Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

SAMPAI saja rumah Si Eina, dia punya semangat dah tunggu Diandra di depan pagar. Sengih sampai telinga.

"Weh Eina... Assalamualaikum..." Diandra baru saja nak depakan tangan memeluk Eina tetapi ditahan oleh Eina.

"Sat, aku nak pastikan hang ni hantu ka orang. Sebab hang dah lama hilang. Aku ingat hang dah mati. Jadi aku nak pastikan dulu..." Eina membelakangkan Diandra, membuka kaki dan menurunkan kepala menjenguk Diandra dari bawah.

"Hah? Hantu ka orang?" tanya Diandra.

"Macam tak ada bezanya hang dengan hantu!" Eina gelak mengekek sambil kembali ke posisi normal. Tanpa berlengah, dia memeluk bahu Diandra mesra.

"Kurang ajaq mulut hang ni. Ni hang tunggu aku depan pagaq nak buat apa? Kata meluat. Podahhh!"

"Choi, aku tunggu sebab nak hambat hang balik. Shushhh! Shushhh!"

"Hang ingat aku anak ayam nak hambat lagu tu? Huh, aku tak kira, aku nak masuk juga. Dari jauh aku mai tau!"

"Dah agak, hang ni memang muka tak tau malu. Jomlah masuk. Dah maghrib ni. Sat gi kawan hang datang join kita pula..."

Hairan Diandra. Kawan yang mana?

"Sapa dia?"

"Hantulah..."

"Jebon tanah sungguh hang ni..."

Mereka sama-sama tergelak. Macam itulah mereka kalau sudah berjumpa.

USAI solat maghrib bersama, Eina membancuh air teh dan menghidang biskut kering untuk Diandra. Diandra pula dok ralit menonton berita.

"Hah, apa mimpi hang mai rumah aku? Punyalah lama hang menghilang..." Eina angkat kening. Nak jawapan daripada Diandra

"Kepala otak hang. Minggu lepas aku baru mai, kan? Hilang celah mana? Hang tu yang gedik, baru berapa hari tak jumpa dah rindu. Eee... Geli!" Diandra menggeliat, angkat bahu.

"Ya ka?"

"Yalah."

"Selalunya hang muncul hujung minggu. Ni baru hari Isnin. Dahlah mai dekat nak malam. Mesti ada yang tak kena, kan?"

Diandra berdesit. Nak cerita ka tidak ya?

"Ada orang ikut akulah. Aku tak tahu apa niat dia. Tapi aku takut orang tu apa-apakan aku."

Eina terkejut.

"Lah, orang bodoh mana yang ikut hang ni? Awat jadi lagu tu? Ikut hang dapat apa? Hang tu bukannya ada duit pun. Muka pun muka pecah!"

"Itulah pasal. Pelik aku. Masa aku sampai rumah, orang tu dok tunggu depan pagaq rumah aku. Hang tau dak..."

Berkerut dahi Eina memikirkan masalah Diandra.

"Hesy, bahaya ni. Kena report polis. Tak boleh jadi."

Diandra menghirup air teh yang dah suam.

"Tulah, kalau dia ikut lagi memang aku report polis."

Jari Eina diletakkan di atas bibirnya lalu diketuk-ketuk.

"Lelaki atau perempuan?"

"Lelaki..."

"Sah, memang sah!"

"Apa yang sah?"

"Dia jatuh cinta dengan hang..."

Diandra tepuk dahi. Itu pula yang rakannya fikir.

"Gila hang dia nak jatuh cinta dengan aku!"

"Sungguh. Tak lojiklah muka macam ni laku sampai orang nak kejaq hang sampai ke rumah. Aku syak mesti orang gila, kan?" Eina meneka lagi.

Orang gila? Kalau Eina ni melihat Malique, Diandra yakin Eina ternganga tak percaya. Handsome gila siot.

"Macam ni, tadi aku curi dengaq, orang tu cakap dengan seseorang, yang dia dah jumpa aku dan akan uruskan aku malam ni. Maksudnya apa?"

Eina meletakkan tangannya ke mulut yang kian ternganga. Agaknya terkejut sendiri.

"Weh, ni dialog yang pembunuh selalu guna dalam drama atau filem. Ya Allah, takutnya weh. Dah tu hang buat apa lepas dengaq?" Over benar gaya Eina sampai menggigit jari.

"Buat apa, cabutlah tadi."

"Hesy, risaunya aku. Weh, hang duduk dengan akulah. Senang. Esok lusa bila free kita pi ambil kain baju hang. Tak payah dok sorang-sorang. Hang nak pakai baju aku dulu ka, spenda aku ka, bra aku ka, hang pakailah yang mana pun. Cuma aku besaq sikitlah," Baik kan Eina ni. Sampai semua nak dikongsi.

"Terima kasih, Eina. Hanglah kawan aku dunia akhirat..." Tapi saiz Eina ni XL. Mahunya gelanduh.

"Sama-sama. Tapi duit sewa, tetap kena bagi. Kawan-kawan juga nah..."

"Hesy, hang ni... Aku baru nak ambil kesempatan. Ingatkan hang ni baik hati sangat. Taklah tera mana pun. Huh!" Diandra jeling Eina.

"Huh, hang tu bukan boleh bagi muka sangat. Nanti pijak kepala! Dah, makan biskut kering ni. Sesuai untuk hang yang kurus kering!" Eina hulurkan pinggan berisi biskut.

"Dah nampak aku kering, pi jamu biskut kering. Weh, nasi goreng tak dak ka?" Diandra buat muka kasihan.

"Amboi, demand pula hang ni. Mai rumah orang tak malu nak mintak-mintak..." Diandra muncung. Buat-buat sedih.

"Tu... Ada bawah tudung saji. Aku taulah hang tu, kalau mai rumah aku makan lebih pada bela saka." Eina selamba kenakan Diandra. Diandra tersenyum gembira.

"Sayang kat hang!" Cup, Diandra cium pipi Eina.

"Weh, gelilah mangkuk ayun oiii!"

Diandra terus lari ke meja makan. Lapar gila. Dahlah si Eina ni pandai masak. Sedap air tangan Eina. Dia makan dengan berselera sekali.

"Hang dah dapat kerja ka?" soal Eina kepada Diandra yang terdampar kekenyangan macam dugong betina. Mereka sambung berbual.

"Belum lagi. Tapi esok aku nak minta kerja sebagai pembantu cef."

"Pembantu cef? Setahu aku hang reti masak air dengan Maggi ja. Tu pun kuah Maggi tu datangnya dari air yang hang masak tadi."

"Aku tahu masaklah."

"Macam mana aku boleh tak tau?"

"Sebab air tangan aku ni eksklusif..."

"Eksklusiflah sangat. Hang ni, benda ni janganlah buat gurau. Seeloknya hang cari kerja yang hang reti, yang hang ada kemahiran!"

"Dah tu, kerja lain aku minta semua kena reject. Kebetulan tadi aku terbaca iklan jawatan ni. Aku nak rembat semua peluang yang ada. Mana tau ada rezeki?"

"Ikut hanglah. Jangan esok meletop dapur restoran tu, sudah."

"Isy, meletop panggil ajelah abang bomba I love you!" Diandra sudah bertekad.

Eina membentangkan Toto di hadapan TV. Selalunya kalau Diandra datang rumah dia, di sinilah tempat mereka tidur.

"Weh, hang tak mau jenguk Rumah Titian Kasih ka? Dah lama kita tak balik, kan?" Teringat pula kenangan ketika mereka sama-sama membesar di Rumah Titian Kasih. Hubungan rapat mereka tetap kukuh hingga sekarang.

"Kalau boleh aku nak balik dengan kejayaan. Aku nak bonda bangga dengan aku."

"Sampai bila?"

"Aku tengah usahalah ni. Hang lagilah, dah dapat kerja..." Diandra bangga Eina dah berjaya menjadi seorang guru tadika. Diandra yang ada segulung ijazah ni masih meraba-raba mencari pekerjaan.

"Aku nak kita balik sama-sama."

"Yalah, hang doakanlah aku lekas dapat kerja."

"Amin. Aku doakan esok hang cepat dapat kerja, ya?" 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro