23 // AmisyaAdriana
Sudah seminggu berlalu, tapi kejadian itu masih terasa segar di ingatan. Hospital bekas letupan itu sudah tidak beroperasi akibat kerosakkan infrastruktur yang kritikal.
Siasatan masih berlangsung, tiada lagi bukti yang kukuh dijumpai. Beberapa saksi kejadian juga dipanggil untuk memberikan keterangan. Namun, keluarga Amisya menegah untuk dirinya memberikan keterangan.
"Isya tak perlu pergi." marah ayah.
"Tapi, kenapa? Isya saksi kejadian. Lagipun Isya jumpa lelaki tu." bentak Amisya. Kaki disilangkan dan kepala ditolehkan ke arah lain.
"Isya nampak muka dia? Jangan degil boleh tak?!" suara ayah naik seoktaf. Wajaha anaknya direnung tajam.
"Tapi kenapa?!"
"Sejak bila pandai dah tinggikan suara dekat ayah?!" suara ayah memetir kuat. Lengan Amisya ditarik kuat.
"Sebab ayah tipu Isya!" lengan ditarik kembali. Dia berdiri sebelum hendak berlalu pergi dari kawasan itu.
"Jangan biadap Isya." suara tua itu muka mengendur.
Apa yang aku dah buat. Allah-
"A-ayah." tangan ayahnya dipaut. Namun tangan mulusnya ditepis.
"Masuk bilik. Petang ni ada lagi rawatan susulan dekat hospital. Masuk." arah ayahnya. Air mata mula bertakung di tubir mata. Tunggu masa sahaja mahu melimpah.
"A-ayah Isya minta maaf." lengan baju disinting ayahnya ditarik.
"Masuk." tegas.
Kejadian itu banyak meragut nyawa manusia yang tidak bersalah. Dalang di sebalik kejadian itu sungguh kejam. Tidak berperikemanusiaan.
"Isya okay?" bahunya ditepuk. Dunia nyata menarik dirinya kembali.
"O-okay."
"Betulke? Macam tak okay je. Mind to share with me. Manala tahu Raf boleh tolong."
"Kita kena jujur ke kalau kita sukakan seseorang?" soal Amisya.
Rafiqi menelan liur kesat. Soalan itu bagai meragut nyawanya.
"Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu?" soal Rafiqi. Sekadar menutup rasa bersalah yang kian menggunung tinggi.
"Jawab. Pak-pakcik." dia sudah tergagap.
"Berbalik kepada situasi. Tak semuanya kita perlu jujur. Kadang-kadang pendam adalah perkata terbaik, tambah-tambah soal hati. " balas Rafiqi lagi.
Maafkan aku. Aku abang kandung kau Isya.
"Sesaja tanya. Ehehe. Isya cuma rindukan Amili dan ermm.." jelas Amisya. Wajah mendungnya direnung Rafiqi
"Kenapa?" soal lelaki itu prihatin.
"Ibu... Ibu dah seminggu tak balik rumah. Isya...isya risau." Amisya meluahkan isi hatinya.
"Ayah tak bagi tahu apa-apa ke?" soal Rafiqi.
"Mak-maksud pakcik apa? Ibu okay je kan?" dia mula gelabah. Wajah Rafiqi direnung sedalamnya.
"Erkk... Aunty soleha..."
"Aunty soleha dah tiada. Tiga hari sebelum kejadian letupan hospital."
Amisya terkelu.
"A-ayah tak cakap apa-apa pun."
"Isya-
"Sampai hati. Rahsiakan benda sebesar ni dari Isya. Allah, apa semua ni?" tangan diraup ke muka. Air mata sudah tidak dapat ditahan lagi.
"Tuan Jeffri mesti bersebab buat macam tu. Isya pun tahukan, Isya trauma lepas kejadian tu, tiga hari berturut-turut Isya kurung diri dari semua orang."
"Boleh Isya bagitahu, macam mana nak terus-terang kalau keadaan Isya macam tu masa tu. Jangan salahkan Tuan Jeffri."
Tangan Amisya digengam oleh kedua telapak tangan kasar lelaki itu.
"Jangan salahkan ayah."
"Lepas." Amisya terus menarik tangannya. Punggung diangkat dan dia berlalu pergi.
"Isya." dia tidak menoleh lagi. Terus menyusun langkah dan semakin menjauh.
***
Starbucks kulim,
Selesai membuat pembayaran, dia memandang juruwang itu sedalamnya.
"Nak tempat biasa. Kosongkan ruang atas?" soalnya. Riak wajahnya kosong, sekosong hatinya.
"Tiada sesiapa di atas." balas pekerja itu. Dia menundukkan sedikit badannya.
Dia mengangguk dan berlalu pergi.
Terus dia bergerak ke tingkat atas. Kerusi ditarik perlahan sebelum dia duduk berteleku di situ. Dia sedang mencuba biasakan diri membuat semua perkara sendiri.
Dia rindukan sahabatnya.
Hampir setiap malam dia mendapat pesanan dari sahabatnya melalui aplikasi telegram. Notifikasi dibiarkan berada di mode lantang.
Ting!
Pukul 1. Waktu rehat, makan tengah hari.
Pesanan suara yang baru diterima dibuka.
"Bro, aku tahu mesti kau tengah lepak dekat starbucks en? Pandai tak aku teka? Kau dah pandai oder sendiri ke? Alah kan selalu aku yang buat pesanan untuk kau."
"Aku nak pesan, jangan skip lunch kau. Makan pakai sudu, nanti kuku kau kotor. Okay bye. Take care."
Pesanan itu sudah sampai ke penghujung. Air mata yang ditahan akhirnya tumpah.
Pasanan itu dibalas. Keyboard diketik sebelum dihantar.
Berapa lama lagi nak menyorok. Seronok ke kau seksa aku macam ni.
Aku penat. Balik wey. Aku rindu
Pesanan itu hanya mempunyai satu tanda. Dia tahu lelaki itu tidak akan membacanya. Hakikatnya telefon lelaki itu berada di tangannya.
Dia tidak dapat membuka aplikasi telegram Amili kerana mempunyai kata laluan. Mahu sahaja dia menceroboh masuk, namun dia matikan sahaja hasratnya. Takut jika semua pesanan akan terpadam.
"Mili aku rindu kau."
Rambut yang tersisir kemas ditarik kuat.
"Mili, aku rindu. Aku nak kau balik."
"Mili, aku nak dengar suara kau."
Tuhan izinkan aku
Memeluk dirimu kalini saja
Untuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini
Bahagia untuk sekejap sahaja
Air mata dibiarkan jatuh.
Dia berdiri dan berjalan berulang-alik. Dia sudah tidak terurus.
Ting!
Telefonnya bercahaya di atas meja direnung. Siapa yang menghantar mesej kepadanya pada ketika ini. Setahunya pukul 5 pula Autochat dari Amili diterima.
Dikerlingnya sekilas sebelum keningnya bertaut. Dibuka pesanan itu.
Amisya gendut 🙊
Kau okay? Mifzal aku nak jumpa kau boleh?
Dibaca pesanan itu dua-tiga kali sebelum dia membalas. Jari mula ligat menari di atas papan taip. Dihantar.
Aku okay. Datang sini
Aku pun ada benda nak tunjukkan.
[ location ]
Ting!
Telefonnya berbunyi lagi. Dibaca pesanan itu di bar notifikasi di bahagian atas skrin telefon. Dipalu sahaja pesanan itu.
Amisya gendut 🙊
Rawrr~
***
Tangga didaki perlahan. Ruangan ini sangat suram dan tiada pengunjung. Bagaimana lelaki itu boleh menghantar lokasi ke tempat sebegini.
Sudahla pengunjung di starbucks itu juga memandangnya hairan. Memalukan betul.
"Mif...ooo Mifzal. Kau dekat sini ke?"
"Sini." sayup-sayup suara itu kedengaran.
"Kau dengan siapa?" soal Amisya. Retina matanya menangkap susuk hitam di penjuru ruangan suram ini.
"Amili." dia membalas. Namun suara itu lain, tidak seperti selalu.
"Mif, kau okay tak ni. Kejap aku datang." Amisya mula menapak dengan berhati-hati.
Kaki diberhenti di belakang susuk itu.
"Kau tak okay."
Terus susuk itu tadi duduk mencangkung dan menangis teresak-esak.
"Weyy. Janganlah nangis depan aku macam ni."
Kepala disebamkan di lutut. Bahu terhinjut, esakan semakin kuat. Ruangan ini juga bergema.
"Mifzal. Kau kuatkan. Jangan macam ni." pujuk Amisya. Dia juga kaget dalam keadaan ini.
Sudahla gelap dia takut.
Dia duduk mencangkung di depan lelaki itu. Belakang badannya digosok lembut.
"Aku tak kuat. Aku lemah." luahnya.
"Okay-okay. Menangis. Menangis kalau itu boleh buat kau tenang. Menangis luahkan semua dekat Isya." bahu lelaki itu ditepuk. Bagaikan memujuk kanak-kanak yang menangis.
"Isya pun sebenarnya rindukan Amili. Walaupun Isya kenal dia taksampai tiga bulan pun, tapi dia seorang yang baik, selalu senyum, selalu buat orang sekeliling dia happy." dia juga turut sebak. Tapi dia harus kuat. Demi lelaki di sebelahnya ini.
"Aku rindu dia. Aku nak dengar suara dia. Malam-malam aku sunyi. Selalunya dia selalu tidur dengan aku, dia selalu berkaraoke dalam bilik aku, sekarang semuanya lain. Sunyi. Aku tak-tak kuat."
"Mif, malamni aku nak nyanyi lagu sendu-sendu untuk kau yang setia single hingga ke akhir hayat. Walaupum suara aku macam katak yang hensem tertelan batu. Kau kena dengar jugak."
Jomblo happy , memang pilihan hati
Bukan kerna tak mampu
Tuk ku cari kekasih
Maka bermulalah perang bantal, lelaki itu selalu sahaja mengutuknya single forever walaupun hakikatnya yang menuturkan perkataan itu juga single.
"Waktu masak aku sunyi tanpa dia. Selalu kami akan bergaduh walau perkata tu kecil mana pun."
"Gila. potongkan aku lobak oren tu jap."
"Aku dah potong tadikan. Kau tak nampak ke?" bentak Mifzal. Wajah lelaki di hadapannya direnung tajam.
"Eah eah kau. Banyak bunyi pulak. Aku suruh kau potong dadu, yang kau gi cincang ni dah kenapa? Kau nak buat bubur ke!" marah lelaki itu.
"Hok aloh mung. Banyak cekadak pulak."
"Kami selalu bergaduh even benda tu kecil. Dia paling pantang orang pegang lightstick bts dia. Pernah sekali tu...
"Mana army bomb aku!"
"Kau letak mana?" soal Mifzal. Wajah hampir menangis kawannya itu dipandang lama.
Kesian pulak aku.
"Hi-hilang. Isk isk isk." air mata sudah membanjiri pipi.
"Woi aku gurau ja. Jangan la nangis. Woi bomb tu je pun. Kau ni. Drama la."
Dan akhirnya dia terpaksa memujuk lelaki itu yang merajuk dengannya hampir tiga hari setengah.
Amisya diam tidak menyampuk.
"Dan sekarang baru aku tahu, kenapa dia sayang sangat lightstick tu."
"Kenapa?" sengaja di soal. Takut lelaki itu terasa jika dia terus berdiam diri.
"Tu hadiah birthday yang aku dengan Rafiqi bagi dekat dia. Bodohkan aku. Benda macam tu pun aku lupa. Hadiah tu aku beli masa gaji pertama aku kerja dengan Tuan Rafiqi. Beria betul dia ajak aku pergi konsert bts tu."
"Aku nak ajak kau pergi Kuala Lumpur minggu depan. Aku dah mintak cuti. Kita cuti seminggu." ajaknya atau lebih tepat memaksa.
"Kau nak ajak aku kemana?"
"Aku nak culik kau." balas Amili. Lengan lelaki itu digoncang ke kiri dan ke kanan.
"Beruntunglah Malaysia kalau semua penculik minta izin nak culik dulu." sindir Mifzal. Pipi
Lelaki itu dicucuk.
"Kau ni. Ikut jelah. Penat lelah aku minta cuti tahu!" dia mula membentak.
Ada jugak japgi makan penampar aku. Haish sebaik kawan-
"Yelah. Yelah. Sebab cuti tu ja." mengalah dengan budak ni. Lagi tak setuju tak aman hari-hari aku.
Dua hari sebelum kejadian,
"Aku nak cekik kau la jebun." marah Mifzal. Tengkuk lelaki di depannya dicapai .
"Apa aku tak dengar." sengaja mencari pasal.
"Kau sabajap. Aku eii. Nak ja aku sepak muka kau sekarang tahu." Rafiqi juga ditarik masuk ke dalam kes ini.
"Dahla sebat duit aku nak beli tiket, sekarang ni kau nak sebat lagi nak beli light-light tu. Habislah duit aku." mifzal sudah mahu menarik lengan Rafiqi beredar dari situ.
"Sabar bro. Balik rumah kita sama-sama hentam dia." Rafiqi mengusap bahu Mifzal perlahan.
"Beli jelah satu dekat dia. Nanti tak beli, dia ungkit kau kedekut empat keturunan berturut-turut." mereka juga sedia tahu perangai adik mereka seorang itu.
"Tak. Aku ada nak guna duit masalahnya." Mifzal menggaru batang tengkuknya.
" lah. Kita kongsi duit, okay? Bolehlah buat hadiah birthday dia." cadang Rafiqi. Suara diperlahankan supaya manusia di depannya itu tidak dengar. Rahsia.
"Jap aku survey harga. Apa nama dia tadi... Apa light?" soal Rafiqi.
Selepas beberapa minit,
"RM628. Lampu bulat kelip-kelip tu pulak RM175. So plus, RM806. Bahagi dua jadi RM403. Boleh?"
"Bolehlah. Aku pikir kawan ja. Nasib badan."
"Aku nak book tiket dahni."
"Hah! Aku tak dengar." Amili menyampuk.
" kau diam." serentak Mifzal dan Rafiqi memarahi lelaki itu.
Hari kejadian,
Suara army menjerit bagai mahu runtuh langit apabila kelibat lelaki-lelaki korea muka melintasi pentas. Termasuk la lelaki di sebelah ini. Menjerit bagai dihisteria.
"Aaaa Abe Namjoon. Namjoon! notice aku woii! Astagaa aku paling hensem dekat sini. Notice aku woi!" Amili mula menjerit apabila lelaki yang digelar 'Abe Namjoon' itu mula melintasi. Dia bagaikan kerasukkan.
"Terpaksalah aku membazir hampir seribu hanya untuk bomb tu dengan tiket Konsert tu sekali. Tapi sekarang aku tak menyesal. Kalau sekarang dia muncul, dia ajak aku pergi konsert, aku akan setuju. Aku akan ikut je dia."
"Mif, sabar. Kita semua rindukan dia. Kita semua easa kehilangan. Setiap orang ada ujian masing-masing." pujuk Amisya. Belakang lelaki itu digosok memujuk.
"Jom kita dating."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro