AMNESIA 9
Ketika rudy sedang berfikir tiba tiba, "eh... awak dengar tak suara tu?... misha sedang menyanyi dalam bilik tidurnya lah...", kata hadi sambil menggoncangkan bahu rudy. Rudy mendengar suara gadis itu.
"...terkadang aku jatuh dan menangis...
terkadang aku rebah tak daya berdiri...
ku gentas bunga di perantauan...
Membalut calar luka hati...
melindungku dari resah yang menghujan..."
kedengaran gadis itu menyanyi lagu 'pawana' dari ziana zain dengan suara yang sangat merdu sekali. terpaku rudy dan hadi ketika mendengar suaranya. "hm...sungguh merdu suaranya, kan?... sebijik macam suara amanda imran, penyanyi yang pernah menyertai akademi fantasi 2 tahun yang lalu...", kata hadi. mereka berdua berpandangan seketika. "jadi memang betul lah dia amanda imran?...", rudy bersuara antara sedar dengan tidak sedar. "yalah... memang betul dia amanda imran yang hilang tu", balas hadi dengan yakin. "jadi apa yang kita harus lakukan? takkan kita biarkan saja pengurus amanda itu mencari dia macam itu saja sedangkan dia ada di sini dengan kita..."kata hadi semula.
"kita harus rahsiakan perkara ni dulu... tolong jangan bagi tahu sesiapa pun tentang perkara ini, termasuk kawan kawan awak yang lain tu. anyway, awak dah lupa ke? ingatannya masih belum pulih lagilah... kalau ingatannya sudah pulih barulah kita menghubungi pengurus peribadinya itu... kalau awak bagi tahu pengurus peribadinya itu sekarang pun tak guna sebab dia tidak ingat apa apa lagi... so, saya nak awak berjanji pada saya supaya merahsiakan perkara ini dulu, ok", balas rudy. "ok... saya berjanji akan merahsiakannya...", kata hadi perlahan lahan. rudy tersenyum lega apabila dia mendengar jawapan dari mulut rakannya itu.
*** *** ***
keesokan harinya awal pagi lagi rudy sudah keluar dari rumah sewanya itu. sampai di bandar dia terus membeli semua majalah yang ada cerita tentang amanda imran. tak cukup dengan itu dia membeli CD terbaru penyanyi muda tersebut. selepas membelinya dia kembali semula ke rumah sewanya. "Awak tak pergi kuliah ke hari ni, rudy?", soal mak timah sebaik saja dia melihat rudy melangkah masuk ke dalam rumah itu. "tak... mak cik dah lupa ke? Hari ni kan hari ahad...", jawap rudy. "oh... ye ke?... mak cik terlupa pula. urm... mak cik nak pergi ke pasar ni... nak beli sayur sekejap...", kata mak timah.
"baiklah mak cik... baik baik jalan, ya...", kata rudy perlahan lahan. mak timah menganggukkan kepalanya lalu beredar dari situ. ketika rudy berdiri di situ tiba tiba, "selamat pagi rudy...", kata satu suara. kelihatan gadis yang di namakannya misha itu sedang berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. "selamat pagi... urm... mari sini... cuba awak perhatikan majalah hiburan ni... wajah awak serupa dengan wajah penyanyi top tanahair ini, bukan?", kata rudy pada gadis itu. Si gadis misha pun terus mengambil majalah hiburan dari tangan rudy. dia lihat gambar di dalam majalah tersebut. dia merasa sungguh terkejut. "Yelah... wajahnya memang serupa dengan wajah saya...", kata si gadis sambil memegang majalah itu dengan kedua belah tangannya. "cuba awak baca setiap berita tentang amanda imran tu... semua majalah ni saya yang beli. saya nak awak cuba ingat kembali siapa diri awak yang sebenarnya...", kata rudy pantas. dia memasang CD terbaru amanda imran di dalam mini compo panasonic miliknya. Si gadis duduk di kerusi sofa sambil mendengar lagu tersebut. dia cuba untuk mengingati semula sejarah hidupnya yang lalu. kepalanya tiba tiba terasa sakit pula. Tidak tahu kenapa.
setiap kali dia berusaha untuk mengingati siapa dirinya sudah pasti kepalanya akan terasa sakit. ini membuatkannya merasa geram pada dirinya sendiri. "arrrghhh... saya tak dapat ingat satu apa pun...", bentaknya dengan suara yang geram. dia mula menangis sedih. "eh... kenapa awak menangis pula?", soal rudy kehairanan. dia duduk di sebelah gadis itu.
"maafkan saya rudy... saya tak dapat ingat siapa diri saya yang sebenarnya... saya tak tahu sampai bila saya akan jadi macam ni...", tutur si gadis dengan sedih. "janganlah bersedih, misha... saya yakin ingatan awak pasti akan pulih semula... cuma awak perlukan masa untuk pulih sepenuhnya...", kata rudy dengan lembut. Gadis tersebut diam seketika. dia mengesat airmatanya. "kenapa awak begitu baik terhadap saya, rudy? kenapa awak beriya iya sangat nak tolong saya sedangkan awak tak kenal siapa saya yang sebenarnya", kata gadis itu sambil merenung wajah pemuda tersebut. "sebab saya rasa kita sebagai manusia harus saling tolong menolong di antara satu dengan yang lain...", jawap rudy. "betul kah begitu?", soal si gadis lagi. "ya... saya ikhlas menolong awak... kenapa awak tanya soalan macam tu pula?", soal rudy.
"saja nak tanya... anyway, saya bersyukur pada ilahi kerana dia mempertemukan saya pada seorang pemuda yang baik hati seperti awak ni... nasib baik awak sudi menolong saya di saat saya di dalam kesusahan... terima kasih rudy", tutur si gadis dengan lembut. "sama sama... hanya satu perkara saja yang saya minta dari awak...", kata rudy. dia memegang kedua belah tangan gadis itu. Gadis tersebut membiarkan rudy memegang erat tangannya. dadanya berdebar sakan. "urm... apa dia?", soal si gadis. "jika ingatan awak sudah pulih di suatu hari nanti, tolong jangan lupakan saya, ya?", tutur rudy dengan penuh harapan. "baiklah... saya berjanji takkan lupakan awak...", kata si gadis. rudy mencium jari jemari gadis tersebut. tiba tiba, "fullamak!... betapa romantiknya korang berdua ni... macam romeo dan juliet pula", kedengaran satu suara menegur mereka. kelihatan hadi sedang berdiri memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. rudy segera melepaskan tangan si gadis. mereka saling berpandangan sambil tersenyum malu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro