Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ambassador | Seram : Siapa Yang Tegur?


Hana berpeluk tubuh dan keluar dari bilik yang kosong itu. Cuba bersangka baik dalam bulan Ramadan begini.

Hana : Takde apa tu.

Seseorang : Apa yang takde?

Meremang bulu romanya lantas dia berpaling. Hampir dia menjerit melihat seorang perempuan merenung dirinya di hujung koridor yang berbalam-balam.

Hana : Maryam! Sakit jantung aku dibuatnya.

Maryam : Buat apa masuk ke bilik tu. Kan dah dipesan jangan merayau-rayau waktu begini.

Hana : Itulah. Aku bosan tadi jadi saja aku nak tengok departmen tingkat 3 ni. Aku dah nak siap balik masak berbuka.

Hana mencapai tombol pintu bilik yang dibuka tadi.

Maryam : Jangan tutup.

Hana : Hah, takkan nak biar terbuka?

Maryam : Jangan tutup.

Hana menahan nafasnya, memandang Maryam yang masih berdiri di hujung koridor. Nadanya suaranya lain. Sedikit sebanyak dia merasa gementar dalam cahaya suram dari tingkap-tingkap yang tertutup rapat.

Mungkin Maryam ada urusan di bilik kosong itu, dia cuba mengusir telahan negatif.

Hana : Okeylah kalau macam tu. Aku turun dulu. Nanti tutup ya pintunya.

Segera dia melewati koridor itu dengan kaki yang sedikit menggigil. Dia perlu melepasi Maryam untuk menggunakan lif. Setapak demi setapak dia mendekat namun Maryam sedikit pun tidak berganjak memberi laluan padanya.

Maryam : Takut ke?

Bagai luruh jantung mendengar teguran Maryam. Hana tersenyum gugup, tidak mahu Maryam mencium ketakutannya.

Hana : Takdelah. Lapar sangat ni tak sempat sahur pagi tadi.

Hana memejamkan mata dan terus berlari anak mendekati lif. Berkali-kali dia menekan butang lif yang dirasakan lambat tiba.

Dari belakang, dia merasakan ada sesuatu merapatinya langkah demi langkah. Nafas Hana semakin laju, cemas dan ketakutan.

Ting!

Dia terus meloloskan diri dalam lif yang terbuka. Menyandar di dinding lif sambil memandang ke arah Maryam yang membelakanginya, bergerak ke hadapan mendekati bilik kosong yang terbuka pintunya.

Maryam : Terima kasih sebab bebaskan aku.

Seakan terdengar-dengar suara Maryam berbisik di telinganya seiring pintu lif yang tertutup.

Hana terduduk di dalam lif, hampir pengsan.

Esoknya dia gagah diri juga ke tempat kerja. Kubikel tempat Maryam bekerja kosong tanpa ada tuannya.

Hana : Mana Maryam?

Takut-takut dia menyoal teman sekerjanya, Haziq.

Haziq : Aku baru nak tanya kau. Kau tahu, semalam Maryam gatal pergi merayau pusing departmen atas. Kau tahu kan bilik kosong antara blok A dan B tu. Waktu kita semua dah balik, dia terperangkap dalam tu seorang diri. Dia kata dengar suara kau. Dia panggil kau berkali-kali tapi kau tak dengar. Betul ke kau naik atas?

Hana tergamam. Dia memeluk erat beg tangannya.

Hana : Ya, tapi aku tak jumpa... pun dia...

Hana mula meragui bayangan Maryam yang dilihatnya semalam.

Haziq : Paling menakutkan sekali, dia kata kau sebut nama dia tapi macam cakap dengan orang lain. Lepas tu dia pengsan. Pagi ni baru ada guard jumpa dia tapi hairannya sebab pintu bilik tu terbuka. Yang dia terperangkap tu apa? Hari ni dia tak dapat datang sebab demam panas.

Hana : Takpelah, Haziq. Aku banyak kerja ni.

Pantas dia menuju ke tempat duduknya. Dalam ketakutan, dia memandang kubikel Maryam sekali lagi.

Masa seakan terhenti.

Dari kejauhan, Hana melihat tubuh Maryam sedang duduk tegak di kerusi, membelakanginya.

499words
SeramMY
AmbassadorsMY
#dudukrumah
#dudukrumahbersamawattpad

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro