Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10 // AmisyaAdriana

Bahu digoncang beberapa kali.

"Bruh kau nak tidur sampai kiamat ke?" satu suara mula memanggil. Agak kasar

"Eah kau ni nak kejut dia tidur ke nak bagi tazkirah." balas satu suara lain pula.

Pang!

"Woi. Kau ni suka sungguh tampar pipi aku. Sakit tau takk!" marah suara garau tadi.

"AHAHAHAHA kau pikir aku kisah. Dah bangunkan dia." suara perempuan tadi ketawa mengilai sebelum dia menyuruh lelaki tadi mengejutkan seseorang untuk bangun

Tubuh terasa digoncang lagi.

"Woi bangun! Remy! Bangun. Kalau tak aku cium mulut kau." suara lelaki itu kemudian memberikan amaran.

Terasa satu haba panas mendekati muka.

Adeh,dekat dengan matahari ke ni?

Kemudia terasa dagu bersentuhan dengan sesuatu yang kasar dan agak berbulu. Mata drastik terbuka dan

"ERGHHH AKU KENA ROGOL!" Remy menjerit sekuat hati sebaik sahaja membuka mata. Kepala lelaki itu ditendang dengan kakinya kuat.

Pak!

Sekali lagi wajah Affendi selamat mendarat di cermin kereta.

"Ergh!"

Tubuhnya terkaku seketika sebelum dia ketawa berdekah.

"Padan muka kau! Haa sapa suruh buat aku macam tu." marah Remy. Wajah sahabatnya itu direnung lama sebelum kelopak mata digosok.

"Benci aku. Dahla nak merajuk dengan kau. Ni dah sampai, kau nak tidur dalam kereta aku sampai bila." keras suara itu membalas. Merajuk la sangat.

***

Pintu bilik dipandang lama, dia sudah naik bosan menunggu. Janji pukul 8, pukul 8.30 bayang pun tak nampak lagi.

"Mana kau ni? Dahla lepasni ada ada urusan nak hendle."

Skrin hitam telefon bimbit berjenama Huawei itu dipandang lama sebelum bebola mata dilarikan ke arah jam di dinding.

8.34

Shit !

Beg baju adik perempuannya dipandang lama. Dia mengurut pelipis berulang-kali.

Pintu bilik terbuka sedikit. Dua figura manusia menyerbu masuk tanpa perasaan malu. Terus dua susuk itu berlari masuk ke dalam kawasan pantri. Rafiqi yang melihat adegan itu mula bingung.

Kening berkerut. Amisya di atas katil dipandang sekilas. Dia mula menapak ke arah dua manusia itu, sesuka hati sahaja meredah bilik wad VIP.

Buk!

Pergerakan Rafiqi termati. Bebola mata dilarikan pula ke arah pintu wad yang terbuka luas.

"Mana kau?!" marah perempuan itu

Rafiqi sudah mula pelik. Dia berlari anak ke arah Amisya yang terlentang di atas katil. Selimut ditarik menutupi dada adiknya. Tudung sarung yang tersangkut di tepi katil diambil dan disarungkan di kepala Amisya.

Mata Amisya tercelik sedikit apabila terasa diganggu sebelum dia sambung lenanya. Wajah lelaki itu hampir dengan mukanya. Malu !

Dua lelaki tadi hilang dari pandangan Rafiqi.

"Tu-tuan Rafiqi? Tuan Raf! Maaf saya biadap" kata perempuan itu dan membongkokkan badannya. Gerun dengan manusia itu.

"Apa dah jadi?" soal Rafiqi. Wajah perempuan di depannya direnung lama.

"Saya-

" biasakan diri kau. Aku okay." balas Rafiqi apabila melihat perempuan di depannya sangat kekok.

"Aku Pica. Kawan Remy."

"Remy? Iskandar?" soal Rafiqi meminta kepastian

"Ha ahh." pica mengangguk laju. Matanya meliar memandang sekeliling wad mewah itu.

"Erk-boleh aku tanya sikit, ada nampak dua orang lelaki erm lalu sini?" soal Pica agak gagap. Kuku bermain dengan kuku.

"Dekat pantri. Cari sendiri. Jangan bising kalau taknak kena siat."

Pica menelan air liur kasar.

Kaki dibawa ke dapur mini itu. Diperhati sekeliling kawasan dengan teliti sebelum dia tersenyum herot.

Telefon di dalam beg silangnya di ambil dan nombor seseorang di dail.

Polkadot polkadot ~

"Erghh shit!" marah satu suara.

"Keluar sekarang! Kau tahu tak kita ceroboh bilik siapa?" suara pica galak memberi amaran kepada dua manusia yang sedang bersembunyi di tempat paling selamat.

Pintu kabinet koko sedikit bergoyang sebelum ada satu gerangan manusia terkeluar dari situ.

"Wahh dari narnia ka?" perli Pica. Dipandang wajah itu lama. Geram!

"Remy kau keluar sekarang!" marah Affendi. Dia sudah tahu di mana si Remy itu bersembunyi.

"Aaaaa kejap. Aku tersangkut bodo." sahut satu suara lagi.

Kelibat Rafiqi sudah muncul dan berdiri dk sebelah Affendi. Si bendi terkejut dan hampir menjerit kuat.

Tangan Rafiqi naik memekup mulut Affendi.

"Shhh diam." matanya masih mencari manusia yang tersangkut itu.

Laci terbuka sedikit.

"Aaa aku lemas." udara disedut rakus sebelum pintu kabinet itu ditendang kuat.

Semua tergamam kecuali Rafiqi yang masih beriak biasa. Jam di dinding ditilik

9.00

"Keluar. Aku takdak masa nak main-main dengan korang semua. Keluar. Aku ada benda penting nak cakap." arah Rafiqi. Mereka bertiga berlalu pergi meninggalkan Remy yang masih tersepit di pintu kabinet yang hancur tadi.

"Apa hubungan tuan dengan Amisya?" soal Pica membuka soalan. Dia sudah meragui status Amisya sebagai anak angkat keluarga Puan Soleha.

"Aku boleh bagitahu, but korang kena janji sesuatu dengan aku."

"Bol-

" bodola kau. Aku suruh kau tolong aku. Kau blah macam tu je. Apa punya kawan." marah satu suara. Seluar yang berdebu itu dikibas kuat dengan surat khabar yang dikutip di atas meja.

"Jadi kau la yang hantar mesej dekat aku?" soal Remy. Punggung dihenyak di sebelah Affendi sebelum tangannya menampar kuat peha lelaki itu.

"Buk-

Bam!

Enam pasang mata memandang tepat figura manusia di depan pintu yang sedang tercungap-cungap. Tangan di angkat tanda hormat sebelum berjalan mendapatkan kami.

Tiba-tiba Rafiqi bangun dan memberikan tempatnya kepada Fezruz. Dia sedikit menunduk dan membuka butang baju kot-nya.

"Erk-" Fezruz kekok dalam keadaan tuan majikannya melayannya seperti itu.

Rafiqi membuat isyarat mata atau lebih tepatnya mengarahkan si Fezruz mengikut sahaja langkah permainan Remy.

"Jadi kau la yang hantar mesej tu dekat aku?" soal Remy selamba. Matanya memandang Rafiqi yang sedang duduk membetulkan keadaan kekoknya.

Rafiqi menjegilkan matanya ke arah Fezruz. Dia takut

Fezruz mengangguk lemah. Dia pandang wajah budak-budak di sampingnya. Semuanya masih mentah.

"Korang siapa?" soal Rafiqi tiruan

Pica dan Affendi sudah terdiam seribu bahasa. Berani tempah maut betullah kawan mereka seorang itu.

"Aku Remy ni kawan-kawan aku. Apa yang penting sangat? Pasal Amisya." soal Remy selamba. Dia duduk bersilang kaki di atas sofa

Biadap !

"AHAHAHAHAHHAHAHA, tuan aku dah tak boleh teruskan. Budak ni memang tak takut mati betul." kata si Fezru dan dia pula berdiri menunduk hormat pada Rafiqi.

Remy terdiam terkutik di tempatnya. Wait...

"Kau siapa actually?" polosnya soala itu meluncur keluar dari bibir Remy.

"Kau tak kenal aku siapa? Takkan mama kau tak carita apa-apa? And kau takkan taktahu langsung perkembangan dunia?" soal Fezruz tidak percaya.

Remy menggeleng.

"Tidal mengapa kalau begitu. Biarkan. Tak penting pun kalau kau tahu siapa aku. Tapi aku just nak cakap. Tolong pantau Amisya." kata Rafiqi. Riak mukanya agak mendung.

"Jadi kau la abang-

"Pakcikk, gemokk." satu suara serak memanggil secara tiba-tiba

"Okay stop cakap pasal benda tu. Bila-bila aku explain." terus tubuh itu berlalu pergi ke arah katil. Diraih tangan adiknya sebelum dikucup perlahan.

"Raf dah kena pergi kerja, Isya stay dengan kawan-kawan okay. Gemok pun ada tu haa. Kalau ada apa-apa panggil ja diorang. Raf dah kena gerak." dikucup pula dahi adiknya. Lama

"Bye , assalamualaikum." tubuh itu berlalu pergi. Sebaik pintu ditutup, semua mata terarah kepada sekujur tubuh di atas katil.

Amisya kelu. Remy?

***

Sejak pagi tadi dia cuba melarikan diri dari bertembung dengan suaminya. Kelibat suaminya juga tidak dilihat di dalam rumah. Anaknya pula sudah hilang entah ke mana.

Dia resah. Ulang-alik kakinya melangkah ke arah katil dan balkoni. Kuku jari habis digigit.

"Kalau tiba-tiba polis datang macam mana ni?"

"Aduh dah macam jenayah berat."

Rambut diraup kasar. Akhirnya dia membuat keputusan untuk keluar dari bilik. Bilik anaknya dituju. Pintu diketuk berkali-kali.

Tiada sahutan

Diketuk lagi pintu kayu itu sebelum dia memulas kasar tombol pintu.

"Ya Allah bilik ke apa ni? Bersepahnya."

Baju berteraburan di atas lantai, banyak botol kaca di atas katil. Dia menghampiri tingkap dan membukanya. Dia perlu kemas bilik anaknya seorang itu.

Cadar katil dibuka.

"Ergh busuknya." cadar itu ditarik dan dilemparkan ke arah bakul baju kotor.

Matanya pula tertancap pada satu bungkusan di tepi tiang katil.

"Benda apa tu?" soalnya sendiri.

Bungkusan kecil itu diambil. Dikoyakkan hujung bungkusan kecil itu dan ditungkan ke atas tapak tangan

Serbuk putih itu dijilat sedikit, dan tangannya menggeletar...

"Ya Allah-

Terus tilam itu diangkat sedikit. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya sebentar tadi. Dia menghendap di bawah katil biru laut anaknya. Jantungnya berdegup hebat.

Satu kotak hitam dibawah katil ditarik. Kotak itu diperhati lama. Kotak dibawa ke atas katil dan dia duduk bersila di atas katil.

"Noo, jangann."

Kotak itu dibuka. Dia berdiri menjauhi kotak itu, isinya membuatkan jantung seorang ibu itu seakan mahu terhenti. Dia jatuh terduduk di atas lantai.

"Apa kau dah buat."

"Ibu, apa ibu buat dalam bilik Qai?" soal Qaisara dari belakang. Bahu ibunya dicuit sebelum wajah itu memalingkan mukanya

Basah. Menangis

"Apa kau dah buat?!" jerkah ibunya

"Apa?" balas Qaisara. Dia membuka hoodienya dan menyangkut di belakang pintu.

Puan Soleha menghampiri Qaisara dan menarik lengan anaknya kasar. Bungkusan kecil-kecil itu dilempar ke arah muka Qaisara.

Riak wajah Qaisara berubah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro