Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16 // AmisyaAdriana

Lutut ditarik rapat ke dada. Dia menghamburkan tangisannya di situ. Masih terlayar di kotak ingatannya apa yang berlaku semalam.

Air mata mula menitis kembali. Dia mahukan ayahnya. Dia tidak mahu berlama di rumah ini. Dia mahu keluar.

"Ayahh. Isya rindu ayah." esakan kecil mula terlepas. Air mata dibiarkan berjuraian jatuh.

"Isya. Raf nak masuk." satu suara garau membuatkan dia terdiam.

Selimut di kaki ditarik naik ke lutut. Masih di posisi yang sama.

"Shhh jangan nangis." pujuk Rafiqi. Jarinya naik mengusap lembut bawah mata Amisya.

"Isya nak ayah. Isya nak balik." air mata menitik kembali.

"Isya nak ayah."

"Raf minta maaf. Tapi bonda tak izinkan sesiapa bagitahu keadaan sebenar Isya dekat family angkat Isya." jelas Rafiqi membuatkam tubuh kecil itu mendongak.

"Dia siapa nak atur hidup Isya. Isya nak ayah. Isya nak balik." dia mula memberontak. Bantal di tepi dibaling ke bawah.

"shh jangan macam ni. Jangan risau. Amili dengan Mifzal ada jagakan Isya." Rafiqi masih memujuk.

"Isk isk isk. Isya nak ayah. Isya nak peluk ayah. Isya rindu ayah." kepala terus disembam ke atas katil empuk beralaskan comforter.

"Raf minta maaf. Tapi Bonda-

"Dia siapa nak semua ikut cakap dia. Isya nak ayah!" Amisya bangun dari katil. Beg bajunya diambil dari bawah katil.

"Amisya Adriana!" satu suara memetir secara tiba-tiba.

"Tiada siapa boleh keluar dari rumah ni tanpa izin aku!"

"Tapi kenapa? Isya nak ayah. Isya nak ayah." bentak Amisya. Beg bajunya diletakkan di atas katil dipeluk erat ke dadanya.

"Raf ambik beg tu." arah wanita itu

"Bonda-

"Kau pun dah berani lawan cakap aku?!" suara itu bukan lagi lembut seperti selalu.

Rafiqi mengetap gigi kasar dan merampas beg dari tangan Amisya.

"Pakcik, isya nak ayah." masih merayu.

Air mata dibiarkan jatuh ke lantai.

"Duduk sini kalau kau nak family kau bernafas. Aku takkam izinkan kau keluar tanpa kebenaran aku."

"Bonda siapa sebenarnya?" soal Amisya tersedu-sedu. Raut wajah Bonda itu ditenung lama.

"Maafkan bonda. Raf mari. Ada urgent meeting."

"Pakcik- Bonda."

Dua susuk itu sudah hilang dari pandangan matanya. Bersama beg bajunya. Ayah, isya rindu.

***

Wajah itu ditampar berkali-kali menyebabkan bibir merah basah itu mula pecah. Rambut dicekak kasar sebelum dihantuk di dinding. Kuat.

"Ergh!"

"Tu sebab kau sakitkan anak aku." tangan diangkat tinggi sebelum dilayangkan ke arah muka budak lelaki itu.

Pang!

Terteleng wajah itu ke tepi. Mukanya sudah biru memucat.

Pang!

Pipinya terteleng lagi. Dunia seakan berpusing mengikut rentaknya, kepala sudah rebah di lantai simen.

Dia mencelikkan matanya sebelum satu nama diseru.

"Amisya-

***

Baju di dalam raga diragut kasar sebelum dilempar ke atas ampaian. Longgokan baju di dalam raga dipandang penuh benci.

"Disebabkan kau, aku kena buat semua ni." bentak Qaisara. Dia bebal. Semua kerja rumah diuruskan olehnya sendiri.

Baju dilempar lagi ke ampaian membuatkan dawai besi hijau itu bergetar kuat.

"Siap kau bila balik sini." marahnya sendiri. Setelah habis semua baju di dalam bakul dia segara berlari masuk ke dalam rumah.

Raga diletakkan kembali ke tempatnya sebelum dia berlari mendapatkan sofa dan bantalnya. Qaisara tidur terlentang di atas sofa. Kaki diletakkan di meja kopi berhadapan dengan kedudukannya.

"Qai. Tolong ibu masak kejap." satu suara dari dapur membuatkan dia merengus kasar.

"Aaaaa taknak. Qai baru nak rest ibu. Penat laa." rungutnya.

"Kau sidai baju je kan. Bukan buat apa pun." Puan Soleha bercekak pinggang menanti kehadiran anaknya.

Qaisara berjalan lemah-gemalai menuju ke arah ibunya.

"Kenapa?" soalnya tidak puas hati. Ada saja menggangu kententeraman hidupnya.

"Tolong ibu masak. Nanti kang ayah kau balik bising." arah ibu.

"Alaaa Qai bukan pandai masak. Ibu buatlah sendiri." dia membuka langkah meninggalkan ibunya.

"Qaisara! Kau nak ke tengok ayah kau mengamuk macam semalam, hah! Kau suka tengok aku kena maki disebabkan perempuan malang tu!" Puan Soleha mula meninggikan suaranya. Naik berang dengan perangai anak sendiri kadang-kadang.

"Hesh. Yang ayah tu pun satu. Semua nak bela si Amisya tu. Entah apa je dia buat dekat ayah sampai semua salah Qai. Eii." dia mula membentak. Kerusi di salah satu meja makan itu ditarik dan di labuhkan punggung di situ.

"Tolong kupaskan bawang lepastu hiris. Nak tumis. Aku rasa nak masak gulai ikan." arah Puan Soleha dan meletakkan sebiji bawang besar dan tiga ulas bawang putih.

"Hesh, bila perempuan tu nak balik. Semak la kena buat semua kerja." bentak Qaisara. Pisau yang ada di atas meja diambil dan membelah bawang merah.

"Kau pikir, kalau budak tu balik sini, kau masih boleh layan dia macam dulu. Kau berasa nak kena libas dengan tali pinggang buatlah. Laptop budak tu pun ayah kau sanggup beli baru." rungut Puan Soleha. Dia membuka satu laci yang menempatkan pelbagai jenis rempah sebelum serbuk kari ikan menjadi pilihan.

Mangkuk kecil diambil dari dalam rak. Dua sudu serbuk kari ikan itu dimasukkan ke dalam mangkuk tadi dan digaul bersama dengan air. Habis semua serbuk itu melarut, Puan Soleha bergerak pula ke dapur gas.

Api dibuka, periuk sederhana besar itu dicapai dan dituang sedikit minyak.

"Bawang dah siap potong?" soal wanita itu.

"Dah." balas Qaisara sepatah.

"Kau pergi masukkan. Aku nak siang ikan." arah Puan Soleha.

"Nanti meletup." balas Qaisara ringkas.

"Eleh meletup sikit ja pun. Bukan meletup macam bom atom." marah Puan Soleha.

"Woi cepat. Dah berasap dah tu." dia mengangkat pisau dan menghalakan ke arah Qaisara. Memberi amaran.

Bawang yang sudah siap dibasuh itu dicampakkan ke dalam periuk.

"Yaaah mak hang meletup tak ingat dunia!" latah Qaisara. Senduk yang dipegang terlepas dari tangan.

"Perlahankan api. Lepastu kacau." arah Puan Soleha.

"Taknak. Meletup." Qaisara menggeleng kepala laju.

"Aish. Kau pergi sapu sampah sana. Menyemak ja dekat sini." tubuh Qaisara ditolak ke tepi. Ikan tadi dibasuh sekali lagi.

Api dikuatkan semula, rempah yang dibancuh tadi dimasukkan ke dalam bawang yang sudah garing.

***

Amisya duduk menghadap balkoni. Air matanya sudah tidak mahu menitik lagi. Kehadiran Amili dan Mifzal sedikit-sebanyak mampu membuatkan dirinya tersenyum.

"Apa yang kau teringin nak buat sangat-sangat?" soal Mifzal. Dia duduk di atas kerusi berhadapan dengan Amisya. Amili duduk disebelahnya. Berlainan kerusi.

"Aku nak sentuh matahari." balas Amili

"Isya? Nak buat apa?" soal Mifzal kepada Amisya.

"Ermm. Nak duduk semeja dengan family yang betul-betul boleh terima isya. Isya cuma nak bahagia dengan family. Tu ja." balas Amisya. Wajah dua jejaka itu dipandang bersilih-ganti.

"Sedih jugak cerita kau ni. By the way, yang kau nak pergi sentuh matahari tu dah kenapa." soal Mifzal, dia melihat Amili yang sibuk menatap matahari. Gila apa?!

"Sebab... Entah. Bagi aku matahari tu cantik. Aku cuma teringin nak pegang. Tu je." jelas Amili. Wajahnya Amisya pandang tidak percaya.

"Gila." kata Amisya. Dia duduk bersila di atas kerusi.

"Okay. Kita main teka-teki nak tak?" soal Mifzal lagi.

"Hadeh. Dari tadi main teka-teki. Bolehla." balas Amisya. Amili hanya mengangguk bersetuju.

Sejak dari tadi kami berbual, mereka sudah tidak terlalu mengikut peraturan yang mengarut itu. Hanya berbual, dan menghabiskan sisa waktu dengan gelak ketawa. Rafiqi dan Bonda pergi kerja. Hmm

Nak balik...

"Okay. Soalan pertama. Kenapa kena kahwin dulu baru boleh ada anak?" soal Mifzal.

"Ni soalan ke, nak mintak kaki?" soal Amisya.

"Bongok punya soalan." marah Amili.

"Biar Isya pulak bagi soalan. Eii soalan pelik-pelik." marah Amisya buat-buat.

"Okay soalan dia. Nak bagi soalan jap.
Contohlah, Korang sekarang takda duit. Korang memang takda duit langsung sampai bukak dompet pun berhabuk. Tapi kau satu motor yang kalau kau jual, kau dapat banyak duit. Apa kau akan buat?" soal Amisya. Tangan naik menungkat dagu.

"Tapikan, duit kitaorang takkan habis selagi bekerja dekat sini." Mifzal membalas. Tangannya bermain dengan bunga di dalam pasu.

"Betul. Betul." si Amili pula mengangguk bersetuju dengan kata-kata Mifzal.

"Eah korang ni. Bayangkan jela. Kalau korang tak kerja sini." kata Amisya lagi. Bersungguh-sungguh mahu dengar jawapan dari dua orang lelaki di hadapannya.

"Dah memang kitaorang kerja sini. Nak bayangkan macam mana?" balas Amili. Amisya menepuk dahinya. Hadeh!

***

Special tags ( sesaja and random se-random-nya )

minygzz
miloshakeee
yanarosy
swaggpwencess
imjoyyyy
Gretavrey
NSFSHN
TaeNna0708
VOGUESTH-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro