Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

i

JJK

Aku froze kejap.

" Wahh. Tak sangka Taehyung yang perangai cam hanat tu boleh sangkut ngan perempuan ni " komen Jin hyung.

" Nak baca terus sampai habis ke? " tanya Namjoon hyung.

" Tak payah lagi la- "

" Aku terkincit!! " berdesup Hoseok hyung lari pergi tandas.

" HAHAHAHAHHA "

" Eii tak senonoh betul dia tu " Namjoon hyung menggelengkan kepalanya. Yoongi hyung pulak baru bangun tidur.


Jin hyung dengan Jimin hyung pulak dah siap guling - guling kat lantai.


Haihh, sengal la diorang ni.

Tanpa mempedulikan dua tenuk tu, Namjoon hyung sambung pembacaanya.

✰✰✰✰✰

15 Okt 2020

Semasa aku, Jungkook dan Jimin dalam perjalanan balik dari sekolah, kami terserempak dengan Haeun yang sedang menyanyi di bawah pokok yang rendang.

Tidak ingin mengganggu, aku terus bercerita mengenai dia kepada Jungkook dan Jimin. Lama jugaklah aku bercakap, tapi diorang layankan sahaja. Member lah katakan.

Tetapi...

Tak pernah langsung terlintas dek akal, mereka menyuruhku untuk move on dan cari perempuan yang lebih baik. Dan bagi aku, Haeun lah perempuan yang baik.

Sekurangnya, hormatilah keputusan aku kalau taknak sokong sekalipun.

Aku down gila masatu. Nasib baiklah ada Yoongi hyung.

Dia memberikan kata - kata semangat buatku. Dia juga menyatakan pendapatnya, bahawa aku tidak boleh berputus asa. Pekakkan sahaja pendengaranku sekiranya aku dilemparkan tuduhan negatif.

Nasihatnya juga,

❝ Suka jangan terlalu suka. Cinta jangan sehingga alpa. Kerana cinta boleh membuatkan manusia alpa. Disaat kau jatuh cinta pada si dia, pasti akan ada kesan yang terselit.

Oleh itu, terimalah keburukan disebalik kebaikannya.

Pelajaran juga penting untuk menjamin masa hadapan. Hubungan dengan tuhan, jangan kau tinggalkan.

Dan ingat, sekiranya cinta kau ditolak, kau masih lagi ada sahabat yang setia bersama kau disaat jatuh bangun kau.❞

Terima kasih, Tuhan. Engkau masih lagi hadirkan sahabat seperti dia dalam hidupku.

Mengenai Jungkook dan Jimin pula, hmm. Takpalah. Mungkin mereka perlukan masa untuk menerima. Aku tak salahkan mereka.

Lagipun akukan ada kau jugak, winter bear?

Kim Taehyung

Asal aku rasa cam cringe gila, Tapi.. Oh wellʕ•ﻌ•ʔ

Vomments ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro