Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8 // AmisyaAdriana

Sudah cukup seminggu anak angkat mereka tidak pulang ke rumah. Tetapi suasana rumah itu seperti tiada masalah dan hanya tenang melakukan urusan harian.

Kehilangan Amisya bagai tiada siapa yang sedar. Sofa berwarna hijau emerald itu penuh diduduki oleh Tuan Jeffri, ayah Amisya.

Air oren sunquick di dalam gelas diteguk takus. Matanya ralit menonton televisyen yang sedang menayangkan rancangan national geography.

Matanya juga kedang melirik ke arah pintu bilik Amisya. Perit sebenarnya mendengar semua kata-kata fitnah yang dilemparkan oleh isteri dan anaknya. Sanggup mereka menipu dirinya dan mefitnah budak yang tidak bersalah itu.

Bukan dia tidak tahu, mereka bermusuhan dengan Amisya sejak beberapa tahun lalu. Sejak ada kejadian yang meragut nyawa seseorang yang penting dalam hidupnya

"Mana kamu Amisya. Ayah rindu. Semoga kamu selalu berada di bawah lindungan Allah selalu yaa sayang"

"Ayah!" panggilan itu membuatkan dirinya kembali ke dunia nyata.

"Iyaa, kenapa sayang?" soal Tuan jeffri kepada Qaisara.

"Mana ibu? Dari tadi tak nampak." kata Qaisara. Dia melabuhkan punggung di sebelah ayahnya.

Mata Tuan Jeffri masih tidak beralih ke figura di sebelahnya.

"Ayah teringatkan Amisya?" soal anaknya. Tuan jeffri memandang mata anaknya perlahan-lahan.

"Ayah mana yang tak risaukan anak dia, ayah mana yang tak sayang anak dia, ayah rindu Isya." balasnya. Air mata mula bertakung di tubir mata, hanya tunggu masa mahu tumpah.

"Tapi dia jahat! Dia takpatut buat macam tu ayah!"

"Boleh bagi tahu ayah sesuatu?" soal ayahnya senafas. Pelipis tuanya di picit perlahan.

"Kenapa Qai sangat bencikan dia? Kenapa? Isya tu baik budaknya. Kenapa ibu dengan Qai selalu buli Amisya?" tutur ayahnya membuatkan Qaisara tidak senang duduk.

Qaisara bangun untuk meninggalkan ayahnya

"Qai, jangan ingat ayah tak tahu apa yang Qai dengan ibu belakang ayah"

"Amisya bukan mengadu dekat ayah, tapi dalam rumah ni ada cctv. Ayah jugak letakkan satu cctv dekat bilik Amisya. Mengaku sayang." jelas ayahnya. Tenang. Sunyi

Qaisara sudah terkaku di tempatnya. Detak jantungnya berubah irama, makin laju. Dia menoleh memandang ayahnya. Dia takut...

"Eah, abang bualkan apa dengan Qaisara? Macam menarik, saya join sekali boleh?" pinta ibunya pula. Tuan Jeffri yang mendengar suara isterinya mula mengangkat punggung meninggalkan tempat itu.

Dia tidak mahu mereka sekeluarga bermusuhan. Dia terlalu sayangkan Amisya seperti anak sendiri. Dia terkilan dengan keluarganya sendiri, sanggup mereka berbuat begitu semata-mata untuk membuat dia membenci Amisya.

Dia mengeluh lemah.

"Eah abang! Nak ke mana?" pamit ibu apabila melihat kelibat ayah hilang disebalik pintu. Dia mengerut dahi.

"Kenapa dengan ayah?" soal ibu kepada Qaisara pula.

"Ayah dah tahu bu. Dia cakap nak buat report. Qaisara tak tahu. Qai takut kalau polis tangkap ibu. Qai nak ibu" ujar Qaisara. Tubuh kecil itu kembali duduk di atas sofa. Cawan ayahnya dipandang lama.

"Hah? Tak mungkin ayah tahu! Amisya tak balikkan? Macam mana ayah tahu. Tak mungkin!" wajah ibunya cuak habis. Dia takut. Mungkin dia akan dihalau, habislah hidupnya jika dia merempat di luar.

"Cctv. Dalam rumah ni ada cctv ibu." jelas Qaisara.

Dunianya gelap, seakan tiada oksigen. Nafas bagai tersekat di kerongkong, manik-manik pelih mula terlihat di dahi.

"Kita kena lari."

***

Remy masih terkurung di dalam biliknya sendiri. Dia mula merindukan Amisya, gadis naif itu.

Kriukk!

Perutnya dipegang. Dia lapar. Sudah seminggu dia tidak makan. Dia tiada selera, ada sahaja kawannya menghantarkan makanan secara curi-curi dari tingkap. Makanan itu masih elok tidak terusik.

Ting!

Telefonnya bercahaya. Menandakan ada mesej yang masuk. Dia menoleh kemudian tangan menggapai telefon itu. Aplikasi whatsapp dibuka. Mesej dari nombor yang sama dengan hari itu. Mesej tentang Amisya.

019-xxx xxxx

Typing...

Hujung Minggu ni Isya dah boleh keluar. Kau nak melawat dia tak?

Allah, sorry aku lupa bagi salam.
Assalamualaikum.

Selesai membaca meseja itu dia terus menutup telefonnya. Bantal di tepi badannya dibaling ke bawah.

"Arghhh!"

Telefon itu di ambil kembali. Dia menaip lambat-lambat.

019-xxx xxxx

Walaikumsalam
InshaAllah esok aku datang.
Btw kau siapa?

Mesej itu terus di bluetick oleh pihak di sebelah sana.

019- xxx xxxx

Typing...

Aku manusia. AHAHAHAHAA
okay joke. Aku abang Isya.
Jangan banyak tanya. Just diam Amisya pun tak tahu lagi pasal benda ni.

Skrin bercahaya itu dia tatap lama. Amisya ada abang? Macam mana...

019- xxx xxxx

Abang?
Kau buat lawak apa duh malam2 macam ni
Abang angkat?

Selepas habis sahaja aku menaip pihak di sebelah sana terus menaip. Remy menunggu dengan perasaan yag berdebar-debar.

019- xxx xxxx

Otak kau tauk dekat mana sial.
Abang angkat boleh ke tengok aurat sampai macam tu.
🙄

Sorry bruh. Aku confuse.
Macam mana dia boleh ada abang

Esok kau free?
Kita meet lepas aku hantar Isya balik.
Later aku send location.
Kau sembang kari, aku sumpah jadi anak teruna tua.

Oke bruh.
Esok aku datang.
Aku ada homework nak kena buat. Chiau


Lupa pulak aku tengah berbual dengan budak sekolah
Okay
---------------
Location
---------------

Selepas membuka lokasi yang dihantar oleh lelaki itu. Aku terus mendail nombor salah seorang kawanku.

"Assalamualaikum, sahabat musibat."

"Aku nak mintak tolong sikit ni."

"Esok hantar aku pergi location yang aku bagi. Aaaaaa nanti aku bagilaa upah. Kau suka donut kan."

"Berehh. Kaulaa kawan dunia syurga neraka aku. Okey bye loveyouuu."

Telefon akhirnya diletakkan di meja sebelah katil. Perasaannua bercampur-baur. Tangan mula meramas sesama sendiri.

Ya Allah, apa pulak kalini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro