Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18 // AmisyaAdriana

Amisya duduk bersila di atas katil. Tingkap bilik dibiarkan terbuka.Nyaman. Segar sahaja udara di pagi hari. Bibir beristigfar mengingati tuhan.

Bersyukur masih diberikan kehidupan dan masih diberikan kesempatan untuk bernafas.

Pintu bilik diketuk membuatkan dia kembali ke raliti. Wajah ayahnya yang muncul disebalik pintu mampu membuatkan dia menarik nafas lega.

"Isya okay?" soal ayahnya.

"Okay ja. Kenapa?"

"Awal ayah bangun?" soal Amisya. Wajah ayahnya dipandang lama.

"Ayah kerja shift pagi harini. Tu yang nak gerak awal sikit.

"Ouhh. Ermm ayah." bibir dikemam beberapa kali sebelum Amisya mendongak memandang wajah ayahnya.

"Ya sayang, kenapa?" soal Tuan Jeffri

"Ayah jangan tinggalkan Isya lagi boleh. Isya tak boleh hidup tanpa ayah."

"Laa kenapa tiba-tiba cakap macam tu? Ada apa-apa jadi ke masa dekat rumah Rafiqi?" soal Tuan Jeffri.

"Takda apa yang jadi. Cuma Isya takut. Isya takut hilang orang yang Isya sayang." jelasnya. Bibir bergetar menahan esakan.

"Shhh anak ayah kuat. Jangan nangis. Nanti tak cantik. Isya ingat satu benda ni."

"Apa ayah?"

"Allah tak tunggu kita sedia untuk dia tarik nikmat yang Dia bagi. Bila-bila ja kita boleh merasa kehilangan, bila-bila ja kita boleh bahagia. Tapi Allah tak pernah janji yang hidup kita sentiasa bahagia, ingat tu." jelas ayah. Pipi gebu anaknya itu dicuit.

"Dah solat subuh?" soal ayah. Sekadar menghilangkan rasa tidak sedap hati anak angkatnya.

"Dah." balas Amisya ringkas.

"Baguslah. Dah salam. Ayah nak keluar dah. Nanti pergi sekolah ibu hantarkan, okay." jelas ayah membuatkan kening Amisya bertaut.

"Ibu...hantar?" soalnya ragu-ragu

"Ha. Okay ayah pergi dulu. Assalamualaikum." tangan kanan berkedut dihulurkan buat Amisya. Lambat-lambat dia sambut.

Sebaik sahaja daun pintu kembali tetutup, dia mengeluh lemah.

"Walaikumsalam."

***

Pintu kelas diketuk beberapa kali sebelum guru di dalam kelas membenarkan masuk. Tali beg digengam erat sebelum mula menapak masuk.

"Maaf saya lambat cikgu." dengan sopan dia meminta maaf. Salah dirinya juga tadi. Selepas ayah pergi kerja tadi, dia tertidur.

Jebonn!

"Okay. Cepat duduk. Kita ada pelajar baru. Dua orang lelaki." kata Cikgu Suhaila. Cepat-cepat Amisya berlari ke arah tempat duduknya.

Tapi dia hairan. Sejak bila tempat duduk disebelahnya ada kosong. Ditambah meja pulak.

"Aik. Pelik." namun dia abaikan sahaja.

"Budak berdua di luar tu. Jemput masuk. Buat macam kelas sendiri, jangan malu-malu." Cikgu Suhaila menjemput masuk dua pelajar lelaki di luar kelas.

Dua orang pelajar lelaki yang kemas berbaju kemeja sekolah. Bunyi tumit kasut menghentak lantai perlahan. Amisya mendongak memandang gerangan lelaki itu dan dahinya makin berkerut.

"Perkenalkan diri." arah Cikgu Suhaila. Dua pelajar lelaki tadi saling berpandangan dan mula menolak satu sama lain.

"Kau dulu la gila. Aku malu siak."

"Ish. Kau la dulu. Kau tua lagi dari aku."

Siku berlaga siku. Masing-masing tidak mahu beralah.

"Okay. Tak perlu bergaduh. Yang kiri tu, nama apa?" soal Cikgu Suhaila apabila melihat anak muridnya yang masih bergaduh.

"Kau la bongok." lelaki di sebelah kanan mula mencucuk pinggang di kiri.

"Yahh mak kau babi!" habis gerangan di sebekah kiri mula melatah kuat.

"AHAHAHHAHAHAHAH." habis satu kelas ketawa dengan teletah mereka berdua.

"Nama." nada suara Cikgu Suhaila mula berubah. Wajahnya memandang kedua anak muridnya tajam.

"Amili."

"Mifzal."

Jelas mereka serentak.

"Okay. Amil dan Mifzal boleh duduk di sebelah Amisya. Amisya angkat tangan."

Amisya dengan wajah yang masih terkejut mengangkat tangan lambat-lambat.

"Sila ambik tempat duduk." arah Cikgu Suhaila dan dia mula bergerak ke arah meja guru yang mempunyai pelapik lusuh berwarna kuning cair.

Kelas mereka itu sungguh meriah dengan dinding dipenuhi dengan kesan-kesan tapak kasut yang kreatif dari para pelajar. Langsir juga sangatlah cantik, dengan terkoyak, dibekas digunting pelajar-pelajar yang otak yang mempunyai masalah.

Dua pelajar lelaki itu mula menapak menuju ke meja yang ditunjukkan.

"Hai awek." Amili mula menyapa.

"Korang bukan dah tua ka?" soal Amisya

"Shhh. Aku muda lagi la siot. Masih hensem bergaya." bisik Amili.

"Dia ajar mata pelajaran apa weyh?" soal Amili.

"Matematik."

"Shit. Takpa. Aku lena dulu, dah rehat gerak au." Mifzal mula melentokkan kelala di atas meja. Tangan dijadikan bantal.

"Dalam kelas saya, pantang ada yang letak kepala atas meja. Up!" terus tegak badan Mifzal.

Amisya tergelak perlahan. Amili disebelah sudah memerah menahan ketawa.

"Buka buku teks page 125. Latihan satu, dua dan tiga. Esok saya kutip. Harini saya keluar awal. Ada meeting dengan pihak pentadbir." jelas Cikgu Suhaila. Dia sudah pun mengemas mejanya. Buku diangkat dan dia mula menapak keluar.

"Haii. Nama aku Sofia." dua orang budak perempuan mula menghampiri dan memperkelakan diri.

"Ni kawan aku. Ismar." dia juga turut memperkenalkan kawannya.

"Eah kenapa ada meja dekat sini? Mesti perempuan tu dah tahu, lepastu gedik tambah meja sendiri kan. Dasar tak tahu malu." perempuan bernama Sofia tadi mula menunjal dahi Amisya.

Mifzal yang sudah mahu berdiri itu ditahan oleh Amili.

"Lembik budak tu japgi." bisik Amili perlahan.

"Sorry miss. Ada apa-apa masalah ke? Mana tempat duduk awak? Tak de tempat duduk ke sampai nak merayap sampai ke sini?" semua warga kelas itu mula senyap. Terkejut dengan balasan di Amili.

Kecik-kecik cili padi.

Dua perempuan tadi sudah menghentakkan kaki ke lantai. Bebal! Bebal!

"Ahhhh meeting sampai pukul berapa weyh?" soal Mifzal. Dia sudah landingkan kepala di atas meja. Malas.

"Tak tahu la. Dia tak cakap pun." Amisya masih membalas sedangkan matanya masih tertumpu pada buku.

"Kau asal mengantuk semacam ja?" soal Amili.

"Rehat pukul 10 sampai 10.30." jelas Amisya. Dia masih tekun menghadap buku matematiknya. Sekali-sekala kalkulator ditekan.

"Bapak ah. Setengah jam je rehat." Mifzal mula merungut.

"Asal aku mengantuk. Kau tahu dulu aku sekolah, boleh kira dengan jari je berapa hari aku tak tidur dalam kelas. Tapi aku tak pernah ponteng kelas okay." Mifzal mula membuka kisahnya semasa sekolah dahulu.

"Ouh. Kau dulu pt3 berapa A?" soal Amisya. Cerita Mifzal menarik minatnya. Buku teks ditutup.

Sadakallah Hulazim...

"Aku straight A." jelas Mifzal.

"Siyes aa. Bapak ah." Amisya membalas tidak percaya.

"Aku tak suka belajar dalam kelas. Aku suka belajar sorang-sorang. Time study aku waktu malam, time semua family aku dah tidur."  Mifzal bercerita, tangannya masih melapik kepala di atas meja.

"Kau tak faham math, tanya mili. Dia pro. Dulu dia ambil akaun."

"Wahh biar betik. Pandai gila duh. Mesti kau skor semua A jugak kan?" soal Amisya teruja. Mulalah rasa insecure dalam diri. Bersama dengan budak-budak eah salah. Orang tua yang pandai. Ehehehe.

"Aku ada satu B." balas Amili. Buku teks matematik ditarik mendekati.

"Kau tak faham yang mana. Tengok tadi macam ayam berak kapur ja?" soal Amili.

Amisya menunduk sendiri. Ehehe malu.

"Soalan nombor satu D. Susah."

"Aa senang ja ni. Meh sini pen."

"Astagaa confident bethol. Buat kira-kira math guna pen. Insecure. Insecure."

***

Kring !

Buku teks disimpan di dalam laci meja. Kiri kanan dipandang. Kedua lelaki itu tidur. Wajah mereka ditilik lama. Astagaa hensem.

"Mifzal. Mili bangun. Dah rehat."

"Weyh. Bangunlah. Dah rehat. Tinggal kita tiga ja dalam kelas ni. Budak luar dah pandang pelik tu. Woi bangun."

"Bangunlah."

"Bangu-

"Aaaah." tubuhnya hampir jatuh dari kerusi. Mata tertutup rapat.

Tidak sakit. Tidak rasa permukaan lantai. Mata dibuka.

Maigash.

Kejebunan apakah.

***

Sejak kejadian itu, Amisya hanya diam tidak terkutik.

"Lahaii. Dah macam dalam drama. Eii."  monolog dia sendiiri.


"Erkk. Kau okay?" soal Amili sekadar menghilang rasa kekok di antada mereka.

Amisya menunduk dan mengangguk.

"Ouhh. Okay."

"Nah." Mifzal menghulur tiga bungkus roti gardenia berperisa coklat.

"Lambat la kau jalan. Macam siput sedut." Mifzal memarahi seorang.

Kami berdua memandang pelajar yang dimarahi itu.

Alahaii pengawas. Budak tingkatan 3 mungkin. Kecik semacam.

Tiga tin air Milo dietakkan di atas meja. Tangannya terketar-ketar membuatkan tin-tin itu berlaga sesama-sendiri.

"Terima kasih bro."

"Sa-sama-sama." terketar-ketar budak itu menjawab. Mifzal hanya menayangkan muka tidak bersalahnya.

"Kenapa korang taknak rehat dengan budak lelaki lain? Kau tengok diorang dah ushar pelik." tutur Amisya berbisik di telinga Mifzal.

"Makan. Makan. Harini, aku sebagai muslim yang paling baik hati, aku belanja. Esok Amili pulak." selamba dia berkata.

Kemdian dia membawa keluar sesuatu dari kocek seluarnya. Dia mengabaikan pertanyaan Amisya. Shut! Kena simpan rahsia.

"Wey, simpan." Amisya terus menarik tangan Mifzal dan meletakkan di atas kerusi. Disorok barang itu di celahan antara mereka.

"Jangan bawa lain kali. Bahaya. Nanti kena rampas. Takpun kena curi. Sekarang banyak kes curi phone dekat sekolah." roti diletakkan di atas meja. Dan dia tersedar. Tangannya-

Cepat-cepat dia tarik. Amili di depan hanya menjadi pemerhari.

"Weaa?"

"Err. Nothing. Ha ha ha ha. Makan. Nanti habis rehat."

"Okay. Makanan dekat sini memang tak sedap eah?" laju sahaja ayat itu meluncur keluar dari mulut Mifzal.

"Ingat ni sekolah swasta." Amili membalas.

"Jom, aku dah habis makan." Amili mula bangun dan menolak kerusi dengan belakang kakinya.

"Jom."

Belum sempat Amisya hendak bangun, tangan kirinya direntap membuatkan tubuhnya jatuh terduduk di permukaan simen lantai.

"Ergh."

"Woww. Dah ada bodyguard lah. Hebat eah kau sekarang. Ke dah kaya sebab ada sugardaddy."

AHAHAHAHAAHHAAHAH

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro