Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

KECEWA Diandra. Diandra perlukan pekerjaan demi menampung hidup. Siapa yang bagi Diandra makan minum kalau bukan diri sendiri? Yalah, Diandra kan anak yatim piatu.

Sambil berjalan, minda Diandra ligat memikirkan kata-kata Encik Kamal tadi. Kampung sangat ke aku? Mak cik sangat ke aku? Diandra pandang pekerja-pekerja di situ. Hurmmm, memang bergaya. Rata-rata memakai blazer, kot, blaus yang cantik bergaya, skirt, kemeja, seluar slack. Berjenama. Kalau ada berbaju kurung pun daripada material yang mahal dan rekaan agak moden. Mengikut bentuk badan. Tak sepertinya, dah ini aje baju yang Diandra ada.

Diandra menunggu lif. Tiba-tiba saja sepasang suami isteri berada di sebelahnya. Muka langsung tak manis. Bergaduh kut?

"Sampai hati you cancel holiday kita. You memang asyik fikir pasal kerja, kerja, kerja! Patutlah seronok sangat kerja kat ofis, rupanya ramai perempuan cantik." Si isteri terus menengking suami. Suara macam halilintar. Tak peduli langsung orang kiri kanan.

Suami pun membalas geram.

"I datang buat kerjalah. I tak fikir pun nak ada betina lain. Dalam fikiran I ni, cuma fikir nak cari duit, nak bagi you senang aje. You kan tahu kerja kat sini macam mana? Tak pernah habis-habis!"

"Argh, itu semua alasan. You asyik bagi alasan busy busy, I dah bosan tau. Kawan-kawan I seronok aje suami dia bawa jalan sana sini. Tapi dengan you, apa yang I dapat? I dapat muka letih aje hari-hari! Kalau macam ni, baik bercerai lagi baik!"

Aduh, lambat pula lif ni. Tak fasal-fasal Diandra termasuk dalam masalah rumah tangga orang. Diorang ni tak nampak Diandra ke?

"You ni, mulut jaga sikit. Jangan disebut tentang cerai tu. Bergegar tiang arasy bila isteri minta cerai. Tujuan you kahwin untuk apa? Nak ke neraka ke?" balas si suami pula. Mereka buat Diandra macam orang tak wujud.

"Selagi you jadi suami I, syurga I memang dah tak adalah!"

Mujurlah lif terbuka. Cepat-cepat Diandra masuk. Tapi yang tak syoknya, mereka masuk sekali. Argh, drama lagi di depan mata.

"You jangan nak biadab!" Si suami dah naik angin.

"Memang, you suami tak guna!" Tercabar punya pasal, lelaki itu angkat tangan.

Diandra apa lagi, menjeritlah.

"Hei, apa ni gaduh laki bini dalam lif? Kau orang ingat lif ni kau orang yang punya ke? Tak malu kat saya ke? Gaduh macam budak-budak. Muka tua!" Dengan berani Diandra sound direct macam tu. Lantaklah. Takkan nak biarkan keganasan rumah tangga berlaku di depan matanya?

Kedua-duanya terbeliak melihat Diandra. Mungkin hairan kenapa Diandra wujud. Diandra tekan lif ground floor.

Perempuan tu memandang Diandra tajam

"Hei, ni siapa? Skandal you?" soal si perempuan. Lah, dituduhnya Diandra macam tu pula. Lelaki itu gelak sinis dengan muka bengangnya.

"Tengok perempuan ni adik, macam mana abang tak naik angin? Ada saja benda dia nak buat modal bergaduh. Adik yang tak ada kena-mengena pun dia kaitkan sekali. Pening kepala abang dengan perempuan ni!" Lelaki itu bercakap dengan Diandra pula. Hah sudah, termasuk terus Diandra dalam urusan rumah tangga orang.

"Memanglah, you tu bukan boleh percaya sangat. Asyik sibuk-sibuk, entah-entah sibuk dengan betina lain."

"Habis tu, you tu, I percaya sangat? Asyik minta cerai aje, entah-entah dah ada jantan lain menunggu."

"You cakap baik-baik sikit, ya?" Dihala jari telunjuk ke muka suaminya.

Diandra menyeringai tawar.

"Errr, abang, kakak. Sabar. Jangan macam ni. Kalau nak gaduh balik kat rumahlah. Malulah orang tengok..." Diandra cuba tenangkan kedua-duanya.

"Masalahnya dik, kat rumah pun kami gaduh. Dia ni suka panjangkan masalah. Sanggup tu datang sini nak bergaduh lagi. Entah apalah dalam kepala otak dia ni..."

"Nak tau apa dalam kepala otak I? I nak cerai!"

Diandra mengucap panjang.

"Tengok adik. Yang berdosa tu juga dia nak buat. Bosanlah abang!" Dua-dua dah saling membelakangkan. Berpeluk tubuh.

"Kak, abang, saya ni orang luar. Memang tak ada hak nak masuk campur urusan peribadi akak dan abang. Saya sendiri pun tak tau apa punca masalah abang dan kakak. Cuma, fikirkan sejenak. Kakak dan abang buat keputusan nak berkahwin dulu atas dasar apa? Cinta, kan? Dah tak cinta ke sampai nak berpisah? Kalau cinta dah hilang, cuba cari perasaan sayang. Sayang tu mesti ada. Jika tiada sayang, cuba bertahan kerana amanah. Amanah dari Allah itu adalah pasangan kita." Panjang lebar ceramah Diandra.

Diandra lihat pasangan itu masih membelakangkan tapi mereka mendengar kata-katanya. Diandra sambung lagi.

"Esok selepas mati, akan ditanya kita. Sejauhmana kita menjaga amanah yang Allah beri. Baik isteri pada suami atau suami pada isteri. Kedua-duanya akan ditanya. Kalau abang dan kakak mati kejap lagi macam mana?"

"Cinta sejati ini akan didatangkan ujian yang hebat. Begitulah juga cinta abang dan kakak. Nak bahagia dalam rumah tangga ni mudah aje. Pandang kelebihan pasangan daripada kekurangan. Adakah dengan bercerai, kita akan bahagia? Kita pasti ke selepas bercerai kehidupan kita lebih baik?"

Diandra jadi pakar motivasi pula dah. Jangan motibasi sudah. Diandra yang belum kahwin dan belum ada pakwe pun pandai nasihatkan orang. Hah, jenuh.

Dari membelakangkan, mereka saling menghadap. Yang si isteri mulut dah bergetar sebak. Yang suami cuma pandang saja isterinya seolah-olah berharap isterinya akan sedar.

"I... I... I ni isteri yang teruk ke?" Isterinya bertanya dalam nada getar.

"Teruk. Tapi sesuailah untuk suami yang teruk macam I ni." Lelaki itu angkat bahu. Isterinya menangis.

"Tak. I isteri yang teruk. Tapi you bersabar aje dengan I. Mujurlah you tak ikut kehendak I. Kalau tak, mana I nak cari suami yang baik macam you? I rasa you dah tak sayang I lagi bila you abaikan I dan lebih pentingkan kerja dari I." Isterinya itu terus memeluk suaminya.

Lega Diandra lif terbuka.

"I pun salah, sayang. Terlalu pentingkan kerja sampai I lupa, you lebih penting dari kerja yang tak pernah habis ni. I minta maaf, sayang."

Mereka saling bermaafan. Diandra lihat mereka dah berdamai dan tak peduli Diandra lagi.

Sempat lagi mata Diandra melilau mencari Malique. Kut-kutlah dia tiba-tiba datang cari Diandra. Hiksss, perasan. Dia tak ada pun. Diandra pandang dirinya di cermin. Hurm, selekehnya. Memang macam mak cik-mak cik. Macam gini rupa kau nak dia cari kau? Hentikanlah berangan.

SEBAIK saja lif terbuka, Malique hairan melihat kakak dan abangnya berpelukan di ground floor.

"Kak, abang... Amboi, nak bercinta balik rumahlah.Ni office!" Malique bukannya tak tahu, suami isteri ni kalau kena hari baik, memang baik. Datang saja ribut taufan, habis semua tunggang terbalik.

Irdina dan Harris tersedar. Harris gelakkan dirinya sendiri. Irdina pula tersipu malu.

"Malique bukan tak tau, kami ni banyak perang berbanding berbaik. Bila dah berbaik, masa ni abang nak peluk kakak Malique pun tak kira tempat!" Harris berseloroh mengundang tamparan perlahan di bahunya oleh Irdina

"Abang ni, suka tau sakat Dina!" Pasangan itu ketawa bahagia.

"Eloklah berdamai. Tadi kat atas bukan main lagi, riuh-rendah sangat. Akak ni pun matanglah sikit. Kesian abang. Abang ni fikir kerja aje 24 jam, mana ada masa nak skandal. Akak ni perangai sama aje dengan mama..." Malique menasihati Irdina.

"Okey, akak minta maaf. Akak tahu akak salah. Ni Abang Harris pun dah maafkan akak. Akak janji tak buat lagi. Tapi Malique, tolonglah bagi abang cuti. Kami dah lama tak pergi holiday. Kesian akak tau..."

"Yalah, bagi settle dulu masalah kat ofis. Lepas tu, abang boleh cuti. Kalau Malique seorang, tak terpikul."

"Kita settlekan hal Mika dulu. Abang tak ada masalah dah dengan akak. Akak dah boleh faham abang. Mujurlah ada perempuan nasihatkan kami tadi. Tapi entah ke mana pergi, tak sempat nak ucap terima kasih kat dia..." Harris tercari-cari kelibat gadis tadi.

"Oh, dengar juga nasihat. Sebelum ni puas Malique tegur akak! Degil!"

Irdina muncungkan mulut. Dikutuk adik sendiri pula. Tapi memang betul pun.

"Perempuan tu tadi pandai bagi teguran sampai tersentuh hati kami. Buat kami sedar silap kami..." Irdina bercerita.

"Ya ke? Siapa dia?"

"Entahlah, abang tak pernah tengok pula kat sini. Nak kata pekerja papa, tak mungkin kut. Sebab dia pakai selekeh sikit. Agaknya cleaner kut?" maklum Harris.

"Dia pakai macam mana?"

"Baju kurung Polkadot, besar gedabak. Orangnya kurus aje. Kelakar..." Irdina sempat mengutuk sambil gelak.

Malique terkedu. Jangan-jangan perempuan tadi.

"Errr, mana perempuan tu?"

"Entah, tadi ada sini..."

Tanpa menunggu lagi, Malique terus pergi mencari. Mungkin dia masih belum jauh. Entah magnet apa yang menarik Malique untuk mendapatkan perempuan itu.

SAMBIL menunggu bas Rapid KL, Diandra membelek jam di tangan. Hurmmm, dah pukul 12.00 tengah hari. Patutlah perutnya dah pedih. Diandra keluarkan roti ikan bilis dari begnya. Telanlah yang ini dulu. Duit yang ada kena berjimat. Tiba-tiba ada kereta Audi R8 berhenti di hadapannya. Eh, ni kan tempat menunggu bas. Kang bas tiba, macam mana? Hesy, naik kereta mewah tapi minda kelas ketiga.

Diandra tertunggu juga punca kereta ini berhenti di depannya. Tiba-tiba saja pintu kereta tersebut terbuka. Keluar tangan dari kereta tersebut melambai-lambai. Nak berkenalan ke sampai melambai-lambai? Tapi lain macam saja lambaian tu. Diandra jenguk kepalanya. Amati pemilik tangan tersebut. Apasal dahinya berkerut seolah-olah menahan sakit? Tangan kirinya memegang dada?

Diandra terus menghampiri dengan cemas. Seorang lelaki yang berpangkat ayah, umur dalam lingkungan 50-an sedang menahan peritnya sakit.

"Ya Allah, pak cik. Kenapa ni?" Diandra cuba memerhati keadaannya dengan panik. Dia memegang dada seolah-olah sakitnya dari situ.

"Pak... pak... pak cik sakit..."

"Sa... sa... sakit kat mana pak cik?"

"U... ubat... ubat..." Dia hanya menunjukkan sesuatu yang terletak di belakang. Diandra hala pandangan dengan pantas. Ada beg kecil di situ. Agaknya ubatnya di situ. Diandra terus mengambil beg dan tercari-cari. Jumpa.

"Pak cik, ni ke ubatnya?" Dia yang masih menahan sakit mengangguk. Diandra terus mengambil ubat tersebut lalu disuap ke mulut pak cik tersebut. Kemudian Diandra ternampak ada air mineral, terus dihulur kepada pak cik tersebut.

Pak cik tersebut nampak sedikit lega. Nafasnya agak terkawal. Dia mengusap dadanya. Tapi dia nampak masih lemah.

Tiba-tiba bunyi hon yang kuat. Bas ada di belakang kereta. Agaknya nak berhenti mengambil penumpang.

"Pak cik, bas kat belakang..." Diandra panik.

"Nak, pakcik tak larat. Anak bawa kereta ni, ya?"

"Tapi saya tak biasa kereta macam ni..."

"Mari, pak cik tunjukkan. Tak susah mana pun..." Dalam lemah dia cuba berkomunikasi dengan Diandra. Diandra akur. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro