Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

Selesai membersihkan diri, Malique turun ke bawah menuju ke dapur. Dahaga. Namun dia terdengar mamanya bercakap dengan seseorang melalui telefon.

"Tak ada? So, kemungkinan anak Hassan tu mati? Confirm ke? Memang dibunuh?"

"Sampai sekarang aku tak tau budak tu hidup atau mati. No, no, aku tak akan percaya selagi tak ada bukti. Aku nak kau cari dia sampai jumpa. Faham?"

Datin Mona matikan talian. Sebaik saja berpaling ke belakang, dia terkejut melihat Malique ada di situ.

"Malique?" Jangan-jangan Malique dengar semua. Datin Mona berlagak biasa.

"Malique dengar mama sebut pasal anak Hassan.Diandra ke?"

Datin Mona tertangkap.

"Errr, tak. Bukan! Malique salah dengar." Sedikit hilang arah Datin Mona.

"Kenapa mama nak cari Diandra juga? Papa dan Malique yang tengah cari Diandra sekarang, kan. Yang mama sibuk kenapa? Dengan siapa mama berurusan tadi?" Datin Mona sedikit kalut.

"Errr, itu orang upahan mama. Mama cuma nak tahu aje, Diandra tu masih hidup ke..."

"Atau mati? Mama nak pastikan dia mati? Jangan-jangan mama nak bunuh dia!" Wajah Datin Mona sedikit pucat. Sahlah Malique mendengar segala perbualannya tadi.

"Malique, mama..." Datin Mona mati kutu nak menerangkan.

"Selama ni mama selalu tanya Malique kan, kenapa Malique selalu dingin dengan mama? Sekarang mama dah tahu kan sebab apa. Sebab Malique dah lama tahu perbuatan mama! Mama tak payah nak sembunyikan apa-apa dari Malique! Malique tahu, mamalah punca Diandra hilang selama ni!" Tegas nada suara Malique.

Mata merah Malique membuktikan betapa deritanya memikul dosa seorang mama yang dia terpaksa simpan dan pendam.

"Malique, mama... mama cuma..."

"Cuma apa?"

"Mama bukan nak bunuh dia, cuma mama nak jauhkan dia dari kita semua. Mama cuma tak setuju papa dan Malique cari budak tu! Kalau jumpa dia, Malique nak kita hilang segalanya?" Datin Mona cuba melawan tegas anaknya.

"Habis tu, mama nak bunuh dia? Biar dia mati macam arwah papa dan mama dia? Kalau dia mati memang segalanya akan jadi milik kita, tapi sampai bila ma? Kita pun akan mati. Apa kita nak jawab depan Allah nanti? Ma tak takut azab kubur?"

Datin Mona menelan air liur. Ketegasan Malique buat dia mati kata.

"Bukan, maksud mama kalau nak tebus dosa pun, banyak cara lain lagi, kan? Tak pasal-pasal dosa tak tertebus, bala yang dapat nanti!"

"Lambat laun, dia akan tahu juga mama hal sebenar. Sampai bila kita simpan semua ni? Kalau bala yang datang itu semua kifarah dosa. Tak payah mama nak takut dengan bayang-bayang sendiri. Lebih baik mama takut dengan dosa-dosa mama yang lalu. Please la mama, mama dah tua. Berubahlah, mama. Yang sudah tu, sudahlah. Jangan ulang lagi." Malique memang jarang bercakap dengan mamanya. Tapi sekali bicara, pedih hati orang tua ini.

"Ini semua sebab papa, kan? Mama yakin, kalau bukan kerana papa, Malique tak akan cari Diandra tu selama ni. Ini semua kerja bodoh. Malique akan menyesal!"

"Papa tengah sakit, mama. Malique nak tunaikan kehendak papa. Malique tak nak papa berterusan menanggung rasa berdosa. Kemaafan Diandra adalah ketenangan papa."

"Orang sakit memanglah macam tu. Ala, sakit papa pun sikit aje. Lepas operate nanti okeylah. Tak payahlah nak ikutkan sangat..." Datin Mona masih berdegil.

"Mama, mama tengoklah keadaan papa sekarang.Mama tak kasihan kat papa ke? Cuma mama fikir, kalau papa tahu apa yang mama dah buat pada Diandra, papa mesti kecewa dengan mama!"

Pucat muka Datin Mona. Dia cuba mengawal perasaan gabranya.

"Malique nak ugut mama?"

"Malique tak ugut tapi Malique nak sedarkan mama..."

"Dalam hidup mama ni, mama tak lepas fikirkan kebaikan anak-anak dan suami. Apa mama buat, semua untuk kau orang. Untuk kali ni, tolong dengar pendapat mama, jangan cari budak tu..."

"No, mama. Malique tak sanggup lihat papa menanggung dosa sampai akhir hayat dia. Malique bersyukur sangat papa dah berubah. Malique harap mama pun akan berubah."

"Malique nak bagi amaran kat mama, berhenti cari Diandra. Serahkan hal ni pada Malique. Mama tak perlu masuk campur atas apa alasan sekalipun! Kalau apa-apa terjadi pada Diandra, mama orang pertama yang Malique akan cari."

Malique berlalu pergi meninggalkan Datin Mona yang resah. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro