14 // AmisyaAdriana
Amisya duduk bersila di atas sofa. Dia mula bosan. Orang di rumah ini semua sudah menghilang sejak pagi. Bonda mahupun Rafiqi hilang sejak pagi termasuk beberapa orang lelaki dan seorang perempuan yang berpakaian formal. Kerja mungkin.
Sarapan di biarkan sepi. Selera makannya hilang, dia perlukan kawan untuk bercakap. Pinggan diangkat ke singki kemudian dibasuh. Diletakkan kembali ke rak. Gelas susu di atas meja diteguk rakus, habis sahaja isi gelas itu dia terus le singki semula dan membasuhnya.
Dia mula menapak ke arah ruang tamu. Televisyen berukuran 65 inchi itu ditenung lama.
"Bapak besar. Ni kalau layan filem best." dia bercakap sendiri.
"Lady." seorang lelaki menyapa.
"Nama saya Amisya. Bukan lady. Semalam dah cakap kan." balas Amisya. Dia tidak selesa orang memanggilnya begitu.
"Ratu suruh saya temankan lady." kata Mifzal lagi. Dia menunduk sedikit badannya dan tangannya dihalakan ke arah sofa.
Amisya hanya duduk terdiam di situ. Mifzal mengambil remote televisyen dan membukanya.
"Nak tengok cerita apa?" soal Mifzal.
"Ermm. Cdrama boleh?" soal Amisya. Dia memandang Mifzal penuh berharap lelaki itu berkata'ya'
"Sure. Cerita apa?"
"Aaaaa siyes aa. Nak tengok ermm-" tangan diletakkan di dagu seolah-olah berfikir.
"Cepat-cepat." Mifzal mula mengusik.
"Ish. Jangan kacau orang tengan berfikir." marah Amisya membuatkan Mifzal terus tertunduk di atas lantai.
"Ehhh kenapa ni?"
"Maafkan saya. Saya patut mati. Tak patut buat lady marah."
"Saya tak marah. Baik awak bangun sebelum orang cakap saya buli awakk. Cepat bangun." Amisya menarik lengan Mifzal namun ditepis tangan itu.
Dia mula bangun dan menunduk hormat sekali lagi. Mifzal berlalu ke dapur.
Dia tercengang.
"Apa aku dah buat."
Amili yang kebetulan lalu di situ dipanggil.
"Mili!"
Gerangan itu memusingkan badannga dan berlari anak mendapatkan Amisya. Dia menundukkan sedikit badannya. Tuan baharunya.
"Ada apa yang boleh saya bantu?"
"Isya bosan. Tapi kenapa mifzal buat macam tu?" soal Amisya ingin tahu.
"Nampaknya awak belum tahu peraturan rumah ni, kan?" soal Amili kembali.
"Rumah ni ada peraturan? Mind to explain?"
"Boleh. Tapi kejap. I have a work to do. Just wait emm- dalam sepuluh minit. I will come back." kata Amili, dia menunduk kembali dan berlalu pergi.
"Kenapa semua nak kena tunduk. Emm." dia mula ingin tahu tentang serba-serbi orang di rumah ini. Terlalu formal semuanya.
Selepas beberapa minit berlalu. Baru muncul muka di Amili bersama tablet di tangan kanannya. Baju kemeja putih kemas dimasukkan ke dalam seluar slack hitam. Tie biru tua jugak tidak dilupakan. Semuanya kemas dan segak. Hihihi
"So, saya nak awak nak cerita pasal rumah ni?" kata Amisya. Punggung dihenyak ke atas sofa kulit itu.
"Okay sure. Lady nak makan apa-apa tak? Snack? Jajan?" soal Amili. Dia memandang Amisya menunggu jawapan.
"Sokayh. Cerita ja apa yang awak nak cerita." balas Amisya. Dia sudah tidak sabar.
"Okay. We start from hormat. First, kalau aku jumpa Ratu, lady kena tunduk. Bengkokkan sedikit badan. Simple." kata Amili.
"Ouh. Patutla Bonda mengamuk sakan haritu." Amisya menggaru kepala yang tidak gatal.
"Eah awak dudukla. Takkan nak berdiri sampai awak habis bercerita." kata Amisya lagi.
"Ermm boleh ka?" soal Amili pula dibalas dengan anggukan.
Amisya menginjak ke tepi sedikit membiarkan ada jurang yang agak luas di antara mereka.
"Bukan yang tu je tau. Banyak lagi actually. Ehheee. Bila berdepan dengan Ratu, lady jangan banyak cakap. Jangan tinggikan suara. Duduk sopan-sopan."
"And bila lady duduk, jangan sampai terkangkang. Eheh. Sopan. Just be like perempuan nelayu terakhir kalau lady still nak hidup dalam rumah ni." kata Amili lagi. Dia menyilangkan kaki dan menjatuhkannya kembali.
"Aaa lady jugak takboleh tinggikan lutut semasa berdepan dengan Ratu. Maksud saya. Macam tadi saya buat tu. Auto dapat cop biadap. Silap haribulan terus kena buang kerja. But lady special sikit." kata Amili lagi. Bantal kusyen yang petak itu diambil dan ditepuk-tepuk sedikit.
"Ouhh. Ehh jap. Nak tanya. Kenapa semua panggil Bonda, Ratu?" soal Amisya. Dia juga hairan apabila semua memanggil Bonda Rafiqi Ratu.
Siapakah wanita itu? Sungguh menakutkan.
"And anak dia , si Rafiqi pun tunduk hormat dekat dia." soal Amisya lagi. Banyak perkara yang bermain di kotak mindanya.
"Ermm. I just give you one warning. Selagi lady boleh elak, better lady elak untuk berkomunikasi dengan Ratu. Dia sangat menakutkan, and selama 7 tahun saya berkerja dekat sini, tak pernah lagi tengok dia senyum apatah lagi ketawa. Even dengan anak dia, Rafiqi." Amili menjauhkan kembali badannya dari Amisha. Dia berdiri kemudian mengibas-ngibaskan badanya.
"Sorry saya ada kerja. Saya minta diri dulu." balas Amili dah mahu menginjak pergi.
"Stop. Awak buat saya tertanya-tanya siapa mereka sebenarnya? Can you tell me secara detail please?" rayu Amisya. Dia ingin tahu mengenai dua beranak itu.
"Kau betul nak tahu? Kau tanya Tuan Jeffri dia lebih banyak tahu pasal family ni. Tapi tula dah berpuluh tahun menghilang. Sokay. Nanti aku story-story okay. Aku ada kerja. Lagipun dah pukul 10." kata Amili dan berlalu pergi selepas menunduk hormat.
"Tuan Jeffri. Menghilang berpuluh tahun? Ayah akukan?" Amisya mula menyoal sendiri. Hairan. Pelik bin ajaib.
Muncul kembali kelibat Amili bersama senduk kayu di tangan.
"Petang nanti kawan lady datang sini. Katanya minum petang. So get ready gurls. Lady kena ada petang ni, arahan Ratu. Sorry tak cakap awal-awal." dia berlalu pergi sekali lagi. Tapi bawak senduk menuju ke garaj. Buat apa?
"Kawan? Siapa?" soalnya lagi. Kaki terus menapak ke arah tangga klasik itu.
Pemegang berwarna koko berkilat itu diusap lama sebelum dia memandang puluhan anak tangga menuju ke tingkat atas.
Telefon di dalam poket seluar nike-nya diambil dan...
Klik! Klik!
Terlalu cantik. Simpan sebagai kenangan tidak salahkan.
Ting!
Bunyi mesej masuk itu membuatkan Amisya hampir terlepas pegangan handphonenya.
"Allah."
019-xxx xxxx
Assalam, petang ni ada kawan kau nak datang dengan mak dia. Ni aku Raf.
Dah tau dahkan?
Aku mula menaip.
Wasalam dah. Amili cakap tadi.
Isya nak tanya boleh?
Sure. Tanyala.
Ermm. Siapa kawan isya tu? Isya kenal ke?
Kau buat lawak eah.
Takkan kawan sendiri pun tak kenal.
Tunggu jelah. Nanti petang dia sampai la tu.
Bersiap cantik-cantik sikit. Baju kurung kalau boleh.
Ouh okay. Selamat bawak baju kurung.
Alaaa nak tahu je pun. Sokayh
Okay . bye
Blutick. Setelah habis beberapa minitnya menghadap telefon dia terus dimatikan dan dimasukkan kembali ke dalam pokey seluarnya. Buat Dhuha pun bagus jugak.
Kaki terus menapak ke dalam biliknya. Ups salah. Dia hanya menumpang di dalam bilik itu untuk beberapa malam sahaja. Okay dia sedar. Dia tidak layal berada di dalam rumah sebesar ini.
Masuk di dalam bilik, dia terus melompat di atas katil yang empuk dan beralun seperti ombak itu. Sangat selesa. Dia mahu terlelap sebelum dia bangun secara drastik.
"Jahat eah kau syaitan. Aku cakap nak buat Dhuha tadi. Aish." terus kaki melangkah ke arah bilik air di dalam biliknya.
Bilik air ini sangat besar jika dibandingkan dengan bilik tidur di rumahnya sendiri. Bilik air ajepun!
Dengan bathtub besar gedabak, pintu lut sinar unthk shower, pelbagai jenis shampoo dari rambut sampailah ke bulu kaki. Uish sangat mewah. Warna hijau lumut yang mendamaikan. Sangat tenang.
Terus ke ke arah paip di sebelah jamban duduk kaca itu. Berkilat jamban pun.
Paip air dibuka dan dia mula membasahkan anggota wuduknya. Habis membasahkan tangan hingga pergelangan tangannya, dikumur sebangak tiga kali. Diluah kembali, air dimasukkan sedikit ke dalam rongga hidung dan anggota-anggota yang lain.
Sesudah acara wudhu-nya selesai terus tangan diangka membaca doa. Kedua tangan ditekupkan di muka mengaminkan doa.
Mini ampain itu dituju. Sejadah dan telekung berwarna biru laut itu dia ambil. Dan menyarungkan di tubuhnya.
Selesai membentangkan sejadah terus diniatkan untuk menyempurnakan dhuhanya. Takbir diangkat dan dia solat sekusyuknya.
Assalamualaikum warahmatullah...
Assalamualaikum warahmatullah...
Tangan diraup ke muka sekali lagi. Bibirnya basah dengan memuji nama-nama Allah. Berselang-seli dengan selawat memuji Nabi.
Air matanya mula menitik. Tangan ditadah persis meminta sedekah, meminta sedekah pada penciptaNya.
"Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang yang mengusai hari pembalasan. Kau sebaik-baik pencipta. Kau perancang terbaik buat setiap hambanha. Ya Allah hamba memohon ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hamba ya Allah. Sesungguhnya dosa hamba terlalu banyak untuk dihitung. Sesungguhnya hamba zalim kepada diri hamba sendiri, ya Allah." air mata menitik laju menuruni lurah pipi.
"Ya Allah, hamba mahu menjadi hamba yang disayangiMu. Berikanlah hamba petunjuk di setiap kali hamba tersesat ya Allah. Hamba selalu terpesong dari jalanMu ya Allah. Ampunkanlah dosa hamba ya Allah. Berkatilah rezeki hamba ya Allah. Terimalah ibadat hamba yang lalai ini ya Allah."
"Sesunggunhnya engkau tuhan semesta alam. Yang menguasai seluruh alam. Yang memberikan keesihatan yang baik kepada kami semua ya Allah. Terima kasih ya Allah atas segalanganya. Berkatilah kekasih kami, Nabi Muhammad SAW ya Allah. Berilah hamba petunjuk untuk selalu mengikuti jejak langkah nabi dan para ambiyak." tangan yang menadah itu bergetar sendiri dkikuti tangisan yang merindukan rahmah dan ihsan dari pencipta.
"Amiinn." tangan diraup ke muka. Sisa air mata diseka laju. Telekung ditanggakkan dan dia berdiri mengambil sejadah. Dilipat dan diletakkan kembali di mini ampaian itu.
"Terima kasih Allah." ucapnya sendiri. Jam di dinding dikerling sekilas.
10.34
"Tidur lagi bagus. Eheheheh." terus dia melentang di atas katil. Selimut ditarik hingga ke dada...
Bismikallah humma ahya waamun
Mata ditutup dan dia mati.
Terima kasih Allah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro