PART 1
"SAFELY arrived! Wohoo!"
Nasya yang sedang mendukung Elfian menggeleng kepalanya melihat tingkah Andri itu.
Andi pula sibuk menolak troli yang penuh dengan bagasi pakaian.
"Kau kalau tak jadi kanak-kanak tak boleh ke?" soal Andi kepada Andri.
Andri menoleh sekilas ke arah abangnya. "Eh, suka hati aku. Sibuk kenapa?"
"Menjatuhkan maruah je perangai serupa beruk macam tu," omel Andi perlahan.
Nasya hanya memerhati perbalahan dua beradik itu. Pelik-pelik. Nasya terus menuju ke arah kerusi berhampiran. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Elsa diangkat dan diletakkan di sebelahnya.
"Hai Sya."
Nasya yang sedang menyusukan Elfian mengangkat wajahnya. Bibirnya terus tersenyum. "Hei."
"Mana Andi?" soal Danny.
"Tu." Jari menunjuk ke satu arah.
Danny terus menoleh kepalanya. Berkerut sedikit dahinya melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Nasya. "Seriously?" soalnya tidak percaya.
"Nak buat macam mana, diorang memang tak pernah tak jadi beruk," ujar Nasya selamba. Mata turut memandang ke arah Andi dan Andri yang sedang bergaduh di bahagian tengah balai ketibaan itu. Pening. Ada suami, serupa beruk. Ada adik ipar, pun serupa beruk. Apabila beruk bergabung dengan beruk... Ah, bayangkan sendiri.
Danny sudah menepuk dahinya. "You tunggu sini. I uruskan beruk dua ekor tu."
Nasya mengangguk kepala. Matanya hanya memerhati setiap langkah yang diatur oleh Danny, sehinggalah lelaki itu tiba berhampiran dengan dua ekor 'beruk' sesat yang masih lagi leka berbalah di tengah-tengah ruang balai ketibaan itu.
"Woi! Sampai bila korang nak gaduh kat sini?" jerkah Danny lalu telinga Andi dan Andri ditarik serentak.
"Aduh. Woi, lepaslah! Sakit!" bentak Andri. Tangan Danny ditolak kasar agar telinganya dilepaskan. Namun semakin kuat Danny menarik telinganya. "Sakitlah! Capang telinga aku!"
"Ada nampak macam aku kisah?" soal Danny sinis. Telinga Andi dan Andri ditarik semakin kuat.
"Woi, lepaskan telinga akulah!" Giliran Andi membentak.
Danny terus melepaskan kasar telinga Andi dan Andri. "Korang buat lagi, aku tarik rambut korang sampai tertanggal."
Andi menjeling tajam ke arah Danny. Telinganya yang sudah kemerahan itu diusap perlahan. Perit!
"Jomlah! Buang masa jelah layan beruk macam korang ni. Buat malu je orang tengok. Muka hensem, perangai macam beruk gila!" hambur Danny. Kakinya melangkah terlebih dahulu.
Andi dan Andri memandang susuk tubuh Danny yang semakin jauh itu. Sebelum keduanya berpaling serentak, dan saling berbalas pandangan.
"Semua salah kau!" ujar Andi.
"Salah kaulah!" hambur Andri pula.
"Kaulah salah! Kalau kau tak jadi kanak-kanak ribena, semua ni tak jadi." Andi membebel geram. Kakinya melangkah ke arah trolinya.
"Kalau kau tak marah aku, semua ni tak jadi. Salah kau!" hambur Andri lagi. Dia turut melangkah ke arah troli berisi barangannya.
"Ah, salah kau. Aku tak salah." Andi masih tidak mahu mengalah. Troli yang sarat dengan barangan milik keluarganya ditolak perlahan.
"Kaulah salah!"
"Tak! Kau salah!"
"Kaulah!"
"Woi, lama lagi nak bergaduh? Nak aku tarik telinga lagi ke?"
Serentak Andi dan Andri menoleh ke arah suara tersebut. Masing-masing membuat wajah seposen.
"Ramadhan tiba~ Ramadhan tiba~ Marhaban ya Ramadhan~ Marhaban ya Ramadhan..." Andi menonong sahaja melangkah sambil mulut bernyanyi kecil.
"The hell?" Danny menayangkan riak tidak puas hati. Wajah Andri dipandang.
Andri menjongketkan keningnya. Sesaat kemudian... "Sepuluh akhir Ramadhan~ dikurniakan Lailatul Qadar... Malam yang terbaik~ diumpamakan seribu bulan..." nyanyinya selamba. Danny ditinggalkan sendirian.
Mengecil mata Danny memandang dua beradik itu. "Sah gila!" kutuknya selamba. Kaki melangkah ke arah Andi, Andri dan Nasya yang sudahpun menunggu di pintu keluar.
"Mana kereta kau ni? Nak kitorang naik apa? Naik beca?" soal Andri.
"Kau naik bontot unta sana!" hambur Danny.
"Eh, sedap mulut kau je suruh aku naik bontot unta."
"Ya, mulut aku memang sedap. Nak rasa?" soal Danny. Kening dijongket sebelah.
Andri membuat gaya geli. "Bro, aku tak sangka kawan kau ni kunyit," ujar Andri kepada Andi.
Andi hanya membuat wajah kosong. Tiada mood mahu mencampuri urusan dua ekor anjing gila itu.
"Dah, jom. Kereta aku dah sampai," ujar Danny.
Sebuah kereta jenis Mitsubishi berhenti di hadapan mereka.
"Your car, sir."
Danny mengangguk kecil. "Thank you," ucapnya mendatar. Kaki terus melangkah ke arah keretanya. Bahagian pemandu dituju.
"Jomlah! Barang sumbat kat bonet belakang," ujarnya kepada Andi dan Andri.
Andi dan Andri mengangguk akur. Manakala Nasya terus membuka pintu bahagian belakang, dan terus masuk ke dalam perut kereta bersama Elsa dan Elfian.
Selesai memasukkan barang ke dalam bonet, Andi dan Andri turut masuk ke dalam perut kereta.
"Dah?" soal Danny. Wajah Andi dan Andri dipandang bersilih ganti.
"Dah. Jalanlah," ujar Andri.
Danny mengangguk. Kakinya pantas menekan pedal minyak. Mitsubishi outlander miliknya itu laju bergerak meninggalkan bangunan KLIA itu.
"Berapa lama korang kat sini?" soal Danny setelah beberapa minit suasana hanya sunyi.
"Sampai raya," balas Andri.
"Seriuslah? Habistu kerja korang?"
"Biar jelah. Nanti kitorang balik sana, baru uruskan," balas Andi pula.
"Okay. Mimpi apa pulak tiba-tiba nak puasa dan raya kat sini?" soal Danny lagi.
"Bukan kitorang. Tapi tu, queen kat belakang tu. Entah apa specialnya Malaysia, sibuk sangat nak puasa kat sini. Sama je kot puasa kat France dengan kat Malaysia. Puasa jugak," bebel Andri.
Nasya hanya memekakkan telinganya. Daripada di dalam kapal terbang sehingga di dalam kereta, Andri tidak berhenti membebel. Pandangan dihala ke luar tingkap. Memandang kesibukan di luar.
"Kenapa nak puasa kat Malaysia Sya?" Danny terus mengajukan soalan kepada Nasya.
"Saja." Ringkas jawapan daripada Nasya.
"Saja otak you lah. Tahu tak kitorang banyak kerja kat France? Tiba-tiba you ajak balik Malaysia sebab nak puasa. What the fish bro? Buang masa tahu tak." Andri membentak secara tiba-tiba.
"Eh, diamlah awak. Membebel je. Tak penat ke mulut tu?"
"Tak. I tak puas hati dengan you. 14 jam di dalam kapal terbang. Kalau kat France, 14 jam tu I dah boleh buat macam-macam," omel Andri lagi.
"Apa yang kau buat kat France dengan 14 jam tu?" Andi mencelah setelah agak lama menjadi pemerhati.
"Buat bodoh," balas Andri selamba.
"Kau tak buat pun, dah memang bodoh," ujar Danny mendatar.
"Betul tu, betul. Kebodohan dia memang tak boleh lindung." Nasya pula mencelah.
"Hahaha!" Danny dan Andi ketawa serentak.
"Merde!" hambur Andri, perlahan.
Nasya pula hanya tersenyum. Jahat pula kalau dia hendak mentertawakan Andri. Kan?
Beberapa saat selepas itu, barulah tawa Andi dan Danny berhenti.
"Dah habis ketawa?" soal Andri, dingin.
"Belum. Kejap lagi kitorang sambung," balas Andi.
"Kalau rasa nak mati cepat, ketawalah lagi."
"Okay, okay. Releks bro." Andi cuba mengusap bahu Andri.
"Tak payahlah sentuh aku. Gelilah!" bentak Andri. Tangan abangnya ditepis kasar.
"Wow, garang," ejek Andi.
"Kau jangan nak jadi anjing kat sini."
"Hahaha!" Andi masih ketawa terbahak-bahak.
Danny sudah menggeleng kepala. Matanya masih fokus pada jalan raya. "Dahlah, serious talk. Sya, apa tujuan you ajak diorang balik Malaysia?"
"Apa? Sebab nak puasalah," balas Nasya.
"Tu je?"
Nasya mengeluh pendek. "Sebab saya nak diorang rasa cabaran puasa kat Malaysia," ujarnya.
"Cabaran? Sama je kot. Malaysia dan France. Namapun puasa, tujuannya tetap tahan lapar. Apa yang mencabar sangat?" soal Andri. Bersama wajah angkuhnya.
"Eh, awak jangan cakap besar. Saya cabar awak. Kalau awak boleh puasa penuh sepanjang kita kat Malaysia ni, saya belikan awak kereta baru," ujar Nasya.
Andri menjongket keningnya. "Really?"
"Ya. Ada berani?" Nasya mencabar. Bibirnya tersenyum jahat.
"Okay. Let see. Jangan menyesal pulak," ujar Andri. Penuh keyakinan.
"Okay. Kita tengok siapa yang menang. Kalau awak kalah, awak kena belanja saya sebuah banglo. Deal?"
"Deal."
"Okay. Saya harap awak menang. Puasa kat France pun dah terhegeh, apalagi puasa kat Malaysia. Hahaha!"
Mata Andri mengecil memandang ke arah kakak iparnya. "Jangan pandang rendah pada I."
Nasya hanya tersenyum jahat. "We will see," ujarnya.
"Kalau dia menang, sayang nak beli kereta pakai duit siapa?" soal Andi. Wajah Nasya dipandang.
"Pakai duit awaklah. Hahaha!"
Mengecil mata Andi memandang isterinya itu. Pipi Nasya dicubit kasar. "Nakal!"
"Alah, awakkan kaya. Apa ada hal? Kan? Saya jamin, Andri akan kalah."
"Are you sure?"
"Yes. 100 percent," ujar Nasya penuh yakin.
"Fuh, bini kau ni memang cari nahas dengan aku. Kalau aku menang, aku nak Lamborghini satu. Jangan menyesal."
"Okay. Kalau awak kalah, banglo satu biji. Okay?"
"Okay. Deal."
"Good. Can't wait for it. Kita akan dapat rumah baru awak!"
Andi menggeleng kepalanya berkali-kali. Perjanjian tak masuk akal langsung. Dapat isteri yang sekepala dengan adiknya. Sabar jelah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro