exist
3 rd
Suasana didalam bilik hospital itu tegang dengan pertikaman lidah antara Yoongi dan Jimin. Jungkook berpihak pada Yoongi, jadi dia turutkan saja kata – katanya. Masalah sekarang ialah bila Jimin sengaja nak lengahkan masa.
" Please lah hyung, sekarang bukan masanya untuk dia tahu. Jangan bagi dia fikir banyak - banyak boleh tak? Nanti dia stress. "
Yoongi jelling Jimin tajam dengan pandangan helangnya. Tapi Jimin masih lagi tak mengalah, cari juga alasan supaya Yoongi dengan Jungkook tak jelaskan perkara sebenar.
" Hish, hyung pergilah tolong Yeongsu hyung dekat bilik bedah tu. Better aku slow talk dulu. Kook, kau tak nak balik dulu ke? Mandi, segarkan tu badan dulu. "
Taehyung yang tak tahu apa – apa, sambung menyuap mushroom soup buatan Jin ke dalam mulutnya. Muka Yoongi masa jelling orang, sumpah scary. Jadi dia tak nak campur hal diorang.
" Heh. Kalau aku tunggu kau, sampai aku nikah pun kau tak cakap. Lembab. "
" Hyung – "
Belum sempat Jimin mahu memujuk, Yoongi menarik lengan Jimin kasar.
" Baik aku cakap terus terang, kan senang. Kau ni melambatkan aku jelah. Keluar. " ujar Yoongi dengan nada mendatar.
Jimin keluar dari bilik itu dengan perasaan yang hampa, sebab tidak sempat nak cakap elok – elok dengan Yoongi. Dia biarkan saja Yoongi tu.
" Haihh. Kook, ambik fon aku dalam poket. " Yoongi mengeluh tengok perangai Jimin. Lembik.
Jungkook bangun dari duduknya, ingin mengambil fon kepunyaan Yoongi yang berada dalam poket kot putih yang disangkut di belakang pintu.
" Nah hyung. " Jungkook serahkan fon Yoongi.
" Hmm. "
" Korang, aku nak cakap sikit ni. "
Taehyung bersuara setelah lama berdiam diri.
Dahi Jungkook berkerut mendengar nada serius Taehyung. " Apa bendanya? Cakap jelah. "
" Apesal korang berkasar dengan Jimin tadi? Macam la tak boleh cakap elok – elok. Lagi – lagi kau, Kook. Diakan hyung kau. Asal tak backup ? "
" Err, bukannya aku tak nak. Tapi kitorang buat semua ni bersebab. "
Ragu – ragu, Jungkook jawab. Cuba tak nak spoil.
Taehyung tak puas hati. Dia pandang Yoongi . " Kau, hyung ? Tak boleh cakap baik – baik ? Dosa sakitkan hati member. Api neraka panas nohh. "
Macam biasa, Yoongi palau Taehyung. Rasa macam tak ada faedah layan budak tak cukup umur.
" Jangan, hyung. Dahlah kau tinggal member ghei kau kat sana. Makin bertambah dosa "
" Eh, member ghei hyung ? Siapa ? " Jungkook layan.
" Yang dalam bilik bedah tu lah."
" AHAHAHAHAHAHA "
" Diam taetan. "
" Alelele habang kita malu la tu"
Terbahak bahak Taehyung ketawa. Jungkook yang baru nak join sekaki, terus senyap membisu tengok muka Yoongi.
" Kau ni, " Yoongi tarik leher baju hospital yang dipakai Taehyung. " Kalau bukan sebab kau sakit, dah lama buku lima aku sampai dekat kau. "
" Eheheheh kau sayang aku kan kan " Taehyung tayang sengih tak tahu malu.
" Halah kau. Ngengada. " Fon dihulur ke arah Taehyung. " Baca ni. "
Taehyung mencapai fon itu. " Bukan sejarah kan ? "
" Eh kau ni. Memang taklah. Jangan mental koyak sudah. "
" Pleaselah hyung. Aku anak jantanlah. Apahal nak mental koyak pulak. "
Yoongi sengih sinis. " We'll see about that "
Mata Taehyung difokuskan ke arah skrin fon Yoongi.
GADIS MAUT AKIBAT GURAUAN APRIL FOOL
Myeongdong
Akhbar : 8 April 2015
Gara – gara gurauan April Fool, seorang gadis yang mengalami Alexandria Genesis Syndrome maut. Mayat mangsa, Lee Haeun, 17 ditemui didalam tembok kubikel tandas perempuan lama yang ketiga di Sekolah Tinggi TomYam kira – kira seminggu yang lalu berdasarkan ujian sampel.
" Tujuan saya dan rakan – rakan menguncinya didalam tandas hanyalah sekadar gurauan. Sumpah! Kami tak pernah terdetik pun ingin bergurau sampai melibatkan nyawa ! " jelas rakan mangsa.
Susulan itu, siasatan diteruskan apabila ahli forensik menemui kesan cap jari di kepala mangsa yang menunjukkan seperti terdapat hentakan yang kuat disitu. Pihak polis akhrinya menemui pembunuh setelah beberapa kali disoal siasat.
" Dia yang tolak tawaran aku untuk jadi namchin dia. Sebabtu aku bunuh dia! Dia terima akibatnya! " kata si pembunuh-
Membulat mata Taehyung membaca akhbar online itu. Tak percaya.
" Hyung, mana... mana kau dapat tahu ni? Korang... korang tipu aku kan? "
" Soal hidup mati mana boleh buat main. " sahut Jimin yang baru sahaja masuk ke dalam bilik semula.
" Aku pergi cari pembunuh Haeun tu, minta dia explain semuanya. Memang betul, dia yang tanam mayat Haeun hidup – hidup. Tapi nyawa – nyawa ikanlah. Lepastu aku pergi jumpa reporter, dia pun dah sahkan perkara ni. "
Taehyung melempar fon Yoongi ke katil.
" Ke... kenapa? Maksudnya... selama ni? " Suara Taehyung mula bergetar
" Sebabtu aku dengan Jungkook tak kasi kau taruh apa – apa perasaan kat dia. Sebab dia... "
" Tak tak! Yoongi hyung sendiri nasihatkan aku untuk tak give up pikat dia. Tolonglah, semua ni tak betulkan, " Taehyung pandang Yoongi sekilas. " Be... betulkan, hyung? "
Yoongi telan liur. Dalam kepala otak cuba untuk susun ayat elok – elok, tak nak Taehyung makin down.
" Masatu aku tak tahu lagi pasal perempuan ni. Sampailah budak berdua ni datang jumpa aku, cakap dekat aku yang diorang tak nampak pun dia. Jadi aku siasatlah. "
" Tae, aku ngaku yang aku dengan Jimin tak nampak pun perempuan tu. Ingat tak, masa kau kata kat kitorang yang perempuan tu ada kat bawah pokok belakang besar depan sekolah tu? "
Taehyung mengangguk.
" Masatu aku dah berdebar, sebab aku tak Nampak apa pun. Tapi aku senyap je sebab nak jaga hati kau. Aku pandang Jimin, kalau – kalau dia nampak. Tapi bila balik je, kitorang terus bincang. Jimin kata, pun tak nampak. "
Taehyung menunduk, hatinya remuk – redam menanggung kekecewaan.
" Tae? Kau dengar tak? " Jimin melabuhkan duduk disebelah Taehyung. Belakang badannya diusap perlahan.
" Aku tak pekak lagi. Tapi.. kenapa korang tak cakap awal – awal? Kenapa baru sekarang nak cakap? " lirih Taehyung bersuara.
" Kau dah mula sayangkan dia? "
Soalan itu dibiar sepi. Taehyung duduk memeluk erat kedua kakinya yang dirapatkan ke dada.
Melihatkan keadaan Taehyung, Yoongi duduk dihadapannya. Kedua belah bahunya dipegang. Jimin mengengsot ke tepi, beri ruang untuk Yoongi.
" Taehyung aku tanya ni. Janganlah jadi budak – budak. " Taehyung mengangkat mukanya, mata yang berkaca – kaca itu bertembung anak mata coklat Yoongi.
" Kau sayang dia ke? "
" Mestilah aku sayang dia! " Tangan Yoongi ditepis.
" Hyung, aku rasa Jimin hyung betullah. Sekarang bukan masanya. " kata Jungkook.
" Kau diam. " Sebuah jelingan dihadiahkan.
" Tae, belajar untuk terima hakikat. Ramai lagi perempuan kat luar sana. Takkanlah yang dah mati kau nak pilih buat isteri? Fikirlah. "
" Kalau ya? "
" Kau jangan buat kerja gila Tae. "
Taehyung menutup matanya erat. Kolam mata yang menanggung seribu duka akhirnya pecah jua. Petang ini, dia dibalut dengan selimut kecewa.
Bibirnya terketar. Tak mampu untuk ungkapkan kata – kata untuk menggambarkan hatinya begitu sedih. Mana taknya, berita mengenai gadis kesayangannya langsung tak terjangka.
Dia ingatkan selama ini Haeun sakit, atau ada apa – apa hal penting sampai tak dapat nak lawat dia. Hakikatnya-
" Weh janganla macam ni. " Bahu Taehyung dirangkul Jimin. " Aku janji aku kemas bilik dengan loker sekolah kau hari – hari "
" Euphoria Tae! Ingat member ghei Yoongi hyung selalu! " kata Jungkook, ingin ceriakan suasana.
✩✩✩✩✩
Taehyung senyum sendirian bila teringatkan peristiwa itu. Ya, dulu dia lemah sangat – sangat. Terima kasih pada kawan – kawannya yang dah banyak tolong dia untuk berubah jadi seorang yang kuat.
Berita kematian Haeun akhirnya dapat diterima. Yang hidup pasti akan mati. Move forward.
Ramai lagi orang yang sayangkan dia. Lagipun, takkanlah nak bersedih hanya disebabkan kematian tu?
Omma dan appanya juga dah berubah selepas mereka membaca diari miliknya, dimana dia luahkan segala – galanya tentang isi hati.
" Tae, makanlah karipap Jimin tu. Penat dia buatkan. "
Taehyung terus mengangkat mukanya. " Eh omma, Tae nak makanlah ni. " Punyalah leka dia termenung sampai lupa omma kesayangan kat depan.
Puan Kim senyum manis.
" Teringatkan siapa tu? Menantu omma ye? "
Uhuk! Uhuk!
" Ha, makanlah sambil baca menatang oren tu lagi. Kan dah tersedak. Buat rugi je, tak dapat berkat omma. "
Puan Kim menghulurkan segelas air sirap buat anak bertuah.
" Alah Tae tengah bacalah. Bukannya skodeng anak orang. Tengok ni ha. " Skrin telefon dihala kearah Puan Kim, nak tunjuk bukti.
" Yelah tu. @bakalmenantusaya ? Hmphh, buang masa je layan mak orang. "
Dahi Taehyung berkerut. Skrin telefon dihadapkan ke arahnya Pula.
" Eh, tu Jimin lah omma. Mak orang apanya.. HAHAHAHAHA" Pecah ketawa Taehyung dengan Jungkook. Dah tahu dah, Jimin memang macamtu. Tak nak bagi orang masuk line katanya.
" Korang mengumpat aku ehh " Celah Jimin dengan sepinggan karipap.
" Chim kau tengok kawan kau ni. Mesti teringatkan Haeun dia. "
"Kau ni Kook! " Jimin jelling Jungkook. Belakang badan Jungkook ditepuk kuat. 'Pergi ingatkan balik pasal tu dah kenapa! '
" Eh, um.. Tae, heheh sorry. " kata Jungkook yang baru sedar keterlanjurannya.
" Takde apalah. Aku dah okeylah. "
Jimin mengusutkan rambut Taehyung. " Macam nilah kawan aku! Eh, auntie cakap apa tadi? "
" Ehh takdelah. Yang kamu pergi guna username pelik – pelik dah kenapa? " tanya Puan Kim.
Jimin letakkan pinggan diatas meja. Sepuluh jari ditayang didepan muka Puan Kim.
" Auntie nampak ni? "
" Jari? Kenapa? "
" Jari saya, sukahati sayalah. "
Dahi Jimin dijentik Puan Kim.
" Ewah ewah nakal ea. Suka kacau auntie. "
" Hehehe" Jimin sengih – sengih. " Persiapan auntie. Nanti nak kacau bakal bini. "
"Banyaklah kamu bakal bini. " Puan Kim bangun dari duduknya.
" Omma nak bagi Yeontan makan ni. Tae, habiskan karipap Jimin tu ya. Pandai sangatkan, minta dengan dia. " Puan Kim melamgkah masuk ke dalam rumah, meninggalkan mereka bertiga di mini garden.
Taehyung mencebik. " Dah kita lapar. "
Sedang mereka berbual, mata Jungkook terpaku ke satu arah.
" Tae, " hujung rambut si kawan ditarik. " Tengok tu. "
" Eish kau ni. Takyah aa tarik! " Tapi dia tetap memandang kearah tempat yang ditunjuk.
Serta – merta Taehyung gelabah ambil air mineral di sebelah, lalu dicuahkan ke muka.
Jimin yang pelik dengan Taehyung dan Jungkook, pandang kearah yang dimaksudkan.
Kelibat seorang wanita yang anggun, juga sedang memandang kearah mereka bertiga tersenyum.
" Jangan cakap tu... "
" Haeun? "
Terasa bulu roma mereka meremang.
" Korang.. nam - nampak ke? " soal Jimin telan liur. First time nampak roh wey!
" Aku yakin korang nampak. " sahut Taehyung. Jungkook sudah tutup mata geleng - geleng.
" Sampaikan salam saya pada parents awak sebab laporkan pada polis tentang kematian saya. Thanks. Awak baik sangat Tae. "
Dan Taehyung jatuh terciduk.
Kau ingat aku akan lepaskan kau?
THE END
He said, " I love you but little did I know that you are not exist. "
She said, " I love you too. But I can accept this feeling, sorry dear. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro