Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

not

NOTE : IMEJ KAT ATAS TU MIN YEONGSU, DOKTOR YANG RAWAT TAEHYUNG DENGAN YOONGI

3 rd

Kini Encik Kim, Yoongi, Jimin dan Jungkook berada dalam bilik Yoongi. Untuk dapatkan status tentang keadaaan Taehyung.

" Yoongi hyung, cepatlah! " Jungkook mendesak tanda tak sabar.

Dari tadi Yoongi hanya senyum dan tidak menjawab persoalan mereka.

Tok tok tok!

Mereka berpaling ke belakang,

Yeongsu, doktor yang merawat Taehyung tadi.

Kepalanya terjengul di muka pintu. Dia masuk lalu menutup pintu bilik Yoongi.

Tanpa ragu - ragu, Yeongsu melabuhkan duduk disebelah Yoongi. Telefon dikeluarkan dari poket kot putih.

" Maaf lambat, Encik Kim. Saya ada urusan tadi. " Dia senyum pada Encik Kim dihadapan.

" Ah, takpa. Macam mana Taehyung? "

Yeongsu jeling Yoongi disebelah, kemudian memandang ke arah Encik Kim semula.

" Eh, Yoong tak cakap? "

" Takdepun. Senyap adalah. " Encik Kim pandang Yoongi.

Tapi Yoongi buat perangai selamba badak je.

" Haihh" Yeongsu mengeluh. Dia nii, aku suruh cakap dia bisu memanjang.

" Takpalah, biarkan dia. " Yeongsu mengubah fokus.

Jari lincah bermain - main di skrin telefon. Dia membetulkan duduknya.

" Encik Kim, " pandangannya dihala ke arah Encik Kim " Taehyung ni, saya boleh katakan diantara kes yang rare jugaklah. "

" Encik pun tahu yang dia terpaksa menjalani rawatan buat kali kedua. Untuk yang pertama, maafkan saya diatas kesilapan saya sendiri. Saya ingatkan yang dia dah mati, sebab denyutan jantung dia berhenti serta merta. "

Sambungnya lagi,

" Tapi ternyata dia memang seorang yang kuat, dan saya pasti ini merupakan salah satu daripada anugerah Tuhan. Dia hidup semula. Jarang orang yang bunuh diri dengan cara macam ni hidup balik. "

Yoongi siku lengan Yeongsu.

Yang lain dah pelik tengok Yoongi dengan Yeongsu.

Yoongi tarik kerusi yang Yeongsu duduk, dekat sikit dengan dia. Tangan diletak di bahu kanan Yeongsu.

" Kau cakap formal apesal? Bukannya Uncle Kim ni mertua kau pun. "

Muka Yeongsu berkerut seribu.

" Tak, kau ni dah kenapa ha? Apa kaitan mertua dalam hal ni? "

Terbeliak mata Yoongi.

'' Kau jangan weh, aku taknak kau sesat.''

Muka Yeongsu berkerut seribu, tak berapa nak faham dengan ayat si kawan. Apehal dia ni?

Wait- OMG

" Menda siak aku tak gay lah gila. " sembur Yeongsu. Besar kecik besar kecik je dia pandang Yoongi disebelah.

" Eheheheh explain ah " terkekek Yoongi ketawa.

Dia jelling Yoongi tajam.

Macam tak ada apa apa effect,

" Rawr "

" Dah pahal hyung ni." Jungkook mendecit.

" Sorry Encik Kim, kena hadap budak sengal kat sebelah, " Yeongsu menunduk hormat ke arah Encik Kim.

" It's okay, doktor. Teruskan je."

" Baik, pasal Taehyung ni " matanya dialihkan menatap Encik Kim. " Saya sebenarnya terkejut, sebab dia ambil alternative dengan gantung diri daripada nak hadap masalah. Sebelum tu saya nak tanya, Encik tahu yang dia ada sebarang masalah? Yang mungkin melibatkan life dia? "

Suasana senyap buat seketika. Jimin dan Jungkook yang berada di belakang hanya diam, tidak ingin menyampuk perbualan yang sensitive ini.

Yeongsu yang sedar dengan suasana janggal itu meneruskan perbualannya. 'Biarlah. Mungkin hal ni sensitive untuk Encik Kim' hatinya terdetik.

" Okay. Berdasarkan data saya, Taehyung mula tak sedarkan diri mungkin dalam 7 minit 45 saat sebelum diorang jumpa dia, which is 15 saat. Saya tak nafikan yang kesakitan dia alami di bahagian leher pasti luar biasa."

" Sebab kesan jerutan leher dia agak kuat. Sepatutnya mangsa akan meninggal dunia dalam 20 hingga 25 minit. Tapi disebabkan ikatan dia tak berapa kuat, jadi dia masih ada harapan. Malangnya, saya dapati yang dia menghidap amnesia, iaitu hilang ingatan buat sementara waktu ni "

Peluh sejuk terasa mengalir di tubuh Encik Kim. Masih lagi tidak percaya dengan kenyataan yang terpaksa dihadapi.

" Agak - agak tempoh dia hilang ingatan tu lama ke, doktor? "

" Saya tak pasti, sebab dia first patient saya untuk kes berat macam ni. Berdasarkan pengalaman saya, ia ambil masa beberapa bulan jugaklah. "

" Pendapat saya, Encik tak boleh terlalu memaksa dia. Mungkin dia alami mental breakdown, atau dalam bahasa mudahnya tekanan perasaan. "

" Tapi doktor, sebelum ni dia tak pernah macam ni doktor. Apa yang menyebabkan dia berperangai macam ni, Yoongi? Apa dah jadi? "

Encik Kim berpaling ke arah Yoongi, nak dapatkan kepastian. Siapa tak terkejut, bila dapat berita anak dia sendiri gantung diri sebab stress.

Masa mula - mula dapat tahu, bukan main terkejut lagi Encik Kim. Perasaannya bercampur baur. Sedih, geram, kecewa, semuanya terkumpul dalam satu.

" Pasal tu, Encik perlu tanya kawan -kawan serumah dialah. Saya tak nak timbulkan apa- apa fitnah yang tak berkait pulak nanti. Pesanan mesra sekali lagi, jangan bagi tekanan pada dia. Bagi dia masa untuk relaks, untuk ingat sendiri memori yang lepas."

" Encik jangan risau sangat, saya yakin yang dia mampu untuk ingat balik semuanya dan perangai dia pasti lebih baik dari yang sebelum ni. Ini semua berdasarkan pengalaman saya dengan patient - patient saya sebelum ni.

Mengakhiri penerangannya, Yeongsu menguntumkan senyuman.

" Kamsahamida, doktor. Sebab dah selamatkan nyawa dia. Saya tak sangka langsung yang dia sanggup buat benda macamni. "

Encik Kim menundukkan badannya 45 darjah, betul - betul terharu dengan tindakan Yeongsu.

" Nae, sama - sama Encik Kim. Tapi semua ni takkan berjaya kalau Yoongi tak serang saya tadi. "

" Huh? " Encik Kim tak faham dengan kata - kata Yeongsu yang tak berapa jelas.

Deraian ketawa Yoongi memecahkan kesunyian.

" Boleh Encik ikut saya keluar untuk berbincang? "

Yeongsu bangun dari duduknya, mengajak Encik Kim berbual di luar. Mungkin untuk mendapatkan privasi.

Dia menunduk seketika, berbisik di telinga Yoongi

" Cepatlah. "

Yoongi menyilangkan tangannya, " Aku tahulah "

Belakang badan Yoongi ditepuk perlahan.

" Macam tulah. " Yeongsu tersenyum kecil.

Yeongsu mengatur langkah kearah pintu. Dia memberi laluan kepada Encik Kim untuk keluar dulu. Sesudah itu, pintu ditutup rapat.

" Apa? "

Pandangan tajam Jimin dan Jungkook scary kalau tengok dari jarak dekat.

Last - last, Jungkook buka mulut. " Kau biar betul, hyung? Kau sure yang hidup tu Taehyung? "

" Takkan lah dia boleh hidup balik dengan kesan jerutan yang teruk namati macam tu? "

" Dia akan ingat aku ke? "

" Mana logik! "

" Alaaa, nanti takdelah orang yang kemas bilik aku."

" Kalau dia jadi macam- "

" Woowoo sabar guys. " kedua belah tangan diangkat.

Sementara dengar dua ekor tu membebel, jari Yoongi menari - nari di keyboard laptopnya. " Sini." laptop dipusing menghadap mereka.

Segala maklumat yang terpapar di skrin laptop itu berjaya membuatkan mulut mereka terkunci rapat. Tubuh mereka mula menggigil, menggeletar ketakutan.

" K-kau biar betul weh. "

" Mana kau dapat semua ni? "

" Korang tengoklah sendiri. " lidah ditolak ke pipi, puas. " Nampaknya betul apa yang kita fikirkan selama ni. " Kot putih ditanggalkan dari badan lalu disangkut ke kerusi. Terserlah kemeja biru laut yang dipakainya.

Jimin tongkat dagu pandang Yoongi.

" Okaylah. Jadi, bila kita nak bagitahu dia? "

Yoongi terdiam kejap, laptop dipusingkan menghadapnya kembali. Pandangan difokuskan ke arah gajet tu. Sekali lagi, keyboard ditekan - tekan.

" Dalam sebulan lebih dia ingat balik? "

" Tak macam memaksa sangat ke? " Yoongi pandang Jimin, bengang. Soalan dibalas soalan. Memang nak kena ni.

" Kau tak payah nak kesian sangatlah. " Jungkook menyampuk.

" Alah, bagila dia masa. Apa kejam sangat kau ni. "

" Aku yang kejam nilah teman dia kemaskan bilik kau, teman dia kat sekolah masa kau couple ngan Yura dulu. Kau tau apa? "

" Hek eleh. " Jimin pasrah. " Yelah yelah. Asyik aku je yang salah. "

Sementara Jimin dan Jungkook bertekak, Yoongi sibuk mengemaskan barang - barangnya. Barang yang dirasakan perlu dibawa dimasukkan ke dalam mini backpack adidas.

" Dah ah. Jom singgah café. " punat off dtekan pada remote aircond. Hoodie Jimin dan Jungkook ditarik, menyuruh mereka untuk bangun.

" Eh, hyung! "

" Sabarla weh "

"Kalau layan korang, memang tak makanlah aku. " . Lepas pastikan mereka berdua keluar, Yoongi mengunci biliknya dengan gunakan sistem biometrik. Selesai urusan, diorang jalan serentak ke cafeteria.

" Siapa Yeongsu tu, hyung? " tanya Jimin.

" Doktor pakar lah. "

" Eihh hyung ni. " Jimin mencebik. " Jawapan tak boleh kasi bengap lagi ke? "

" Kau tak payah nak bengapkan aku lah. " Yoongi tolak kepala Jimin. " Dia sepupu aku."

" Patut nampak kamceng semacam. " komen Jungkook.

" Pulak? Dah dengan korang ni, tak rapat ke? "

" Takdelah sampai macamtu. " selamba Jungkook menjawab.

Kkuk!

" Hyung! " Jungkook menggosok - gosok kepala yang baru lepas disekeh. Parah bila dapat kawan macam ni.

" Hahahahahaha! Tulah kau. Menjawab lagi. " Jimin melepaskan tawanya.

" Dah aku ada mulut. " Jungkook pout.

Yoongi malas nak layan. Dah biasa.

Jalan punya jalan, sampai jugak depan cafeteria yang terletak berhampiran lobi utama hospital.

" Ha cepatlah pilih nak makan apa. Aku belanja. "

" Yeay! "

" Sayang hyung ketat - ketat ! "

" Geli ngek. "

Korang, sori sangat - sangat sebab update lewat. Pastu yang mana wasap aku tu, memang aku tak balas, an? Sori jugak ❤️️

Thanks kpd yg still baca story ni 💙💜❤️️

Anyway, one chapter to go! Pastu habis 💌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro