Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3 // AmisyaAdriana

Amisya duduk termenung di atas katil sendirian. Dia mengeluh lemah

Tubuh menghenyak tilam katil. Tangan ditongkat ke dagu dan dia menirap memandang meja tulisnya

"Bosannya." bebola mata meliar ke kiri dan ke kanan

And

"Ahh finally. Hope kau tak hampakan aku." ulahnya sendiri

Laptop di atas meja dia ambil dan kembali ke posisi tadi. Gadjet itu dihidupkan dan dia memasukkan kata laluan

"Yahhh my husband wait for me!" jerit dia sendiri. Jari lincah menari di atas papan kekunci

Aplikasi iqiyi pantas dibuka. Dia meneroka di bahagian Kdrama.

"Drama baru apa best eah?" monolognya sendiri.

"Okay. I know. Doctor Stranger wait for me." sorak dia sendiri

***

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai

Qaisara berjalan bersama kumpulannya menuju ke makmal sains memandang waktu sekarang adalah waktu kimia.

Muka masam ditayangkan sepanjang perjalanan. Rakannya naik hairan selalunya dia tidak begitu. Pasti ada saja yang mahu diusiknya, mulut itu tidak akan berhenti berceloteh

"Kau kenapa?" soal Damia, rakannya di sebelah kiri menolak bahunya

Langkah Qaisara terhenti. Dia memandang Damia tajam, kemudian dia tersengih sendiri

"Kau asal ni duh? Pelik. Tetiba senyum macam tu. Creepy bodo." kata rakannya di sebelah kanan pulak, Natalie

"Diam ah." balas Qaisara endah tak endah. Dia mengorak langkah menuju ke depan, meninggalkan raknnya yang lain di belakang

Qaisara berlari ke arah bertentangan dengan makmal sains, mereka hairan

"Kayla! Nak kemana tu?" Damia dan Natalie turut berlari mengejar langkah rakannya sorang itu

Langkah Qaisara berhenti di salah satu kelas kosong. Dia masuk ke dalam kelas itu senyap-senyap. Digeledah beg yang berada di dalam kelas

"Woi line tak clear kau buat kerja pun." marah Natalie dan 'menolong' Qaisara menggeledah beg di dalam kelas

"Mia, jaga pintu." arah Natalie

Semua beg digeledah. Ada duit, kotak pensil, telephone pintar dan minyak wangi. Semuanya diambil tanpa meminta izin tuan empunya

"Wahh ada tiga iphone. Jual kaya duh." kata Damia teruja

Semua barang curian itu dimasukkan ke dalam plastik biru. dilipat plastik itu sebaik mungkin dan dibawa bersahaja. Untuk mengelakkan dari dihidu oleh pengawas yang lalu-lalang.

Mereka keluar dari kelas itu dan menuju ke kantin. Qaisara meletakkan barang curian di atas meja. Dia duduk bersebelahan dengan Damia dan berhadapan dengan Natalie

"Cakap dekat makcik kantin, suruh anak dia tunggu aku time balik sekolah." arahku. Damia mengangguk faham dan berlalu pergi

"Kalini kau nak jual dekat siapa? Untung how much? Kau tahu dah lama aku tak buat kerja ni." soal Natalie. Dia memandang aku

"Saja buat suspens. Menjadi tak?" soal Qaisara selamba. Dia memandang Damia yang bersembang dengan makcik kantin

"Aku nak jual dekat Remy.aku tak pasti about untung, tapi tengok phone uish, iphone 7+ duh. So aku rasa dapat la rm500 kut." balas Qaisara. Kedua tangannya bersatu dan menongkat dagu

"Wahh." balas Natalie teruja

Damia menghampiri mereka berdua. Dia mengangguk kepada Qaisara dan mereka semua beredar dari kantin

***

Bilik Amisya , rumah

Rambut Amisya ditarik kasar. Kepalanya dihentak ke kerusi kayu. Mata terasa berpinar. Dunianya seakan nampak terbalik.

"Woi, baju kenapa tak lipat lagi. Kau ingat ni istana ada pembantu nak tolong kau!" marah ibu. Tangannya meramas kasar rambut Amisya

"Kau pergi lipat sekarang!" jerkah ibu dan menolak badanku ke depan. Kepala terhantuk di bucu katil

"Ouh kau main benda alah ni kan!?" soalnya. Wajah tua itu memandang laptop kesayangan Amisya tajam

"Kau tengok apa dalam ni sampai aku panggil berkali-kali kau tak menyaut! Kau tengok benda lucah ke!" suara ibu masih kuat menjerkah

Amisya diam terkutik.

"Bangsat! Hei perempuan kau dengar sini eah. Ni rumah aku. Peraturan aku. Kalau kau nak duduk dalam rumah ni, baik kau ikut cakap aku. FAHAM!" rambut dicekak kasar kembali. Terdongak kepala Amisya memandang wajah tua itu

Laptop aku diangkat tinggi sebelum

Brang !

"Ibuuuu, jangan." rayuan nya tidak dihiraukan

Laptop sudah mendarat di atas lantai. bersebelahan dengan tubuh Amisya. Frame kaca gambar keluarga itu ibu ambil dan mencampak ke atas kepingan laptop yang retak seribu itu

Prang !

Hancur berderai. Cebisan kaca melekat di kaki aku abaikan. Lantai mula basah dengan cecair pekat dari kaki Amisya

"Sampai hati ibu buat isya macam ni." tangisannya pecah

"Kau tak layak pun nak hidup sebenarnya. Kau menumpang! Buatlah cara menumpang. Berhenti menangis sebelum mati aku pukul kau!" rahang dicekak kasar

Pipi ditampar kuat. Bibir pucat itu pecah

"Aku cakap berhenti menangis!" jerkah ibu. Pipi ditampar sekali lagi

"Kau jangan keluar bilik. Kau keluar! Kau mati!" kaki dihentak pada lantai dan berlalu pergi. Pintu bilik kedengaran dikunci sebelum semuanya sunyi

Badan digagahkan untuk berdiri.

Buk !

Tubuhnya jatuh terhempas ke lantai. Air mata sudah jatuh mencurah-curah. Sesekali-sekala terdengar mulut kecil itu menahan perit apabila airmata terkena bibir yang pecah

***

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai

Kring !

Bunyi loceng tamat sekolah memecah suasana sunyi kelas 4satria ( tingkatan 4 ) . semua murid di dalam kelas bersorak gembira bagai. Kecuali seorang, Qaisara Mikayla

"Aku jumpa Remy, korang boleh balik." kata Qaisara dan mencuit bahu kedua rakannya

"Ha ahh. Aku pun actually kena balik awal." kata Damia. Dia segera beredar dari kelas dengan menggalas beg BTS miliknya

"Betul ni kau tak nak aku teman?" soal Natalie mendapatkan kepastian

"Yah." balas Qaisara sepatah dan meninggalkan Natalie seorang diri di dalam kelas

"Nasib kau laa lebai . aku nak teman kau tak nak." Natalie mengomel sendiri dan dia pun berjalan keluar dari kelas

Mau pulang duluan !

Qaisara berjalan sendiri ke kantin sekali-sekala memandang sekeliling yang penuh dengan manusia yang berpusu-pusu berlari untuk pulang

'Macam la rumah kau lari.' monolognya sendiri

Langkah dilajukan menuju ke kantin. Dia duduk di salah satu kerusi batu yang berada di astaka di sebelah kantin

Astaka itu khas untuk perempuan. lelaki dilarang sama sekali melepak di situ. Kantin pula dibuka untuk semua pelajar tidak kira lelaki atau perempuan.

Kelibat yang dicari mendekati dirinya. Dipandang wajah itu lama.

"Ada barang baru? Beria nak jumpa kenapa?" soal lelaki itu. Wajah kosong tidak beriak apapun

"Yaa. Aku nak tolak phone dekat kau. Berani ambil tak?" soal Qaisara. Mata sedaya upaya memandang ke arah lain

"Brand apa? Kalau biasa-biasa aku tak nak ambil." kata lelaki itu. Badannya disandarkan ke tiang besi memisahkan ruangan astaka dengan kantin

"Iphone. Baru lagi. 7plus" balas Qaisara. Akhirnya matanya bertembung dengan mata hitam milik Remy

"Ehem. Bagus ahh. Mana barang." lelaki itu berdehem sekilas memyambung ayatnya

Qaisara membuka zip bagnya, plastik biru berisi telefon pintar itu diserahkan kepada Remy. Plastik bertukar tangan

Lelaki itu memalingkan badannya dan membuka langkah ingin pergi

"Kenapa kau sukakan budak tu berbanding aku?!" suaranya yang agak kuat itu membuatkan orang sekeliling memandang dia hairan

Kepala ditunduk mengukur lantai

"Sebabnya. Terlalu banyak-

Esakan kecil mula terdengar

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro