PART 3
"MORNING Sya."
Nasya yang sedang mengemas dapur itu menoleh apabila mendengar sapaan itu. Bibirnya mengukir senyum tipis. "Hey. Morning," balasnya lembut.
Andri terus menarik sebuah kerusi di ruang dapur itu. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang diperbuat daripada kayu jati itu. "Mana yang lain?" soalnya sambil menopang wajah menggunakan tapak tangan.
"Tak tahu. Kat luar kot. Tadi Danny ada datang," balas Nasya tanpa memandang ke arah adik iparnya itu.
Andri mengangguk kecil. Tudung saji di atas meja diangkat. "Sya, tak ada breakfast ke?" soalnya selamba.
Nasya yang sedang mengelap kabinet dapur itu tercengang buat seketika. Perlahan-lahan tubuhnya berpaling. "Seriously Andri?"
Andri mengerutkan dahinya. "What? Salah ke soalan I?"
Nasya terus menepuk dahinya. Kain yang digunakan untuk mengelap kabinet dapur itu terus dibaling ke arah Andri.
"Woah, woah, apa ni?"
"Awak lupa ke?" soal Nasya dengan oktaf suara yang sedikit meninggi.
"Lupa apa?" soal Andri. Kepalanya digaru dengan jari.
Nasya menepuk dahinya dengan tapak tangan. "Andri, wanna know something?"
"What?" soal Andri sepatah.
Nasya menarik nafas dalam, sebelum dihela perlahan. Wajah adik iparnya dipandang. "Awak lupa ke hari ni hari apa?"
Sekali lagi Andri mengerutkan dahinya. "Apa bodoh sangat you ni? Hari ni Isninlah. I tak gila lagi sampai tak kenal hari," balasnya mendatar.
Nasya mengurut pelipisnya. "Andri..."
"Ya. Cakap jelah. Tak payah buat suspen macam ni," omel Andri. Dia mula bangun daripada kerusi, dan melangkah ke arah peti sejuk. Pintu peti sejuk dibuka, lalu tangannya laju mencapai sebotol jus oren. Penutup botol dibuka.
"Andri! Hari ni kan puasa!"
Andri terus tersentak apabila mendengar kata-kata kakak iparnya itu. Matanya terkebil-kebil. "Apa you cakap?"
"Hari ni puasa, Andri! Puasa! Awak lupa ke?" soal Nasya berang. Kakinya laju melangkah ke arah Andri, lalu botol jus oren di tangan lelaki itu diambil sebelum disimpan semula ke dalam peti sejuk.
Andri masih tidak berganjak dari tempatnya. "Hari ni puasa? Habistu tadi aku..."
"Aku apa? Awak minum? Hah?" tebak Nasya. Wajah Andri direnung tajam.
Andri laju menggeleng kepalanya. "Mana ada. Ingat I bodoh sangat ke?"
Semakin tajam mata Nasya merenung adik iparnya itu. "Awak jangan macam-macam ya," ujarnya berbaur amaran.
Andri hanya berdiam diri. Bagaimana kalau... Ah, sudah. Dia bingung.
"Saya tahu awak main tipu, jangankan Lambo. Kereta mainan pun saya tak bagi," ujar Nasya lagi.
Andri tersenyum tawar. "Err, I keluar dulu. Ada kerja. Bye!" Sejurus itu Andri terus berlari keluar dari ruang dapur itu.
Nasya menggelengkan kepalanya. Macam-macam perangai. Nak diberi menang, dia minta kalah. Mampukah mahu membeli banglo untuknya nanti? Hahaha!
Kerjanya yang tergendala tadi disambung semula.
Sementara di ruang tamu...
"Bro..."
Andi yang sedang bermain game pada telefon bimbitnya mengangkat wajahnya. "Yo, kenapa?" soalnya.
Andri tidak terus menjawab. Dia terus melabuhkan punggung di sebelah abangnya.
"Kau dah kenapa? Muka pucat macam nampak hantu." Danny yang duduk di sofa tunggal bersuara.
Andi memandang wajah adiknya. Keningnya terjongket sedikit. "Are you okay?" soalnya prihatin.
"Aku nak tanya sikit," ujar Andri mendatar.
"Apa?" soal Andi sepatah.
Andri menarik nafas sedalamnya. Sesaat kemudian, ianya dilepaskan perlahan-lahan. "Hari ni puasa kan?" soalnya senada.
"Ya. Kenapa?"
Andri memandang wajah abangnya. Kemudian beralih pula ke wajah Danny. Satu keluhan kecil dilepaskan. "Kalau kita terminum tanpa sedar, tak batalkan?" soalnya polos.
Andi terkedu seketika. "Kau jangan cakap..."
"Ya. Aku terminum tadi. Sumpah, aku tak ingat hari ni puasa," ujar Andri jujur.
Andi terus menepuk dahinya. Ya ampun... "Kenapalah aku dikurniakan adik sebodoh ni," gumamnya perlahan.
Danny sudah tergelak kecil. "Habislah kau. No Lamborghini," ejeknya.
"Kau jangan cakap kuat-kuat. Nanti Sya dengar," marah Andri. Remote TV dibaling ke arah Danny.
"Hahahaha! Awal-awal dah kalah," ejek Danny lagi.
"Diamlah!"
"Aku nak bagitahu Sya," ugut Danny. Dia bingkas bangun. "Sya! I ada benda nak cakap ni." Danny menjerit kuat.
Andri mengetap giginya. Dia turut bangun. Kakinya laju meluru ke arah Danny.
"Sya! I..." Belum sempat Danny menghabiskan ayatnya, tubuhnya ditolak secara kasar daripada belakang. Sekaligus membuatkan dia tersembam ke atas lantai. "Argh! Sakitlah!" hamburnya.
"Kalau kau nak yang lagi teruk, pergi bagitahu dia," ujar Andri mendatar. Tajam matanya merenung wajah Danny.
Danny terus mengangkat kedua tangannya separas bahu. Kepala menggeleng perlahan.
"Tahu takut," gumam Andri. Tubuhnya berpaling, dan dia melangkah semula ke arah sofa.
"Sya! Andri tak puasa!" Danny menjerit sekuatnya.
Mata Andri terus membulat. Tubuhnya berpaling semula. Baru sahaja kakinya hendak melangkah, ada beberapa suara kedengaran.
"Apa? Andri tak puasa?" Adam yang berdiri di tangga menyoal.
"Seriously bro? Baru pukul 8 dah buka?" Giliran Clark menyoal.
Andri mengetap giginya. Matanya memandang tajam ke arah Danny.
"Releks bro. Bulan puasa tak elok marah-marah. Peace!" ujar Danny sambil tersengih.
"Hahaha! Aku dah agak. Kau takkan boleh puasa punya. Ni bukan France." Adam tergelak jahat.
"Hahaha! Sahut cabaran konon. Pergi berkawan dengan lembu sana," ujar Clark pula. Dia turut tergelak.
"I kill you, Danny," ujar Andri cukup serius.
"Hehe. Releks bro. Benda boleh releks, buat apa nak marah-marah?"
"Aku tak boleh releks dengan kau. I kill you!" Sejurus itu Andri terus berlari ke arah Danny.
"Argh!" Danny mencicit lari ke arah pintu. Kasut disarung laju ke kakinya. "Bro, aku balik dulu. Ada harimau kat rumah kau ni. Jumpa petang nanti. Daaa..." Usai berbicara, Danny terus berlari ke arah kereta Volkswagen Jetta miliknya.
Andri merengus geram. Rambutnya diraup kasar ke belakang. "Bodoh!" hamburnya perlahan.
"Apa bising-bising tadi?"
Semua mata terus tertumpu pada gerangan yang bersuara itu.
"Tak ada apa," balas Andri mendatar. Dia melangkah semula ke arah sofa. Punggung dilabuhkan di sebelah abangnya.
Nasya yang berdiri di hadapan tangga itu mengerutkan dahinya. Wajah Adam dan Clark dipandang. Keningnya terjongket sebelah.
"Tak tahu." Ringkas sahaja kata-kata yang keluar daripada mulut Adam.
"I need to go. Daa..." Clark terus naik semula ke tingkat atas.
"Me too. Daa..." Adam turut naik ke tingkat atas.
Nasya mengeluh perlahan. Pelik-pelik je. Malas mahu memikirkan hal itu, dia masuk semula ke ruang dapur. Banyak benda yang hendak dilakukannya daripada melayan malaun-malaun hutan itu.
Sebaik kelibat Nasya hilang, Andri menghela nafas lega. Mujurlah kakak iparnya itu tidak tahu. Jika tidak... Melepaslah Lamborghini idamannya. Wajah abangnya dipandang. "Bro, kau tak jawab soalan aku lagi."
"Soalan apa?" soal Andi.
"Pasal tadi tu. Aku terminum. Ter... tak batal kan puasa aku?" soal Andri.
"Bila kau minum?" soal Andi.
"Masa bangun tidur. Dalam bilik aku kan ada peti sejuk mini. Memang selalu aku bangun tidur, aku minum. Tapi aku lupa hari ni puasa. Tak batalkan?" soal Andri lagi. Dia tersengih seperti kerang busuk.
Andi diam seketika. Telefon bimbitnya yang diletak di atas meja kopi diambil. Aplikasi google dibuka.
HUKUM TERMINUM TANPA SENGAJA DI BULAN PUASA
Search! Beberapa saat kemudian, muncullah beberapa artikel tentang persoalan itu di skrin telefonnya.
"Kau buat apa?" soal Andri. Dia cuba mengintai telefon bimbit yang berada di tangan abangnya.
"Benda boleh google, buat apa susah nak fikir," balas Andi selamba.
"Eh? Aku ingat kau power sangat bab-bab hukum ni," bebel Andri.
Andi tersengih. "Aku bukan ustaz. Kau ni pun. Logik sikitlah. Macamlah baru kenal aku semalam."
Andri menggeleng kepalanya. "Jumpa?"
Andi diam. Sesaat kemudian, wajah adiknya dipandang sekilas. Dan kemudian, pandangannya beralih semula pada skrin telefon. "Sesiapa yang makan atau minum sedang dalam keadaan lupa, puasanya sah dan tidak mendapat dosa karena ia tidak bermaksud untuk melakukannya," ujarnya mendatar.
"Serius?" soal Andri.
Andi mengangguk kecil. "Tu tak sengaja. Tapi kalau kau sengaja makan atau minum, puasa kau batal. Faham?"
"Okay. Faham. Maknanya puasa aku tak batalkan? Maknanya aku masih dikira puasalah ni?"
Andi mengangguk kepalanya sebagai jawapan bagi soalan-soalan yang diajukan oleh adiknya.
"Yeah! Thanks bro!" Sejurus itu Andri terus memeluk tubuh abangnya.
"Hah, kalau ni batal. Gelilah! Kunyit!" hambur Andi. Tubuh adiknya ditolak kasar.
"Hahaha! Okay-okay. Sorry bro. Bulan puasa tak elok marah-marah," ujar Andri selamba.
Andi menjeling tajam ke arah adiknya. "Dahlah, semaklah kau kat sini. Aku nak main game pun tak senang," omelnya.
"Yalah." Andri terus bangun daripada sofa. Baru setapak kakinya melangkah, dia berhenti. Kepalanya menoleh sedikit. "Elsa mana?" soalnya.
"Kat bilik. Pergilah jaga dia," balas Andi tanpa memandang ke arah adiknya.
"Okay." Andri hanya akur. Langkahnya disambung semula. 'Dear Lambo, wait for me!'
****
"AWAK..."
Andi yang baru hendak melelapkan matanya kembali terjaga apabila suara halus isterinya menyapa gegendang telinga. "Hmm, kenapa?"
Nasya tidak terus menjawab. Punggungnya dilabuhkan di birai katil. "Jom keluar."
Dahi Andi berkerut sedikit. "Pergi mana? Aku penatlah."
Nasya mula menarik muncung. "Hmm tak apalah." Dia bingkas bangun. Baru sahaja kakinya hendak melangkah, pergelangan tangannya dipegang daripada belakang. Nasya menoleh sedikit.
"Nak pergi mana?" soal Andi. Dia mula bangun daripada baringnya dan bersandar pada kepala katil.
"Pergi bazar, beli makanan sikit," ujar Nasya.
"Buat apa beli makanan? Makanan bazar dengan makanan masak sendiri tak sama ke?" soal Andi lagi.
Nasya mengeluh pendek. "Hmm, tak apalah. Lepaskan tangan saya. Saya nak turun sekejap."
Andi terus melepaskan tangan isterinya. Pemergian wanita itu dihantar dengan pandangan sahaja. Apabila pintu biliknya kembali tertutup, dia melepaskan satu keluhan pendek. Jam yang tergantung pada dinding dikerling. Baru pukul 5 petang. Tapak tangan melekap pula di perutnya. "Aisyh, lapar pulak. Lama lagi nak buka," omelnya sendiri. Matanya dipejam seketika. Sesaat kemudian, ianya dicelik semula. Otaknya terfikirkan sesuatu.
'Kalau aku pergi bazar, balik nanti mesti dah dekat nak buka. At least aku tak bosan menunggu kat rumah. Balik je, tahu-tahu nak buka. Kenapa aku tak fikir daripada tadi?' hatinya bermonolog sendiri.
"Ya, kita pergi bazar. Bagus kau otak. You're brilliant." Andi berbicara seorang diri. Sepantas kilat, dia turun daripada katil. Kaki melangkah ke arah meja solek. Dompet berserta kunci kereta dicapai. Rambutnya yang sedikit serabai itu dirapikan dengan jari. Usai itu, barulah dia menapak ke arah pintu.
"Sayang! Jom keluar!" jeritnya kuat sebaik sahaja kaki menjejak lantai tingkat bawah rumah agam itu. Hala tuju kakinya dibawa ke ruang makan. "Sayang!"
"Ya! Kenapa?" Suara Nasya menyahut. Dan tidak lama kemudian, wanita itu muncul bersama Elfian dan Elsa.
Andi terus mendekati isterinya. Elfian diambil daripada dukungan Nasya. "Jom keluar."
"Pergi mana?"
"Tadi kata nak pergi bazarkan? Jom. Pergi siap-siap," ujar Andi.
"Tapi saya tengah suap Elsa makan," ujar Nasya pula.
"Tak apa. Aku suapkan. Kau pergi siap-siap."
Nasya diam sejenak. Nafas dihela perlahan. "Okay. Makanan Elsa kat meja makan. Saya naik dulu. Tunggu tau!"
Andi mengangguk. Sebaik kelibat isterinya hilang, Andi terus memandang ke arah Elsa. "Jom Elsa. Daddy suap awak makan." Tangan kecil Elsa diraih. Dan terus dibawanya Elfian dan Elsa menuju ke ruang makan.
Elfian diletakkan di dalam stroller. Manakala Elsa diletakkan di atas kerusi khasnya. Andi duduk di kerusi utama. Pinggan yang berada di atas meja ditarik ke arahnya. Kecur air liurnya melihat makanan di atas pinggan itu. Walaupun ianya sekadar nasi putih bersama ayam goreng.
"Daddy, mamam."
Suara Elsa menyentakkan Andi. "Hah okay-okay. sorry," ujarnya sambil tersengih. Isi ayam dicubit sedikit sebelum digaul bersama nasi. 'Tabahlah hati. Puasa. Ingat kau puasa.' Andi cuba memujuk hatinya sendiri.
Kriukkk!
"Unyi apa tu?" soal Elsa sambil matanya meliar memandang sekeliling.
Andi tercengang. 'Waktu macam ni kau nak berbunyi,' omelnya di dalam hati. Buat malu saja. Andi cuba mengawal riak wajahnya. "Elsa, sini mamam."
Elsa kembali tertumpu pada Andi. "Unyi apa tadi?" soal gadis itu sedikit pelat.
Andi tersenyum kelat. "Tak ada apa. Bunyi cicak kot," ujarnya mendatar.
Elsa mengangguk kecil. Mulutnya terus dinganga, mengharapkan suapan daripada daddynya itu.
Sepanjang menyuapkan Elsa, Andi hanya mampu menelan liur. Hatinya ditabahkan agar tidak tergoda dengan haruman dan keenakan ayam goreng itu. Perutnya pula semakin menjadi-jadi pula bergendang.
"Woi! Makan eah?"
Sergahan daripada seseorang menyentakkan Andi. Kepalanya terus berpaling. "Makan otak kau. Tak nampak aku suap Elsa makan?"
Andri mengambil tempat di kerusi berhampiran abangnya. Dan kemudian, Clark dan Adam turut mengambil tempat di meja makan itu.
"Aku ingatkan kau makan tadi," ujar Andri bersama sengihan.
"Bijak kau!" hambur Andi.
"Hmm... sedapnya bau ayam ni." Suara Adam kedengaran. Matanya terpejam rapat.
"Woi!" Andi dan Andri menjerit serentak.
Clark hanya beriak selamba. Tangannya mencubit sedikit isi ayam goreng di pinggan Elsa, lalu dibawa ke mulutnya. "Hmm, sedap sangat," ujarnya selamba.
Andi, Andri dan Adam menelan liur masing-masing. What the...
"Uncle, tak pose?" soal Elsa. Matanya memandang tepat ke wajah Clark.
Clark tersenyum tipis. "No. I'm not Muslim," balasnya lembut.
Elsa mengangguk kecil. Entah faham atau tidak.
Clark menggosok kepala Elsa perlahan. Matanya memandang ke arah Andi, Andri dan Adam. Berkerut sedikit dahinya. "Korang kenapa?" soalnya bodoh.
"Ayam goreng. Hik hik..." Adam bersuara. Bibirnya dicebik.
"Wargh! I'm hungry!" Giliran Andri bersuara. Wajahnya disembam pada meja.
Andi yang melihat hanya menggeleng kepalanya. "Macam budak-budak," omelnya perlahan. Peha ayam di tangannya terus dibawa ke mulutnya.
"Andi!" Clark, Andri dan Adam menjerit serentak.
"What?" soal Andi. Keningnya terjongket sedikit. Peha ayam masih di tangannya.
"Daddy tak pose?" Suara Elsa kedengaran.
Andi tercengang. Peha ayam di tangannya dipandang. Sesaat kemudian, peha ayam itu terus diletak ke atas pinggan. "Err..."
"Awak, saya dah siap."
Andi, Andri, Adam dan Clark terus memandang ke arah gerangan yang bersuara itu.
"Mummy. ." Elsa menggamit Nasya ke arahnya.
"Ya sayang, kenapa? Dah kenyang?" soal Nasya.
Elsa menggeleng kepalanya. "Daddy..."
Dahi Nasya berkerut sedikit. "Kenapa dengan daddy?"
"Daddy nak mamam," ujar Elsa polos.
Andi terus membulatkan matanya mendengar kata-kata Elsa. "Elsa..."
"Betul ke apa Elsa cakap?" Soalan Nasya terus menghentikan ayat Andi. Matanya merenung tajam ke wajah suaminya.
Andi laju menggeleng kepalanya.
"Daddy mamam ayam," ujar Elsa lagi.
Wajah Nasya semakin menyinga. "Andi..."
Andi tersengih. Perlahan-lahan dia bangun daripada kerusinya. "Bulan puasa tak baik marah-marah. Love you sayang. Muah!" Usai menuturkan ayat tersebut, Andi terus berlari keluar dari ruang makan itu.
"Andi!"
Andri, Adam dan Clark berpandangan sesama sendiri.
"Hahaha! Kan dah kena ligan dengan bini," ejek Andri.
"Hahaha! Bodoh!" Giliran Adam pula mengejek.
Clark hanya menggeleng kepalanya. Pinggan berisi nasi dan ayam goreng itu ditarik ke arahnya. Isi ayam dicubit lagi, dan dengan selamba dibawa ke mulutnya. "Hmm, sedap."
Andri dan Adam sudah ternganga melihat tingkah lelaki itu.
"Clark!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro