Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

i


JJK

Kotak terakhir yang aku ambil dari bilik Taehyung diangkat. Rasa rindulah pulak nak lepak sekali macam dulu.

Kalau dulu, tiap kali balik pilihan mesti aku, Jimin dengan Taehyung lepak dekat rumah dia. Rumah aku dengan Jimin jauh, jadi kitorang akan stay rumah dia dulu.

Yelah, diakan kaya dengan game PS4. Sampai kitorang lupa nak buat addmath yang entah pape tu. Nak pecah otak aku!

Tapi sejak dia hilang ingatan, dia pun dah tak ingat aku. Kalaulah kitorang halang dia awal - awal, mesti dia tak akan jadi macam ni sekarang.

Dengan berhati - hati, aku letakkan kotak tu atas karpet.

" Uncle Kim, dah settle. "

Lelaki yang merupakan ayah kepada Taehyung mengangguk. Tangannya diangkat, menggamit aku untuk mendekatinya.

Tanpa banyak soal, aku melabuhkan punggung diatas sofa empuk bersebelahan Uncle Kim.

" Kamsahamida Jungkook. Kalau kamu tak ada, dah patah tulang temulang Uncle ni. "

Aku tertawa kecil mendengarkan kata - kata Uncle Kim.

Kitorang kenal Taehyung sejak tadika lagi. Aku pun boleh ingat betapa cengengnya dia dulu. Asyik nak nangis je kerja.

" Benda biasa jelah uncle. Main macam rumah sendiri, kemas pun mestilah macam rumah sendiri. "

" Ha iyalah tu. Siapa nak kemas bilik Taehyung tu? "

Aku berpaling ke belakang.

Eh, Aunty Kim!

" Eheheh " Aku garu kepala yang tak gatal. " Nanti Kook dengan Chim kemas aunty. "

" Cakap jangan tak buat pula. Mentang - mentang Taehyung tengah sakit, seronok korang main tak mintak ye. "

" Aunty! " jerit Jimin dengan highnote dia.

" BHAHAHAHA! " terlepas tawa aku tengok muka Jimin.

Hitam legam. Dia keluar dari dapur dengan bawa sedulang karipap tak jadi. Lain macam je ni. Jari aku gatal nak pegang karipap - karipap tu.

" Eik, lembiknya? Kau buat suhu berapa kat oven tu? "

" 40 darjah celcius. "

" HAHAHAHAHAH" pecah tawa aku dengan Uncle Kim.

" Serius lah? 40? " Aduhh patutlah hangus.

Bukan setakat hangus dah ni. Aku perhati je karipap tu. Ni kalau budak baru nak tumbuh gigi makan, tak sampat setengah hari mesti dah rongak teruk.

" Itulah, aunty dah kata. Kalau tak reti buat, jangan asyik nak tembak je. "

" Eii jahat aa kau Kook! Uncle Kim pun sama. "

Berdekah aku gelak, sampai lap air mata.

" Jap, berapa minit kau buat ni? "

" Entahla, aku ambil masa paling lama. Dekat situ dia tulis 250 kalau tak silap. "

" HAHAHAHAHA! "

" Aku ingatkan kalau makin lama, makin siap masak. Tapi.. "

Karipap tak jadi disentuh jari kecil Jimin.

HANCUR

" Wei aku rasa kalau kau kasi kucing pun pengsan ni haa. Cukup pakej. " ibu jari diangkat depan Jimin.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro