Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11 | Makhluk Halus

"Akak!" Sofia berlari mendapatkan Bella. Tercungap-cungap dia bernafas, menahan penat. "Ikut Yaya, sekarang..." Dia memberi arahan.

Bella yang sedang berbincang dengan Lutfi, Suri dan Firas, segera bangun lantas mengejar Sofia yang berlari.

Tadinya, mereka berbincang tentang perubahan perlakuan semua haiwan kuno yang ada di hutan itu. 2 3 hari ini, haiwan tersebut seolah-olah telah mengubah corak jadual harian mereka.

Sofia, Bella dan kawan-kawannya tiba di bilik loteng, tingkat 3 istana. Bilik ini dikatakan adalah sumber suara azan yang tak diketahui, siapakah muadzin-nya. Dann, Diana dan Rizk sudahpun berada di dalam bilik itu.

Sofia menapak, ke tengah-tengah bilik. Ada semacam dekorasi. Ianya seakan-akan sebuah tugu separas pinggang Sofia sahaja. Di tengah-tengah tugu itu ada sebuah mentol yang sudah tidak berfungsi... tak pernah mengeluarkan sebarang cahaya.

Bella dan rakan-rakannya berdiri berdekatan Sofia.

"Akak tengok ni..." Sofia kemudian mengeluarkan butang berwarna merah, yang dia perolehi setelah menghapuskan Singa Gergasi Kuno dahulu.

Dia memasukkan butang itu, ke dalam salah satu ukiran bulatan yang terukir pada bahagian atas tugu tersebut.

Kedalaman ukiran cuma lebih kurang 0.5cm sahaja, manakala ketebalan butang singanya lebih kurang 1cm.

Tiang dan mentol di kawasan tengah tugu... mulai bercahaya. Namun, hanya suku (¼) bahagian sahaja yang bercahaya... kemerahan. Terkedu Bella dan rakan-rakannya.

Dann, Rizk dan Diana sudahpun menyaksikan hal yang sama awal tadi. Jadi, mereka sudah tidak terkejut, namun masih sahaja berasa teruja.

Sofia telah mengajak kawannya yang bertiga itu untuk naik ke loteng tingkat 3 awal tadi. Ini kerana, dia merasakan sesuatu yang 'lain' sewaktu kali pertama datang melawat bilik itu bersama Bella dahulu.

Di saat pandangan Sofia melihat tugu tersebut, sesuatu di dalam poket seluarnya dirasakan bergetar. Dia bagai mendapat suatu firasat, lalu butang itu dimasukkan ke dalam ukiran di atas tugu tersebut. Ternyata, ianya menghasilkan cahaya.

"Akak tengok eyh... tugu ni, ada ukiran bulatan, dekat setiap penjurunya. Empat... buah... ukiran bulatan." Sofia ingin memulakan 'teori' pemerhatiannya.

"Kalau tengok betul-betul, dekat dalam setiap bulatan ni... ada satu titik yang berwarna. Bulatan atas kanan tuu sebenarnya, ada titik warna merah dekat bawah butang..." Sofia maksudkan bulatan yang telah diisi dengan butang merah singanya itu.

"Bulatan kanan bawah, ada titik hitam. Bawah kiri ada titik warna biru kehijauan, dan atas kiri ada warna kuning keemasan."

"Tapi, kalau kita bergerak, dan menghadap tugu ni dari arah lain..." Sofia melangkah ke sebelah kanan, dua langkah. Tugu itu kini dilihat dari sudut pandangan berbeza. Butang singa merah... kini berada di sebelah kanannya.

"Butang merah sekarang berada di arah timur," sambung Sofia. "Automatik, sekarang titik kuning ialah utara... dan... warna titik ni, sebenarnya tally dengan warna haiwan yang ada dekat sini..."

Bella, Firas dan lain-lainnya mulai hadam apa yang cuba disampaikan oleh Sofia.

Kalau dilihat sekarang, bulatan utara yang mempunyai titik kuning keemasan, ialah kawasan Garuda Gergasi Kuno.

Sebelah selatan, kawasan Gorilla Gergasi pula bertitik warna hitam.

Manakala sebelah barat, iaitu wilayah Naga Gergasi Kuno bertanda warna biru kehijauan. Semuanya, nampak logik.

"Jadi... kalau kita berjaya dapatkan butang macam butang merah singa kau... kita boleh keluar dari sini?" Firas menyoal.

"Mungkin..."

"Tapi guys... yang lagi pelik ialah... cuba korang pegang butang tu..." Rizk tiba-tiba memberi arahan.

Bella menghulur tangannya, ingin mengambil butang tersebut.

Berkerut dahi Bella dan kawan-kawannya. Butang itu tak mampu dipegang, seolah-olah ianya tidak berfizikal.

"Fia..." Panggil Rizk, dia memberi arahan supaya Sofia mengambil kembali butang itu.

Sofia menghulurkan tangannya, ingin mengambil butang tersebut. Namun, butang itu terlebih dahulu terbang dan melayang ke dalam genggaman tangan Sofia. Seolah-olah tangan Sofia ialah magnet yang menarik besi.

Bella, Lutfi, Firas dan Suri terkedu lagi sekali melihatkan kejadian itu.

"Macam mana sebenarnya cara kamu dapatkan butang tu?" Cikgu Zack menyoal. Ahli utama kumpulan Bella dan Sofia dipanggil oleh Cikgu Zack. Mereka bersembilan orang sedang membincangkan teori Sofia mengenai hal 'butang' dan 'haiwan'.

"Saya pun... tak pasti cikgu. Yang saya ingat, saya cuma pandang tepat ke dalam matanya. Bila dah lama-lama tuu, dia macam pejam mata, dan tundukkan kepala. Lepas tuu, terus je jadi abu..." Sofia memberitahu.

"Kau... kau nampak singa tuu... dalam rupa bentuk apa?" soal Firas tiba-tiba.

"Aku... nampak... singa, lah. Kenapa? Orang lain nampak macam mana?" soal Sofia, teragak-agak. Apesal soalan Firas ni, lain macam je?

"Aku... sengaja tak bagitahu benda ni, dari dulu. Sebab, aku tak nak kecoh. Tapi, memandangkan benda tuu, ternyata boleh dihapuskan... so..." Firas kelihatan agak gusar.

"Aku sebenarnya... dari awal, bila malam je... aku akan nampak... semua binatang tu macam... makhluk halus. Yang singa, bila malam aku akan nampak macam tanglung si bebola api. Gorilla pula, aku akan nampak macam sang kelembai. Garuda, nampak macam penanggal. Naga... aku nampak macam langsuir."

Kesemua mereka bagai jatuh rahang mendengar cerita dari Firas. Mata semuanya membuntang.

"Kau... betul-betul... maksudkan ke, cerita kau ni?" Sofia menyoal Firas, tak percaya.

"Betullah... aku tak main-main ni," tegas Firas.

"Apesal kau tak bagitahu kitorang dari awal?" soal Bella, tak puas hati.

"Well... antara garuda dengan penanggal, mana satu kau lagi takut?" Firas menyoal, dingin.

Kesemua pelajar di situ terdiam.

Garuda... penanggal... "Dua-dua takut..." Diana menjawab, tak bersemangat. Mukanya mulai masam. Aku... nak balik...

"Firas... kamu serius ke ni?" soal Cikgu Zack, masih belum boleh percayai kata-kata pelajarnya itu. Hendaknya budak ni cuma nak main-mainkan pelajar lain, tak pasal je, dengan-dengan aku sekali yang takut nanti.

"Saya... serius ni cikgu." Muka Firas kelihatan agak tertekan. Aku cerita benda betul ni, boleh pula diorang tak percaya?

Sepi menghuni bilik perbincangan, lama.

Azan Maghrib berkumandang. Cikgu Zack memutuskan agar perbincangan mereka ditunda dan bersurai.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro