Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15 | Pulang (The End)

"Yaya sayang..." Berlagu Firas memanggil Sofia... teman sekelasnya.

"Ish! Tak payahlah panggil macam tu! Geli, tahu tak?" marah Sofia.

"Elehhh... orang main-main pun marah." Firas tarik muka, bosan.

"Ya! Dann panggil Ya... dia cakap, apa entah pasal persembahan Persatuan Silat." Bella yang baru masuk ke kelas, memanggil adiknya... yang kini sama umur dengan dirinya sendiri.

Siapa je sangka... Sofia yang sebelum ini merupakan seorang budak pendiam di sekolah... tetapi kini menjadi seorang gadis yang aktif dan periang kembali.

"Alaa... Ya dah cakap dekat Dann... Ya tak nak join persembahan silat tuu. Penatlah nak kena hafal step tuu semua." Tapi sebenarnya, bukanlah penat sangat. Cuma... malas je.

Melihatkan aksi Sofia yang 'hebat' berlawan di Wild Beast dahulu, membuatkan Dann berasa bahawa Sofia mensia-siakan bakat seni pertahankan diri yang dimilikinya.

"Akak tak tahu... nanti Ya cakap sendiri dekat Dann." Bella kemudian keluar semula dari kelas.

"Orang dah bagitahu dia banyak kali dah haritu..." Sofia mengumam dengan bibir dijuih ke depan. Stress!

Minggu ini... ialah minggu terakhir sesi persekolahan. Para pelajar sibuk... ke sana ke sini... bermain... berlatih persembahan, juga menolong cikgu menyediakan persiapan majlis. Mana tahu... ini tahun terakhir mereka bersekolah di sekolah yang sama... kan?

"Ya!" Lutfi pula melaung memanggil.

Sofia lipat maut memandang ke arah sumber suara. Terlihat si Lutfi sedang memegang dan menghalakan kamera digital miliknya ke hadapan. Dia sedang berdiri di muka pintu kelas.

"Aku tengah rakam video ni. Kau ada nak buat ucapan tak? Untuk cikgu and semua budak Form 3..." terang Lutfi.

"Ohh... okey, okey. Assalamualaikum semua. Saya Sofia az-Zahra... saya nak ucapkan ribuan, jutaan terima kasih kepada seeeemua cikgu, yang saban hari... berpenat-lelah mengajar kami para pelajar. Untuk kawan-kawan pula..."

"Saya nasihatkan, hentikan usaha korang yang mana yang nak mengorat Sofia tuu. Sofia, in shaa Allah... bakal bini saya..." Firas menyampuk.

"Iyaz!" jerit Sofia. Budak seorang ni! Tak tahu malu betul.

"Eyh orang tua... sedar diri sikit. Kau tuu... tua 10 tahun dari Sofia kay. Dia... aku yang punya." Rizk yang baru tiba ke kelas mereka... turut menyampuk sama. Sempat dia mendengar kata-kata Firas tadi. Rasa tercabar pula aku!

"Dasar anak muda tak tahu malu! Jangan durhaka kamu!" marah Firas.

Ya Allah... diorang buat dah drama kanak-kanak tadika diorang ni! Sofia menghampiri Lutfi. Rizk dan Firas yang sedang berdrama, diabaikan.

"Lutfi... ulang rakam lagi sekali ucapan aku... boleh?" soal Sofia. Dia tersenyum baik.

"Memang tak laa!" Lutfi tersengih besar. Ini kalau tayang dekat dewan utama nanti, confirm video aku hit! Cinta tiga segi!

"Lutfi! Kejamkan kau! Cakap nak kahwin dengan Kak Bella. Kang aku tak restu kau, baru padan muka!" ugut Sofia.

"Eyh adik manis... yang aku nak kahwin tuu... dengan kakak kau... bukan kau. Restu kau... celah gigi aku je... tahu?" bidas Lutfi.

"Derhaka kau ni kan!" Sofia menendang kaki Lutfi. Taagune punya manusia!

Sofia berlalu keluar dari kelas. Pergi tolong cikgu hias Dewan Lily lagi berfaedah dari layan diorang semua ni!

Dua hari lagi... majlis perpisahan akan diadakan di dewan tersebut.

"Aku... tak sangka..."

"Tak sangka apa? Kita jadi macam cerita Avengers?" Lutfi memintas kata-kata Rizk.

Mereka berlapan tersenyum. Sofia, Diana, Rizk, Dann... Bella, Suri, Firas, Lutfi...

"Aku rasa semua yang kita alami dulu... semua macam mimpi. Macam fantasi... bukan realiti." Rizk menyambung kata-katanya tadi. "15 hari je kami dekat tempat tuu... tak sangka, sebenarnya dah 6 bulan masa dekat dunia sebenar berlalu..."

"Yang lagi tak sangka... masuk je sekolah... terus kena buat ujian lisan der! Aku tak boleh brain!" Kata-kata Dann membuatkan rakan-rakannya ikut tertawa.

"Eyh... itu okey lagi. Aku ni... masuk je sekolah... terus jadi kawan kelas kakak aku sendiri, apa cerita?" Sofia menyoal.

"Cerita Avengers guys... cerita Avengers..." Lutfi mencelah lagi. Masih tak boleh move on dari siri Avengers yang ditontonnya.

"Banyaklah kau punya Avengers... yang Avenger tuu, 'dia'... bukan kita. Kita ni, kun fayakun... jadi maka jadi..." Giliran Firas pula bersuara.

Mereka terdiam, menyetujui kata-kata Firas. Namun, hal itu buatkan mereka teringat akan 'makhluk' yang 'mengurung' mereka di dunia lain dahulu... demi membalas dendamnya.

Keluar sahaja mereka semua dari dunia sana... Cikgu Zack telah dibawa ke muka pengadilan atas tuduhan menculik seorang perempuan, 11 tahun lalu. Arissabella Sofea, teman wanitanya... yang ketika itu sedang mengandungkan anak Cikgu Zack sendiri.

Keadilan untuk keluarga Cikgu Aulia yang dirogol dan dibunuh oleh Cikgu Zack sewaktu mereka terkurung di dalam Wild Beast juga, berjaya dicapai. Mayat Cikgu Aulia dijumpai di tengah-tengah kawasan tapak kem Gunung Lagenda.

Pihak polis menjumpai mayatnya ketika menjalankan misi pencarian Sofia, Dann, Rizk dan Diana yang hilang. Mayat Cikgu Aulia masih elok keadaannya waktu ditemukan. Berdasarkan hasil bedah siasat dan beberapa sample yang diambil dari mayat, menunjukkan mangsa dirogol terlebih dahulu sebelum meninggal.

"Aku tak sangka, cikgu yang selama ni aku anggap macam tulang belakang aku... tempat aku bergantung harap... dia sebenarnya yang jadi punca atas apa yang kita hadapi..." Suri luahkan rasa kecewanya. Dah lah aku siap crush lagi dekat dia!

"Tapi... semua yang berlaku atas izin Dia. Kalau Dia tak izinkan... semua tuu takkan terjadi dekat kita. Yang penting... kita kena bersyukur... dan sentiasa husnuzon dengan qada' dan qadar Allah. Pasti ada rahsia yang tersembunyi... dan pengajaran yang kita boleh ambil dari semua... yang dah berlaku ni." Firas seperti biasa, menjalankan tugasnya sebagai seorang khalifah.

"Iyaz... ingat tak... masa yang mula-mula kita jumpa dulu? Iyaz tahu nama kitorang berempat. Dah tuu, Iyaz siap tahu... apart from my baju memancing of course... Iyaz tahu yang Rizk pemain bola... Princess Diana... Dann budak kuat memandangkan dia pemain silat. Macam mana Iyaz tahu benda tuu semua?" Sofia menyoal, ingin tahu.

Wajah mereka bertujuh dipenuhi kerut. Di saat itu, baru mereka perasan tentang hal tersebut. Ha'ahh lah! Sesi perkenalkan diri kan... tak buat pun lagi waktu tuu!

Firas tersenyum segaris. "Sebenarnya, setiap bulan, kitaran hidup dekat 'Wild Beast', iaitu setiap malam yang ke-30... Iyaz akan dapat satu mimpi."

Mimpi?

"Iyaz nampak... ada 2 orang budak perempuan... 2 orang budak lelaki. Mula-mula tuu, Iyaz perasan and kenal Ya seorang je. Tapi, dalam mimpi tuu, Iyaz dengar korang panggil nama masing-masing. Ada Ya and Diana, Rizk and Dann."

"Setiap malam ke-30, Iyaz akan mimpi korang berempat. Yang peliknya... setiap kali mimpi tuu, korang nampak macam... dah besar dibandingkan dengan mimpi yang sebelumnya. Macam, mimpi tuu actually tunjuk korang... membesar dari satu tahun, ke tahun yang seterusnya. Dari umur korang 5 tahun, sampailah korang umur 15 tahun..."

"Mimpi last... which is malam sebelum korang jejak Wild Beast... Iyaz mimpi... nampak korang berempat datang ke tapak kem Gunung Lagenda. So... Iyaz dah boleh agak... korang akan datang dekat kitorang..."

Jatuh rahang yang mendengar. "Dan kau tak pernah cerita dekat aku? Pasal adik aku sendiri?" jerit Bella, marah.

"Kau nak aku cakap apa? Weyh Bella... aku nampak adik kau dah besar weyh! Dari budak-budak, sampai dah jadi anak dara. Kau agak-agak, kau lempang aku ke tak... kalau aku bagitahu kau macam tu? Agak-agak... kau akan fikir aku obsess dengan adik 'kecil' kau ke... tak?" Firas menyoal panjang.

Dann kemudian menguap tiba-tiba. Bukan main-main yang pastinya. Itu... menguap betul-betul.

"Yaa ampun... Dann! Menguap tutup mulutlah! Tak senonoh betul!" marah Diana. Sungguh, dia tak mampu melihat mana-mana manusia membuka 'gua' besar, tanpa penutupnya.

"Apabila seseorang dari kalian menguap, letakkanlah tangan kalian pada mulut dan tutuplah ia... kerana syaitan akan masuk bersamaan dengan orang yang tidak menutup mulutnya ketika menguap. Hadis riwayat... Muslim." Rizk berkata panjang.

Mereka semua tersenyum.

"Tapi Firas... apesal semua yang special-special je... semua kau yang dapat? Mimpilah... nampak binatang kuno macam makhluk haluslah... semuanya kau. Apesal? Apa istimewanya kau?" Lutfi menyoal dengan riak muka ingin tahu.

"Kun fayakun Fi... kun fayakun... aku takde special apa pun. Dia je yang nak pinjamkan aku sikit kelebihan tuu untuk seketika." Firas memberitahu apa yang diketahui, apa yang dipercayainya. Alhamdulillah, keluar je dari tempat tuu, aku dah tak nampak makhluk halus bagai.

Sofia tersenyum sejenak. Dalam 15 tahun aku jalani hari jadi aku, tahun ni, aku dapat hadiah terbaik... yang pernah aku dapat. Aku dapat kakak aku kembali... alhamdulillah...

"Korang!" Terdengar laungan seorang budak lelaki. Addy si jurugambar sekolah... "Aku nak ambil gambar ni. Posing..." arah Addy.

Persoalan mereka mengenai Wild Beast dan Ancient Beast, ditolak ke tepi.

Mereka berlapan betulkan kedudukan. Ada yang menayang wajah bajet macho... ada yang bajet-bajet gambar candid.

'Klik'

Terima kasih Ya Allah atas setiap nafas yang dihela...

Terima kasih atas setiap pengalaman yang membantu proses dewasa...

Terima kasih atas setiap peluang yang diberi buat betulkan kesilapan kesalahan...

Terima kasih... atas segala kasih dan sayang... yang telah Kau limpahkan.

Sebagai penutup al-kisah... bersama-samalah kita ucapkan...

"Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah..."

TAMAT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro