28 // AmisyaAdriana
Kring!
"Woi bangun! Sahoq!"
"BANGUN WOII!"
"SAHOQ! SAHOQ!"
Bantal dibaling ke muka Affendi yang terlentang tidur di atas lantai.
"Bangun." giliran Rafiqi pula mengejutkan lelaki itu bangun.
Lampu bilik itu dibuka dan penyaman udara dimatikan. Langsir diikat, tingkap dibuka seluasnya.
"Emphh. Emphh." lelaki itu mengeliat. Menendang apa yang sahaja yang berada di kakinya.
"Bangun. Sahur."
"Phukul bewapa?" soal lelaki itu. Dia menarik selimut menutup kepalanya.
"Pukul kau sampai mati. Bangun cepat la siot." bantal peluk dibaling ke arah lelaki itu.
Affendi masih tidur. Nyenyak.
"Biarkan jelah dia. Nanti tengah hari dia lapar." bilik mula sunyi.
"Aish, kesian pulak. Tapi kisah pulak aku." balas Rafiqi dan dia pun berlalu pergi.
Dan Affendi menyambung lenanya. Aman tanpa gangguan.
***
Nasi dicedok ke dalam pinggan yang tersusun di atas meja. Menu sahur mereka simple sahaja.
Nasi goreng, ayam berempah dan jus kurma.
Sunyi. Hanya kedengaran sudu dan pinggan berlaga. Sesekali air diteguk dari mug.
Mata seakan tidak mahu terbuka. Rindukan bantal di dalam bilik.
"Aip, makan dulu. Nanti tak boleh tahan perut sampai petang." tegur Amisya. Dilihat kesemua lelaki dihadapnnya itu lali kecuali Rafiqi yang sedang fokus pada makan, dan Mifzal sudah melentokkan kepala di tepi pinggan.
"Ngantuk." balas fezruz. Mata diusap.
"Makan la dulu, habis makan boleh sambung tidur."
"Iyalah." balas Fezruz.
"Tapi sebelum tidur, solat subuh dulu."
Mifzal memangku kepala.
"Andweaa?" [ kenapa? ] soal Fezruz. Dia merenung Amisya tidak puas hati. Manakala Mifzal sudah tertidur. Tangan diletakkan di dalam pinggan nasinya.
"Kalau mati, tak masuk syurga sebab tak solat subuh macam mana?" balas Amisya. Dia menghabiskan nasi di dalam pinggan.
"Cepat habiskan nasi tu. Lepastu habiskan jus." arah Amisya. Pinggan dibawa ke singki dan dibilas.
"Okay."
***
Televisyen dibuka. Pantas aplikasi Neflix dicari. Remote televisyen bertukar tangan.
"Nak tengok apa?" soal Amisya. Dia duduk di sofa satu.
"Tengok Peninsula nak?" cadang Remy.
"Apa itu?" soal Fezruz. Dia memandang Rafiqi yang memegang remote.
"Korean film." jawab Rafiqi.
"Interesting. Nak." Si Fezruz menepuk tangan suka. Macam budak-budak.
"Tapi zombi tau. Jap sekarang pukul berapa?"
"Pukul 4.54."
"Tak sempat habis sebelum subuh. Tapi tidak mengapa, lepas subuh kita sambung tengok."
Mifzal yang baru turun dari tangga itu tergesa-gesa berlari ke arah sofa.
"Woi sabajap. Aku baru nak duduk."
Dan lima pasang mata sudah mula fokus ke arah kaca televisyen sebaik sahaja tayangan dimulakan.
***
Loceng tamat waktu pertama persekolahan membuatkan dia mengeluh dan bangun menolak kerusi kebelakang. Buku disusun dan bibir mula mengira bilangan buku.
"Siapa lagi tak hantar buku?" soal Cikgu lelaki muda berbaju biru gelap.
"Amanina. Dia tak bawa buku cikgu." salah seorang murid di dalam kelas itu menjerit memetik nama rakannya.
"Erkk." Amanina tergagap. Dia menunduk memandang lantai.
"Mana buku?" soal cikgu. Wajah Amanina direnung.
"Erkk tertinggal atas meja study cikgu."
"Kamu nak simpan buku untuk siapa baca dekat rumah? Kucing kamu?" marah cikgu lelaki itu. Prakesh namanya. Sir Prakesh.
"Kucing mana reti membaca." gumam Amanina.
"Apa kamu cakap?"
"Tak. Tak cakap apa-apa?" balas gadis itu. Kuku mula bermain dengan kuku.
"Kamu buat banyak masalah dalam kelas saya jangan sampai saya buang kamu dari kelas saya." marah Sir Prakesh. Dia menyelupkan tangan ke dalam poket seluarnya.
"Ha. Amisya minggu ni baru nampak muka. Lama cuti. Pergi mana? Ingat sudah mati." wajah amisya ditilik.
Bahasa tak boleh indah lagi ke?
"Ingat eah. Kehadiran kamu saya catat setiap hari, tak datang sekolah seminggu berturut-turut boleh kena buang. Sepatutnya kamu saya dah buang. Nasib otak boleh pakai."
"Budak ada otak, tapi tak reti guna." sir itu mengumam sendiri dan mengemas buku yang dikutip tadi.
"Okay kelas. Terima kasih."
"Terima kasih cikgu." murid di dalam kelas itu mula berdiri dan mengucapkan selamat.
"Huh, orang tua tu mulut memang tak boleh control." Mifzal bersuara.
"Dia memang macam tu. Tapi betul jugak, bulan ni saja dah berapa hari Isya tak pergi sekolah."
"Ada sebab is okay. Kan?"
"Memang la. Tapi banyak dah pelajaran yang Isya tinggal. Takut nanti tak sempat nak cover semua bab time spm."
"Rehat japgi..."
"Puasa Mifzal."
"Ouh. Aku lupa." lelaki itu menggosok batang tengkuknya.
"Isya tolong kutip buku sejarang latihan. Cikgu Fuad nak. Sebelum balik letak atas meja dia." arah Laila, penolong ketua kelas.
"Why me?"
"Cikgu sendiri yang mintak. Dia cakap lepastu nal discuss pasal kelab sejarah dengan kau. Kau kan pengerusi."
"Okay bereh. Terima kasih."
"No problem."
***
"Buat nota bab 5 sampai bab 6. Minggu depan cikgu nak kutip buku." arah Cikgu Suraya. Dia menulis sesuatu di papan putih.
"Banyaknya cikgu." adu Mikael.
"Nak saya tambah sampai bab 8 ke?" cikgu itu mengugut dan memandang ke arah anak muridnya.
"Ujian nanti saya target kelas kamu semua dapat paling rendah 70. Bawah dari tu saya bagi hadiah."
"Kalau dapat A plus cikgu." Kimi mengangkat tangan dan bertanya.
"Baguslah." balas Cikgu Suraya.
"Mifzal, lepas kelas jumpa saya."
"Buat yang terbaik masa ujian nanti. Ni yang akan tentukan apa yang kamu belajar masa menengah rendah dulu."
"Ingat isi penting, jangan hafal tapi faham. Sejarah ni kalau dah dapat dia punya key, senang ja."
"Memang la senang, cikgu yang buat soalan." gadis itu mengumam sendirian.
"Apa kamu cakap? Ulang."
"Ngak ada apa." balas murid itu. Dia menggeleng kepala saat cikgu itu mendengar omongannya.
"Usaha takkan pernah mengecewakan. Jadi berusaha sebelum tawakal abadi." kata Cikgu Suraya lagi.
"Okay, saya keluar awal harini. Ketua kelas." guru itu bangun dan berjalan ke arah pintu kelas sebelum berpaling semula.
"Terima kasih cikgu." ujar kimi dan diikuti pelajari yang lain.
"Terima kasih cikgu."
"Mifzal jangan lupa."
"Baik cikgu." balas Mifzal.
Sekelepas meminta kebenaran guru subjek yang telah masuk, Mifzal terus keluar dan kakinya melangkah ke arah bilik guru.
Loceng di tepi pintu bilik guru ditekan beberapa kali sebelum pintu kayu itu terbuka dengan sendirinya. Misi yang pertama.
Cikgu Suraya.
Meja yang paling belakang dihampiri. Pintu bilik diketuk sebelum pintu gelangsar terbuka dengan sendirinya. Automatic slinding door.
"Ha lambat." Cikgu suraya tertawa kecil dan menyuruh lelaki itu duduk di hadapannya.
"Sorry aa." balas Mifzal.
"Ada apa nak jumpa?" soal lelaki itu lagi.
"Aku ada maklumat terbaru pasal Amili." ujar Cikgu Suraya.
"Di-dia masih hidup?" Mifzal terkedu.
Sahabatnya.
"Aku tak pasti. Tapi..." perbualan itu terhenti.
Ting! Ting! Ting!
Bunyi itu. Cikgu Suraya mencuri pandangan ke arah laptopnya. CCTV di depan pintu menunjukkan ada pelajar perempuan yang menekan loceng. Anak muridnya.
"Ada manusia di depan pintu." kata Mifzal. Dia mahu mengangkat kaki dan berlalu pergi. Namun langkahnya terhenti.
"Auto cover." kata Mifzal dan melepaskan tawanya.
"Apa-apa kau roger aku." kata Mifzal lagi. Dia memandang pintu itu lama sebelum lengan bajunya ditarik.
"Okay. Aa Rafiqi..." percakapan wanita itu terjeda.
"Kau tahukan dia dan bertunang." balas Mifzal mendatar
"Tapi diorang tak kahwin lagi, jadi aku masih berpeluangkan?" masih ingin bermain kata dengan lelaki itu. Mereka sebaya.
"Kalau kau nak mati dengan tunang dia, cubalah." Mifzal memprovok wanita di hadapannya itu. Mereka seusia.
"Ceh, perempuan tu ja pun." balas Cikgu Suraya. Ataupun nama gelarannya, Sue.
"Eheh, cakap besar. Dekat depan dia kau tergagap jugak." Sue masih terkejar-kejarkan lelaki itu walaupun hakikatnya lelaki itu sudah mempunyai teman hidup.
Aish, punya banyak kumbang, kumbang orang jugak yang dia mahukan.
"Dia tu kolot."
"Sekurangnya Rafiqi sayang dia." balas Mifzal. Selamba mahu menyakitkan hati rakannya itu.
"Eii benci aku dengan perempuan tu."
"Aku tak suruh kau suka dia pun."
"Kau ni kan!"
"Apo?"
"Perempuan tu tak habis lagi belajar. Sibuk nak tunang bagai. Dah lama tahu tak Rafiqi tunggu dia. Tak salah aku, dekat 4 tahun kan si Rafiqi tu tunggu perempuan tu?" Sue mahukan lelaki itu. Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap anak majikannya.
"Kau tak payah la sibuk. Tu antara Tuan dengan tunang dia. Tak ada kaitan pun dengan kau." tangan diselup ke dalam poket seluar.
"Cakap dengan kau, sama macam cakap dengan dinding." balas Sue. Dia menghentak kakinya.
"Chiao. Cakaplah dengan dinding tu." Mifzal menekan butang di sebelah slinding door dan menunggu beberapa detik sebelum pintu menggelongsor ke tepi.
"Dia tu perampas."
"Sekurangnya dah bertunang. Dari bertepuk sebelah tangan."
***
Hotel Del Mariposa
Kira-kira lagi setengah jam sebelum waktu berbuka. Suasana lenggang itu membuatkan mereka tidak perlu bersesak-sesak.
Hidangan sudah pun terhidang elok di atas meja. Mereka duduk sekeliling meja yang berputar secara automatik itu. Terdapat enam jenis hidangan berlauk, nasi tomato dan dua jenis pencuci mulut, dan air seperti biasa, jus kurma.
"Tak sabar nak makan." Mifzal meggosok perutnya.
"Uwuu sedapnya." Affendi menatap hidangan itu penuh minat.
"Kalau ikutkan harini dan masuk puasa yang kesepuluh. Eii takbsabar nak cukupkan sebulan puasa." kata Fezruz bersemangat. Padahal mereka tidak tahu bahawa dia telah bercuti puasa selama sehari hari itu.
"Baguslah kalau dah niat nak penuhkan. Jangan tuang pulak." kata Remy. Dia duduk bersebelahan dengan Amisya.
"Eheh manada." dia tersegih.
Pelayan datang menghampiri dan meletakkan beberapa gelas di atas meja berserta penutupnya. Mifzal memerhati gelas itu lama sebelum menarik salah satu daripada kesemua gelas itu.
"Eah kejap, kenapa air Isya lain?" Mifzal terperasam sesuatu yang aneh.
"Betul. Kenapa air dia warna kebiruan. Yang lain jernih?" Fezruz bersetuju.
Remy terus mencapai gelas itu dah dihidu.
"Bau dia pun lain."
"Ada apa-apa ke?" soal Rafiqi kasar. Pelayan itu terkejut dan berundur setapak ke belakang.
"Saya tak tahu apa-apa?" pelayan itu mula gelabah. Diramas apronnya kuat.
"Kau!"
Prang!
Prang!
Prang!
Bunyi kaca pecah bertebaran di seluruh kawasan dewan makan itu. Masing-masing terkaku dan terus berdiri tegak mencari arah punca bunyi itu dari mana.
Plak!
Ruangan dewan yang terang benderang tadi mula menjadi gelap gelita. Mereka meraba-raba mencari satu sama lain.
Kedengaran tapak kaki menghampiri membuatkan mereka terus terkaku.
"Holla dear friend. Masih ingat aku?"
"Siapa?!" suara Mifzal kedengaran menjerkah kuat.
"Arghh!" suara Amisya memjerit membuatkan mereka terkedu.
"Isya!" Rafiqi memanggil.
"Pakcik!" panggilan disahut. Tangan Amisya dikilaskan di belakang.
"Kau diam." terasa benda asing yang sejuk menyapa kulit badannya. Keras.
"Jai, call back up." arah Rafiqi. Dia menunduk meraba mencari telefon pintarnya.
"Aku tak tahu phone dekat mana." Remy dan Fezruz membalas. Seraya turut menunduk mencari alat telekomunikasi mereka.
"Shit!" carut Rafiqi.
"Cari kedudukan bangsat tu." arah Rafiqi. Telefon tidak dijumpai tapi dia terpegang sesuatu.
"Pakcikk!" jerit Amisya. Itu kakinya
"Isya!"
"Say tata, kita dah nak pergi." lelaki itu menarik Amisya menjauhi Rafiqi. Suasana gelap membuatkan mereka melanggar meja-meja yang berdekatan.
"Lepaslah, sakit." Amisya menggelupur di dalam cengkaman lelaki itu.
"Lepaskan Amisya!" samar-samar suara Fezruz kedengaran di corong telinganya.
"Kau siapa nak arahkan aku?" marah lelaki itu. Pistol diletakkan di pinggang gadis itu.
"Bodoh!" marah Remy.
"Lepaskan aku!" Amisya menggelupur melepaskan diri lagi.
"Kau bergerak, peluru tembus kepala kau." lelaki itu memberikan amaran, sepucuk pistol diletakkan di dahi Amisya yang menggeletar ketakutan.
Bang!
Bang!
Bang!
Bang!
Tubuh lelaki itu jatuh terkulai di atas lantai. Nafas gadis itu terhenti. Dunianya bagai sudah berakhir. Nafasnya tersekat di kerongkong.
Plak!
Suasana gelap tadi bertukar menjadi tragis. Darah pelayan lelaki mula mengalir keluar dari jasad. Lantai mula kotor.
Pistol berdekatan lelaki itu diambil dan dicampak ke tepi.
"Siapa yang shoot tadi?"
"Kau sempat call backup ke?" soal Remy.
"Aku tak sempat buat apa pun. Phone aku pun entah ke mana."
"Siapa yang tolong?"
"Abaikan yang tu dulu. Kita kena selamatkan Isya."
"Isya."
Gadis itu duduk memeluk lutut rapat ke dada. Peluru melalui sipi kepalanya. Lengannya juga berdarah teruk.
Air mata tetap tidak mengalir. Seakan tidak mahu tumpah. Badannya bergetar menahan ketakutan. Sampaiah ada satu haba yang mendekat, dia mencelikkan matanya dan
Badan mereka bersatu.
"Isya okay kan?" pertanyaan itu dibalas dengan gelengan. Remy merapatkan kepala mereka dan melabuhkan ciuman di situ. Berlapikkan tudung yang dipakai.
"Tangan Isya darah." ujar lelaki itu lagi. Dibelek tangan itu lama.
"Kejap, nanti bantuan sampai."
"Kejap okay. Tahan. Shhh" lelaki itu mengusap kepala berlapik tudung itu perlahan. Menenangkan gadis itu.
"Isya?" kepala gadis itu elok terlentok di atas bahu Remy. Lelaki itu menangku kepala gadis pujaannya dari terjatuh.
"Isya?" kepala gadis itu kian memberat, bagaikan ada tarikan graviti yang kuat.
Dunia gelap dan seakan dunia itu berputar mengikut kehendaknya. Semakin lama, semakin gelap. Bintang dan bulan seakan tidak bercahaya lagi. Gelap. Sepi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro