26 // AmisyaAdriana
Hujan renyai-renyai di iuar langsung tidak menggangu dia dari menatap ke luar balkoni bilik. Dia duduk termenung menongkat dagu melihat seorang lelaki yang berada di luar rumahnya.
Sedari tadi, pintu biliknya diketuk bagai mahu roboh. Tapi dia hanya mengabaikan.
"Isya, kesian dia. Hujan dah tu." lirih sahaja suara Tuan Jeffri menyapa gegendang telinga.
"Ayah...Isya penat. Nak tidur." dia membalas lambat-lambat.
"Isya, tak baik susahkan orang." ucap ayah. Tombol pintu dipulas. Namun hampa, berkunci.
Diam.
"Ayah, nak duit." satu suara lain menyampuk.
"Nak buat apa?" soal ayah.
"Nak beli buku." jelas suara tadi. Perlahan namun cukup dapat didengari.
"Cikgu telefon semalam." ayat dibiarkan tergantung.
"Lepastu?" soal Qaisara selamba.
"Qai, dah sebulan lebih dah tak sekolah. Pergi mana?" bahu anaknya itu dipegang dan ditatap dalam. Balasan mata itu dibalas dengan jelingan.
"Sibuk apa?!" tangan kasar itu ditepis. Kaki dihentak tanda memberontak.
"Qaisara! Jangan melampau!" tangan diangkat tinggi.
"Tampar! Tampar! Kau tu dayus!"
"Aku lagi dayus kalau aku biarkan anak aku jual diri dekat jantan!" suara Tuan Jeffri memekik kuat.
Qaisara terkedu.
"Macam mana ayah tahu?" terus kepala ditunduk mengukur lantai.
"A...ayah." tangan kasar itu cuba dicapai.
"Masuk bilik. Tak payah dah nak ke sekolah." langkah dibuka dia berura-ura mahu pergi.
"A...ayah." jemari ayahnya ditarik. Pergerakan lelaki berusia terhenti.
"Masuk sekarang." jari telunjuk dituju ke arah pintu bilik Qaisara. Menyuruh gadis itu masuk ke dalam bilik.
"Ayah tak marah, cuma kecewa. Anak yang ayah didik dari kecil, lempar arang dekat muka ayah balik. Macam ni ke Qai balas jasa ayah? Jasa ibu?" air mata lelaki itu gugur. Dia gagal. Gagal dalam mendidik anaknya.
"Shut! Kau diam!" Qaisara menutup telinga dengan kedua tapak tangan. Dia duduk mencangkung di lantai.
"Ibu mati sebab perempuan tu." dia bangun dan memegang tombol pintu bilik Amisya.
Pintu bilik Amisya ditendang kuat.
"Sebab kau, ibu mati. Sebab kau! Sebab kau, aku jadi macam ni. Semua salah kau!" dia muka menjerit. Bagaikan kerasukkan.
"Kau tak patut wujud la sundal." kaki terus-terusan menyepak pintu bilik Amisya.
Pang!
***
Pintu pagar utama dibuka.
Riak muka Remy berubah.
Gadis di depannya itu membuatkan dia mengoyak senyuman. Tidak sia-sia dia berdiri sejak pukul 8 malam tadi.
Jam di tangan dikerling.
10.24
"Isya."
"Masuk." ringkas. Terus dia berjalan masuk ke dalam rumah semula.
Di pintu rumah pula, Amisya terlanggar bahu Qaisara yang tergesa-gesa keluar dari rumah.
"Buta ke?!" marah Qaisara.
"Rasanya kau yang langgar aku."
"Woww. Dah pandai membalas. Kau kan yang bunuh ibu?" soal Qaisara. Rahang Amisya dicekak kasar.
"Lepaslah." tangan itu ditolak membuatkan Qaisara terkebekang beberapa langkah.
"Amazing. Bagitahu ayah kesayangan kau tu. Malam ni aku tak balik."
"Kau nak pergi mana?" soal Amisya. Malas sebenarnya mahu berborak panjang dengan gadis di hadapannya ini.
"Suka hati aku. Sibuk kenapa? Kubur asing-asing. Yang kau nak kisah kenapa?" balas Qaisara. Kasut boot hitam di dalam rak dicapai.
"Memang la kubur asing-asing. Tapi nanti kalau kau kena sebat, tak ke kau menjerit. Bising, tak aman aku dekat sebelah kau."
"Masatu, jangan cakap yang aku tak bagi amaran." sambung Amisya. Dilihat Qaisara dari atas ke bawah.
"Uhh. Siapa yang ajar kau cakap macam ni? Mifzal? Tak pun apa nama dia? Yang kuat perasan tu. Amili. Haa." Qaisara membalas sinis. Terus rambut yang diikat tinggi itu dilepaskan.
Remy yang berada di belakang Amisya hanya melihat pergaduhan mulut antara adik-beradik itu tanpa mencelah.
Dirinya lebih teruk. Bergaduh dengan keluarganya sendiri. Akhirnya dia yang terbuang. Mamanya lebih memilih orang luar berbanding anaknya sendiri.
"K. Aku blah dulu. Bye." tangan diangkat dan dia berlalu pergi.
"Sorry. Masuk. Ayah ada dekat bilik bacaan." dia mempelawa lelaki itu masuk ke dalam rumah. Sebaik lelaki itu menjejak kakinya masuk ke dalam rumah.
Amisya menutup dan mengunci pintu. Dia berjalan di belakang lelaki itu pula. Bukannya lelaki itu tidak biasa di rumahnya.
"Aku nak jumpa kau." jelas Remy perlahan.
"Motif?" soal Amisya tidak puas hati.
"Ayah kau dah bagitahu?"
"Dah. Kau duduk sini sampai lepas raya. Kan?" dia bertanya untuk kepastian. Pelik betul.
"Yah. Begitulah kisahnya. Ayah kau izinkan. Dan aku akan stay dekat bilik tetamu. Eleh, lagipun lagi dua hari dah puasa. Ilekk aa."
"Bagus kalau dah tahu. Aku nak naik dulu. Goodnight." Amisya meminta diri untuk masuk kembali ke dalam bilik.
"Eah, Iskandar. Bila sampai?" satu suara menyampuk membuatkan Amisya mengeras. Taktiknya untuk melarikan diri gagal.
"Isya buatkan air untuk tetamu. Ambilkan tuala. Kesian, Is sejuk tu dekat luar." arah ayah. Amisya menjulingkan matanya ke atas.
"Terima kasih uncle. Isya cepat." Remy menjeling Amisya membuatkan gadis itu merengus kasar.
"Dasarin." Amisya berlalu ke dapur. Kettle diisi dengan air paip dan dimasukkan ke dalam sarangnya kembali. Plug di-on-kan dan dia meninggakkan air itu supaya dididihkan sendiri.
Automatik kettle.
Dia kemudian melangkah ke arah bilik stor. Walaupun bilik stor, namun keluasannya hampir setengah dari master room. Luas.
Almari dibuka. Tuala baldu berwarna biru dan sut mandi diambil. Dibawa ke ruang tamu dan diserahkan kepada Remy yang sedang rancak berbual.
Dia menapak pula ke dapur. Uncang teh dimasukkan ke dalam jag, dan air panas dimasukkan perlahan-lahan. Diletakkan gula beberapa sudu.
Dulang dikeluarkan dari almari.
"Hai." satu suara menyapa.
"Apa?" balas Amisya tidak berminat.
"Nak tolong."
"Tak payah. Dah siap dah pun." dia membawa dulang ke ruang tamu.
"Mana ayah?"
"Dah naik atas." jelas Remy.
"Okay. Dah minum, pepandai letak dalam singki." arah Amisya.
"Uish. Kena buat sendiri ke?"
"Dahtu. Kau fikir rumah ni ada bibik." Amisya mencekak pinggang. Wajah lelaki itu direnung.
"Kau la bibik tu." balas Remy selamba.
"Banyak cekadak kau." marah Amisya.
Air dituang ke dalam cawan kemudian diserahkan kepada lelaki itu.
"Minum."
"Kau dah kenapa paksa aku minum? Ada racun eah?" Remy menolak cawan menjauhinya.
"Tak kuasa aku nak racun kau. Minum la cepat. Tadi duduk bawah hujan lama. Nanti kau demam pulak." dia masih mencekak pinggang memerhati gelagat lelaki itu.
Sejujurnya dia mahu tergelak sahaja melihat teletah lelaki itu, tapi ditahan. Tidak mahu meruntuhkan egonya.
"Kau risau eah?"
Timba. Timba. Nak muntah.
"Ya Allah. Jangan perasan boleh tak."
"Dah la. Aku nak masuk bilik. Terima kasih untuk air ni." air dicicip. Remy membuka langkah meninggalkan Amisya di ruang tamu.
"Sabar jelah aku." Amisya mengurut dadanya perlahan.
***
Ting!
Mifzal kurus 😐
Petang ni aku gi rumah kau.
Okay bhai.
***
Pesanan ringkas itu dibaca dan ditutup.
"Masak. Lepastu main phone. Macam mana lauk kau tak rentung." dia menyampuk lagi.
"Suka hati aku la."
"Ada apa-apa yang boleh aku tolong. Memandangkan aku pandai memasak ni."
"Aaaa tolong. Tolong sangat. Diam. Bising tahu." Amisya menutup kedua lubang telinga dengan jari telunjuk.
"Hek eleh." balas lelaki itu. Kerusi ditarik dan dia duduk di situ.
"Meh sini aku tolong. Kau nak masak apa?" papan potong dan bawang di atas meja dicapai.
"Aa aku tahu. Kau nak buat masak asam kan. Apa kata kau tukar. Aku rasa nak makan asam pedas ikan pari." cadang Remy, atau lebih tepatnya memaksa gadis itu memasak untuknya.
"Astagaa. Kau fikit aku bini kau. Nak kena ikut telunjuk kau." marah Amisya.
"Siap. 10 minit. Kita keluar beli barang nak masak asam pedas ikan pari." intonasi suara berubah. Tegas.
"Kau siapa nak arahkan aku." Amisya masih duduk di atas kerusi menghiraukan lelaki itu. Gila.
"Future husband kau." balas dia selamba.
"Hello polis. Ada orang gila dekat sini." Amisya mengangkat pisau meletakkan di telinga.
"Kau yang gila. Siapa ja guna pisau untuk call polis." balas Remy. Wajah mencuka gadis itu membuatkan dia tergelak.
Maghoh. Maghoh
***
Amisya membuat pusingan 360 darjah di depan pintu mall yang besar itu. Mall itu dikatakan baru dibuka pada minggu lepas. Dan menuru kata Remy, ada promosi kaw-kaw selama sebulan.
Dan yaa. Dia dihereta itu mengikuti lelaki itu atas keizinan ayah. Dunia sangat kejam.
"Tak payah nak happy sangat. Cepat." lelaki itu menarik sling bag Mickey Mouse Amisya.
"Nanti Mifzal datang au." dia menendang perlahan kaki lelaki itu.
"Lah. Kenapa tak cakap awal-awal."
"Dah cakap dah la tu."
"Eah menjawab. Dah jom." terus tangan lelaki itu mengagau beg gadis itu sekali lagi.
***
"Nah ambik ikan ni. Pergi timbang lepastu suruh dia siang sekali."
"Baik." turutkan sahaja jika tidak mahu dibebel.
***
"Pilih la sayur betul-betul. Jangan ambil yang layu. Lepastu jangan cari yang dah kuning-kuning tu."
Sayur sawi yang berada di atas ais diangkat.
"Ni boleh?" sengaja bertanya.
Macamlah aku tak pernah beli barang dapur.
***
Troli yang penuh dengan bahan masakan dan jajan itu ditolak ke arah kuanter pembayaran.
"Siapa bayar?" Amisya jalan mendahului Remy.
"Kaulah." balas Remy. Troli ditolak mengikuti rentak gadis di hadapannya.
Amisya menjeling lelaki itu dan menjelirkn lidah.
"Jelir-jelir. Aku kerat lidah kau baru tahu."
"Aku la bayar. Tak gentlemen langsung la kalau biar kau bayar."
***
"Semuanya RM250.91 sen. Kad atau cash?" soal akak di kaunter.
"Cash." jawab Remy. Purse berwarna hitam dikeluarkan dari beg silang Amisya.
Hakikatnya ,semua barangnya disumbat di dalam sling beg Amisya atas alasan.
"Kau la yang bawak. Tangan aku penuh."
Walaupun pada tangannya tiada apa-apa barang.
Lima keping wang bernilai RM50 dikeluarkan dan diberikan kepada akak juruwang.
"91 sen ada?" soal akak itu.
"Ada. Isya bayar."
Amisya memandang Remy lama sebelum membuka bengnya dan mencari duit syiling.
Lelaki itu sengaja, dia tahu beg gadis itu penuh dengan duit syiling. Duit kertas kalau ada pun tidak sampai RM80.
"Terima kasih. Datang lagi."
Remy mengangguk dan menolak troli menjauhi kaunter.
"Mana Mifzal? Kata nak datang?" soal Remy. Kerusi panjang yang disediakan dihampiri dan melabuhkan punggung di situ.
"Dia cakap nak sampai dah. Dia ajak kita pergi makan sekali. Lunch."
Remy hanya mengangguk dan memandang sekeliling.
Selang beberapa minit kelibat lelaki yang ditunggu-tunggu tiba. Baju kemeja putih berlengan panjang, berseluar track hitam. Kasut kulit berkilat. Rambut disisir rapi.
"Sorry lambat." lelaki itu menundukkan sedikit badannya.
"Sokayy. Jom lah gerak." ajak Amisya.
"Eah jap. Tunggu Tuan Rafiqi. Aku ajak, dia kata dia ada dekat-dekat sini. Kau tak kisahkan?"
"Ouh aku tak kisah pun. Lagi ramai, lagi meriah." Remy membalas.
"Hensem nak ke mana?" tanya Amisya. Disondol bahu lelaki itu.
"Aku nak mengurat kau." selamba lelaki itu membalas.
Laju sahaja tangan Remy naik menampar lengan lelaki itu.
"Adehh. Sakit woi."
"Jangan mengatal." jari tengah diangkat.
"Cemburu cakap aa." Mifzal mengejek lelaki itu.
Takut sangat orang ambil Amisya dia.
"Maap. Aku lambat. Eah, Isya."
"Pakcik."
"Dah jom gerak. Duk berjejak kasih pulak." Mifzal menarik lengan Rafiqi.
Mereka sudah membuat keputusan untuk mengisi perut di kedai mamak. Siapa yang cadangkan? Semestinya Mifzal. Katanya mengidam nak makan nasi kandar.
"Aney, nasi lebih kuah campur." riuh-rendah restoran mamak itu dengan suara mereka.
"Deyy, nak nasi. Kuah letak mangkuk asing. Ayam tu ambil tiga ketui, potong kecik punya."
"Teh O ais dua, milo O kaww dua."
"Thank you aneyy."
Dari matahari terpacak di atad kepa hinggalah tenggelamnya matahari mereka berbuak rancak tanpa mempedulikan orang sekeliling. Berbual mesra, bertepuk-tampar. Bergurau-senda, bertukar gosip.
"Amisya, dah tahukan?"
"Tentang?" soal Amsiay hairan. Semua mata tertumpu pada gadis itu.
"Yang puasa nanti, kami semua duduk rumah Amisya. Kita stay serumah."
"Hahahaha. Tak lawak." dia ketawa janggal manajala yang lain memberi pandangan serius terhadap gadis itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro