24 // AmisyaAdriana
Telefon bimbit ditekapkan di telinga.
"Fendi, ambik aku dekat rumah petang ni. Aku nak pergi rumah Ratu."
"Berehh bossku."
Talian dimatikan.
Sesekali matanya tertancap pada frame gambar keluarga besar di depannya.
Gambar keluarganya. Keluarga yang telah hancur.
***
Muka ditutup dengan tapak tangan.
Astagaa malu je kena reject. Sebaik kau bukan crush aku. Lahanet tui.
Lelaki didepannya itu direnung lama. Kesian. Namun dia tidak membuat apa-apa.
"Mifzal, aku kena balik. Aku tak boleh teman kau lama-lama."
"Baliklah. Take care." ujar lelaki itu tanpa menoleh.
"Kau janji dengan aku yang kau takkan buat benda bodoh." Amisya meletakkan tangannya di atas bahu lelaki itu.
"Aku dah cukup bodoh, sebab aku abaikan kawan baik aku."
"Macam mana aku nak tinggalkan kau. Kau macam ni. Mifzal kau kena kuat. Mifzal, tolonglah. Mesti Amili pun taknak tengok kau macam ni."
"KAU PEDULI APA?!"
Bam!
Terhinjut bahu Amisya perbuatan itu. Meja yang terbelah itu dipandang gerun.
"Mifzal-"
"BERAMBUS KALAU TAKNAK SAKIT! BLAH LA KAU!"
"Mifzal, tolong kawal diri kau. Emosi kau tak stabil sekarang ni. Tolong. Ingat Allah."
"Kau tak faham bahasa ke." nada suara bergetar menahan amarah.
"Mifzal-"
"Kau memang nak mati?" soal Mifzal. Amisya direnungnya bagai mahu tembus.
"Mifzal, ak-aku tak boleh biarkan kau macam ni."
"KAU! KAU MEMANG NAK MATI KE?!" suara itu mula memetir kembali.
"Aku bagi amaran. Baik kau lari, sebelum. Lembik kau aku kerjakan." dada turun naik menahan amarah.
"Aku tak boleh. Mifzal tolonglah. Sedar. Ingat Allah." Amisya masih bertegas dengan keputusannya.
"KAU DIAM. KAU! KAU...!" tangan lelaki itu menggapai di awangan.
"Amili masih hidup, kau jangan nak buat cerita." lelaki di depannya terduduk di atas lantai.
Dan kemudiannya dia ketawa.
"Allah, Mifzal. Kau..."
"Lari...lari sebelum aku kejar kau."
Amisya hanya melihat perilaku lelaki di hadapannya. Seolah-olah bukan Mifzal yang beku dan bersifat matang yang dia kenali dahulu.
Tangan lelaki itu naik mengusap dadanya. Sesekali tangan itu menumbuk kuat dadanya.
"Mifzal." Amisya memanggil. Lelaki itu seolah tidak nampak dirinya yang sedang berdiri di depannya.
"Setiap hari dia kena buli dekat sekolah, dia tak pernah melawan, dia tak pernah cerita dekat kami yang dia kena buli, dia diam. Dia senyum. Dia ketawa seolah-olah tiada apa-apa masalah."
"Orang kutuk dia, dia buta huruf, dia bodoh. Dia tak macam orang lain. Satu hari, dia sedar. Dia kena balas jasa orang yang jaga dia, beri dia makan pakai. And sampai sekarang kalau kau tahu, dia suka simpan duit. Impian kau dengan dia sama, Rose. Sama."
Air mata mula menitik.
"Dia nak ada satu pulau, nama pulau tu Amili Hensem. Pelik kan?" soal Mifzal.
"Mifzal, sudahla." Amisya mula memujuk. Lelaki di hadapannya sudah sangat pelik. Siapa Rose?
"Dia nak pindahkan orang-orang yang dia sayang ke pulau tu. Dia nak jauhkan diri dari orang yang sakitkan diri dia dengan orang sekeliling dia."
"Dialah from zero to hero." sambungnya.
"Pernah sekali tu, aku dengan Rafiqi bergaduh. Kitaorang kena belasah teruk. Amili yang tak pandai berlawan langsung tu masuk campur. Dia lawan dengan lima orang lelaki."
"Dia menang?" soal Amisya.
"Dia kalah. Sejak dari tulah, dia paksa kami untuk join dia masuk kelas seni mempertahankan diri."
"Aku ingat lagi, dia cakap dekat aku sebelum dia tutup mata lepas dia kena belasah tu."
"Kau jangan nangis. Kau senyum je okay. Masalah kecik je nih. Aku okay. Tak sakit pun."
"Mifzal?!"
"Kau okay tak ni?"
"Aku nak Amili."
"Mifzal, jangan buat aku takut."
"Erghh."
Badan lelaki itu meringkuk diatas lantai.. Matanya semakin tertutup rapat. Kaki panjang milik lelaki itu seolah-olah menendang sesuatu di depannya.
Tubuh lelaki itu berpeluh. Suasana yang samar-samar itu membolehkan Amisya dapat melihat lelaki itu merintih menumbuk dadanya sendiri.
"Ya Allah. Mifzal. Bangun." badan lelaki itu digoncang kuat. Kaki dan tangan lelaki itu mengeras dan bergetar.
"Mengucap. Mifzal mengucap." Amisya memicit lengan lelaki itu.
"Allah. Apa aku nak buat ni." soalnya sendiri.
Mata hitam milik lelaki itu mula hilang. Badan lelaki itu mula bergetar kuat.
"Mifzal!" Amisya mula gelabah. Tangan nya juga terketar memegang Mifzal yang bagaikan kerasukkan itu.
"Aku nak mintak tolong siapa ni?" soalnya sendiri.
Kuku digigit kuat.
"Pakcik!"
Sling bag diselongkar. Telefon bimbitnya diambil dan dia mencari nombor pakciknya itu.
Nombor itu didail.
Jemari Mifzal dan amisya bersatu.
Tutt-
Panggilan ditolak.
"Bodoh."
Nombor itu sekali lagi didail.
Panggilan ditolak lagi sekali.
Nombor itu didail lagi.
Dan yes. Diangkat.
"Yaa, Tuan Raf ada meeting, kau nak apa ngek?"
"Ni siapa?" soal Amisya.
"Malaikat maut." jawab orang di sebelah sana.
"Kau jangan main-main. Kau siapa? Fezruz?" soal Amisya. Dahinya terkerut apabila tangan lelaki itu mengengam tangannya kuat.
"Ya. Ada apa-apa? Tuan ada meeting."
"Mifzal. Mifzal."
"Kenapa dengan Mifzal?"
"AKU NAK AMILI LA BODOH. KAU TAK FAHAM KE!" suara lelaki itu kembali memetir.
"Isya? Isya okay." soal Fezruz.
"Tolong. Tolong. Iskk iskk iskk."
"Isya?" orang di hujung talian mula tidak keruan.
"Sakit." tangisannya mula pecah.
"Arghh." telefon terlepas dari pegangan.
"Isya? Isya?"
"Kau...aku dah suruh kau lari. Tapi kau degil. Kau memang nak sangat kan?" suara Mifzal agak kuat kedengaran di corong telefon.
"ARGHH! SAKIT!"
Tudung ditarik. Tubuh itu ditolak.
Buk
Tubuh kurus Amisya terlanggar dinding.
"A-Amili."
***
Kaca mata diperbetukkan. Aksi pergaduhan yang sedang berlangsung itu direnung oleh sepasang mata helangnya. Dia mahu masuk campur, tetapi identitinya lebih penting.
"Dia mesti kecewa tengok keadaan kau macam ni. Mifzal sedarlah."
"Jangan terlalu lama sedih, banyak benda yang mengembirakan kau dekat sekeliling. Kau cuma perlu keluar dari kotak kesedihan kau. Aku yakin, dia pun tak nak kau sedih lama-lama." kaca mata dibuka dan disekitkan dikolar baju putih berlengan panjangnya.
"Aduh. Otak aku." tangan naik mengusap kepala yang terhantuk di tiang di tempat persembunyiannya.
"Habis rambut aku, dah tak hensem."
***
Kereta dipandu perlahan melusuri jalan yang berbengkang-bengkok. Sesekali gear ditukar dan pedal minyak ditekan.
"Bila nak sampai ni?"
"Eah kau. Buat taik mata je sebelah tu, celik mata tanya sampai tak lagi. Amboi."
"Dah tu takkan kau nak aku tanya, kau tengah buat apa." soalan dibalas soalan.
"Ceh." dia berdecit perlahan.
"Kau dengan Amisya macam mana?" soal Affendi. Tahu sangat perangai kawannya seorang itu.
"Entahla. Dia macam tak maafkan aku."
"Pujuklah dia. Tu pun nak kena ajar ke." balas Affendi. Remy dipandang sekilas.
"Macam la diatu pro sangat." kutuk Remy.
"At least aku ada makwe. Kau? Single." kutuk Affendi. Tangannya masih ligat memusing stereng kereta menggunakan sebelah tanganya.
Remy ditenung dengan ekor matanya sebelum mengoyak senyuman sinis.
"Aku taknak mati lagi FENDII." suara garau itu menjerit kuat apabila lelaki itu membuat pusingan U di tengah-tengah jalan.
Sudahlah gunakan sebelah tangan sahaja.
"Kau!"
"Apo. Lek aa. Jalan kosong. Aku nak test tayar baru." santai sahaja Affendi berkata. Tangannya pula merayap di radio. Radio dihidupkan dan lagu Fine nyanyian Teayeon mula kedengran.
"Shitlaa." bahu lelaki itu ditumbuk kuat.
"Kau tumbuk lagi. Aku akan pastikan kau muntah hijau lepas turun bukit ni nanti." ugut Affendi.
"Okay, fine. Lena lagi bagus." Remy membuat kata putus. Dia mengambil posisi mengiring menghadap pintu.
Remy dah tidur di dalam kereta berpisah tiada.
Bismikallah humma ahya waamun
"Temanlah aku woi." Affendi menolak belakang badan Remy.
"Nanok." tangan dikuis ke belakang. Menghalau tangan lelaki itu meraba belakang badannya.
"Eish, aku budak ni. Kaki aku kau nak?"
Dia terus mengangkat kaki kiri dan dihalakan ke arah Remy yang berada di seat pemandu.
"Lahanat punya kawan. Kaki kau busuk gila." kaki lelaki itu ditolak.
Selepas dua jam,
Mata dicelikkan sedikit. Pemandu kereta itu sudah hilang.
"Fendi." panggilnya.
"Aku dekat luar. Kau sini cepat." sahut Affendi dan membuka pintu belakang kereta.
"Eah kau asal. Aku duduk depan bukan belakang."
Tangan Remy terus ditarik supaya membuat langkah besar melintasi kusyen kereta.
"Kau dah kenapa? Terhendap-hendap macam penyamun." belakang lelaki itu ditepuk.
"Family kau kan tu?"
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro