" soalnya. Kepala suaminya dielus lembut.
"Penat," balas Andi sepatah. Matanya masih pejam.
"Sorry awak," ucap Nasya. Satu kucupan dilabuhkan di dahi suaminya.
Mata Andi celik sedikit. "For what?" soalnya.
"Sebab buli awak. Hehe..." balas Nasya.
Andi tersenyum tipis. "It's okay." Kepalanya diangkat sedikit lalu bibir isterinya dikucup sekilas.
Semakin lebar senyuman di bibir Nasya. "I'm sorry."
"Demi new baby, aku sanggup hadapi apa jua cabaran," ujar Andi.
"Isyh awak ni. Fikir tu je." Lengan Andi ditampar lembut.
"Lah, tak boleh ke?" soal Andi.
"Saya caesar, mana boleh pregnant awal. Kena tunggu. Lupa ke?"
"Alaa..." Andi memuncungkan bibirnya.
Tergeleng kepala Nasya melihat perangai gedik suaminya itu. "Lagi dua tahun okay?"
"Lama sangat."
"Eh awak ni. Kalau nak anak sangat, pergi kahwin lain sana," ujar Nasya.
"Boleh ke? Aku okay je." Andi tersengih lebar.
"Boleh. Kalau rasa nak mandul, pergilah." Sejurus itu Nasya mengangkat kepala suaminya dan diletak di atas bantal. Dia bingkas bangun.
"Eh, nak pergi mana?" soal Andi. Lengan isterinya dipaut.
Nasya menoleh sesaat. "Nak basuh muka. Kenapa?"
Pautan pada lengan isterinya dilepaskan. "Tak ada apa. Goodnight. Aku tidur dulu."
"Goodnight. Sweet dream." Nasya menundukkan sedikit tubuhnya. Dahi dan pipi Andi dikucup lembut.
"Muah!" Flying kiss diberikan kepada isterinya.
"Muah!" Nasya turut melayan perangai suaminya. Macam-macam. Mujur sayang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro