Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

22 // AmisyaAdriana

Mata tercelik sedikit dan kembali tertutup. Cahaya yang terbias sedikit-sebanyak menyukarkan dia untuk membuka mata. Namun telinganya terpasang apabila dia terdengar sesuatu.

Samar-samar lantunan suara orang berbual memenuhi ruangan. Suara itu seperti selalu didengar.

Pakcik? Fezruz?

Apa yang mereka bualkan?

Terdetik rasa curiga di hati, perbualan mereka semakin rancak, namun mata seakan memberat.

"Patutla-lah."

Sikunya tertekan button morfin di penghadang katil.

Mata memberat dan terus tertutup.

***

"Sampai bila kita nak tipu dia?" satu suara garau bertanya.

"Aku tak sanggup. Aku-aku takut kehilangan dia." dia mengeluh lemah. Rambut perangnya diraup keatas.

"Kau tahu masa aku tak sedarkan diri-Isya ada cakap sesuatu dekat aku. Dan aku tergamam." rambut perang itu diserabutkan dan kaki disilangkan.

"Di-dia cakap apa?"

***

Rambut kusut lelaki di hadapannya di kuis lembut. Tak semena-mena air matanya jatuh menitik lagi.

"A-abang. Isya sayang abang."

"Isk...iskk."

Air mata diseka.

"A-abang kena bangun. Abang kuatkan. Abang selalu protect Isya bila Isya susah. Isya rindu abang."

"Abang bangun. Isya rindu."

"Abang, Isya dah lama suka abang. Abangkan yang hantarkan baju masa Isya kena tahan wad dulu. Abang ingat lagi tak?" soal Amisya. Walaupun dia tahu, lelaki di hadapannya tidak akan menjawab.

"Masa Isya masuk wad, dalam empat bulan lepas. Abang hulurkan baju dekat Isya. Masatu jantung Isya macam nak meletup. Kebabom!" dia kemudiannya tergelak sendiri.

"Abang bangunlah. Isya rindu. Isya nak dengar suara abang." suara mula serak dan diselang-seli dengan bunyi tangisan.

"Allah, kalau betul abang jodoh Isya, Isya doakan dialah orang yang tepat. Dan jika dia hanya sementara, hamba mohon dan merayu. Bantu hamba untuk usir perasaan ini sejauh mungkin."

"Salahkah diri ini menyintai dirimu,
Sepi diiringi rindu yg mengalir." sendu sahaja suara lunak itu menyanyikan lagu buat pemilik hatinya.

"Aku ingin engkau hadir,
Di dalam keputusanku,
Kau terus memekar,
Bunga di hatiku." air mata diseka. Mata masih tertumpu meneroka pemandangan indah di depan matanya.

"Benar, benar ku sayang padamu,
Sungguh rindu mengisi jiwaku,
Dingin angin berhembus,
Menghembus luka dihatiku." air mata kian lebat jatuh di atas selimut. Tangan mengusap lengan kasar lelaki itu.

Amisya melentokkan kepalanya di bahu Rafiqi. Seketika kemudian, dia sudah tertutup mata rapat. Tidur dalam sisa air mata.

Rafiqi menolak kepala adiknya yang menyandar elok di bahunya. Dia kemudian bangun dan keluar dari biliknya.

"Keluar."

Amili yang berada di sebalik langsir mendekat.

"Kau dengarkan?"

"Tuan-aku."

"Bukan salah kau. Salah aku. Kalau aku jujur, benda macam ni kita boleh elak." Air mata lelakinya mula bertakung.

"Aku rasa kita perlu jujur. Kau tahukan, Isya dah sayangkan kau lebih dari abang." nada suara berubah tegas.

Perkara ini tidak boleh dibawa main.

"Aku takut."

"Takut? Kau tak takut bila Isya tahu sendiri yang kau ni abang dia. Abang kandung dia? Kau tahu betapa hancurnya hati dia masa tu." bibir itu sudah banyak kali menasihati kawanya itu supaya berterus-terang.

"Masa tu, barulah aku rasa dia takkan maafkan kau. Sebelum terlambat, aku rasa baik kau jujur." sayu sahaja suara itu memberi nasihat.

"Walaupun ianya amat menyakitkan?" soal Rafiqi. Dia sudh tersalah langkah.

"Ya." senada.

***

"Mili, buatkan aku air." arah suara garau tadi.

"Tuan-" satu suara menyampuk.

"Tuan okay?" soal Fezruz. Dia kemudian bangun dan berdiri di belakang kerusi Rafiqi.

"Cari siapa dalang semua ni. Aku tak nak sesiapa mati lepasni. Aku penat. Kau tengok adik aku, aku tak sanggup nak tengok dia nangis lagi." arah Rafiqi. Fezruz dan adiknya dipandang bersilih-ganti.

"Lepasni, jemput muaz ke sini. Aku ada benda nak bincang."

Daun pintu bilik dikuak dari luar.

"Ra-ratu."

Kedua lelaki tadi menunduk hormat.

Dibelakang Bonda, ada seorang lelaki yang membontoti langkahnya.

"Kau! Apa kau buat dekat sini?!" meja disepak kuat dan menyebabkan meja terbalik dan gelas berisi air tumpah di atas karpet.

"Aku lari rumah." jawab lelaki itu mendatar.

"Lepas apa kau buat dekat Isya. Kau berani munculkan diri kau dekat sini." Rafiqi sudah bangun dari kerusi. Kolar lelaki iti dicekak kasar.

"Aku dah minta maaf. Aku datang sini-" Remy menjenguk Amisya dari celahan langsir yang memisahkan mereka. Gadis itu terlantar dengan wayar yang melekat di tangan.

"Jelaskan pada mereka. Make it clear." arah Bonda.

"Sebenarnya aku nak tolong, tolong selesaikan masalah ni." jelas Remy.

"Kau! Kau nak tolong. Aku rasa baik kau tolong diri kau sendiri dulu. Diri sendiri tak terurus ada hati hati nak tolong aku." Rafiqi menyindir lelaki dihadapnnya itu.

Mana tidaknya, selalunya lelaki itu amat mementingkan kekemasan diri, tapi sekarang. Sudah tidak terurus. Rambut dibiarkan serabai. Kancing baju, seluar kerkedut seribu.

"Aku tak percayakan kau." Fezruz mula berusuara.

"Aku percaya dia." lantang suara itu memecahjan suasana yang tegang itu.

"Tapi Ratu, takkan tak ingat apa yang dia dah buat dekat Isya."

"Semua manusia layak diberi peluang kedua. Aku maafkan dia."

"Tapi-"

"Enough Raf. Kita kena uruskan perkara ini secepat mungkin."

"Dan pasal, soleha...

"Aunty soleha? Kenapa dengan dia?"

"Dia dah mati."

"Apa?!" serentak Fezruz dan Rafiqi bersuara. Hanya Remy beriak biasa.

"Sebab kaukan?" sisi pipi Remy ditumbuk kuat oleh satu tangan.

"Raf behave. Jangan nak melampau. Dia nak tolong kita pun dah cukup baik."

"Raf tak percaya budak tu."

"Aku tak kisah." hanya itu yang keluar dari Bonda.

"Aunty Sakit? Atau kau ada kaitan dengan kes kalini?" mata Rafiqi terarah kepada Remy. Musuhnya.

"Dibunuh. Enam tembakan di badan. Dua di kepala, satu di tangan kiri, satu di tangan kanan dan dua lagi di perut. Biji mata dikorek, kuku dicabut."

"Kesiannya."

"Kes tu polis dah ambil alih. Jadi kita cuma fokus untuk kes dua kali letupan berturut-turut ni." kata Bonda. Kerusi ditarik dan dilabuhkan punggung di situ.

"Ada apa-apa perkembangan terbaru pasal kes ni?" soal Bonda sebaik sahaja di duduk. Wajah Fezruz dipandang lama.

"Amili, kami dah uruskan jenazah dia. Proses pengebumian akan dilakukan malam ni kalau tak salah. Jenazah akan dibawa pulang selepas urusan forensik selesai. Hospital pula, masih dalam siasatan. Ada bahan letupan dalam bilik Tuan Raf, dan motif utama masih disiasat." jelas Fezruz.

"Tapi, besar kemungkinan, lelaki yang Isya jumpa sebelum kejadian itu adalah dalang. Suspek utama." sambung lelaki itu lagi

"Mifzal? Dia okay?"

"Dia- dia masih tak boleh terima kenyataan. Dia dah tak macam dulu. Selepas kejadian tu, dia banyak berkurung dalam bilik. Makan pun tak menentu." fezruz berkata lagi. Kesian dengan sahabatnya seorang itu.

***

"Mili, kau kemana? Aku rindu." tangan naik mengusap telefon pintar milik rakannya itu.

"Polis mengesahkan menjumpai mayat rentung lelaki yang dipercayai Muhammad Azarul Amili Bin Suffian. Dan kami, pihak hospital telah menjalankan ujian DNA , keputusan makmal telah keluar. Dan keputusannya..."

"Doktor, tu bukan kawan saya kan?"

"Maaf. DNA sepadan."

"Allah." dia rebah.

Sahabatnya.

"Bukan dia kan! Kau tipu! Kauu!" dia menumbuk kuat dinding.

"Mifzal sudahla. Redha." Rafiqi di sebelah hanya mempu menenangkan lelaki itu.

Mereka bertiga berkawan sejak kecil. Walaupun berbeza umur dan selalu bergaduh, tetapi mereka sangat rapat. Kehilangan kawan baik amatlah menyakitkan. Separuh jiwanya hilang.

Selepas ini, tiada lagi gelak tawa lelaki itu. Tiada lagi yang hendak menolong menceriakan hari-hari mereka di rumah agam sunyi itu. Kerana lelaki itu sudah tiada.

"Takk. Dia tipu. Mili janji dia akan balik. Weyh. Amili selamat, polis dengan doktor tu berpakat untuk tipu kita. Dia penipu, ujian DNA kita boleh palsukan!" Mifzal mula menarik-narik baju polis disebelahnya.

"Kau penipu!" kolar baju lelaki beruniform polis itu dicekak.

"Mifzal, sudah. Kesian arwah. Dia mesti taknak tengok kau sedih-sedih macam ni. Mif,.."

"Kau jangan panggil aku macam tu. Dia saja boleh panggil aku macam tu." Mifzal menolak Rafiqi menjauhi dirinya.

"Mifzal, redha. Redha."

"Kau.. Aku akan cari dia. Dia tak mati lagi. Aku akan cari dia sampai dapat." Mifzal terus berlari keluar dari kawasan rumah mayat.

"Mif-" lelaki itu sudah hilang dek pandangannya.

***

"Mili. Baliklah. Kau nak menyorok berapa lama. Aku rindu kau."

Telefon di tangannya dibuka. Aplikasi whatsapp dibuka. Contact di dalam telefon dibuka.

"Nombor sendiri pun kau save. Hadeh. Eah."

Ada tujuh audio yang belum selesai didownload. Anak panah yang keatas itu ditekan. Barulah audio itu dimuat turun.

"Kau simpan lawak kau dekat sini ke?" dia bercakap sendiri. Lutut dibawa rapat ke dada. Telefon itu digengam sekemasnya.

Audio itu kemudiannya ditekan.

Usaplah usap, usap air matamu
Janganlah jangan, jangan kau sesali lagi kawan
Dengarlah dengar, dengar aku sayang kamu
Aku tak mampu, tak mampu hidup tanpamu

Usaplah usap, usap air matamu
Janganlah jangan, jangan kau sesali lagi kawan
Dengarlah dengar, dengar aku sayang kamu
Aku tak mampu, tak mampu hidup tanpamu

Bunyi gitar seiring dengan nyanyian suara garau itu.

Usaplah usap, usap air matamu
Janganlah jangan, jangan kau sesali lagi kawan
Dengarlah dengar, dengar aku sayang kamu
Aku tak mampu, tak mampu hidup tanpamu

Usaplah usap, usap air matamu
Janganlah jangan, jangan kau sesali lagi kawan
Dengarlah dengar, dengar aku sayang kamu
Aku tak mampu, tak mampu hidup tanpamu

"Woi mangkuk, aku nak kau jaga diri kau baik-baik. Manala tahu, ni last cover lagu aku untuk kau. Aku nak pesan..." audio pertama tamat.

Dan tangisannya pecah.

"Aku tahu kau ni memang tak boleh tidur kalau aku tak dodoikan. Dah tua bangka tapi perangai macam budak-budak. Dengar sini..."

"Jaga diri, aku sayang kau. Kawan la, kau pikir aku gay. Kalau apa-apa jadi dekat aku, aku harap kau tabah okay. Simpan lightstick bts aku elok-elok. Jangan rosakkan." audio kedua tamat.

"Aku ada set timer untuk setiap malam, pukul 9. Aku akan ingatkan kau untuk baca al-quran. Kau tu dah la tergagap. Baca jangan tinggal. Lepastu pukul 10 aku akan nyanyi tau. Lepastu pukul 8, aku akan dodoikan kau tidur. Sweetkan aku." audio ketiga juga sudah habis didengar.

"Aku cuma harap, kau aka jaga diri kau. Jangan la nangis kalau apa-apa jadi dekat aku. Ingat, aku selalu ada dengan kau. Di mana-mana. Dala. Bilik air, dekat dapur, dekat singki, sebelum kau kahwin dan selepas kau kahwin." lelaki itu cuba bergurau walaupun jelas kedengaran suara tangisannya. Audio keempat juga sudah sampai ke hujung.

Audio kelima mula terdengar.

"Jaga tuan jaga Isya baik-baik. Aku tahu nanti mesti kau rindu suara gelak aku kan. So aku dah voicekan sesipa suara aku gelak. Baikkan aku. Jarang jumpa kawan yang baik, tambah pulak paling hensem macam aku."

"Kau jangan skip makan. Jangan makan banyak nanti kau boroi macam tuan. Kau jangan cakap dekat dia yang aku mengutuk dia. Ha lagi satu, sebelum aku lupa. Jangan sesekali give up. Jangan pernah give up. Sentiasa happy, walaupun terkadang tu kau banyak masalah. Senyum." audio kelima sudah habis. Audio keenam mula memuat turun dan terus suara lelaki itu muncul semula.

"Semuanya akan berjalan dengan lancar. Nanti mesti kau rindu kan nak mandi sama-sama. Ehehehehe. Aku selalu sabunkan badan kau. Aku selalu raba kau, dan akhirnya kau sepak aku keluar dari bilik air. Aish sedih betullah."

"AHAHAHAHAHAHAHAHAHHAH MIFZAL BUSUK. AHAHAHAHAHHAHHA MANDI SELALU SABUN MASUK MATA. AHAHAHAHAHHAHHAHAA KAU GILA. BAHAHAHAHAHHAHAHAA MIFZAL SUKA GUNA UBAT GIGI KODOMOLION. AHAHAHAHAGAGA MIFZAL BROKEN. BAHAHAHHAHAHAHAHA MIFZAL SUKA KENTUT DALAM SELIMUT ." gelak tawa lelaki itu memenuhi ruangan bilik.

Tangannya menggeletar menahan tangisan. Cadar katil digengam kuat. Jari sudah terletak di audio ketujuh namun pergerakannya terhenti.

"Untuk Isya?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro