12 | Sang Raja Gorilla
Keesokan harinya, mereka berlapan berkumpul di dalam bilik perbincangan. Cikgu Zack tak dapat meneruskan perbincangan bersama. Dia berasa tidak sedap badan hari ini.
"Tapi kan... persoalannya sekarang... kenapa kau je yang nampak binatang tu macam makhluk halus?" Sofia menyoal, dengan kedutan di dahinya.
"Manalah aku tahu." Ringkas Firas menjawab. "Ya... apa kata kau cuba panggil aku... Abang Firas... Abang Iyaz ke..?" Firas meminta, bersama senyum nipis.
Sofia kerut dahi. Eyh, tiba-tiba pula dia? Memanglah kau hensem... memanglah aku suka kau... tapi... "Tak nak lah aku. Nanti aku panggil kau abang, dengan-dengan Lutfi sekali suruh aku panggil dia abang, stress-lah aku." Tolak Sofia.
"Eyh, kejap. Korang nak bercintan-cintun, ngorat-mengorat, tunggu lepas kita berjaya keluar eyh. Sekarang, kita tengah serius bincangkan tentang cara nak keluar dari sini." Lutfi menyampuk.
"Korang..." Dann tiba-tiba bersuara. "Korang rasa, kalau kita berjaya keluar dari sini... kita jadi macam cerita Avengers ke, cerita Jumanji?" Dann menyoal.
Yelah... kalau jadi macam cerita Jumanji, kembali ke masa masing-masing sebelum masuk ke dunia asing macam ini. So, umur berterusan macam biasa.
Tapi, kalau macam cerita Avengers, hendaknya kitorang keluar dari sini, then aku tengok adik aku lagi tua dari aku... tak ke naya dibuatnya? Walaupun awet muda... weyh... tak sanggup nak tengok adik aku besar dari aku derr...
Bella, Lutfi, Firas dan Suri, kerutkan dahi mereka. Avengers? Pembalas dendam? Istilah apa tuu?
"Kejap... Avengers? Hamenda tuu? Jumanji... movie yang ada binatang tu, kan? Yang game papan tu?" Lutfi menyampuk lagi.
Sofia, Rizk, Dann dan Diana saling bertukar pandang.
"Jumanji... game papan?" Rizk menyoal dengan kerut di wajahnya. Dia kemudian tersenyum. Lutfi maksudkan movie Jumanji lama tahun 90'an tu rasanya...
"Apasal korang berempat sengih macam kerang busuk ni?" Suri pula menyoal, pelik.
"Korang... korang tengok tak cerita Incredible Hulk, Iron Man? Tak silap aku, cerita tuu tayang sebelum tahun 2010. Korang hilang dalam tahun 2010, kan?" Rizk menyoal.
"Iron Man? Favourite aku tu!" pantas Lutfi menjawab.
"Weyh! Dia tengok Iron Man, tapi tak tengok sekuel Avengers weyh! Apa citer ni? Sadis gila!" Dann berkata sambil tersengih lebar. Sengaja dia nak permainkan Lutfi.
"Err... dah lah kau. Sekarang, kita tak payah bincang pasal movie. Jom kita bincang... cemana caranya, kita nak keluar dari sini." Lutfi menyambung. Aku nak tengok Avengers! Iron Man dah ada sekuel rupanya!
"Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fillardhi wala fissama-i, wahuwassami’ul ‘alim..." Firas mengetuai bacaan doa pelindung diri. Mereka baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh berjemaah.
"Aameen, aameen... ya rabbal 'aalameen..." Seluruh pelajar dan Cikgu Zack mengaminkan bacaan doa tersebut.
Hari ini, adalah hari ke-10 Sofia dan kawan-kawannya tinggal di istana lama. Bermaksud, ini juga ialah hari ke-10 dalam kitaran hidupan 'Wild Beast'.
Tetapi, sejak berlakunya perubahan perlakuan binatang di situ, malam tadi, iaitu malam ke-9... ada dua orang pelajar yang cedera parah diserang Sang Gorilla Gergasi Kuno.
Padahal sebelumnya, tak pernah lagi mana-mana haiwan menyerang seganas ini pada hari biasa. Hanya pada hari ke-15 setiap bulan, haiwan-haiwan di situ akan menggila.
"Assalamualaikum, semua..." Lutfi, sang ketua pelajar memberi salam.
"Waalaikumsalam..."
"Hari ini... saya, dan beberapa orang pelajar lain... kami dah bersetuju... kami akan ke kawasan selatan hutan. Kami akan cuba, untuk tumpaskan Gorilla Kuno yang ada di sana." Lutfi berbicara dengan jelas.
"Jadi... kalau ada antara kamu, yang... nak pergi bersama-sama kami, adalah amat dialu-alukan. Ini mungkin... cara... untuk kita bebaskan diri kita, dari sini." Dia menelan liur, perit. Ya Allah... bergetar jiwa aku... lemah lutut aku Ya Allah... sungguh, aku tak kuat.
"Yang ringan sama dijinjit, yang berat sama dipikul. Saya percaya... kalau kita semua bekerjasama, berusaha sama-sama... in shaa Allah... akan ada hasilnya. Tapi... macam yang kita tahu, manusia hanya mampu merancang. Allah yang akan tentukan setiap satu hal, setiap satu perkara."
"Bersurainya kita dari ruangan solat ini, kami akan ke sana."
"Sofia! Lari!" Rizk melaung.
Sofia telah bersetuju untuk menjadi umpan dalam usaha menangkap dan menghapuskan Gorilla Kuno memandangkan dia seorang pelari yang pantas. Dia kini sedang berlari, ingin menyelamatkan dirinya.
Dalam masa yang sama, kawan-kawannya yang lain berusaha untuk menjatuhkan Raja Gorilla.
Tiga ekor gorilla yang dilihat Sofia dahulu, telahpun menjadi makanan buat Sang Garuda, mungkin? Berdasarkan kesan cakaran di badan mayat gorilla bertiga yang dilihat mereka.
Sangat aneh! Sebelum ini, haiwan di situ tak pernah lagi masuk ke wilayah haiwan lainnya!
Namun, Sang Raja Gorilla tidaklah mudah untuk ditumpaskan. Walaupun Sofia telah berusaha dan berjaya menatap mata Gorilla itu, namun ia tetap tidak membuahkan sebarang hasil. Malahan, gorilla itu menjadi semakin ganas.
Bella, Suri, dan Diana telah mengikat seurat akar pokok di sebatang pokok kelapa. Dann, Rizk, Lutfi dan Firas sudahpun bersedia untuk menarik akar pokok itu, bagi menjatuhkan si gorilla.
"Sekarang!" Rizk melaung apabila gorilla sudah benar hampir dengan tali. Tali ditarik pantas. Walaupun badan mereka berempat ikut terkehadapan dan terjatuh, namun... alhamdulillah, usaha mereka... berjaya. Gorilla berjaya dijatuhkan.
Mereka semua bergegas melayangkan 3 lembar jala besar yang diperolehi dari gudang istana. Gorilla terperangkap di dalamnya.
Rizk membaling lantas menendang sebuah bungkusan ke dalam mulut si gorilla waktu ianya meraung kuat. Gol! Practice, make perfect!
Bungkusan tersebut mengandungi campuran tumbuhan passionflower dan valerian. Tumbuhan tersebut mampu bertindak sebagai sedatif.
Sang gorilla mulai lali.
Melihat haiwan itu mulai terlelap, pantas mereka mengambil peluang yang ada. Tangan dan kaki gorilla diikat menggunakan akar pokok. Hujung sana tali pula diikat pada batang pokok.
Selesai mereka berlapan mengikat kaki dan tangan sang gorilla, mereka berkumpul semula.
"Aku tak rasa sebab aku pandang mata dia laa... singa yang dulu tuu... jadi abu." Sofia memulakan bicara.
"Dah tuu, tak kan kita nak belah sekarang? Penat-penat kita jatuhkan binatang ni." Dann bercakap. Nada suaranya kedengaran agak kasar. Dah lah aku stress dengan budak-budak lain tadi, tak habis lagi ni! Tak ada satu pun dari diorang yang sanggup ikut kitorang datang sini! Aku dah lah takut binatang weyh! Aku takut!
"Idea? Sesiapa?" pinta Suri.
Belum sempat sesiapa menyuarakan cadangan, dengusan dari sang gorilla mencuri perhatian.
Ya Allah! Dia dah sedar! Cepat gila! Mata Sofia mencerun memandang Rizk. Ubat pelali hasil cadangan dari Rizk tak berapa menjadi nampaknya.
Gorilla mula merentap tali akar pokok yang diikat pada tangan kirinya. Tercabut pokok kelapa yang terikat pada tali itu. Jala yang menyelubung badan haiwan itu juga direntap menggunakan sebelah tangannya sahaja. Terkoyak rabak jala tersebut.
"Korang... jangan bergerak... tundukkan pandangan korang... sekarang..." Rizk memberi arahan. Perlahan sahaja nada suaranya.
"Rizk... kau gila k..."
"Shushhh..." Rizk memotong percakapan Dann. Ini... memang benda paling berani mati aku pernah buat! Tapi... dulu aku ada baca artikel, ada seorang penyelidik ni bagitahu... kalau berdepan dengan ketua gorilla yang juga dipanggil sebagai 'silverback', jangan pandang mata dia! Kalau tak... nanti dia akan ingat kita nak cabar kedudukan dia. So, tundukkan pandangan... be humble!
Mereka semua menundukkan pandangan masing-masing, termasuk Dann. Mata semuanya terpejam rapat.
Ya Allah... lindungilah kami Ya Allah... hanya Engkau Ya Allah, Ya Waliy Ya Muhaimin... yang Maha Memerintah dan Maha Memelihara... hanya kepada Kau kami memohon perlindungan.
Sofia, Diana, Bella dan Suri... masing-masing sudah menitis air mata. Takut. Mereka menggenggam tangan antara satu sama lain.
Firas, Lutfi, Rizk dan Dann cuba cekalkan hati mereka.
Lama mata mereka terpejam. Rizk merasakan sesuatu tiba-tiba menyelinap masuk ke dalam genggaman tangannya. Digenggam lagi tangan... terasa sesuatu yang bulat.
Rizk beranikan dirinya membuka sebelah mata. Tiada lagi tubuh Sang Raja Gorilla Kuno yang terlihat. Genggaman tangan dibuka dan dipandang. Ada butang berwarna hitam di atas tapak tangannya. Dia mengukir senyum. Alhamdulillah! Terima kasih Ya Allah!
"Guys! Alhamdulillah, berjaya." Dia mempamerkan bulatan hitam tersebut.
Tiga orang lelaki tersenyum lega. Manakala empat orang perempuan mula menangis sepuas hati mereka tanpa mampu ditahan lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro