31 // AmisyaAdriana
Pinggan disusun sederet mengikut bilangan kerusi yang disediakan. Sudu dan gardu juga disusun. Kerusi dijauhkan dari meja sedikit.
Masakan yang telah siap juga telah dihidang elok di atas meja berpusing itu. Tunggu ahlinya sahaja mengambil tempat dan menjamu selera.
Ruangan dapur kering itu sungguh elegan dan canggih. Berwarna coklat keemasan ditambah dengan kawasan menghijau di belakang rumah menjadikan ruangan itu antara ruangan yang sedap mata memandang.
Walaupun hanya dapur.
Bonda ke hulu dan hilir membawa dulang air untuk diletakkan di atas meja. Dibantu oleh Remy dan Rafiqi. Dua anak terunanya yang mahir masak.
"Letakkan cawan ni atas meja sekejap." ujar Bonda. Tangan masih ligat menyusun untuk sentuhan akhir pada meja makan itu.
"Okayy." Remy mengangguk dan mengangkat cawan ke meja.
"Cepat siapkan. Lagi setengah jam dah nak berbuka." kata Bonda lagi.
Setelah lima belas minit berlalu, semuanya sudah tersusun elok dan sudah siap sepenuhnya. Satu butang di sebelah peti sejuk ditekan dan meja menjadi terbelah dua. Makanan tadi masuk ke perut meja tersebut.
Dan keadaan meja menjadi normal kembali.
***
Kedai mamak yang dipenuhi orang ramai yang ingin berbuka puasa. Dia memilih meja yang paling hujung. Tempat yang agak tersorok dari orang ramai dan tidak terlalu berhimpit.
Milo O ais dipesan. Kemudian dia membuka langkah ke arah kaunter makanan. Aneka lauk di situ membuatkan perutnya berbunyi sakan.
"Ane, bagi nasi minyak tambah, kuah gulai mix semua. Lepastu ayam nak bahagian kepak. Potong kecik-kecik." seusai dia memesan makanan, pinggan dibawa semula ke meja.
Namun derapan langkahnya termati. Seorang gadis telah menunggunya di meja dengan dua gelas Air Milo.
Langkah dibuka kasar. Terus gadis itu disapanya.
"Yoww." sapa lelaki itu. Pinggan diletakkan di atas meja. Kerusi kosong di depannya diduduki.
"Haii Mil." sapa gadis itu.
"Hai perempuan hodoh." mesra sangat.
"Aww sampai hati kau."
"Bila sampai?" soal lelaki itu. Soalan wajib jika berjumpa.
"Baru ja haa." balas gadis itu. Dilihat penampilannya sudah berubah.
Jika dahulu, mascara pun tak reti nak pakai. Sekarang, nahh glow up.
"Ingat tak sudi nak berbuka dengan aku." kata lelaki itu, ala-ala merajuk.
"Eheh, biasalah. Selamat aku free harini. Kalau tak memang aku tak join aa." balas gadis itu. Suansana semakin sunyi, sudah mahu menghampiri waktu berbuka mungkin.
"Isokayh. Janji kau ada teman aku. Ha, cik tunang kau tak marah ke?" baru dia teringat tentang tunangan gadis itu. Sudah boleh digelar wanita bekerjaya nampakmya.
"Dia tak tahu pun yang aku dah balik Malaysia." balas gadis itu selamba.
"Kau biar betul? Tak mengamuk dia nanti?" Amili ketawa di hujung ayatnya.
"Kisah pulak aku." satu perangai yang masih tidak berubah.
"Jadi, how's your life dekat Itali? Best? Jumpa tak mamat mata biru kau tu?" Amili mula bertanya. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan gadis ini. Sudah hampir 3 tahun.
"Banyak wey. Hensem dia kalah si Raf. Selamat aku ni setia orangnya." balas si gadis.
"Eleh, dulu bukan main playgirl." usik Amili. Nasinya dikuis menggunakan sudu.
"Manusia boleh berubah bro."
"Kau nak makan apa ni?" soal Amili, di atas meja itu hanya ada pinggan nasinya. Di mana pinggan nasi gadis itu. Jangan kata diet sudahlah.
"Aku bawak bekal." selamba. Bekas makana berwarna hitam dikeluarkan dari beg galasnya.
"Betul ke apa aku dengar ni? Wahhh ada orang bawak bekal. Kalau dulu bukan main kau kecam budak yang bawak bekal ke sekolah."
"Ilekk." balas gadis itu. Sedikit sebanyak terhibur harinya dengan lelaki ini.
"Berbuka pukul berapa ni." soalnya. Bukannya tidak tahu, tapi sengaja mahu bertanya, sekadar mahu meluangkan waktu yang masih berbaki beberapa minit.
"7.31."
"Okay. Lagi dua minit." jam tangan dipandang sekilas.
Suasana sunyi untuk beberapa detik.
"Abang kau? Maaf aku tak melawat dia-" dia sempat dia berkata, terus Amili memotong laju.
"Isokayh la. Lagipun boleh je kau melawat bila-bila masa. Tak lari pun kubur dia." dia ketawa lagi.
"Sorry wey. Dekat sana susah betul nak mohon cuti. Alah, lagipun kalau aku nak balik sini, bukannya sehari dua. Nak juga aku relesase tension belajar lelama dekat sana."
"Aku rasa dah boleh buka ni?" kata Amili. Dia melihat meja sebelahnya sudah mengangkat tangan hendak membaca doa.
"Dia?" soal gadis itu untuk kepastian.
"Ya iyaa."
"Dah kau baca doa." tangan diangkat untuk berdoa.
***
Pinggan ditolak ke depan. Sisa nasi di dalam pinggan dikuis ke tepi. Sayur hijau juga dibuang ke tepi.
"Kenapa kau tak makan sayur?" soal Bonda.
"Tak sedap. Uwekk."
"Dulu Amili selalu makan sayur, habis lincin pinggan kalau dia makan."
Suasana sunyi. Masing-masing menunduk memandang pinggan. Sedikit terusik jika nama lelaki itu disebut.
"Tapikan, haritu..."
"Shh. Makan, senyap." tegur Bonda. Mahu mengubah topik.
"Maaf."
"Mana Mifzal dengan Ami-, maksud Bonda, Fezruz?" soal Bonda.
"Ami-?"
"Dhoom macalle! Dhoom macalle! Dhoom! Dhoom!" bunyi hingar dari pintu masuk membuatkan soalan tadi hilang dibawa angin.
"Ehh Fezruz, marilah makan sekali."
"Boleh, boleh. Tadi berbuka minum air susu Dutch Lady ja haa. Tapi Bonda kawan Fez, malam ni baru dia sampai. Ada emergency katanya."
"Ahh Amisya mana?" soal Fezruz, dia bergerak semula ke meja selepas membasuh tangan.
"Bilik, dia baru lepas makan ubat tadi." jelas Rafiqi.
"Dia dah okay?" soal Fezruz lagi.
"Macam tu la. Tapi Bonda rasa dia trauma. Dia jadi takut gelap." Bonda berkata seusai membasuh tangan. Pinggan dibawa ke singki.
"Takut gelap? Bahaya doh, kalau musuh tahu. Boleh jadi target." kata Fezruz dan menyenduk nasi, dimasukkan ke dalam pinggan.
"Dia akan okay?"
"Aku tak sedap hati."
"Kau asal?" soal Mifzal. Dilihat sahabatnya sudah seperi kucing kehilangan anaknya.
"Isya?" nama itu terluncur laju keluar dari belahan bibirnya.
"Kau jangan macam-macam." Fezruz sudah tidak senang duduk.
"Dia okay." balas Bonda.
"Ada orang berjaga depan pintu. Balkoni pun ada grill." jelas Bonda. Menghilangkan kegusaran anak terunanya.
***
Kesamaran lampu bilik membuatkan dada berombak laju. Satu-satu situasi mula menjengah kotak minda.
Dia bangun dan berjalan ke arah balkoni.
"Amili. Mana kau?"
Tangan membuka slinding door. Dilihat suasana manghrib, matahari semakin tenggelam.
"Amili, aku tahu kau masih hidup. Tunjukkan muka kau sekarang." tangan memegang penghadang. Dilihat kawasan kolam yang sederhana besarnya di bawah.
"Amili-" nama lelaki itu sekali lagi diseru.
Kaki dibawa menapak ke arah bilik air pula. Sebaik sahaja tangan mendarat di tombol pintu. Suasana gelap serta-merta.
"Pak-pakcik, bon-bonda."
Tangan mula meraba-raba dinding.
"Sesiapa?"
"To-tolong."
"Shh, diam susah betul aku nak cari kau." suara itu bermain di gegendang telinganya. Hembusan nafas kuat membelai cuping telinga.
"Kau siapa?!" Amisya menjerit seraya menolak gerangan menusia yang memeluknya.
Terasa satu alatan sejuk mengenai lehernya. Bermain di loket pemberian Bonda minggu lepas.
"Lepaskan aku!"
"Kau tahu nyawa kau sangat berharga." pisau ditekan. Darah merah mula terbit dari epidermis yang terbelah.
"Ap-apa maksud kau!"
"Kau tak tahu? Orang yang gelar pakcik tu abang kandung kau. Yang kau gelar Bonda tu ibu kandung kau."
"Mesti kau tak tahu kan?" sambung lelaki itu lagi.
"Tak. Tak kau tipu!"
Bunyi ketukan pintu mula kedengaran. Diselangi dengan panggilan namanya.
"Isya buka pintu." suara serak seseorang menyapa halwa telinga.
"Tu Bonda kau, ibu kandung kau. Kau tak patut hidup. Disebabkan kau hidup, Bonda terpaksa sembunyikan kelahiran kau. Dan Bonda tak pernah mengaku kau tu anak dia." lelaki itu bermain kata.
"Tak, tak. Kau tipu!"
"Buat apa aku nak tipu kau. AHAHAHA. Aku akan bunuh ayah kau lepas ni. Get ready okay baby."
Pak!
Tengkuknya dihentak dan dia terkulai di atas lantai. Sebentuk subang yang bersinar di bawah cahaya samar bulan memantulkan cahayanya.
"Amili?"
Mata terpejam rapat. Kepala terasa ringan. Tubuh sudah tertirap di atas lantai.
***
"Isya bukak pintu!" suara yang dikenalinya.
"Bodoh! Cepat ambil kunci pendua!" intonasi suara itu sangat merisaukannya. Namun dia tidak tahu.
Mereka ada keluarganya. Keluarga kandungnya.
"Sayang, buka pintu, Bonda taknak kehilangan anak bonda lagi. Buka pintu sayang." ibunya. Ibu kandungnya. Darah dagingnya.
"Weyh bawah pintu ada air mengalir." suara itu. Suara sahabat abangnya. Fezruz.
Dia ditipu hidup-hidup.
Untuk apa lagi dia masih bertahan. Lebih baik mati dari terus hidup dalam ketakutan setiap hari. Nyawanya diancam hampir setiap saat.
Nyawanya berharga? Nyawanya seperti emaskah?
Sebab itukah ibu kandungnya sendiri mahu membuangnya? Sebab itukah ibu kandungnya tidak mengakui bahawa dirinya adalah anak kandungnya.
Air mata mulai tumpah.
"Allah, aku tak kuat."
"Lupakan semua yang terjadi. Hamba mahu lupakan semuanya. Hamba lemah. Hamba tak kuat."
"Shit! Ni bukan air. Ni darah!"
"ISYA!!"
"MANA KUNCI PENDUA?!"
***
Dahi gadis idamannya diusap lembut. Wajahnya semakin pucat itu membuatkan hatinya bagai dihiris menjadi kepingan kecil.
Selimut ditarik menutupi dada. Rambut yang terjuntai di dahi juga diselit ke belakang telinga.
"Aku sayang kau. Aku janji, aku akan lindungi kau dari orang-orang yang cuba sakitkan kau."
Dahi gadis itu dikucup lembut sebelum dia memalingkan badan ke arah belakang.
"Amboi, sesedap adabi je kau cium adik aku, depan aku."
"Maaf, abang ipar."
"Astagaa geli woi." Rafiqi memandang tajam jejaka di hadapannya dan mula tertawa.
"AHAHAHAHAHA." ketawa mereka berdua pecah di situ.
***
Suasana tapak perkuburan itu sunyi. Masing-masing menatap pusara yang masih merah tanahnya.
Digengam tanah itu kuat sehingga meninggalkan kesan tanah liat itu di tangannya.
"Aku minta maaf." kedua tangan naik memegang batu nisan yang baru dipacak.
"Aku gagal lindungi kau." air mata laju meluncur di pipi.
"Aku zalim. Aku kejam." dada sendiri dipegang.
"Sudahla tu. Benda dah jadi pun. Redha." bahunya diusap lembut.
"Assalamualaikum." dua pasang mata mencari datangnya suara itu.
"Wa-walaikumsalam."
"Jeffri? Kenapa datang?"
"Tak boleh ke nak melawat isteri sendiri?" lelaki itu berkata sinis dan dia duduk di atas tikar mengkuang dan menatap pusara isterinya lama.
"Leha kuatkan. Kenapa tinggalkan abang?" batu nisan diusap.
"Abang redha, tapi kenapa tak ucapkan selamat tinggal dulu."
"Abang rindu. Abang harap Leha bahagia dekat sana."
"Abang janji akan selalu melawat Leha dekat sini."
"Tunggu abang okay."
Dikucup batu nisan itu lama. Air mata menitik. Diiringi hujan yang merintik.
"Isya dah maafkan segala salah Leha, dia baik. Tapi kenapa Leha tak pernah nampak setiap kebaikan yang dia buat?"
"Sekarang Qis hilangkan diri, dah berminggu tak balik rumah. Apa nak jadi dengan keluarga kita, Leha. Allah." tangan naik meraup muka. Air mata diseka dengan hujung lengan baju.
"Leha jaga diri ya. Abang tak boleh lama. Ada lagi anak abang yang tunggu abang. Leha rehat ya. Nanti abang lawat Leha lagi."
"Semoga Leha ditempatkan di kalangan orang-orang yangberiman dan diampunkan dosa-dosa. Assalamualaikum, Leha. Abang balik dulu." dia membuka langkah meninggalkan kawasan perkuburan.
Sesampainya di kereta dia memandang gerangan yang menyandar elok di pintu kereta Honda Civic miliknya.
"Serahkan Isya dekat aku. Aku boleh lindungi dia."
"Kau? Lindungi dia. Kau buat lawak ke, huh?" Tuan Jeffri membalas selamba. Mana mungkin dia membiarkan wanita itu merampas anaknya.
"Kau binatang!" pekik wanita itu. Dia menyusun langkah mendekati sang lelaki yang berada di jauh darinya.
"Dia anak aku jugak!" balas Jeffri. Wanita itu direnung atas bawah.
"Kau nak aku serahkan anak aku dekat kau? Aku rasa anak aku sendiri akan mati dalam tangan kau." sambung Jeffri.
"Kau jangan melampau!" Bonda bersuara lantang. Para pegawai peribadi bonda mendekat.
"Ka fikir aku kisah?"
"Aku akan dapatkan dia, dia anak aku!"
"Kau lupa? Dia pun anak aku jugak." tenang sahaja setiap perkataan itu meluncur.
"Aku akan buatkan kau menyesal sebab tak lepaskan dia dekat aku."
"Aku akan lagi menyesal kalau kau yang jaga dia. Kau sanggup tinggalkan kami sebab kau nak mengekor jantan, dan sekarang kau nak tuntut budak tu? Huh. Langkah mayat aku dulu."
"Kau jangan berlagak. Aku tahu masa tu salah aku. Aku tak patut buat macam tu, aku menyesal. Aku nak minta-" wanita itu hendak meraih lengan Jeftri namun sempat lelaki itu mengelak.
"Maaf? Maaf kau dah terlalu lewat. Aku dah benci tengok muka kau!" marah Jefrri. Dia menapak ke dalam keretanya dan muka mengidupkan enjin.
"Aku akan pastikan Amisya, jadi hak aku sepenuhnya." wanita itu menyepak pintu keretanya.
"Aku akan rampas dia dari kau, baik kau bersedia dari sekarang."
Tubuh seakan tersedar dari alam mimpi yang begitu menyesakkan. Mata terbuntang luas bagai mahu terkeluar dari soketnya.
Dengupan jantung berombak laju. Badan berpeluh seakan baju lepas melakukan aktiviti lasak.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro