2. HV3D | Aku Menunggumu
Archer mengusap hiasan rambut itu sebelum disimpan ke dalam genggaman dan berlalu pergi tanpa menyedari seorang yang berambut panjang tersenyum simpul melihat lelaki itu menemukan kadnya.
"Siapa yang tak tutup pintu loker ni?" Kedengaran satu suara menjerit.
🎠
Kad berwarna ungu gelap itu dibaca sekali lagi. Dalam kesibukan orang lain yang sedang berparti, dia cuma berdiri di hujung meja buffet sambil sesekali mengerling jam di tangan. Tidak sabar menanti pukul 10.00.
Potongan pai labu dicapai dan dimasukkan ke dalam mulut.
"Eeww... makanan ni basi ke?" Seorang gadis yang turut memakan pai itu meluakkan kembali makanan dari mulutnya.
"Mungkin memang rasa macam ni, tema Halloween kan?" Kawannya cuba menyedapkan hati. Pai labu yang berbaki dibiarkan di tepi meja. Bau busuk dan rasa yang meloyakan membuatkan mereka tidak sanggup untuk mengunyah lagi.
Archer mencicip hujung bibir merasa semula sisa pai yang melekat di bibir. Tidak sedar rasa pai itu yang selamat ditelannya.
"Jam 10.00 malam, kami akan mempersembahkan sebuah sketsa yang akan membuatkan anda semua tidak lagi mempercayai sesiapa." Suara pengacara berkostum Frankeisten memberi ucapan menarik perhatian mereka.
Archer mengeluh. Patut ke dia pergi bertemu dengan si pemberi kad atau kekal sahaja di sini? Siapa tahu entah-entah ada yang cuba kenakan dia.
10.00 malam.
"Inilah kisah lagenda kolej."
Suara si penglipur lara bergema di pembesar suara sambil Archer melangkah keluar dari kawasan padang menuju laman bunga yang hanya bersebelahan.
"Tentang satu roh yang tidak tenteram. Masih berlegar-legar untuk mencari satu jiwa sebagai peneman." Sayup-sayup kedengaran cerita yang masih kedengaran di kawasan parti.
Di hujung lorong, berdiri satu seseorang yang tidak kelihatan wajahnya. Melihat rambut beralun yang dimiliki gadis berbaju putih itu, Archer tersenyum. Dia yakin itulah pemilik hiasan rambut ini.
"Hai," sapanya.
Perlahan-lahan gadis itu mengangkat wajah, memandang Archer dan turut sama tersenyum.
"Awak datang? Saya Natalie."
"Dikatakan, jika sesiapa yang menerima tawarannya, maka jiwa dia akan terikat mati dengan roh itu. Jasadnya akan kaku biarpun masih bernafas."
Archer menoleh ke arah deretan pepohon yang memisahkan kedudukan mereka dengan parti yang sedang berlangsung.
"Pandai orang itu bercerita. Seram, bukan?" soalnya pada gadis itu. Natalie hanya tersenyum.
"Jadi, ini milik awak?" Archer mengeluarkan hiasan rambut itu.
"Bukan milik saya sepenuhnya. Saya dah serahkan pada awak," balas Natalie.
"Awak yakin?"
"Ya. Dah lama saya tunggu masa ini."
Archer melangkah dan berdiri di belakang tubuh Natalie. Natalie tersenyum lagi.
Rambut gadis itu disentuh Archer, dikemaskan dan digulung rapi. Archer menarik hiasan rambut itu dan perlahan-lahan diletakkan pada rambut Natalie.
"Tidak selama saya menunggu," bisik Archer.
"Jika ingin tahu kehadirannya, barangan akan bergerak sendiri, pintu atau almari akan terbuka walaupun tiada angin, makanan yang disentuhnya akan menjadi busuk dan rosak..." Si penglipur lara meneruskan ceritanya.
Di saat itu, Natalie merasakan ada sesuatu yang bergerak di tengkuknya.
ZAP!
🎠
BERITA
Seorang pelajar kolej, Natalie Kisman, 20, ditemui terbaring di laman bunga dalam keadaan pegun. Matanya terbuka dengan hiasan rambut yang terpacak di tengkuknya. Dia dapat diselamatkan tanpa kecederaan serius namun masih belum memberi sebarang respon biarpun sudah sebulan terlantar di hospital.
🎠
WattpadRomantikaMY
AmbassadorsMY
499 words
30.10.2020
12.50am
Under the staircase
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro