Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13 // AmisyaAdriana

Kereta diberhentikan di pintu masuk hospital memandang masih tiada aliran kereta yang bergerak keluar masuk. Pintu dibuka dan dia berlalu pergi sebaik sahaja dua helai wang kertas bernilai RM50 diberikan kepada pemandu teksi itu.

Walaupun pakcik itu menolak dengan alasan terlalu banyak.

"Ambil je pakcik. Anggap tu rezeki pakcik harini. Lagipun Raf dah susahkan pakcik pickup Raf pagi-pagi buta macam ni. Kacau lena pakcik je." balas Rafiqi. Wang kertas itu ditolak dengan lembut ke arah pakcik itu.

Dia tersenyum sebelum beredar dari kawasan itu. Kafeteria menarik minatnya. Masuk sahaja kefe yang agak sunyi itu di terus mengambil beberapa biji kuih dan dimasukkan ke dalam plastik hijau yang disediakan. Walaupun masih sunyi kebersihan kawasan ini boleh dikatakan tip top.

Di kafe ini suasana sunyi tetapi tidaklah terlalu sunyi hingga menimbulkan rasa seram. Hanya ada  dirinya sendiri, makcik yang sedang menyusun kuih, beberapa orang jururawat yang sedang makan dan cleaner yang sedang mengemop lantai.

Kuih ketayap, kuih keria, kuih pau, kuih karipap dan donut menjadi pilihan. Selepas membayar dia terus bergerak ke dalam hospital.

Telefon dibawak keluar dan nombor seseorang di dail. Sempat juga tadi dia meng-sos-topup Jadi tidaklah dia perlu meminjam telefon sesiapa lagi.

"Assalamualaikum, dekat mana? Aku ada dekat kafe."

"Still tunggu bonda kau. Aku nak pergi kafe jugak ni. Tunggu aku woi."

"Okay. Aku letak dulu."

"Baik."

Terus dia menamatkan panggilan. Sempat dia membuka aplikasi instagram miliknya. Followers instagram dia jugak telah naik sebanyak 6k sejak kebelakangan ini. Bertalu-talu mesej masuk melalui pemberitahuannya. Dia merengus kasar.

"Manusia mana yang bagi viral. Bodoh." rungutnya sendiri. Telefon terus ditutup dan dimasukkan kembali ke dalam kocek seluar.

Sempat dia memandang ke sekeliling kawasan. Agak gelap dan semestinya tiada orang yang lalu lalang. Laluan kafeteria ini juga sunyi tanpa suara manusia. Bulu roma mula merinding naik dengan sendiri.

***

"Kenapa jadi macam ni? Salah Raf ke?" bibirnya bergetar menahan esakan.

"Bukan salah Raf. Ayah dibawah pengaruh. Pakcik pun taktahu apa jadi sebenarnya. Tahu pun masa riuh-rendah dalam rumah dengan suara bibik menjerit minta tolong." jelas Pak Talib. Diusap peha remaja itu perlahan sebelum dia mengeluh kasar.

"Salah Raf ke? Raf tak jaga bonda. Kalau Raf tak stay asrama mesti semua ni tak jadi." kata Rafiqi pula. Dia sayangkan bondanya, tidak sanggup kehilangan orang yang tersayang buat kali kedua.

"Bukan salah Raf. Raf tak salah. Bonda sendirikan minta Raf belajar jauh-jauh dari dia. Dia nak Raf pandai, ubah nasib keluarga. Raf nak ke bonda hidup selamanya macam tu?" soal Pak Talib dan Rafiqi menggeleng laju.

Air mata lelaki itu tumpah.

"Tapi Raf tak sanggup. Raf sayang bonda."

"Allah. Kalau Raf sayang bonda, Raf kena sambung belajar. Raf kena belajar pandai-pandai. Ubah nasib keluarga, ubah nasib bonda. Raf lelaki, nanti Raf akan ada tanggungjawab. Raf kena berani. Tak bolehla macam ni." pujuk Pak Talib. Sungguh dia terkesan dengan air mata Rafiqi.

"Raf tak kuat tengok Bonda macam tu. Jantan tu patut mati!" marah Rafiqi. Kerusi ditumbuk kuat.

"Sabar. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Percaya Allah."

"Raf lemah. Raf tak mampu nak hadap Bonda dalam keadaan macam ni." air mata yang ditahan tumpah jua ke pipi.

"Raf. Insha-Allah semuanya akan baik-baik kalau Raf letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah. Percaya pada Dia. Raf takkan kecewa."

Allahuakbar Allahuakbar

"Haa dah masuk subuh. Jom jemaah sama-sama. Tenangkan diri. Minta doa banyak-banyak." terus tangan kasar itu menepuk bahu Rafiqi. Dia turut bangun dan berjalan ke arah surau yang berada agak jauh.

Pukul 7 pagi, Hospital Besar Kulim.

Apabila Pak Talib menelefon  memberitahu bahawa bondanya sudah boleh menerima pelawat ,terus dia melipat sejadah yang dia gunakan. Dada dipegang menahan getaran yang maha kuat.

Selepas bersalaman dengan beberapa orang yang berjemaah sekali tadi, dia terus meminta diri untuk keluar. Pintu ditutup rapat, kasutnya dipakai dan dia terus berlari anak keluar dari kawasan surau itu.

142, nombor bilik itu dipandang lama. Terus daun pintu ditolak dan menjengulkan kepalanya sedikit. Bondanya sedang duduk di balkoni melihat taman permainan kanak-kanak di bawah.

Bahu disentuh sebelum gerangan itu memusingkan badannya.

"Raf anak bonda." terus badan Rafiqi ditarik ke dalam dakapannya. Air mata laju menitik turun menyerap di baju cotton anaknya.

"Bonda sayang Raf. Bonda sayang Raf." ucap itu diselang-seli dengan kucupan di dahi.

Rafiqi terseyum sebelum di meraih tangan bondanya. Dikucup tangan tua itu lama sebelum air matanya juga menitis.

"Bila Raf dapat tahu pasal bonda, Raf dah tak pikir panjang. Raf terus kesini. Raf risaukan bonda. Raf sayang bonda. Bonda nyawa Raf. And Raf mintak sangat, tolong jangan biar Raf belajar jauh dari bonda. Raf tak sanggup." air mata deras tumpah ke pipi.

Dahi anakmya dikucup lagi. Digosok perlahan belakang badan anaknya berkali-kali supaya bertenang.

"Raf, dengar cakap bonda. Trust me. Raf kena belajar. Takkan Raf nak jaga bonda sampai Raf tua? Raf tak teringin nak sambung belajar. Stay asrama dengan kawan-kawan. Study dengan kawan-kawan. Takkan Raf tak nak semua tu?" soal Bond bertalu-talu. Pipi anaknya pula dikucup lama.

'Siapa ja yang taknak sambung belajar bonda. Tapi keadaan sekarang tak mengizinkan Raf untuk terus belajar. Biarlah Raf jaga bonda sementara Raf masih hidup' suara seakan tersekat di kerongkong. Dia terdiam

"Raf sanggup jaga bonda sampai akhir hayat Raf. Tolong. Raf merayu jangan suruh Raf belajar jauh-jauh dari bonda. Rak tak mampu."

"Raf risaukan pasal ayah? Dia dah kena tangkap." jelas Bonda. Walaupun terasa agak lega tapi

"Untuk berapa lama bonda? Berapa lama? Nanti dia keluar dari penjara, dia akan kacau bonda lagi. Raf taknak dia sakitkan bonda. Raf sayangkan bonda."

"Ambil alih kedudukan bonda. Ambil gelaran king. Bonda dah tak boleh nak control semua, Bonda dah tak boleh jadi Ratu. Sambung  berlajar. Bonda janji Bonda akan jaga diri. Lagipun, i have all the soldiers. Diorang boleh pantau bonda."

"Nooo. Raf tak nak ganti tempat Bonda. Raf tetap taknak tinggalkan bonda. Raf nak jaga bonda sendiri." rayuan demi rayuan digunakan. Namum semuanya hampa.

"Siapa lagi kalau bukan Raf yang ganti Bonda?  Bonda takkan bagi gelaran ni dekat orang lain. Raf lelaki. Raf kena teruskan usaha Bonda." bantah wnita itu. Pemegang kerusi digemgam kuat. Geram dengan sikap degil anaknya itu.

"Dah dah cuci tangan. Raf tak nak." selamba dia membalas.

"Raf, jangan macam ni. They need you." rayu Bonda pula. Wajah anaknya ditatap sayu.

"Bonda please." Rafiqi sudah mula bosan dengan perangai yang suka memberi arahan kepadanya.

"Kalau taknak jugak jawatan tu. Just fokus belajar. Understand, huh?" balas bonda pendek dan cukup membuatkan Rafiqi termati kata.

"Raf akan sambung belajar. Bukan dekat sini. But sekali dengan Fezruz, london." sebaik sahaja ayat itu keluar dari mulut Rafiqi, dia terus berlalu pergi.

Pintu kembali tertutup rapat. Bonda mengeluh, sebelum rambutnya dikuak ke belakang. Baju hospital dikibas beberapa kali sebelum di menguap.

Pintu kembali dibuka.

"Ratu." sapa seseorang. Badannya menunduk sebagai tanda hormat.

"Whut? Any information for today?" balas Bonda acuh tak acuh.

"Yes. Team kita dh dapat kesan anak Ratu." kata seorang wanita dalam lingkungan 20-an itu.

"I am glad to hear that. Lagi?" soal Bonda penuh minat. Tidak sia-sia usahanya selama bertahun-tahun ini membuahkan hasil. Dia terseyum puas.

"Dia tinggal dengan ayah and mak angkat. Nama Amisya Adriana binti Abdullah. Nama bapa dirahsiakan untill now. Ayah kepada Amisya, anak Ratu dah serah diri pagi tadi. He told everything." jelas wanita itu. Tablet di tangan dibelek berkali-kali takut-takut ada maklumat yang terlepas. 

"Nanti send detail melalui email okay. Aku nak rest." balas Bonda. Badan disandar ke belakang dan memandang langit yang sedikit mendung.

"Ohh ya. Sampai bila aku nak kena stay kat sini? Sakit tulang belakang aku lama-lama dekat sini." soal Bonda lagi. Ahh sangat muak dengan suasana hospital . 

"Doktor cakap esok petang mungkin dah boleh keluar. Kena tunggu sampai kesan ubat tu habis dulu. Kesan lebam tu, saya minta maaf Ratu, terkuat." jelas wanita itu lagi. Orang kepercayaan Bonda dan juga orang terpaling banyak tahu rahsia keluarga mereka.

"Sokayh. Asalkan dia masuk perangkap." balas bonda. Mata masih setia memandang ke luar jendela.

Lebam di lengan dipandang lama sebelum air mata menitik. Kemudian dia terseyum. Bekas lebam itu diusap lama dan dipandang wanita di hadapannya.

"Thank you very much lucy. You can leave. And about my son, Rafiqi. Dia tak nak ambil alih. So tolong arahkan beberapa orang jagakan dia. Nanti aku send detail pasal universiti yang dia daftar." kata bonda. Dia mula bangun dan bergerak ke katilnya.

"Okay Ratu. I will go now." wanita itu menunduk sedikit badannya. Tablet yang dipegang diserahkan kepada Bonda.

"You may."

End flashback 6 tahun lepas

***

Ruang makan yang besar itu dipandang lama. Dia terlalu awalkah turun sehingga tiada siapa di sini?

Hanya ada dua orang pembantu lelaki yang sedang me-memasak . wahhhu sound interesting.

Dia duduk di salah satu kerusi di island kitchen besar itu. Dua orang lelaki tadi terkejut dan terua berdiri dan meletakkan pinggan kembali ke atas meja. Mata memandang ke bawah.

"Maaf lady. Kami tak perasan." kata salah seorang lelaki itu

"Wait. What? Lady? Kenapa? Nama saya Amisya." dia memulakan sesi sual-kenalnya bersama pembantu lelaki rumah agam ini.

"Kami tak berani. I am really sorry lady." balas lelaki lagi seorang pula.

"Sampai bila awal berdua nak tenung lantai tu. Ada apa-apa yang menarik ke?" soal Amisya polos. Dua lelaki dihadannya ini langsung tidak mengangkat muka menatap wajahnya.

"Kami tak berani. Lady boleh ke ruang tamu. Akan ada pembantu yang akan temankan di sana." jelas salah seorang lelaki tadi.

"Ermm so what your name?" soa Amisya lagi. Di tidak puas hati selagi mereka berdua tidak mengangkat muka.

"Aku Mifzal Ni kawan aku, amili. Kau panggil ja mili."

Pinggannya disiku kuat.

"Ergh sakit la babi." Mifzal menjauhkan diri dari Amili. Ahh sungguh siku lelaki itu berbisa walaupun berbadan kecil.

"Jangan cari pasal. Nanti Ratu mengamuk mati kau." marah Amili. Wajah Mifzal ditenung bagai mahu tembus.

"Dah lady tanya. Takkan kau nak palau pulak. Ish kau ni. Sakit pinggang aku." pinggangnya digosok.

"Hok aloh mung. Sikit ja pung. Bukan kuat sampai bergegar buah pinggang kau." balas Amili. Pinggang kawannya itu dicuit lagi

"Eah eah kau ni. Aku cium kang." usik Mifzal.

Amisya memandang adegan gaduh mereka berdua dengan pandangannya pelik. Tangan dinaikkan mencekak pinggang.

"Korang gay?"

"Ya Allah. Tak baik awak. Nanti Allah marah. Awak tahu tak Allah melaknat umatnya yang suka sesama jenis."

Mifzal menampar dahinya. Amili memandang wajah Amisya pelik. Masing-masing berkerut sebelum mereka bertiga ketawa terbahak-bahak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro