Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

7 // AmisyaAdriana

Bilik wad yang satu itu mula sunyi apabila kedua-dua gerangan manusia itu dimarahi teruk oleh seorang lelaki yang bertopi. Hampir menutup separuh mukanya.

Mananya tidak marah, dari dia mula melangkah masuk, mendidih telinganya mendengar mereka berdua bergaduh. Siapa lagi kalau bukan si pembantu peribadi yang banyak mulut dengan si Amisya yang suka membebel dan tidak mahu kalah.

"Pakcik , bukan salah Isya. Gemuk tu yang salah" kata Amisya. Dia mengetap gigi geram.

Air yang diminum Fezruz tersembur keluar  manakala Rafiqi tersedak apabila Amisya mengelarnya pakcik.

"Pakcik Rafiqi guys." usik Fezruz. Dia meletakkan cawan di atas meja tepi katil itu dan ketawa terbahak-bahak.

"Pakcik! BAHAHAHAHHAHAHA PAKCIK WOI PAKCIK!" usik Fezruz. Muka Rafiqi memerah menahan marah.

"Kau sehari tak bagi aku maki kau memang tak boleh hidupkan?" soal Rafiqi sinis.

Amisya yang di atas katil tersenyap. Dia tidak tahu nama lelaki itu. Sebaik sahaja dia mencelikkan matanya dua hari lepas, hanya ada dua lelaki itu sahaja yang selalu menemaninya.

Tidak kiralah dia mahu berjalan ke mana sahaja. Pasti dua lelaki itu setia menemaninya. Siapa mereka?

"Pakcik ni siapa? Dah dua hari Isya nampak pakcik jaga isya?" soal Amisya. Dia hairan.

"Aku ni tua sangat ke sampai kau panggil aku pakcik?" soal Rafiqi. Sejujurnya dia mahu tergelak juga apabila adiknya memanggilkan dengan gelaran pakcik.

"Takla tua sangat. Tapi Isya tak selesa kalau panggil orang abang. Tu yang panggil pakcik. Isya jarang bergaul dengan lelaki, kalau bergaul pun sebaya dengan Isya ja." balas Amisya panjang.

"Orang tanya sikit dia jawab punya panjang melebar." balas Fezruz tanpa ragu-ragu. Apa ingat aku salah. Dia memasukkan potongan epal itu ke dalam mulutnya.

"Eah kau ni! Betul cakap pakcik. Walaupun baru kenal dua hari tapi astagaaa menyakitkan hati betul lah. Eii tu epal yang pakcik belikan untuk Isya, kenapa makan?!" marah Amisya. Dia kemudian membaling bantal berwarna biru kecil yang dibawa oleh Rafiqi kepadanya. Katanya hadiah.

"Woi. Tercekik mati aku. Sudahla aku tak kahwim lagi!" marah Fezruz apabila bantal itu terkena tepat pada mukanya. Dia terbatuk kecil.

"Siapa yang nak khawin dengan kau ni eah? Dah la menyakitkan hati. Penat nak hadap hari-hari tahu!" Amisya mengambil piring epal tadi. Kalau dibiarkan disitu habis si gemuk tu makan.

Amisya memerhati Rafiqi dan Fezruz bersilih ganti. Dia geram dengan sikap Fezru yang selalu mencari pasal dengannya. Dari hal-hal yang sebesar kuman hinggalah hal yang besar.

Pintu bilik wad terbuka sedikit membuatkan tubuh Rafiqi dan Fezruz drastik berdiri tegak. Rafiqi mendekati Amisya. Tubuh itu dilihat sebelum dia berjalan perlahan-lahan ke arah pintu. Fezruz hanya setia berdiri di tepi kerusi berdekatan dengan Amisya.

Amisya terdiam di tempatnya. Mereka berdua seolah-seolah bersedia untuk sebarang ancaman.

Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

"Apa yang dah jadi?" soal Amisya. Matanya masih memerhati Rafiqi yang berada di belakang pintu.

Pisau di tepi pasu bunga itu Rafiqi ambil dan selitkan di dalam poket seluar.

"Sejak bila dekat situ ada pisau." monolog Amisya sendiri.

Fezruz pulak meninggalkan Amisya dan berjalan mendekati Rafiqi.  Tubuh tegap lelaki itu kemudian disentuh membuatkan dia berpaling ke belakang.

Rafiqi dan Fezruz berbalas pandangan sebelum pandangan mereka jatuh pada Amisya yang juga sedang memerhati tingkah-laku mereka.

"Erk-apa dah jadi ni actually?" soal Amisya.

Pintu terbuka luas secara tiba-tiba membuatkan dua homosapiens di belakang pintu tadi terkejut besar.

"Jaga-jaga." hanya itu perkataan yang keluar dari bibir Rafiqi. Tangannya kadang menyeluk poket.

Cari pisau dia kut.

Dari belahan pintu itu muncul seorang nurse yang berbaju biru. Di tangannya terdapat tray berwarna kelabu.

Mereka bertiga mengeluh.

Nurse itu menghampiri Amisya dan meletakkan tray tadi di atas meja kecil di tepi katil. Terdapat beberapa biji ubat di dalam bekas tray tadi.

Nurse tadi kemudian menghulurkan bekas itu kepada Amisya. Fezru sudah menjauhi mereka dan menapak ke arah sofa. Telefon bimbit dikeluarkan. Instagram time!

Bekas ubat itu dirampas kasar oleh Rafiqi. Wajah jururawat itu dipandang lama.

"Kau siapa? Mana doktor Rine?" soal Rafiqi. Tangannya membawa dulang ubat tadi mendekati Fezruz yang sudah melabuhkan pumggung di atas sofa biru berdekatan dengan tingkap.

"Ubat apa?" soal Rafiqi lagi. Ubat tadi diserahkan kepada Fezruz

"Erkk, saya Wardina. Doktor Rien suruh saya tolong pantaukan. Dia ada emergency leave tadi." kata jururawat tadi. Dia memandang gerangan lelaki berdua yang sedang duduk di sofa tadi.

Dia pun mungkin binggung.

"Saya cuma datang nak bagi ubat dengan periksa keadaan pesakit saya." balas jururawat itu lagi.

"Pakcik, are you okay?" soal Amisya, soalnya sekarang dia melihat pakciknya itu sedang merenung tajam wajah ancaman mereka tadi.

"Ouh okay." balas Rafiqi. Dia masih duduk bersebelahan dengan Fezruz. Lelaki seorang itu masih ralit bermain dengan gajetnya.

Puk !

Kepala diketuk dengan pasu bunga bersaiz kecil di atas meja kopi berdepan dengan kedudukam mereka. Tangan Fezruz naik mengusap atas kepalanya.

"Eah. Asal kau?!" marah Fezruz. Dia meletakkan telefon di atas meja.

"Aku bukan suruh kau main telefon. Aku punya la hulur bekas ubat ni dekat kau, dia boleh main phone. Kau dah lama hidup ke?" Rafiqi mengherdik lelaki di sebelahnya itu.

"Laa kenapa kau tak cakap. Hadehh kau ni kan. Macam tak kenal pulak aku. Ada awek post instastory weyh, dia cakap kucing dia hilang. Dan aku sebagai lelaki yang baik lagikan hensem ni tanya laa apa masalah dia." balas Fezruz panjang lebar. Dia mengambil bekas ubat di tangan Rafiqi sebelum membelek setiap biji ubat itu.

"Kau bukan nak tolong sangat pun. Kau nak jual minyak je. Dah bagi ubat tu dekat Isya balik." arah Rafiqi. Topi tadi dibuka dan diletakkan di atas meja.

Kaki nurse tadi tiba-tiba sahaja mengeletar kuat. Air di dalam gelas di tangannya berkocak kuat. Dia lemah lutut.

"Tuan-

"Ma-maafkan saya. Saya tak tahu tuan Raf dekat sini. Sumpah saya tak tahu." balas jururawat itu. Dia menundukkan sedikit badannya menghadap Rafiqi.

"Dah bangun. Kau jangan nak ada rancangan nak apa-apakan adi- maksud aku Amisya. " Rafiqi bangun ke arah pantry di dalam bilik wad.

Jururawat tadi terus memandang perempuan yang  polos di atas katil.

Siapa kau sebenarnya?

Ubat diserahkan kepada Amisya kembali. Huluran itu disambut lambat-lambat.

"Makan. Now." tegas suara memintas. Dia kembali duduk di sebelah Fezruz yang matanya yang masih tertumpu pada telefon bimbitnya.

Amisya menelan air liur kasar. No ubat!

"Tak nak. Pahit." balas suara kecil itu perlahan.

"Makan!" si Fezruz juga memaksa Amisya untuk menelan makhluk bernama ubat

"Kau diam gemok! Gendut!" suara itu mula memekik.

"Hoi! Aku punyala hensem ni kau cakap gemok." kata si Fezruz membela dirinya yang hensem.

"Amisya! Makan ubat tu sekarang sebelum Raf paksa" nada suara masih tegas. Mata kokonya memandang Amisya tajam.

Korek mata tu kang?!

Rafiqi berjalan setapak ke arah katil. Enam pasang masa memandang gerangan manusia yang mengeluarkan suatu aura yang menakutkan.

Setapak

Dua tapak

Tig-

Ubat tadi diragut kasar dan dimasukkan ke dalam mulut secepatnya apabila pakciknya sudah berdiri betul-betul di depan matanya.

Air di dalam gelas diteguk rakus. Gelas diberikan kembali kepada jururawat yang turut berdiri bersebelahannya.

"Good girl. Kan bagus macam tu. Tak perlu nak paksa setiap hari." kata Rafiqi. Tubuh dihenyak di sebelah Amisya. Tilam kemudian tenggelam sedikit, Kemudian tapak tangannya naik menyentuh dahi Amisya.

"Doktor Rine tak cakap apa-apa?" soal Rafiqi. Dia memandang pula jururawat di sebelah adiknya itu.

"Erk- tadi doktor tak pesan apa-apa pun. Dia just cakap tolong pantau makan, apa semua tu je." balas nurse itu. Baju biru dikemas sebelum dia membuka langkah ke arah dapur kecil di bilik wad itu.

"Esok kau datang sini lagi ke?" soal Fezruz pula. Dia dari tadi memerhari segala tindak-tanduk jururawat perempuan itu penuh minat.

"Ha. Minggu ni doktor mohon cuti. So saya kena jaga pesakit dia dalam mimggu ini. Memandangkan doktor dah amanahkan saya untuk jaga Cik Amisya, so kena la saya jaga." balas nurse itu. Tray dan gelas tadi di ambil.

"Kau kenapa tiba-tiba tanya. Weird." soal Rafiqi. Pelik dengan sikap kawan merangkap Personal Asistants-nya.

"Lupa ke? Esok ada important meeting dengan Mr. Benjamin. Pasal projek dekat Jepun tu. Pukul 10 sampai pukul 1.  Razman tak boleh nak uruskan sebab bini dia tengah tunggu masa je nak meletup." jawab Fezruz, cumanya gaya percakapannya lain. Nampak serius sahaja.

"Ouh. Esok aku turun. Esok rasanya tak sempat nak jenguk Amisya dulu. Ermm, okay macam ni. Fezruz, esok pagi kau datang sini awal-awal. Tolong tengokkan Amisya. " tegas suara itu memberi arahan kepada pekerjanya.

"Baik."

"Eah wait, what ? Aaaaa aku tak nak stay dengan beruk ni lama-lama"

"Mulut kau, aku jahit kang!" marah Rafiqi. Ada ke patut panggil adiknya beruk, nak mati ke apa orang tua ni.

"Aku boleh pergi sorang-sorang. Lagipun semua dokumen dah ada kan. So proceed jelah meeting besok. Dan kau-

Jari telunjuk Rafiqi ditunding ke arah nurse yang sedang mencuci dulang dan cawan di pantry.

" jangan nak masuk selagi pembantu aku atau aku sendiri yang sampai. Kalau jadi apa-apa, kau mati dengan aku"

Mereka semua mengangguk laju. Akur sahaja, lagipun semua itu hanya untuk kebaikan Amisya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro