Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

33 // AmisyaAdriana

"Aku sayang kau." luah lelaki itu. Tangan sejuk si gadis digengam erat.

"A-aku tak tahu."

"Takpe. Aku akan tunggu kau. No worries dear."

"Aku minta maaf. Bukan-" Amisya mati kata.

"Bukan salah kau pun. Soal hati kita tak boleh nak paksa, sayang. Relax okay. Tayah gelabah." pujuk Remy.

"Aku akan tunggu kau sampailah kau terima aku suatu hari nanti. Aku akan tunggu 'suatu hari nanti' tu." lelaki itu terus memetik gitarnya.

"Aku kena balik petang ni. Esok aku datang balik."

Amisya mengangkat muka.

"Kau nak pergi mana?" soal Amisya.

"Balik rumah la."

"Bukan ke kau lari rumah?" tebak Amisya. Dia menatap pergelangan lelaki itu, ada kesan ungu.

"Ha'ah. Aku stay rumah aku sendirilah." balas lelaki. Sedari tangannya diperhati, terus dia menarik lengan baju supaya menutupi bahagian lebam yang terdedah.

"Kau ada rumah sendiri? Biar betul?" soal Amisya lagi. Mengubah topik.

"Iyolah."

"Wahh. Bestnya." kata Amisya dan menepuk tangan.

"Nak duduk dengan aku? Mesti lagi best."

"Tak kebuloq aku." gadis itu memanah pandangan di lelaki. Remy ketawa dan memandang ke arah lain.

"Kalau kau nak duduk dengan aku, kita kena kahwin. Nanti aku minta restu Bonda, okay?" Remy berura-ura mahu bangun dari kerusi.

"Gila kau." marah Amisya. Lengan lelaki itu ditarik dan menolak supaya lelaki itu duduk semula.

Perbualan bersama lelaki itu terasa segar di kotak fikiran. Masuk hari ini, sudah hari ketiga. Lelaki itu tidak datang kepadanya. Merajukkah dia?

Atas sebab apa? Untuk apa lelaki itu merajuk. Mana mungkin.

Tombol pintu bilik dipulas.

Buk

Prang

Bunyi kaca bertemu lantai membuatkan gadis itu duduk mencangkung memeluk lutut. Habis baju putihnya basah dengan makanan. Esakan mula terdengar dari belahan bibir.

"Remy." nama yang terlintas di fikiran disebut.

"Isya, aku minta maaf. Bangun." Fezruz memujuk. Dipegang bahu Amisya supaya berdiri. Namun cepat Amisya menepis dan berganjak ke tepi.

Menjauhi Fezruz. Baginya Fezruz adalah suatu ancaman.

"Isk. Isk. Isk."

"Isya?" Mifzal memanggil.

"Jangan bunuh!" gadis itu mula meronta. Tangan menekup telinga.

"Isya, kaca!" tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukannya.

Amisya mula bertindak agresif. Dia bangun dan mencuba meloloskan diri dari pelukan Fezruz. Kaca dipijaknya.

"Raf!"

Gadis itu berlari menuruni tangaa. Kakinya yang terlekat serpihan kaca tidak dipedulikan.

"Isyaa!"

"Jangan bunuh Isya! Jangan ganggu Isya. Isk. Isk." gadis itu duduk mencangkung di sebelah sofa di ruang tamu.

Kesan tapak kaki berdarah itu penuh di tangga.

***

"Biy, I think someone calling your name." tegur satu suara. Jejaka yang sedang merendamkan kakinya di dalam air memalingkan muka.

Berseluar pendek tanpa baju. Rambut basah terjuntai ke depan dek bermain air dengan si tunang.

"Tak dengar pun." balas Rafiqi. Dia kembali memercikkan air ke arah muka tunangnya.

"Listen carefully. Macam suara Fez ja tu." si tunang mencubit pinggang.

"Malas la. Dia tu suka main-main." balas Rafiqi. Dia masih bermain air.

"Ish. Manatau dia nak minta tolong." wanita itu bangun dan menapak ke dalam rumah.

"Go and check. Jom." agak si tunang.

Rafiqi mengambil tuala yang tersangkut di kerusi malas dan turut bergerak ke dalam rumah.

"Fezruz?" panggil Amanina.

"Tolong aku!" jerit Fezruz  dari suatu arah.

"Kau dekat mana? Something happend?" soal Amanina dan dia mula membuka langkah besar menuju ke dapur.

Pisau di rak di ambil dan diselitkan di dalam poket seluar. Sebaik sahaja dia sampai di dapur, dia terkejut. Darah kering yang terdapat di tangga membuatkan dia terkaku sebentar.

"Raf!"

"Jap, tengah tukar seluar." laung Rafiqi dari luar rumah.

Jarak di antara dapur dan pintu utama rumah agak jauh. Jadi suara yang terdengar agak samar-samar.

"Cepat!"  gesa Amanina. Pisau dikeluarkan perlahan-lahan dan dia sudah berada di dalam posisi berjaga-jaga.

"Apa jadi?" soal Amanina. Dilihat Fezruz yang sedang menuju ke satu arah. Terhendap-hendap.

"Isya!" jerit Fezruz sebaik sahaja melihat Amisya sudah rebah ke lantai

"Isya? Siapa dia?" Amanina keliru. Siapa gadis itu.

"Gurl-. Help me."

"Huh?" soal si Amanina bertambah keliru. Sejak bila?

Dia berjalan laju ke arah Fezruz. Diliahat gadis itu lama sebelum dia meletakkan pisau di atas meja bersebelahan gadis yang terbaring di atas lantai itu.

"Kenapa ni?"

"Aku tak tahu. Dia jadi macam ni lepas aku terlanggar dia depan bilik tadi. Tiber ja." jelas Fezruz. Gadis itu dicempung.

"Buat apa!" Rafiqi yang baru tiba terus menarik Amisya ke dalam pelukannya. Dicium dahi gadis itu lama.

"You neee to explain to me later, dear!"

"Shut you fucking mouth!" tempik Rafiqi, ditolak tunangnya ke tepi.

"Raf!"

Tubuh Amisya dicempung pula oleh si Rafiqi.

"Call Doktor Muaz. And suruh orang bersihkan semua darah ni sebelum Bonda balik." arah Rafiqi. Gadis itu terus dibawa naik ke biliknya.

***

"Aku rasa dia trauma." suara garau Rafiqi memecahkan suasana sunyi di meja makan.

"Trauma? Dengan apa?" Mifzal bertanya. Garfu mencucuk ayam di dalam piring kecil di hadapannya.

"Kau tak tengok sehari lepas dia keluar hospital haritu? Naik sawan dia menjerit sebab dalam gelap. Now, kaca pecah. Kau rasa?" jelas Rafiqi. Dia meneguk air sekali lagi.

"Jadi bukan sebab aku langgar dia lahkan?" soal Fezruz pula.  Dia takut jika salahnya membuatkan keadaan gadis itu berulang lagi.

"Ish, takkan sebab langgar je dia jadi macam tu. Kau ada cerita yang kau bawa dulang makanan kan? Ada gelas jatuh." terang Rafiqi. Dia melihat kawannya seorang itu sangat berselera walaupun saat sedang tegang sekarang ini.

"Kau ingat masa hari kejadian, banyak kali dia dengar bunyi benda pecah, terutamanya kaca." Rafiqi mengambil seketul ayam dan dimasukkan ke dalam pinggannya.

"Kau biar betul? Tapi macam logik jugak. Mana si Muaz ni. Lambat betul." ayam digigit. Pintu bilik Amisya dipandang sekilas sebelum sambung menggigit.

"Sabar la. Eh, kau dah jelaskan ke dekat tunang kau tu. Merajuk sakan dah dia. Tak padan dengan suka berlagak gangster, tunang curang sikit dah koyak." terkekeh Mifzal ketawa. Air pula diteguk.

"Ish, kau ni. Lek, dia pun tak tahu lagi yang Isya tu adik aku." Rafiqi masih selamba. Dia tidak tahu tunangnya di sana sudah meroyan.

"Lek, dia lari baru kau ada akal. Dahla diatu cantik. Melepas, gigit jari kau." usik Mifzal. Baru sebentar tadi Amanina menelefonnya, menangis bagai.

"Aku tahulah. Kau sibuk asal. Dahla single." Mifzal bangun dan membawa pinggannya ke singki.

Pinggan dibilas, dilap dan diletakkan semula di rak.

"Eh, orang single nilah yang banyak tolong kau tahu." balas Rafiqi selepas menghabiskan ayamnya.

"Mana Remy? Banyak hari tak nampak?" Mifzal mengubah topik.

"Dia balik rumah mak dia. Diseretnya budak tu. Kesian bodo."

"Bapak diatu actually masalahnya. Dengan anak sendiri pun teringin. Bodoh. Takdak otak langsung." marah Mifzal.

"Kau emo sangat asal? Dia tak nak buat report ke? Pelik jugak aku." dia berjalan pula ke arah sofa. Televisyen dihidupkan. Aplikasi Netflix dibuka.

"Dia pernah ja buat report. Tapi kau tahukan. Bapak dia berpengaruh, sekali dengan polis tu kena fuck bodoh." carut Rafiqi. Dia turut membawa pinggannya ke singki. Tangan dibilas dan dia bergerak ke arah Mifzal.

"Kau taknak tolong." soal Mifzal. Dia masih mencari drama korea yang bagus untuk ditonton.

"Aku dah tolong." balas Rafiqi ringkas.

"Tolong apa?"

"Tolong settlekan la." balas Rafiqi lagi. Dia merampas alat kawalan dari tangan Mifzal.

Tale of Nine Taled menjadi pilihan. Idolanya berlakon. Lee Dong-Wook, walaupun tua masih segak dan bergaya.

"Kau-kau biar betul?" soal Mifzal tidak percaya.

Bukannya lelak ini sudah beria-ria menolak jawatan dari Bondanya. Apakah sahabat hamba seorang ini sudah mengubah keputusannya?

"Apa kau tak percaya?" soal Rafiqi kembali.

"Erkk." Dia termati kata. Mata dialihkan pula ke kaca televisyen.

Lee Yeon sedang menerima hukuman dari neneknya angkatnya. Jejaka itu juga sedang mencari kekasih yang telah dilahirkan semula. Sadis.

"Tapi jangan risau. Aku dah cuci tangan. Affendi ambik alih. Lunyai gila bapak dia. Gila-gila punya Fendi." terang Rafiqi jelas. Mifzal kelihatan terkejut.

"Mantap pak sarip!" tangan ditepuk kuat dan dia bersorak gembira.

Entah apa-apa mamat ni. Tiber.

***

Telefon ditekupkan di telinga. Menunggu panggilan bersambung.

Sampai hati tunangnya mencurangi dirinya dalam diam. Siap menyimpan gadis itu dirumahnya sendiri.

Tu isteri dia ke?

Raf, curang?

Takkanlah dia curang? Tapi dia cakap dia sayang aku?

Huaa ibu, Raf curang.

Sampai hati Raf.

Raf jahat.

Raf tipu.

Raf penipu!

Pelbagai soalan mula bermain di mindanya saat ini. Sangat sedih. Namun keropok ikan itu tetap disumbat ke dalam mulut.

"Kau asal?"

"Raf curang!" air matanya mengalir.

"Biar betul. Lelaki macam tu pun curang ke?"

"Aku sedihh." keropok disumbat lagi.

"Kesian kawan aku ni. Meh sini, bucuk-bucuk aku ni." Laila terus memeluk Amanina yang sedang tersedu-sedu menangis. Siap berhingus lagi.

"Aku sayang dia. Dia dah janji hujung tahun ni kitaorang nak akad nikah." hingus dilap dengan lengan baju Laila.

"Sampai hati dia buat kau macam tu. Tengoklah kau, jumpa aku nanti, aku tikam lepastu kerat kau lapan belas." marah Laila. Dia sudah membayangkan dia mengerat lelaki itu kecil-kecil.

"Kau nak kerat dia? Lambat lagi. Silap haribulan dia kerat kau dulu." Amanina membela bakal suaminya.

"Eheh, aku gurau ja. By the way, dia kerja apa sebenarnya?" soal Laila. Dia menolak Amanina supaya duduk dalam keadaan  menegak. Lenguh.

"Adalah. Mana boleh cerita." Amanina meletakkan jari telunjul di bibir.

"Eleh. Bukan dia sakitkan hati kau ke?" Laila mula memprovok sahabatnya itu.

"Ehem, miss. Listens here. Jangan campurkan urusan peribadi dengan urusan kerja okay. Tak pro langsung." Amanina mengesat hingusnya dan mengerakan jarinya ke kiri dan kanan. Tidak.

"I wonder, dia kerja apa sebenarnya. Kaya semacam je." Laila sudah merebahkan badannya di atas katil empul milik Amanina.

"Jangan cakap dia bapak ayam sudah. Takpun tokan dadah."

"Eh mulut kau." Amanina mencubit bibir Laila. Terjerit gadis itu.

"Aku teka je."

"Dia tak jahat tu. Tapi dia terlebih jahat daritu." Amanina tersenyum sendiri.

"Kau ni. Buat aku seram sejuk jelah ."

"Eheh. Jangan risau. Kalau kita tak usik dia, dia tak kacau kita. Don't worry okay. Aku berani jamin." dia meletakkan tangan di dadanya.

"Pelik-pelik kau ni. Jangan buat benda haram sudahlah kau laki bini."

***

Lily was a little girl , afraid of the big wide world
She grew up, within a castle wall

Now and tried to run~

Telefon ditekupkan di telinga.

"Siapa ha gangu aku tidur malam-malam ni." soal Amanina mamai.

"Sayang okay?" soal seseorang di hujung talian.

"Kau siapa?" masih di dalam mood mamai.

"Erk. Sayang dah tidur ke. Habib gangu ke?"

"Erk, eh. Habih, eh jap. Kau nak apa?" terlupa sudah dia tentang rancangan merajuknya.

"Marahkan habib ke?" soal Rafiqi. Ditilik jam. Sudah pukul 3 pagi.

"Tak."

"Sayang, sorry." pujuk Rafiqi lagi.

"Taknak."

"Sayang~" sengaja dia meleretnya suaranya

"Stop. Jangan buat sayan- aku tergodalah."

"Sayang tergoda ke? Aumm." suara berubah nada.

"Taknak."

"Apa yang taknak tu sayang." sengaja. Suara huskynya menyapa gegendang telinga di pihak sana.

Amanina sudah tidak senang duduk. Suara lelaki itu terlalu mengoda.

"Sayang, iam really sorry."

"Siapa perempuan tu?"

"Habib nak explain. Tapi, nak face to face. Bolehkan." pujuk Rafiqi. Suaranya sudah berubah kepada nada biasa.

"Taknak jumpa." jawab Amanina.

"Aloh. Merajuk lagilah ni."

"Ha."

"Nak pujuk?"

"Ha."

"Eleh comelnya dia. Merajuk sayang habib sorang ni." terkekeh Rafiqi mendengar celoteh tunangnya itu.

Tak sanggup nal curang kalau macam ni.

"Aku memang comel dari keciklah."

"Eleh. Mengadanya dia."

"Dah la bye. Orang nak berbual dengan dia. Merajuk pulak. Takpe la. Bye."

Talian dimatikan. Dan

"ARGHHH!! BABUN SUARA DIA! I GONNA CRAZY! SEKSI SIAK!"

"AAA CALL LA AKU BALIK GILA! KAU DAH BUAT AKU GILA! RAFIQII!"

"AKU SAYANG KAU LA!" rambut ditarik-tarik.

Kepala dihempuk di permukaan katil dan habis di atas katil berselerak bagai di hempas tsunami.

Lily was a little girl, afraid of the big wide world

"Hello?" sapa Amanina. Nama yang tertera dilihat sekilas dan dia tersenyum sendiri.

"Goodnight sayang. Sweet dream. Jaga diri, jaga hati." suara jejaka itu cukup membuatkan dia angau selama bertahun-tahun.

Aigoo.

"Habib pun sama. Jaga diri. Jangan gedik sangat dengan perempuan. Cemburu." balas si Amanina. Hujung bantal digigit.

"Elele, cutenya dia. Habib sayang, sayang sorang je." jujur Rafiqi. Dia bangun dan duduk terseyum dia sofa di dalam biliknya.

"Buaya!" terkekeh Amanina ketawa. Hujung bantal sudah basah.

"Buaya untuk sayang sorang je." usik Rafiqi. Wajah Amanina sudah memerah.

"Eii, nak on the phone sampai pagi boleh?" pinta Amanina. Dia kemudiannya bergerak ke meja solek.

Telefon bimbit disandarkan di cermin satah yang tegak meninggi itu. Ikon pembesar suara di kaca telefon pintarnya ditekan.

"Boleh je." balas si Rafiqi. Dia bergerak ke dalam biliknya. Bersebelahan bilik Amisya.

Gadis itu sudah tertidur sejak maghrib tadi. Penangan ubat tidur.

"Okay!" sorak Amanina riang. Losyen dipicit sedikit dan diusap lembut pada telapak tangan sebelum dilumur hingga ke siku.

Tangan dibawa ke hidung dan dicium sekilas. Wangi.

"Habib, nyanyi." mulut dimuncungkan.

Bukannya Rafiqi nampak pun.

"Lagu apa?" soal Rafiqi. Dia baring di atas katil. Bantal peluk diambil dan didakap rapat ke dada.

Pemberian gadis itu.

"Taknaklah ngantuk. Bye. Selamat malam sayang. Assalamualaikum." telefon disandarkan di meja kecil bersebelahan dengannya.

Jejaka itu tersenyum sendiri.

"Ceh."

"Tidur, tidur. Gigit nanti kang!" marah Rafiqi dibuat-buat.

"Selamat malam sayang." ujarnya perlahan. Cukup dirinya sahaja dengar.

Pukul 6.15 pagi

"Selamat pagi sayang. Maafkan segala dosa aku dekat kau. Aku banyak buat salah dengan kau. Aku takkkan mampu jaga kau seumur hidup aku."

"Aku sayang kau. Aku janji aku akan pertahankan hubungan kita."

Dia menangis sendiri.

Pukul 8.53 pagi

"Selamat pagi habib. Maafkan salah silap sayang. Aku ada buat dosa dengan kau. Aku tahu kau takkan mampu jaga aku. Kita pernah berpisah untuk masa yang lama, tapi kau tetap dengan keputusan kau. Kau perjuangkan aku."

"Aku janji, biar aku jaga kau. Biar sejuta orang menentang kau, kau kena ingat. Aku, bonda ,adik kau, kawan-kawan kau selalu ada untuk kau."

"Aku sayang kau."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro